Hai awak :)

Saturday, November 30, 2013


Seminggu masuk sem 2, hati masih lagi gentar menunggu keputusan sem 1. Sama ada lepas atau tak. Aku dah mula sayang kms. Hati aku dah kat sana. Walau baru beberapa bulan, tp aku rasa aku mcm dah lama kenal diaorg. Aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa tinggalkan tempat tu. Aku taknak rasa perpisahan lagi.

Cinta. Sahabatku, jangan mudah bermain dgn perasaan. Tetapkan hatimu. Jangan mudah membiarkan banyak kapal berlabuh di hatimu.
Sekian, terima kasih :)

Tuesday, November 12, 2013

AP1-T2-17


before

after

night before go back home, done packed and clean everything, after finished my chemist paper which means finished our sem 1, tak tahu boleh jumpa lagi ke tak tempat ni sampai bulan 4 nanti, btw, tertinggal buku muet tu ha TT.TT tersergam indah kat atas rak tu, sabtu lepas balik kms ada muet writting, baru smgt nak tgok buku apa semua U.U


tak tahu apa function sebenar kumpul tin2 ni, asya buat main boling, last2 buang jugak, 
#nescafe, milo, oligo



Sekian, terima kasih :)

Saturday, November 9, 2013

rant on lagu


Ramai orang tnya, kenapa aku suka dgr lagu korea, tehehehe... meh aku nak kabo,
bagi aku kan, lagu melayu ni bukan tak sedap, sedap tu ada je yg sedap, tp kadang2 aku rasa kelakar dgr seni kata dia yang kdg2 tu macam tah pape je, dan kelakar bagi aku sampai tergelak- gelak dgrnya, tp, kdg2 tu aq terenjoy plak dgr senikata yang lawak2 tu, bukan aku nak merendahkan martabat lagu melayu sekarang ni, nahh, lagu korea pun bila aku tgok senikata dia, kelakar jgk, lagi2 kalau kite translate ke dalam bahasa malaysia, lagi kelakar. Tapi, disebabkan tk paham bahasa dia time kite dgr lagu tu, aku tk fikir sgt dah lirik dia, aku just dgr melodi je, kadang2 tu, bila lagu melayu, kite faham maksud dia, kite ter'lagho' dgr senikata dia, lagi2 yg cinta2, jd untuk elakkan aku terjatuh dlm lagu2 tu, aku pilih lagu yg aku tk paham mksud dia, dan kdg2 tu, ada lirik yg aku rasa mcm tak sesuai dgn kita, remaja maksudnya, yg bukan halal lagi, ada je, yg dah melebih- lebih sgt tu, faham2lah, ya, aku pun dgr, sekadar dgr...

Tapikan, bagi akulah kan, lagu korea ni lebih bnyk ballad, atau bhasa melayunya balada.. haha, mentang2 rumah jalan balada, aku enjoy lagu ballad, lembut je melodi dia, tklah mcm huhahuha sgt. Admitlah, ada je lagu rancak2 yg aku minat, aku pun tk tahu knp, sbb sedaplah, tp tkdelah yang menyakitkan otak sgt bila dgr, sedang2 lah...

Lagi satu, bila aku dgr lagu, mesti aku khusyuk gila, contohnya, dalam kereta, sebabkan abah jarang bukak era, hot fm dan sebagainya, katanya lagu menyakitkan mental, dgn menjeritnya, gelenyanya, og ganu tahulah gelenya tu apa, baik bukak ikim.fm, jadi, kdg2 je bkk era, hot fm ni, aku mesti akan dgr senikata tu betul2, di samping dgr vocal dia, wahhh, gitu skali, mcm juri bintang kecil, akademi fantasia plk, dgr suara dia betul2, baru aku boleh cmmnt lagu tu bila dah habis, ingat matluthfi je ke boleh cmmnt lagu2 malaysia, aku pun boleh...

Dipetik daripada kata2 abah,

"Lagu sekarang ni mcm dah takde motif, lirik pelik2, tak mndlm, mcm tu abah pun boleh reka sesuka hati je, baik lagu klasik fm, dia unik skit, nampaklah seninya, "

-,-

okay ada yg aku menambah sendri, hahaha

tp mcm tu lah ckp abah, tu yg kdg2 aku boleh tahu lagu zaman berapa puluh an tu, sbb balik2 masuk kereta dgr lagu lama2, bak kata ma...

