Hai awak :)

Thursday, July 25, 2013

Nut


Mereka panggil saya kacang sebab nama saya Nadiah...
Kalau nak buat rumus physics...

Nadiah = Nad
Nad = Nut
Nut = Kacang

Maka bila mereka ingin mengatakan bahawa topic yg kononnya senang tu~

"Nad je topic ni...~~"

Sekian, terima kasih :)

Saturday, July 6, 2013

Hai nasi goreng~


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih lagi hidup di muka bumi Allah ni, fuh fuh fuh~~ dan masih bernafas lagi di KMS ni :D
Hari hari yang dilalui nampaknya semakin menarik :) Semakin gembira, dan semakin UHU senyuman di wajah :) Dah kenal ramai orang melalui Assaf :) Masuk pulak Lajnah Ekonomi. Ingatkan kira2 duit je. Rupa2nya kena jual kerepek dri satu bilik ke satu bilik jugak~ hahaha...

Betullah, orang kata makin kita ke dunia luar, makin kita jumpa kerenah2, gelagat2 org dari pelusuk negeri.  Makin kenal adab2 org dri tempat lain. Baru tahu perangai macam tu pun ada jugak~ Ukhuwah dgn roomate and classmate pun dah bertambah rapat. Ada pulak yg dah dpt buah hati dah kat sini. Exspress kau jah~ Susah jugak nak nasihat orang ni. Diri sndiri pun tk betul lg. Bila ditanya pendapat mcm ni, tak tahu nk jwb apa. Kalimah "hati- hati dan jaga maruah sebagai perempuan" je hnya mampu dilafazkan. Bila ditanya,

"Nadiah takda boyfriend ka??"

Tu dia semburannnya. Sudah... 

Semalam baru je jamuan T2-17. Order Domino's Pizza. 1 set punya. Ada 3 kotak regular pizza. Tambah mknn2 yg lain lagi. Pergghhh! Gempak gila semalam. Roomate sanggup tunggu aku habis perjumpaan lajnah ekonomi lagi tu. Dapat pizza pkul 8 lebih. Then telefon dah bising dgn mcj2 baru, suruh lari sekejap drpd perjumpaan. Kebulur dah diaorg.  Suruh makan dulu tknk pulak, nak tunggulah, tk seronok Nadiah tkdelah, kekeke~ terharuu denn~ Bagilah alasan kwn panggil masuk bilik. Ada emergency kjap. Emergency sbb perut lapar. Kehkehkeh. Perut pulak mmg dah berbunyi. Lagi2 bila tgh bungkus kerepek time perjumpaan tu. Lagi tmbh lapar. Kecur air liur. Kalau boleh nak cilok satu dua kerepek time tgh bungkus tu. Tapi bila fikir ada kat dalam surau, terus tk jadi. Wakaka. So, siapa nak kerepek, order je, singgit satu. Mana2 yg duduk jauh tu nanti bank in singgit dlm akaun saya ya~ hahaha XD

Semalam aku beranikan diri, berjaga sepanjang malam. Tak tidur langsung. Lab report phy tak siap lagi. Pre lab physics. Assignment chemistry. Point Speaking for MUET. Semuanya kena hantar hari jumaat. Terima kasih banyak2 kepada Suhaila yg sanggup berjaga sehingga 2.30 pagi semata- mata nak tolong aku buat report phy. Dialah yang bnyk tolong ubah bacaan graph drpd buruk, jadi cantik. Then graph kedua pulak, kena tukar reading sbb bila sketch graph, bentuk mcm2 jd. Terpaksalah reka reading sendiri. Suka hati je tukar2. Terima kasih sangat. Nasib baik bilik atas ni je. Turun bilik tu, perasaan takut, gementar semua ada. Mujur tak lari2. Act, KMS ada kes org masuk. Kat sini tkde pagar2 kat tangga mcm kat 18 dulu.

Baru beberapa hari lepas, blok polaris kena. Dgr khabar, kena pukau. Ceritanya, beberapa hari lepas, dlm pukul 4.30-5 pagi, aras 1 blok polaris blackout. Masa tu pulak org tk bangun lagi. Nyenyak lagi. Dan masa blackout tulah, khabarnya ada org masuk or panjat masuk tingkap ke tak tahulah mcm mana. S3, S4, laptop semua barang2 berharga hilang walaupun letak bawah bantal, sebelah bantal, dalam loker. Org yg sensitif panas dan bunyi pun tk sedar ada org masuk. And ada jugak yg kena pukau time bukak pintu bila ada org ketuk malam2. Orang tu mintak barang, then dia bagi je. Risau jugak. Aku pulak jenis suka buat kerja sorg2 malam2. Bila dah berjaga malam tu, takut pulak. Baca al-mulk, ayat kursi. Baru tenang. Tak boleh bla bila masa tu lah dok teringat cerita hantu kat kms ni. Aduuiii, sabar je lah... Tulah, pencuri pun ikut inspirasi blackout yg femes tahun ni tu. Hahaha...

Balik drpd kelas jumaat tu, mkn tghri, naik bilik terus peluk katil. Kebaboom atas katil sampai pkul 5.30. Zohor lmbt, perhimpunan pelajar tk pergi. Roomate suruh sambung tidur. Tak pyah pergi perhimpunan pelajar. Hahaha, otai gila roomate aku. Kejut2 pkul 2, pesan jgn lupa solat zohor, then suruh sambung tidur,
Aku yg nk terkejut pun jadi tk terkejut sbb mamai sgt. Asalnya nak sgt pergi, nk tgok siapa menang pilihanraya tu. Campur takut nk tinggal kat bilik sorg2. Kan kena pukau ke apa ke. Tp bila dgr diaorg membebel kat aku panjang sgt, terus mata terlelap sndiri. wehehehe~

Malam kelmarin terdetik nak basuh baju malam. Selalunya basuh petang. Then tiba2 nampak charlie~~Takut gila sampai lari2 masuk bilik. Bunyi selipar bising gila sbb lari2. Malam tu saja dah nmpk 4 ekor charlie. Dalam bilik pun tiba2 ada. Eeeeiii... ~ takutnya. Tak boleh tahan bila time mndi pun nmpk dia landing cantik je kat dinding. Bahaya kalau charlie ni sengaat. Boleh jadi bintik2 berair mcm demam campak tu. Tp ni lg sakit.. Wuuuussshhhh~ Kat sini bnyk sgt charlie, lagi2 kalau time hujan atau sejuk2, T.T

Tadi ada pameran kerjaya dan kesihatan. Siapa pergi dpt markah koko. Nak sgt markah, pergi jelah walaupun bnyk assignment. Anjuran MSU. Teringat pulak kat abang. Apalah dia tgh buat skrg.........



UUuuUU... first time check darah~~ 

Perbentangan manifesto Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)


kalau tak bnyk charlie kat sini, bnyk benda ni ((~,~))


Roomate; Asya (Kuantan), Aqilah (Kedah), Mimi (Kelantan)
Haritu family Mimi sanggup dtg Selangor sbb nak tgok bola time Kelantan vs Johor tu. Bwk rombongan 4 buah kereta lg tu ~ Ore klate semangat~ :D

*tajuk tkde kena mengena pun dgn isi.. hehehe...*


Sekian, terima kasih :)