Hai awak :)

Wednesday, September 17, 2014

Cuba


So minggu kedua ni bermulalah minggu pembelajaran bagi kos RY58- Pemprosesan Bahan. Sampai sekarang aku tak tahulah apa yang akan aku belajar dalam kos ni. Iyalahh.. kos ni tak pernah terdetik pun dalam hati utk aku ambil. Engeneering mmg tak terlintas lgsg masa isi upu. Memang nak avoid betul2. Dah berazam nnti tknk ambil Physics dah.. Lastly, subjek ni ada 2 subjek kena bljr physics. Trauma dgn kos ni pun ada. Iyalah.. ada orang kata aku patut bersyukur dapat tawaran yang boleh dikatakan hebatlah.. Engeneering.. Org bangga bila dgr engeneering.. Tapi bagi aku, hmm.. ntahlah.. nak ckp mcm mana pun tak tau.. Aku cuma taknak pisang berbuah dua kali.. Sama seperti kes aku dulu..

"Why not kita cuba dulu.." 

Ayat ni since aku form four bila ditawarkan kelas science.. Dan bila aku telah katakan pada diri aku yang aku tak boleh.. Still ayat yang sama keluar masa form 5..

"Why not kita cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki.." 

Dan bila aku jatuh, bila aku dah tak kuat lagi, ma abah tak putus asa suruh aku cuba lagi.. And again, ayat yang sama berulang lagi..

"Tkpe.. why not aku cuba lagi untuk matrik ni, mungkin boleh.."

 Dan sehingga kini, aku masih merelakan diri lagi walaupun aku tahu aku akan jatuh untuk kali yg seterusnya.. Ada orang kata..

"Nadiah, kau terlalu memendamlah Nadiah, cuba kau bgth cerita satu satu.."

Tu lah aku ckp.. kdg2 takde org boleh faham perasaan aku.. Aku bukanlah jenis nak cerita semua masalah aku kat org.. Lg2 dgn family.. Bila aku cerita masalah dkt ma abah, mesti rasa sedih, malu bila ma abah tgok anak dia menangis. Tknk tgok ma abah sedih jgk. Tp bila org tnya tu.. kdg2 kita pun nak luahkan jugak.. Walaupun terasa sebak didada.. Mgkin sebab sebak tu lah aku luahkan. Tp, aku pun nak tgok ma abah bahagia dgn aku.. Gembira tgok aku belajar.. Rasa mcm sanggup berkorban walaupun tak suka demi ma abah. Alah.. kenapa rasa sebak plak ni bila ckp pasal ma abah ni..

Matrik dulu, mmg aku belajar dlm keadaan trpaksa, tak rela. Modul 1 pulak tu.. Aku lagi rela dpt diploma masa tu drpd pergi matrik. Tp, dip pun tk dpt, macam mana nak pergi. Hasilnya, mcm tu lah, result sem 2 pun makin merudum drpd sem 1. Hasrat nak dpt pointer lebih tinggi utk sem 2 tinggal mcm tu je. Math dgn bio pun makin merosot. Subjek yg paling digemari. Aku tak tahu apa aku fkir masa tu. Mungkin sbb masalah yg menimpa masa exam math tu, dan meleret ke subjek2 seterusnya.. Hmm.. mungkin hati tak ikhlas kerana Allah lagi ni.. Mcm mana nak berjaya..

Apa2 pun, aku cuba usahakn yang terbaik. Harapan yang dipendam selama ini, semoga dimakbulkan.. Amin..
Sekian, terima kasih :)

Sunday, September 14, 2014

Menjejak U


Alhamdulillah.. Hampir dua minggu disini.. Segalanya berjalan lancar. Housemates.. semuanya okay2.. Satu kepala masing2.. Boleh kata mcm pusat gathering sek sek pantai timur lah.. 2 Kelantan, sorang Terengganu.. Sorang Pahang.. Sorang Ipoh Mali~ Dan dua org chinese utara.. Masing2 dari Penang dan Kedah.. Dan aku Selangor.. Datang sini bila dah asyik bersama housemates, mula keluar loghat pantai timur.. Walaupun telah terbukti aku mmg tak reti ckp ganu, kelate ni.. Apa boleh buat kan kalau Cik Siti kita selalu mencuba utk cakap selangor sampai tergagap- gagap semata- mata supaya org yg asal selain drpd kelantan faham apa dia ckp.. Don't worry be happy Siti.. Kite faham apa Siti ckp.. Kite ada darah pantai timur.. Cuma tak reti nak explain je.. X)

Mulanya hari kami sesi perkenalan kami...

