Dah berbulan bulan tk bukak laptop.. berbulan tk update blog.. Sedangkan dulu blog ni lah tempat luahan perasaan.. Diary hati.. Really miss you LoveanderWaalsBlog ;')
Dalam 4,5 hari lagi.. Akan tamat sesi pembelajaran matrik kat Banting Selangor ni.. :) Sekejap je masa berlalu.. Rasa mcm baru semalam belajar sem 1.. Tup tup dah nak habis sem 2 dah.. Alhamdulillah.. Sepanjang berada di sini, bnyak sgt benda yang dah belajar... Betullah.. Matrik tu pra-U.. Langkah langkah awal sebelum masuk U.. Dulu.. aku tk berapa gemar bila kputusan keluar, aku dapat matrik saja... Confident sgt masuk U.. Last last.. Dapat matrik saja.. Mujur Selangor.. Tak jauh sgt.. Dkat dgn ma, abah, nani :)
Bila dah masuk matrik, dpt belajar mcm2.. Baru nmpk kehidupan seorg pelajar yg sebelum ni tk langsung aku rasa.. Dulu, bilamana lpas pmr, keputusan alhamdulillah memuaskan, ditwarkan kelas sc.. Ada sedikit bantahan disitu bila harapan ke kelas akaun tk diberi keizinan. Bermulalah kehidupan belajar aku dlm keadaan yg tak ikhlas.. Dari form 4 sehinggalah pertengahan sem 2 matrik.. Baru aku sedar mungkin ketidakikhlasan aku yg buat gred aku pun tk suka dgn aku.. Haha... Lastly, ada rasa gembira bila kita belajar ditemani dgn rakan2 yg selalu support kita.. Selurus bendul, selemah mana pun kita, dia still ada bg sokongan.. Terima kasih kerana selalu ada :)
Sem 2 ni, insaf di pertengahan jalan.. Alhamdulillah, walaupun mungkin dah terlmbat.. Aku dah ckp kat Suhaila dah, aku nak cuba nak cabar diri aku dpat dekan degree nanti.. tak degree pun 3.5 lah.. Cuba ikhlas.. Bila mengenangkan apa dah jd waktu periksa math kertas 2 haritu.. Aku dah tak yakin dgn keputusan nanti.. Last minit punya bila pintu bilik dah kunci, semua roomate dah pergi dewan periksa, aku je berlari sana sini sbb semua barang, alat tulis, hp semua dalam bilik TT.TT dan pintu berkunci.. Nasib baik lagi dah siap2 berjubah, bertudung.. Singgah bilik suhaila tanya soalan kjap.. turun2 tgok bilik berkunci.. Padahal dah bgth sorg roomate dah yg aku nak naik bilik suhaila untuk tnya soalan.. Mata bergenang dah.. Lari sana sini. Cari roomate kot kot ada kat cafe, cari kwn roomate... call guna phone dia, telefon2 tp tk angkat.. Hmmm... hanya Allah saja tahu betapa paniknya aku.. Alatan tulis semua pinjam akak senior blik suhaila yg tkde paper haritu.. calculator lain dgn yg aq guna, pen 2,3 batang.. pemadam seceot suhaila.. bekas lead pensil sebagai pembaris... Lari2 lagi pergi HEP mntak surat akuan pelajar.. Matrik kad semua dlm bilik.. Masuk dewan dah lewat, pening kepala, panas... Kena tegur dgn pgwas...
Abah kata, tu ujian...
Lepas je whatsapp abah apa dah jadi, terus abah call.. Keluar bilik Suhaila, meleleh terus daahhh... Balik2 tk terus balik bilik, sbb touching dgn diaorg.. haha.. naik bilik suhaila, tdur sana.. sampai ptg, baru trun.. semua dah risau, tp semua tk tahu.. biarlah diaorg tk tahu.. mungkin suatu hari nnti diaorg akan tahu jgk.. Bilik pun suram je.. Tk berckp dgn diaorg... Tp tk bestlah tak berckp.. Akhirnya aku sndri yg mulakan.. Hahaha.. plan nk merajuk tak jadi lahhh.... Bosan lah tk potpet potpet dgn diaorg..
Yg klakarnya, masa abah call, sedih2 gitu cerita, boleh pulak abah suruh bgth pemeriksa kertas tu nnti suruh naikkan markah sbb ada kecemasan berlaku -_______-"
Boleh pulak abah ni.. nak rasa gelak pun tak boleh sbb tgh sedih... Mmg bila tgh panik, semua bnda dlm kepala hilang begitu saja bagai burung berterbangan.. ewaahhh..
Yang penting, satu lagi pengajaran dah dpt.. Nak cover cool habis pun dah tk boleh.. haha..
Takpelah.. Dah tk fkir sgt... Berusaha untuk yg akan dtg pulak..
Terima kasih ya :)
No comments:
Post a Comment