"kak, lagu nak tidur kak..."

hahaha, mmg pun, kdg2 aku dgr aku menguap, tp nak buat mcm mana, dah itu yg abah suka, trpksalah dgr je...

kdg2, org marah aku dgr lagu korea, kata aku fanatik korealah, haillaaa~ mai sini aku nak kabo lagi, dulu aku ni, boleh kata fanatik korealah, since form2, siapa tah perkenalkan kat aku kumpulan super junior tu, startnya kat asramalah, haha, tp makin lama, makin dewasa, aku dah kurang dah, dulu semua benda aku layan, makin lama aku just layan lagu je, ada masa layan drama, percaya tak percaya, aku baru tgok runningman sampai ep13 je, org yg tak berapa nak fan korea dah nak habis dah tgok, dah beratus-ratus dah... seee~~ wahahaha... okaylah, at least aku dah tak 24 jam tgok korea mcm dulu, nampak perubahan, walaupun sikit, sikit2 lama2 jadi bukit..

jadi, aku nak ckplah kan, lagu melayu ni, memang sgt kurang dlm mp3 aku, haha,

*act, bukan ni yang nak ckp -,-

bukanlah, mgkin salah satu faktornya, sbb aku jarang dgr radio, kalau dgr pagi2 atau mlm2, mesti tertidur, dan lagu yg diputarkan semua sama, kalau lagu bi, mmg aku dah tukar siaranlah, lagi2 lagu yang menjerit sana, melalak sini, mcm aku duduk jauh seribu batu je, lagu bi pun, certain je dgr, majornya lagu kumpulan blues, apa lagi ha, tk ingt, bruno, tp sejak aku tahu ada satu lagu dia yang mcm tah pape tu kan, yg kaitkn xde agama tu lah, terus dah stop dgr lagu dia, yg dah tersave tu biarkan je lah, lagu bi ni pun satu, buat aku takut nak dgr, kalau nak download, mesti tgok lirik dia kat youtube dulu, bukan lagu bi je, lagu korea pun adik2 sekalian, tgok dulu kat youtube, cari lirik dlm bi, tgok mksud dia, kalau okay, downloadlah, tehehehe... kdg2 malu nak bagi org dgr mp3 sbb majoriti lagu korea, nanti kalau ada org tknk dgr, rasa kechiwa plk, haha, takdalahh... mmg kalau org mntk nak dgr pun, akan warning dia awal2 yg bnyk lagu korea, haha, act, lagu diaorg bnyk yg sesuai dgn jhiwa, haha, lembut je, soft, tenang, melodi dia, sedap.. suara pun boleh tahan sedap, diaorg akan ajar penyanyi2 diaorg betul2, vocal, dan sebagainyalah, tp yg aku tahu, korea ni ada sekolah music dia sndri, kena ajar betul2 nak jadi pnyanyi, ada kelas dia,

*ni semua sbb tgok dream high, drama korea, pasal musical school, tehehe ^^

mmg pun, ada syarikat yg taja diaorg, biar bljar vocal tinggi2, music, tu yg diaorg sungguh2 nak jadi penyanyi tu, mcm tmpat kita, dia pilih2 je, sape sdap ambil, maaf kalau apa yang saya ckp ni salah, tp tu lah drpd pemerhatian aku, baru tgok bintang kecil td satu family, Ya Allah, ramainya ibubapa yg tk kisah anak2 gelenya atas pentas,

nak lagi bagus, nahh, ambil nasyid, zikir2, bacaan surah, lagi tenang ^^

satu fact pasal korea, plastic surgery murah dan berleluasa -,-
muka depa fake2 belaka, berapa ramai je artist yg pure punya cantik, hampir majoriti buat surgery, fake fake, haha, fake fake pun aku layan jgk, dah habis tgok barulah nak ckp,

"elehhh, fake je diaorg, nenek aku lagi cantiklah, tk payah bedah bedah punn, bedak sejuk je setiap mlm~~~ (~.~)"



Sekian, terima kasih :)

Friday, November 8, 2013


Cuti ni dah 2 kali mimpi result teruk...
All is well
^^

Sekian, terima kasih :)

Wednesday, November 6, 2013

:')


Aku terbuka satu blog ni, tak tahu kenapa tergerak hati nak bukak, yang dulunya hampir setiap hari aq baca, walaupun perkataan perkataan yang sama, yang langsung tak membuatkan aku bosan, yang dulunya aku terfikir mungkin penulisnya sudah tidak aktif lg, yg mungkin terlupa password atau sebagainya... hari ini, bnyak yg baru aku tahu... terima kasih...
Sekian, terima kasih :)

Sunday, November 3, 2013

Hari Ini....


pulang dari kem,
sesudah menjamu tetamu yang sudi membantu...
deras turun manik2 kecil...
hari ini...
bersaksikan ruang tamu yg indah...
egoku seperti tidak ternilai lagi...
dan membiarkan saja mereka melihat mutiara2 yang jatuh daripada sepasang mata...
akhirnya, segalanya telah kuluahkan,
dgn disaksikan oleh tiga pasang mata...
apa lagi yang boleh kulakukan...
perkara itu masih lagi dalam ingatan...
kesannya terlalu dalam...
hari ini...
perkara ini...
akhirnya aku kalah jua...
dalam menjaga perasaan sendiri...




Sekian, terima kasih :)