Hai awak :)

Sunday, August 11, 2013

Salam Lebaran :)


Selamat Hari Raya,
Mungkin sudah 4 hari raya berlalu,
Tapi masih belum terlambat kan?? :)
Raya tahun ni tak macam tahun tahun lepas...
Walaupun tahun lepas pun aku tetap berhadapan dgn SPM,
Still, aku boleh enjoy..
Ntah kenapa tahun ni rasa lain sikit, yeah, semua dah besar panjang, perangai dah matang, walaupun taklah mcm matang sangat XD Biasanya, akulah tukang pasang pelita, masukkan minyak tanah dalam pelita, nyalakan api, letak kat pagar pelita2 tu,  basuh tgn dgn mcm2 jenis sabun pun bau minyak tanah tetap tak hilang2... Main bunga api dgn budak2 tu sekali, tp tahun ni, malam raya tu je lah pasang pelita. Itupun disuruh.

Tahun ni, hmm.. tak malu untuk ckp yang first time aku pergi solat raya. Kalau sebelum2 ni, pagi2 raya, aku tolong masukkan kuih2 dalam bekas, tp tahun ni, langsung tak buat. Memang hasrat tahun ni nak solat raya. Nak rasa mcm mana solat raya. Dulu belajar kat sekolah agama solat sunat aidilfitri, tp bila dah besar ni dah lupa. Nasib baik tok imam tu bagi penerangan dulu sebelum solat tu.

Kelainan raya juga dirasai, bila first time aku pergi kubur Ayoh. Itu ayah kepada mak aku. Tak lama pun aku duduk dgn dia. Umur aku berapa tah, dia dah tinggalkan kami. Yang aku tahu tentang dia, wajahnya dan dia mengajar mengaji sahaja. Itu sahaja. Masa dia meninggal pun, ma tak kasi masuk bilik dia walaupun aku berkeras nak masuk tgok apa yg jadi. Apa yang aku ingat, ma menyorok di sebalik hujung rumah, menangis sambil melihat ayahnya dibawa pergi waktu jenazah ayoh dibawa ke kubur. Ma langsung tak pergi kubur ayoh. Yelah, tak elok nangis dpan kubur. Sengsara yg didalam tu. Dan tahun ni, memang aku berazam nak pergi kubur ayoh. Recite Yassin. That's the first time, aku baca yassin dpan kubur orang. Pagi raya tu, abah kata,

"Pergi kubur tu boleh mengingatkan kita kepada mati, dan sebijak- bijak manusia kat atas muka bumi ni adalah orang yang mengingati mati..."

Walaupun aku tak kenal sgt arwah ayoh, tapi dpan kubur dia, aku rasa nak menangis sbb aku tak dapat rasa betul2 adanya atuk ni. Arwah atuk belah abah pulak, meninggal masa aku form 2. Masa tu exam. Dan aku tak ambil exam math sbb panggilan kecemasan. Bila habis sekolah, call ma tnya berita tentang kibak. Oh, itu panggilan untuk atuk aku belah ayah. Terengganu kan. Variety sikit panggilan dia. Ma ckp kibak dah meninggal. Nanti ma akan dtg pick up aku. Naik2 dorm, aku sedih. Semua pandang. Tutup muka dgn bantal. Mereka dah terlalu tua. Masing2 diam saja bila aku balik kampung beraya pun. Takde apa yang nak diperkatakan. Mungkin tu sbb aku tak rasa. Tgok abah steady je. Setitik air mata pun tak mengalir. Aku pun nak jadi kuat mcm tu jgk. Time kita nak cuba hargai seseorang tu lah, org tu plak pergi...

Azam tahun ni nak full solat terawih. Tolaklah yang Allah tak bagi tu. Tp still tak boleh jgk. Solat terawih tinggal jgk 2 hari. Sbb letih baru sampai kampung, dgn berbuka rumah saudara. Memang rasa sedih jgklah. Tp takpe, panjang umur jumpa lagi ramadhan akan datang :)

Sekian, terima kasih :)