Hai awak :)

Thursday, February 6, 2014

Hijrah itu Indah :)


Assalamualaikum :)
Long time no see blog..

Just mengisi kekosongan yang ada..
Sedikit pemerhatian dalam memerhati diri sendiri...

Benar orang kata, dalam melalui proses perubahan, memang susah. Dan aku pun terasa..

"Ya Allah, susahnya nak berubah!!"

Seriously... Memang susah sangat nak berubah. Mula mula tu, berubah sebab seseorang. Elehh.. lg satu bila tgok orang mcm tu, kita pun nak mcm tu. Ya, aku juga seorang yang sangat mudah dipengaruhi. Thanks Allah, kawan2 aku ramai yang ke arah penghijrahan masa tu. Memang faktor kawan pun sangat penting dalam mendidik diri kita. Jadi aku pun terikut ikut. Ditambah dgn beberapa nasihat yang sangat mendalam bagi aku. Sentap sendiri. Aku cuba untuk berubah. Tapi bukan lillahi taala lagi.

Teringat pula bila aku beli tudung bidang 50 kat kompleks. Tudung yang taklah labuh sgt. Tapi labuh sedikit daripada tudung bawal yang agak jarang sikit tu. RM5 satu ^^ Sebenarnya dah lama cari tudung mcm tu. Tapi cost mahal sikit. Ada yang sampai puluh2. Tu ma tak bagi lagi beli yang mahal2. Yalah, bukannya nak pakai sgt pun, duduk asrama. Hitam putih je lah. Kain pun licin sgt, nnti pakai terherot sini, terherot sana, nak nak dpt tuan yang lasak sikit ni~ Tak tahulah masa tu mungkin Allah bukak pintu hati supaya beli tudung tu. Kebetulan jalan2 nampak, murah. Check kain. Okay. Bayar.

Dan bila first pakai, emmm... Daebakk! *koreakorea* Senang je. Tak macam tudung bawal yang kdg2 kena berdiri 5 minit dpn cermin. Sarung2, betul2kn sikit, dah siap. Pada mulanya, segan sikitlah. Sikit je. Then semua orang tegur. Ada jugak yang menganjing -_-

"OMG! ustazah!"

"Uisshh.. dia dah berubahlah.....~~ Alhamdulillahhhh~~"

"Kyaaa!! Comelnyaaa!!" *okay tak, tipu je.. haha*

"Ehhh~~ bestnya tudung tu, tak licin, senang pakai, tak jarang, beli mana ni???"

:)

Sengih sorang2 bila ingat balik. Dan maka bermulalah pemakaian tudung bidang 50 beramai2 selepas diaorang mintak tolong belikan tudung mcm tu. Mcam aku pulak yang jual tudung tu. Neb, ainu, rafidah.. tah siapa lagi tah tak ingat. Daripada dulunya pakai tudung bawal, ada 2,3 orang dah mula menjinakkan diri dgn tudung2 mcm ni. Dan sekarang, kalau nak pakai tudung bawal pun, mereka pakai inner yang beli dekat uia tu.

Maka, dari situlah, aku rasa selesa. Tak ragu2. Dan dari situlah, rasa ketenangan dalam berpakaian. Alhamdulillah. Dari apa yang aku kaji, diri aku sndiri, dalam berpakaian dapat mendidik hati kita ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, bila aku berjubah atau berbaju kurung, aku rasa lebih feminim, hehehe.. rasa lebih sopan, lebih melayu, lebih ayu......................

-____-

Uhukk uhhuukk... endahkan je... tp betullah, bila kita ada rasa mcm tu, dia akan latih diri kita buat benda yang baik2 je, sopan2 je........... betul whatt.... mestilahh, dah pakai baju kurung tiba2 nak mencarut *opss.. bukan saya yaa...* dia akan rasa tak kena tau. Pakai molek dah, tiba2 nak bertepuk tampar dgn lelaki. Macam...... ada peliknya di situ yaa.. Dan dengan itu, lama2 kita akan jadi lain mcm kalau nak buat sesuatu yang salah. Mcm nanti mesti ada rasa ragu2. Rasa tak biasa. Kalau sebelum2 ni kita asyik berjubah, berbaju kurung, baju labuh, tiba2 nak pakai baju lengan pendek, pastu bertudung. Kan dah tak biasa. Dan apa rasionalnya kalau bertudung, tp lengan pendek, seluar ketat. Saya rasa tak manis begitu. Seolah olah mcm mempermainkan tudung. Bukan ke berlengan panjang, berseluar longgar lebih selesa? Kan kan ^^ Rasanya dulu saya selalu betul betulkan pakaian saya berbanding sekarang~

Pemerhatian yang keduanya untuk diri saya.
Hmmm... malu untuk nak cakap ni. Emmm... sharing is caring. Dulu saya free hair :(
Sampai darjah 6. Sampai dah capai akil baligh. Sebelum2 tu mmg bertudung. Tapi kalau rasa taknak pakai. Cabut. Bila pjk, ntah hilang dibawa angin mana tudung tu. Masa tu takda rasa apa pun bertudung. Bertudung mcm adat orang kata. Pakai pun stil ketat2. Selempang tudung tu. Ish ish ish.... Sampai ke sekolah menengah. Tudung like adat org melayu. Bukan adat orang Islam. Even jemur kain kat luar pun free hair. Walaupun takda orang sgt time jemur kain. Aip aiipp, mana tahu ada orang usha snyap2... aaiisshhh...

Dan apa yang aku sedar, masa tu adaaa je mcj2 dari orang yang tak dikenali masuk. Berbunyi2 keriangan. mcj lelaki ajnabi yang tak dikenali..

"Hai, nak berkenalan boleh.."

"Hai awakkss :)"

"haii, tgh buatpe tuu.."

kes masa skolah rendah pulak... hp takda, dpt pun masa darjah 6, sebelum2 tu pulak, melayang2 surat...

"Saya suka awak.. Jom couple.."

Ohmaiii.. nak pengsan bila teringat zaman kanak2. Bukan nak kata femes ke apa. Couple2, buang. couple dgn org lain plk, buang, cari org lain lg. Nak berseronok je. Macam kalau takda couple kat sekolah dulu tak up to date lah...~ ketinggalan zaman~~ Tapi nak ckp, bila kita tak jaga pemakain kita, orang senang nak dekat, I mean, kacau. U know what I mean. Orang mcm tak rasa respect dgn kita sebagai seorang Islam. Seolah- olah Islam pada nama saja.. Sekarang ni, alhamdulillah, mcm tk payah pegang phone sgt dah. Topup pun jimat~

Then, masuk sekolah menengah, berazam nak hentikan semua2 tu. No couple anymore. Memang orang kata berazam gila2 lah, sampai jumpa lelaki dambaan wanita pun, tak rasa apa2. Punyalah nak kata berazamnya sampai mcm tu sekali. Alhamdulillah. InsyaAllah. Mission achieved. Walau hampir tersungkur. Still achievedlahh...
But, what about my hijab??

Ada seorang kawan saya yang situasinya sama dgn saya, tapi dia ni lg grateful sbb dia bertudung since kecik keneot lagii T.T Sangat mengharukan, disaat semua kanak2 sedang bercomel comelan dgn rambutnya, dia dah pun bertudung. Alhamdulillah.
Dan dia pernah cakap...

"Eden dulu waktu skolah ramai yang mcm ada hati dgn eden, tp bila kat sini, dah tkde daahh"
*not the real dialog actually, hihi..*

"Mungkin sbb drpd cara pemakaian u skrang ni, cuba tgok, u tak mcm org lain, u bertudung labuh, menutup segala apa yang perlu ditutup... orang jadi hormat kat u... jd segan nak tgur2 u, mcj2 u, mungkin ada je yang menaruh perasaan kat u, tp bila tgok cara u, jadi hormat u, so dia snyap je, tk gitu uuu????"
*okay, not the real dialog too... ^^*

"Hmmm... ada betulnya jgak ya...^^ Alhamdulillahh.. Allah lindungi :)"

Dan bila aku sedar balik apa yang aku ckp tu. Ada betulnya jugak yaa. Pernyataan tu seolah2 terlepas tanpa berfikir panjang. Dan dari situlah, saya dapat idea nak buat post ni ^^y

Alhamdulillah, mission achieved masa menengah atas. Alhamdulillah Ya Allah. Stokin, stongan berjaya jugak melekat. Errr.. stongan pun ada time je pakai, see... I'm not 100% yet. Sedang dalam usaha.

Waktu belajar syariah dulu.. Ustazah Saadiah selalu ulang..

"Haaa... ingat ya kaum kaum wanita, walaupun dgn saudara mara lelaki kamu, kamu masih lagi perlu menutup aurat. Pakai tudung tu. Selagi lelaki tu kamu boleh berkahwin dgnnya, kamu wajib menutup aurat."

Ha... cubalah sikit2 ye wahai wanita2 sekalian. Sikit2 lama2 jadi bukit. Dulu pun buat endah tak endah je. Tp bila fkir balik, buat apa belajar agama kalau mcm tu. Kan dah kena kat batang hidung sndri. Kalau tiba2 org pandang pelik, kluarga semua pelik. Endahkan je. Actually diaorg yang pelik. Orang tutup aurat tk boleh pelik. Okay.. InsyaAllah... Kita bolehh...
Sekian, terima kasih :)

4 comments: