Hai awak :)

Sunday, April 2, 2017

Kerana dirimu begitu berharga

Baru baru ni saya ada terlihat beberapa post di twitter. Ada gambar dan captionnya,

"Sedihnya gemok :'('

Tp apabila gmbar habis diloading, rasa mcm nak ikat bdk tu pastu inject lemak kat badan dia baru dia faham apa itu maksud gemuk. Benda ni kadang2 buat saya stress malah rasa nak kaunseling beliau. Masalah beliau tp saya yg stress blh faham tak? Tak gemuk kata gemuk, Tak bnyak jerawat kata banyak. Dah cantik kata tak cantik. Tak hitam kata hitam *ha tu aku lah tu suatu ketika dahulu*. Meh saya nak share satu kisah yang berlaku pada diri sendiri yang buat saya semakin menghargai apa yang telah Allah kurniakan pada diri saya. 

Masa saya sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti, saya tak pernah ambil kisah pun penampilan diri sendiri. Muka gelap ke (burn sbb kawad & netball), bnyk jerawat ke, berparut ke. Like what do I care apa org nak ckp org kawad kot. Jerawat biasalah tu tgh meningkat remaja hormon pun nak updatela sikit, Noob betul tknk update. Masuk matrik saya blh katakan zaman keflowlessan la jgk sbb maintain guna satu pencuci muka je. Kalau tumbuh jerawat pun time dtg bulan je esok lusa surutlah balik just tinggal parut, Tp tak berapa nak kisahlah. Oh, btw saya bukanlah dikategorikan sebagai wanita yang putih mcm model2 yg makan serbuk pemutih tu skali pandang bling bling bersinar mcm dinding putih.

Bila masuk uni ni, saya mula tgok org semakin lama semakin cantik. Putih gebus gebas. Ya, sgtlah indah ciptaan tuhan ni. Sampai saya terpengaruh nak ikut sama makan itu ini. Secara tak langsung, sedikit demi sedikit rasa bersyukur saya dikikis oleh hawa nafsu dan perasaan sendiri. 

"Kenapa kulit tak putih macam dia?"
"Kenapa tak tggi, kaki panjang mcm dia?"
"Kenapa kurus sgt ni bila berat nak naik?"
"Kenapa hidung tak mancung?"
"Kenapa pipi ni macam boleh buat sedulang pnya doh roti?"

Dan bnyak lagi perkara yg timbulnya persoalan 'kenapa?'. Saya pernah beli product serbuk pemutih bersama rakan yang lain sbb beli bnyk dpt murah XD. Saya pernah try mcm2 jenis product wajah utk flawless mcm model2 kat ig tu. Walaupun pada masa tu rasanya takdelah hina sgt bila tgok muka ni dkt cermin.


Ceritanya, betapa Allah nak suruh saya bersyukur atas apa yang dikurniaNya bermula lpas saya makan serbuk pemutih tu kurang sebulan (even serbuk tu ada kelulusan KKM). Saya rasa sakit perut bahagian kiri mcm lpas kita minum air bnyak2, pastu berlari, ha senak mcm tu la smpai tk blh bergerak laju2 even masa tu tak period pun. But ada waktunya la bkn setiap masa. Mcm2 terfkir ada cancer ke? kena masuk spital ke? Saya biarkan saja tanpa continue mkn serbuk tu. Mnum air kosong bnyk2. Lama2 dah tak rasa sakit dah. Dari situ, saya rasa Allah mcm nak bg warning pada saya sebelum jadi lebih teruk. Mgkin perbuatan saya ada salahnya. Apa yg saya perasan, setiap kali saya buat jahat msti dpt balasan time tu jgk. Time tu jgkla rasa mcm Allah nak lindungi saya drpd terus habis duit, or avoid some dangerous desease. Beberapa bulan lpas tu, saya terbaca IIUM Confession tentang seorang wanita yg masuk hospital sbb mkn terlalu bnyk pil kecantikan. Allah, terkebil2 baca terus rasa bersyukur dah berhenti. 

Second case plk sbb nak flawless tanpa sekelumit jerawat dan parut pun di wajah. Org kata pkai Hudolabu berkesan kita nak pkai jugak. Org ni plk kata pkai Oxi jerawat hilang. Tepekla segala mak nenek. Tiba2 jerawat naik kat pipi mcm pikachu. Jerawatnya dah hilang tp lupa nak bwk balik baju kotor dorg smpai skrg takmo hilang parut2 ni. Nah tambah lg parut charlie bertempek kat pipi mcm geng samseng. Sbb lmbt sgt nak baik, dari situlah saya mula rasa bersyukur dlu saya tkda masalah wajah. Saya rindukan diri saya yg dulu rilek je muka burn. Terdetik rasa keinsafan dlm diri. 


Kita sebenarnya bukannya nak cantik sangat pun. Kita cuma nak org hargai kehadiran kita. Tak percaya? Cuba ddk rumah dgn family dan rewind semula gelagat kita di rumah. Ada ke kita pakai gincu, bulu mata palsu, foundation, eyeshadow, blusher dan sebagainya semata utk trun bwh makan dinner dgn tdung berlilit baju rambu2? Mengucap panjang mak kite bawak pi jumpa tok bomoh. Paling tk pun kena gelak dgn adik beradik kau buat perangai gini. Itu tandanya kita tahu ada yang hargai kita bila kita jadi diri sndri. Ada yang masih sayang kita even tido ternganga kluar air liur busuk, korek hidung sambil baring tgok tv, gigit tulang ayam macam gosok gigi. Iya, kita tahu family tkkn cmpak beg baju halau kita kluar rmh sbb kentut bau telur. Saya blh umpamakan cantik itu hanya umpan saja agar ada yang merasai kehadiran kita. Maaf kepada mereka yg cantik saya bukan mahu bash org cantik. Apa yg saya mahu highlightkan adalah mereka yang asyik meroyan psal penampilan mereka sndr sdgkan saya rasa mereka semua baik2, cantik2, dan comel2 belaka. Sikit2 nak meroyan biasalah ya pompuan kan tk kena waktu meroyanla jgk *mcm saya* tp ni dah over haih rasa nak gigit je. 

Saya ada someone yg ckup special. Kalau campak Fattah Amin, Syafiq Kyle, Izzue Islam, Nazim Othman, saya ttp akan pilih dia. Kalau ltak Park Seo Jun dgn dia, mestilah Park Seo Jun lg hensem. Hahahahhahahahahaha XD. Maaf. Kembali serious. Bagi saya cantik adalah attitude. Ketulusan hati. Kalau kita rasa kurang cantik kita cantikkanlah attitude kita. Tk pyah hipster baju sehelai RM 150 pun tkpe asalkan nampak kita kemas dan sopan. Setiap insan tk mgkin akan sempurna. If you lawa, you got that bonus yg Allah bagi. Bersyukur. Tak semua yang lawa pandai masak dan tak semua yg pandai masak lawa. Certain things kita pro buat, but on the other things praktislah 13 kali pun kita masih lg lack. Itulah keseimbangan yg Allah nak beri pada kita. Baik dan buruk yg perlu kita syukuri.

Buat para wanita diluar sana, awak dah cantik. Awak tak perlu terlalu sempurna utk pamerkan kecantikan awak. Hanya orang2 yang menghargai awak akan dapat lihat kecantikan yang tertanam dalam diri awak. Sudah tentu awak mahu org yg ikhlas dgn awak. Cantik itu bukan dengan sempurna luarannya, Yang bernama sempurna itu adalah apabila kita menghargai setiap ciptaanNya. Kurang2kanlah mengeluh sbb kurang cantik, kurang flawless, atau terlebih lemak. Awak bnykkan positif, insyaAllah awak akan rasa diri awak adalah princess. I'm a princess and I have my beauty side that only certain people can see that. Mcm tu kan nampak lebih indah dan istimewa :) Mcm Ji Eun Tak je blh nampak pedang yg tersusuk pada dada Kim Shin dlm cite Goblin. Kan special mcm tu. Entahla... sis pun tak tahulah ni blh jadi perumpamaan ke tak...


Dah habis dah. Bolehlah pergi dpan cermin dan ckp awak cantik. 

Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment