Hai awak :)

Friday, September 28, 2012

22 September 2012


Yess!! akhirnya pulang jgk ke rumah...
dua minggu yang aku rasakan macam 2 tahun...
padahal kalau sekolah asrama yg betul2 penuh *?????????* 2, 3 bulan kot tak balik...
ya mungkin itu puncanya...

..............................................................................................................

22 September 2012........
Majlis Solat Hajat & Mohon Restu Ibu Bapa diadakan di Masjid Al- Azhar (Masjid Unta)
saat aku melihat masing2 bertemankan ibu dan bapa mereka...
jauh di sudut yang terpencil.... sekumpulan pelajar yang mengasingkan diri mereka daripada mengikuti aktiviti terakhir sebelum penutup aktiviti pada hari itu....

-----------------------------------||||-----------------------------------------

"Ayah mak Nadiah tak datang???", tanya seorang  rakan yang duduk bersebelahan denganku sebelum bermulanya solat hajat...
Sambil tersenyum aku menjawab...
"tak..."
"kenapa??"
"mereka sibuk, ayah sambung belajar, ambil PHD, mak pulak, ada tetamu dari terengganu datang rumah..."

hati ini, bagai ditusuk dgn beribu- ribu panah yg datang ntah dari mana.... sungguh mudah senyum plastik ini ditampal pada wajah...

sujud yang terakhirku.... titisan mutiara2 kecil mengiringi hajatku dan kesedihanku, dimana dan apakah yang sedang mereka lakukan sekarang... semoga doa mereka mengiringi perjalanan hidupku di dunia ini...

............................................................................................................

dari jauh, aku dan beberapa org sahabatku yg sama nasib dgnku hanya memerhati dgn linangan air mata, tak kurang juga yang sudah tersedu- sedu, menutup wajahnya, mamandang ke lantai yang serba putih dan suci itu, dan tak kurang juga yg memerhati gelagat para pelajar bersama ibu bapanya yang memohon restu dgn linangan air mata, tanpa mempedulikan air yang jatuh daripada matanya....

dari jauh....aq melihat sahabatku bersama ibunya, dan dari jauh aku melihat bapanya tersenyum melihat mereka memohon restu seperti yg diajar oleh pengetua.... lalu mereka berpelukan, dan membiarkan tangisan dalam pelukan mereka.....

setitis demi setitis air mataku jatuh... dan aq berharap agar keajaiban datang kepadaku... namun, keajaiban seperti itu tidak juga tiba... aq terima dgn reda....

"Nadiah, jgn menangis, dah lah tu",
aku menundukkan pandangan, malu jika dilihat air mata ini, esakan ditahan agar aku kelihatan antara yang paling tabah di sudut itu,
pujukan demi pujukan hinggap di telingaku....
"dahla Nadiah, jangan sedih, Allah pasti tolong kita..."
kemudian tiada lagi suara itu bermain di telingaku....
air mata diseka... lalu aku memberanikan diri untuk mengangkat wajahku....
mata dialihkan pada suara yg memujukku sebentar tadi....

sayu... ternyata ketabahannya sudah tidak dapat dibendung lagi... wajahnya tertunduk dan air matanya diseka sedikit demi sedikit.... aku sudah tidak mampu untuk mengeluarkan suara...
ketika itu, barulah aku mengerti bagaimana  perasaan anak yatim...
namun aku bersyukur, kerana aku masih lagi mempunyai mereka....
aku masih lagi menahan...

"kepada mereka yang ibu bapanya tidak hadir, bolehlah memohon restu bersama guru2...."

pengumuman itu hanya berlalu seperti ditiup angin... sedikitpun kami tidak berganjak... hanya meratapi kesedihan ini di sudut yang terpencil itu.... lagi curahan gagal dikawal oleh mata.....

akhirnya, kami hanya bersalaman bersama sahabt2 yg senasib dgnku.... mahu pergi ke arah mereka.... tetapi pelukan erat mereka masih lagi terpahat... tidak mahu mengganggu mereka...
akhirnya... ia berlalu begitu sahaja....
dan senyuman kembali terukir di wajah....
walaupun hati sedang meraung kesedihan.....

"Abah, Ma.... walaupun ketiadaanmu ketika itu, namun aku yakin, doamu tidak pernah lekang daripada mulutmu.... Akan aku buktikan bahawa aku akan membawakan kebahagiaan kepadamu.... walau tidak di dunia, tetapi di akhirat kelak"- ikhlas daripada anakmu, Nadiah....





Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment