Hai awak :)

Saturday, June 29, 2013

Hey Izzati:)


The IZZATI CUBE of 156 :)
-Izzati Mardhiah-Farah Izzati-Nadiah Izzati-
-Kuantan-Kuala Terengganu-Selangor-
*jerebu~*


Sekian, terima kasih :)

Friday, June 21, 2013


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hampir sebulan dah duduk KMS. Tak tahulah dah sebulan ke belum. Duduk sini tak ingat hari, tarikh pun.

Macam biasalah. Pagi bangun, mandi, siap2. Still, aku org paling last dlm bilik yang akan keluar pergi kelas. Tapi tak bermaksud aku lambat. Sampai je 10 minit sebelum kelas mula. Kelas dah mula bising. Sikit sikit suara org tu org ni keluar. Mentor mentee td, bising jgk. Pun tak tahu kenapa aku pun boleh join angkatan2 yg gelak2 tnpa sbb td.

Baju asrama aku pakai tu. Haha, baju asrama yg ala2 warna bendera selangor tu, baju koko KMS pun warna sama. Merah kuning. Hampir sama. Kalau keluar KMS pakai baju tu pun agaknya pak guard tak sedar. Sepesen je.

Semalam dah melantak maggi secara berjemaah dgn roomate. Kumpul tgh2 bilik, makan. Borak2. Tu yang takde mood nak study tu. Dengan kak ally call lagi. Last2 terus tidur. Lab report pulak mcm buat susahkan hidup je. Sbb lab reportlah, masa yg sepatutnya org lain baca buku bio sbb ada kuiz, aku masih lagi terkulat- kulat tak tahu nak buat pre- lab and lab report bio. Call org tu, call org ni, lab report chemist, phy lg. 2 pg baru tidur. Esoknya time kuliah bio tk dgr lecture kat depan. Bukak buku bio, study. Tp study last minit mana nak masuk. Burn dah markah bio.

Done. Aku tak tahu nak cerita apa lagi dah. Bila cerita benda2 mcm ni. Ingatan kat 18 tu masih lagi kuat. Selalu jugak imbas balik gmbr2 kat 18 dulu. Masuk2 bilik, tgok katil, cadar pink 18. Tgok locker, tshirt 18 cantik digantung. Setiap hari aku akan berhadapan dgn tulisan 18. Lebih2 lagi bila pandang katil sendiri. Dari situ, aku mula bkk gmbr2 kngn kat 18. Rindu. Tipu tak rindu.

Betullah. Kadang2 tu rasa mcm taknak dewasa. Nak duduk sekolah menengah je. Taknak besar2. Mcm Farah ckp, ada betulnya jgk. Tp, siapalah kita nak tetapkan segalanya. Hanya manusia biasa.



Sekian, terima kasih :)

Friday, June 14, 2013

KMS :)


Assalamualaikum :)

Bersua lagi dengan dunia maya. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur.

3 minggu di KMS. Wahh.. 3 minggu rasa mcm baru seminggu orentasi tu je. Cepat betul masa berlalu. Teringat jugak line kena potong sbb call mcj orang bnyk sangat. Terutama call Neb 1 jam 15 minit guna hp. Drpd RM10 tinggal seringgit lebih je. Wah wah....~ dasyatnya kuasa rindu ni. Hak hak hak :D

Roomate alhamdulillah semuanya baik2. Empat2 org dalam bilik modul lain2. Dan semuanya dari negeri yg lain. Complete semua modul dalam bilik T2-17 tu. Dari modul 1 ,2, 3 termasuk akaun semua ada. So macam variety sikitlah. Balik2 bilik dgr budak akaun mengeluh pasal ekonomi. Pot pet sana sini. Then budak modul 2 pulak mengomen pasal physics. Pastu budak modul 3 pulak ckp pasal chemist. Tension sgt sampai menyanyi kuat2. Then disambung pulak oleh org2 yg tahu lagu apa yg dia nyanyi tu. Mmg gila tension kot diaorg. Aku je cool. Hahaha, tp urat saraf dalam kepala semua dah lintang pukang, ada urat yg salah masuk lorong. Ada yang dah terbelit- belit. Ada yang tak jumpa jalan yang benar?????? ?? Campur dengan loghat pekat kedahnya lagi. Dgn kelantannya lagi. Waduhhh, aku jugak yg nak try ikut ni jd huduh bunyinya. Sampai dilempar dgn kata2 yang amat menyayat hati.

"Awat hang cakap huduh sangat~~"

"Kau tak payah sebutlah Nadiah. Buruk beno..."

Haiillaaa~~ Nasib baik ada budak Pahang. Cara ckp ala2 Selangor lah sikit. Tapi ada juga bunyi2 t'ganu tu.

Life mcm biasa. Aku buat mcm kat 18 dulu. Nice. Tenang. Tp nak jadi tak tenang bila aku tgok roomate aku semua siap2 nak pergi class/ kuliah sejam sebelum start. Aku pun jadi kelam kabut tgok diaorg nak cepat2 sgt. Mcm nak nganga jugaklah tgok diaorg pkul 6.45 pg dah kelam kabut pakai baju, tudung semua. Dalam hati,

"Hmm.. diaorg tk pernah duduk asrama, kalau budak asrama, sejam sebelum masuk kelas adalah waktu yg kalau boleh masih lagi lena dalam mimpi"

Tadi baru je roomate tny,

"Nadiah, kelas start pkul berapa??"

"8 lah"

"La~~ awat tak siap lagi?? Awal lagi eh??"

"Haah.. 7.10 baru.."

"Tu dia, rileks gila dia, kalau aku dah tk boleh dah. Aku kena masuk kelas awal kot.."

Then kalau bukan aku yg bangun paling lewat dalam bilik T2-17 tu, siapa lagi yg nak bangun lambat, orentasi dulu aku admitlah, mmg bangun 3.00, 3.30 pg sbb kena kumpul pkul 4.30. Mandi lagi, kena beratur. Tp dah masuk minggu kuliah ni, depa bangun pkul 4, 4.30 pg, then kejut aku, kata nanti rmai, aku tak tahu nak bangun ke sambung tidur balik. Tgok sorang2 duk kejut aku. Sorang2 tgok muka tidur aku -__- Diaorg dah habis mandi, dah sambung tidur balik, aku baru nk bngun pergi tndas. Act, aku tk suka lepas mandi sambung tidur balik. Nanti bila bngun balik, rasa yg mngantuknya ya ampun. Rasa nak pergi mandi balik je.

Nak pergi kuliah, mmg akulah org paling last. Bukan dalam blok lah. Dalam bilik. Yalah, Class pkul 8 pg. 7.45 kena kosongkan blok dah. Minum2 air milo packet tu. 3 in 1. Biskut sikit. 7.30 bertolaklah. Sampai dlm 5-10 minit kalau jalan mcm pengantin. Okaylah. Takdelah pulak masuk kelas lepas lecturer masuk. Estimate masa betul2.

So far so good lah. Mmglah ada je yg tak faham. Laju. Lg2 org yg lambat mcm aku ni. Tp, standard matrikslah. Nak kejar. Setahun je. Tu yg kena study group. Positive je. Walaupun kadang2 aku negative jgk. Alhamdulillah. Ada kawan yg sanggup mgajar. Terima kasih tidak terhingga :) Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda :)

*Dear UIA, kalau aku tak dapat jumpa kau untuk tahun ni, harap kita akan dapat berjumpa tahun hadapan ataupun tahun2 yg akan dtg :) InsyaAllah, Aminn..

dalam ingatan :)

Teman semenangis, setension, segembira, serujukan :D

ini lagi rakan karib ni, setiap hari kena bawak..

Tak dilupakan, salah satu subjek sc yg paling tinggilah kononnya dlm sijil SPM aku -___- turut tidak dilupakan, lecturer kuliah yg suruh buat lagu kiyomi untuk sng hafal topic carbohydrate, yg cerita pasal anak dia tgok oh my english, buat big love untuk kiteorg dpn lecture, dan juga lecturer tutorial yg suka tgok kiteorg kena berdiri kalau tk dpt jwb soalan ataupun tk siap tuto ~ alahai comelnya lecturer2ku sekalian...




Sekian, terima kasih :)