Hai awak :)

Tuesday, July 8, 2014

Resipi Onde- onde

Nak buat onde- onde/ kuih melaka/ buah melaka ni sbnrnya sng je.. Mereka yg bujang2 tgh belajar, duduk rumah sewa ke.. boleh la buat.. Di samping menggentel onde- onde ni dpt merapatkan sillaturrahim.. Bolehlah sambil2 tu buat peraduan siapa punya onde2 yg kuantiti gula dlmnya sesuai dgn kebesaran onde2 yg digentel tu (sedaplah maksudnya) duduk hostel pun boleh.. Guna cerek atau water heater untuk rebus onde2 yg siap digentel.. hahaha.. Kalau beranilah.. Setakat ni, tk pernah buat lagilah.. hehe..


BAHAN- BAHAN :

- Tepung pulut (sepeket)
- Tepung beras (kami guna 4-6 sudu besar)
- Kelapa
-Garam
-Air
-Gula melaka/ gula merah
-Pewarna hijau

CARA MEMBUAT :

1) Masukkan satu packet tepung pulut ke dalam bekas yg bersesuaian.

2) Masukkan 4-6 sudu tepung beras. Kalau bnyk sgt tepung beras nnti lepas rebus dia keras. Kalau sikit sgt nnti liat pulak onde2nya. Mcm kami buat, ltak 3 sudu besar je mula2, pastu liat sikit lah..

3) Masukkan air dan pewarna. Untuk sng boleh campurkan air dgn pewarna dulu bg warnanya rata bila dimasukkan ke dalam adunan tepung2 tadi.

4) Gaulkan sehingga jadi doh.

5) Ambil doh ikut saiz kegemaran dan bentukkan bulat. Yang penting jangan besar sgt sbb kalau tercekik boleh mndtgkn maut. Melainkan kalau oesophagus anda besar.

6) Masukkan gula melaka sebagai inti. Part ni paling penting untuk memberi rasa yg sdap. Pastikan potong gula melaka tu sehingga mnjadi ketulan kecil. Jangan hancurkn gula melaka tu. Nanti makan tepung kosong je. Onde2 yg sedap adalah bila kita boleh rasa ketulan gula melaka tu.

7) Rebus dalam air yg mndidih. Nak tahu onde2 dah masak ke belum tgok bila dia dah terapung atas air tu, maksudnya dah boleh angkatlah tu.

8) Sejukkan sekejap. Campurkan sedikit garam ke dlm kelapa. Gaulkan onde2 tu ke dalam kelapa.

Selamat mencuba. Ramadhan kareem... :)

Sekian, terima kasih :)