Sejak dua menjak ni kita dgr ramai orang meninggal kan? Peristiwa di Gaza, Syria. Peristiwa kapal terbang terhempas jatuh. Banyak lagi. Semuanya melibatkan banyak kematian. Beberapa hari sebelum raya tu, bila tgok berita2 mcm ni, mula terfikir, mcm mana kalau aku meninggal sebelum raya. Bulan Ramadhan. Baju raya semua dah ada. Macam mana nanti kalau tiba2 nyawa dah ditarik, baju raya hanya tinggal mnjadi kenangan. Macam mana reaksi keluarga semua. Sedih ke, menangis ke, meraung ke, perubahan 100% ke. Siapalah aku org nak meraung bagai kan..
Waktu kejadian MH17 tu, aku ada tgok yg seorang mangsa update instagram dia dlm pesawat tu sebelum perjalanan mula. Masa tu aku mula terfikir, penting juga bnda bnda mcm ni. Aku yang tak tahu waktu bila aku akan menyahut seruan Ilahi ni terasa sedikit sebak. Dahla tak tahu bila akan pergi, kalau tiba2 nanti aku pergi, bnyk sgt bnda yang aku belum luahkan. Bnyak lagi perkara yang ma abah tak tahu aku pendamkan. Bnyk lg pesanan aku untuk kwn2 aku. Hmm.. Hidup ni bukan mcm drama. Bila orang tu pergi, org lain mula faham situasi sbnr. Hidup ni bukan drama. Bila org tu pergi, tiba2 org lain terjumpa diari lama org yg telah pergi tu. Aku, diari pun tkde. Mcm mana org lain nak tahu isi hati aku. Ini je lah yg aku buat.. Taip taip taip. Tak jadi diari sbb org lain boleh baca.
Abah...
Kakak tahu kdg tu kakak selalu buat abah penat. Tolong hantar pergi sini sana. Lpas balik kerja kdg2 ajak abah naik kereta. Jalan2 pergi kedai. Nak itu nak ini. Tp kdg tu bila abah nak itu nak ini, bkn semua yg kakak boleh bg pun. Kdg tu abah suruh kakak urut kaki abah. Kdg tu kakak tak buat pun. Lpas tu abah mula mengeluh. Kakak buat dek je. Bukan apa, kakak tahu perbuatan kakak tu tk elok. Tp dlm hati kakak, kakak rasa bila abah suruh mcm tu,rasa mcm abah dah tua sgt. Usia semakin lanjut. Kakak tknk bah. Kakak tknk abah semakin tua. Kakak tknk tgok abah trtdur masa kakak urut umpama bayi yg baru lepas dibelai. Kakak rasa abah semakin tk gagah. Kakak selfish kan? Tknk abah jd tua dan tk larat. Kakak nak abah terus ceria dan gagah. Kdg2, kakak tak suka bila tgok abah marah. Kdg tu, rasa nak menangis pun ada bila abah marah walaupun bukan marah kakak.
Tp tkpe, sbbkan abah marah2 tu lah kakak jd manusia. Abah selalu turuti permintaan kakak. Kalau abah tk bg pun, kakak tahu abah risaukan kakak. Abah nak jaga kakak elok2. Tkpe, kakak faham. Masakan abah mmg sdap. Abah selalu panggil kakak nak ajar masak. Abah kata perempuan kena belajar masak. Tak boleh duduk saja je. Bila abah dgn ma suruh kakak buat kerja, kakak bukan tknk buat. Tp kdg2 kakak malu buat kerja dpan org. Kakak suka buat sorg2. Bila abah ma pergi kerja, masa tu lah kakak buat. Kemas rmh, cuci tndas, gosok baju. Tp kakak tk buat sekali gus terus. Kakak tknk abah ma puji kakak depan2. Sbb abah ma tahu kakak yg dulu mcm mana kan. Kakak jd malu. Biar kakak buat sndri2. Bila abah ma lg paksa kakak. Kakak rasa lagi berat. Biar kakak yang bangun sndri tnpa disuruh.
Ma...
Kdg tu ma pendam sorang2 kan apa ma rasa? Sampailah satu hari tu ma bgth dlm kereta yang ma selalu pendam apa yang ma rasa. Buat kakak terdiam. Ma tak pernah bgth apa yang ma rasa. Rahsia2 ma dgn abah pun selama ni pendam je. Sampaikan saudara mara kakak sndri pun kakak tk knal sbb ma dgn abah selalu tknk bgth kakak bila kakak tnya 'tu siapa? ni siapa?'. Tiba2 je nanti org tu ckp 'mehla dtg rmh makcik, jumpa saudara mara kamu'. Kakak nak balas apa bila org ckp mcm tu? 'Makcik ni saudara saya ke?' mcm tu? Mesti org akan fkir yg ma abah tk bgth anak sndr siapa saudara dia. Jadi kakak pun angguk je la. Sampai skrg kakak tak tahu nak layan org kmpg mcm mana. Sbb kakak sndr tk knal diaorg walaupun jumpa diaorg bnyk kali. Ma ingt tk dulu kecik2 kakak dgn abg prnh buat ma mngis? Mgkin masa tu kakak dgn abang nak main kat luar, tp ma tk bagi, tp kiteorg paksa2 ma. Ma pun merajuk ckp nak lari rmh. Lpastu tiba2 bila kiteorg panggil ma, ma tk menyahut. Kiteorg cari satu rmh tk jumpa. Lpastu kiteorg mnangis panggil ma kat pintu rmh. ingtkn ma dah lari dri rmh. Rupa2nya ma kat dlm bilik kecik tgh mngis sambil duduk. Kiteorg trus peluk ma. Mungkin kot.
