Hai awak :)

Monday, December 23, 2013

Selamat tinggal che...


10.45 p.m. - 19/12/2013 (khamis malam jumaat)

Seorang hamba Allah telah pergi mengahadap Ilahi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah sekali lagi. Buat pertama kalinya aku memberanikan diri melihat che dimandikan, di kafankan. Dan buat pertama kalinya, aku mengucup dahi che. Sejuk. Ada kelihatan peluh2 di dahinya. Alhamdulillah.

Ma cerita kat orang, cara pemergiannya baik sekali. Alhamdulillah. Semoga aku pergi dalam keadaan Islam yang baik nanti.

Jumaat, 20/12/2013. Jam 8.30 pagi. Abah menjemput aku di kolej. Suasana dalam kereta diam. Aku tak berani nak tanya apa2. Saat che hendak dimandikan. Aku berdiri di tepi sambil melihat. Keadaan aku tak berapa nak baik lagi. Selsema. Demam baru nak baik. Berdiri lama tgok che dimandikan, dikafankan. Bau kapur barus sangat kuat. Walaupun permpuan sama perempuan yang mandikan che, tetapi aurat tetap dijaga.

Aku hampir pengsan. Pening dengan bau yang kuat. Ada sorang sedara aku dah pengsan. Hmmm... Aku duduk dalam surau. Ma datang. Bagi air, bagi pisang. Ramai yang sponsor makanan. Alhamdulillah. Hari yang baik.

Masa dikebumikan, aku tak nampak jenazah che dimasukkan ke dalam liang lahad. Sampai2 je, diaorg dah timbus balik dengan tanah. Kami lambat. Jalan jem. Hujan renyai2. Nasib baik bawak balik payung kolej. Payung yang abah bawak cukup2 je. Kalau aku tak bawak, mandi hujan, lagi demam. Aku nak tabur bunga mawar atas kubur che. Tapi ma tak bagi, lecak. Tanah licin. Takut aku jatuh. Doa dibaca. Bersama iringan hujan. Jumaat. Hari yang penuh barakah. Hujan....

Semoga tenang di sana che. Selamat tinggal. Kekallah che di alam sana.
Al- Fatihah.




Sekian, terima kasih :)