Kakak pun tak ingtlah. Kakak rasa kakak ada masalah ingatanlah. Sbb kakak sndri tk ingt apa kakak buat dlu2.. Memori kakak mcm hilang sikit2. Dulu ma sgt sensitif sampai boleh mngis pasal anak2. Tp skrg kakak tgok ma smakin tabah. Hanani buat perangai yg kakak rasa nak mngis pun, ma boleh tahan lg. Selalu jgk terfikir nanti bila kakak dah ada anak boleh ke kakak tahan. Ma tak suka mntk org tlong kan. Kakak selalu nak tlong ma kat dapur, tp ma kata tak payah. Ma suka buat sndri2. Jd kakak tk tahu nak buat apa. Tu sbb kakak dpt status 'pemalas mcm taik' :'D Dan status tu kiteorg buat main2 kat kmpung kalau org malas nak buat kerja. Kakak harap ma sihat selalu. Ma selalu masuk angin. Pening kepala tu sampai muntah2. Itu pun kakak baru tahu ma. Selama kakak kat asrama. Baru kakak tahu. Kakak yang panik bila tgok ma muntah kat longkang lpas trun kereta. Kakak yang panik panggil abah. Tp abah dgn nani biasa je. Mcm prnh tgok sbelum ni. Kita kan satu keluarga. Kakak nak jugak tahu sejarah dulu2..
Apapun, terima kasih kerana menjaga kakak sehingga dewasa kini... Kakak tk dpt bayangkan hidup kakak kalau ma abah tkde.. So, sihat sihat selalu ya :)
Abang...
Dulu kecik2 kita rapatkan. Tapi bila semakin mmbesar. Kita semakin jauh. Kecik2 main sama2. Dulu abang lembut je. Sehinggakan kakak pukul kepala abang dlm kereta guna botol pun abang menangis. Abah siap berhenti kat tepi nak tarik kakak keluar sbb buat abg mngis. Tp skrg dah lain. Kalau mood abg tk okay, abang selalu marah2 kakak. Kakak tahan je. Kakak paling terkesan kalau abang yg marah kakak banding org lain yg marah kakak. Kdg2 kakak rasa mcm abang tk prnh wujud dlm dunia kakak. Kakak jelous sgt bila kwn2 kakak cerita pasal abg diaorg buat tu utk diaorg, bwk pergi jln2 blnja makan. Jelous sgt. Rasa mcm tknk dgr pun ada. Sbb abg tk prnh nk buat mcm tu. Stakat hantar pergi mall jumpa kwn2. Lpastu balik. Dlm kereta pun kita mcm strangers. Tk ckp apa. Kakak tak tahu nak ckp apa dgn abng. Sbb kakak takut nnti abng marah2 lg dan rosakkan mood kakak. Tp waktu tu abang tunggu jgk sampai kakak jumpa kwn kakak. Risau kakak sesat dlm mall tu sorg2. Abang ckp bahaya, tunggu kwn dtg dulu. Kakak sgt terharu. Tp kdg kesalahan kakak kecik je.. Tp abang marah mcm kakak dah bunuh org je. Suara abang sgt tinggi. Kakak jd takut. Tu sbb kakak selalu tk endahkan apa abg ckp. Abang ingt tk masa abang marah2 kakak sbb kunci rantai kat pintu tu. Jd abang tak boleh bkk pintu sbb rantai terkunci dan abang tak boleh capai rantai tu. Abang jerit sambil goncang2 pintu tu. Kakak trkjut sgt masa tu. Fkir pintu nak tercabut dah. Lpas tu abang marah2 kakak sbb kunci rantai tu. Abang tak tahu, pagi tu kakak dgr suara laki. Kakak takut jd kakak kunci semua kunci kat pintu tu. Kakak terus naik atas kan wktu abang2 marah2 tu. Msti abang rasa kakak kurang ajar kan sbb blah terus masa abang tgh ckp kan? Abang tak tahu. Air mata kakak dah menitis dah waktu tu. Dlm hati kakak, kakak nak sgt bgth abang. 'Kakak dgr suara lelaki kat luar rmh pg td, jd kakak kunci smua kunci pintu yg ada. Kakak takut, tkde org kat rmh'. Kakak tak sempat pun nak bgth abg tu. Sbb abang sgt menakutkan masa tu. Kakak malu kalau abang nampak air mata kakak. Nanti abg kata sikit2 nak mnangis. Lagi kakak sedih.
Dulu abang marah sbb tertumpahkan susu atas playstation abang. Tp tak rosak pun. Tp abang tolak kakak smpai kepala kakak terhantuk kat lantai. Tp tkpe, kakak kecik lg masa tu. Kakak tkde perasaan. Kakak selalu suruh abah ckp elok2 dgn abang. Supaya abang berubah. Biar kakak rasa abang wujud dkt rumah. Sbb kakak rasa tak boleh ckp sndr dgn abang. Kita bknnya rapat pun. Tiba2 kakak nak ckp panjang lebar dgn abang kan. Bila abah suruh kakak kejut abang. Kakak selalu refuse. Takut abang marah kakak. Kakak taknak kakak akan rasa benci kat darah daging sndr. Jadi kakak suruh abah sndri yg kjut abang. Kakak berdoa, supaya abang jd seorg abang. Bukan abang pada nama je. Abang ingt tk dlu2 abang kena rotan sbb ambil duit ma snyp2 nk belikan ps1 utk kwn abg. Masa tu hujan lebat, kilat sabung menyabung. Abang kena rotan kuat dgn abah sampai luka2 kat badan. Kakak tak sampai hati tgok abang menangis kena rotan. Kakak melutut lawan dgn abah supaya jgn pukul abang. Mata abah merah. Ma dah menangis. Dgn kakak2 sekali kena rotan masa tu sbb nak tlong abang. Badan abg luka2. Ma yang tlong letak ubat. Badan kakak cuma nmpk kesan garis je. Abang, kakak harap abang ingt jasa ma abah dulu2 jaga abg. Kakak minta maaf bila abang bergurau dgn kakak, kakak marah atau tak layan. Kakak tahu masa tu lah abang nak cuba rapat dgn kakak. Tp, kakak tak reti nak ikut rentak abang. Mungkin kdg2 je kakak layan abang, bila mood kakak okay. Kakak mnta maaf. Kakak harap kita rapat semula mcm masa kita kecik2 dulu.
Hanani...
Kakak tgok nani mcm lagi kental dari kakak. Hahaha. Kakak rasa mcm kakak pulak anak bongsu. Nani jarang menangis kalau kena marah atau org buat nani. Nanti kakak pulak rasa nak menangis bagi pihak nangis. Hehh.. Tak adil betul. Nani akan menangis kalau nani tk dpt mainan yg nani nak and kalau kakak usik nani gila2lah. Haha. Lagi satu, kalau kakak tinggalkan nani masa nani tgh mandi. Penakut sgt. Salah kakak jugaklah sbb dulu2 selalu kacau nani ckp sana ada hantu, sini ada hantu, jgn masuk dapur nanti ada hantu. Sekarang ni, kakak pulak yg rimas dgn penakut nani ni. Asyik kakak je kena teman. Mandi pun kena teman. Tak malu ke. Dah darjah 2 dah. Tp kakak pun mcm dulu jgk kot.
Kakak tak sabar nak tgok nani cantik bila besar2 nanti. Sbb kakak tgok nani cantik dan comel sgt. Kakak dlu besar nani gelap, tk berapa nak comellah sbb selalu main panas. Nani dulu putih, comel mcm anak org jepun. Ramai yg ckp mcm tu. Kakak selalu ejek/usik nani kan. Kata nani gemuklah, busuklah, hitamlah. Kan? Saja je tu. Sbnrnya tak pun. Nani masa kecik2 dulu kakak yang mintak. Sbb kakak tkde kwn. Spatutnya, kalau ma tak gugur, nani tak wujudlah. Kakak rasalah ma prnh gugur. Rasanya abah pernah ckp mcm tu. Nani sbnrnya ada kakak lagi satu. Kakak pulak ada adik dua org. Tp Allah lagi sayangkan dia. Tk sempat nk tgok pun. Bila kakak rasa marah nani, kakak reflect balik masa kakak kecik2 dulu. Ohhh.. mungkin mcm ni perasaan ma abah masa aku kecik2. Kalau kakak kat kolej, nani selalu tipu kakak kan ckp nani tk rindu kakak, hehe.. kakak tahu sbnrnya nani rindu. Kalau tak nani tak call kakak ckp ada bnda baru lah kat rumah, itulah inilah.. Nanti besar masuk sekolah 18 ye.. Sbb kat situlah tmpat kakak berubah. Hopefully nani pun boleh berubah dkat situ. Tak pun masuk mana2 asrama. Nanti pakai tudung tau bila dah besar.
To all my friends..
Terima kasih sudi kawan dgn aku. Salisa, neb, ainu, aliyatul dan yg lain2. Korang the best. Dgn korang mesti happy momment je. Masa pergi hotel tu, rasa mcm tknk tdur je main2 dgn korg. Tp bila sorg dah tdur, semua tdur. Thanks sbb dah cipta memori bersama :)
Dan untuk dia, aku bersyukur Allah ciptakan dia dan tunjukkan pada aku. Mgkin kalau suatu hari nnti, walau dia bkn di sisi.. Aku akan rasa bangga untuk ceritakan tentang dia pada cucu cicit aku.. Semoga kau gembira dan bahagia... Terima kasih utk segalanya..