*tiba2 ada awan keluar mcm dlm cerita tu untuk mngimbas semula kejadian dua minggu lalu~~

"Manalah zaty ni, tak sampai lagi ke... ?? Dah nak dkat dah ni!~~~"

Punyalah rasa mcm nak lari keliling kolej tu sbb tunggu zaty dri line panjang sampailah dah dekat nak ambil kunci bilik. Nak satu rumahlah katakan.. Sampai terfikir nak keluar barisan and then beratur balik kat paling belakang.. Dengarlah dua org kecek kelate kat depan duk bercerita guna dialek masing2.. Untunglah beratur dgn kwn yg dikenali...~ Dalam barisan panjang tu.. Tiba2 nampak Nimo dlm barisan kat blakng.. Lelambai tu wajib.. Tiba2 sek2 kelate dpan aku ni pun lambai2 kat dia.. Rasanya Nimo sorg je tgh lambai.. Nimo pun potong barisan.. Rupa2nya dua org dpan tu bdk kms dan kwn nimo.. Hmmmmm.... Tak pernah nampak pun... Sah satu rumah ni.. Cumaaa... Zaty nya manaa??! Dah redha dah masa tu tk dpt satu rmh dgn zaty.. Tinggal lagi 2 org lagi kat depan nak ambil kunci bilik.. Tiba2..

"Zrrraaapppp"

Muncul makhluk berwarna purple meoributeo balkekajji (dri kepala sampai kaki) kat depanku.. Maka legalah zaty dah sampai tepat waktunya.. Maka org belakang pun buat ekspresi tak puas hati sbb zaty memotong barisan dgn tiba2.. Maka satu rumahlah kita berenam kmsians.. 3 ex modul 1, 3 org lagi ex modul 3 from matrik..

Hmmm.. dah rasa mcm cerita budak2 tadika je.. *menguap*

Coursemates.. 40 org kesemuanya.. adalah 2,3 org dah pindah.. Pindah U ada, pindah course pun ada.. Group Whatsapp hari first dah buat.. Nasib baik ada org mencalonkan diri sndri jd ketua.. Kalau tak sampai sudah tk tahu apa2 info.. Tapi kan tapi.. Kdg2 rasa rimas tu adalah bila whatsapp bnda merepek kan.. Okaylah, sorrylah for those yang hot kat group tu kan.. Sbb kita still lagi baru kan, so kita tk knal lagi hati budi masing2 kan.. Sbb biasanya bila kita dah rapat baru kita tk kisah nak mengarut ke, merepek ke.. Itu akulah.. Kan kan... Sbb dah rapat.. Jadi bila kita tanya soalan penting tu.. Jawabblaahh TT.TT *lap ayaq mata ayaq hingus* Soalan tu lg penting drpd kena berdiri dlm bus, kena duduk tepi bakul sampah dlm bas.. Why no answer krik krik cengekrik cengkerik TT.TT *ambil tissue hembus hingus* Bukan aku sorang je rasa mcm ni, ada 2,3 org lagi pun rasa mcm ni.. biasanya org yg jarang dlm group whatsapp lah yg akan rasa mcm ni.. Kite siap mute whatsapp satu hari lg tu.. Ada yang mute group utk seminggu nampakkk.. Kdg tu kesian jgk tgok org yg tny tu tp krik krik je.. Tp tklah salahkan korang pun.. Kita tak kenal pun lg.. mcm tu lah.. Biasalah tu..

Cuti raya haji nanti, buat julung kalinya, naik bas sorang2 pergi dan balik.. Satu rumah nak balik, nak

tinggal sorang kat tmpt baru takut tk berani je.. Ma abah tak habis lg risau.. Asyik call je tny tkde kwn nak balik ke.. Kwn 18 tkde yg balik ke.. Hati2 lah bila balik.. Macam2 risaunya.. Sampai tersasul - sasul lg ckp :') Tunggu kakak balik ye.. Kakak nak pergi pasar tani.. haha.. hritu sebelum dtg Perlis tk sempat pergi pasar tani.. Take care ye ma abah nani.. Kittens kat rumah pun take care yaa~ Rindunya my kuchi kuchi.. Kauthar Khaira kak ngah nurhana.. alaa.. rindunya~~ Tp tk 200% lah.. Hehe X) Take care ya semua.. Doakan saya disini.. InsyaAllah.. bukan gred yg penting, bukan semata utk dekan.. Niat seikhlas hati kerana Allah.. Aku selalu doa supaya ada nilai ikhlas belajar kerana Allah.. Ya Allah.. Perkenankanlah dan permudahkanlah.. Amin..



Sekian, terima kasih :)

Monday, September 8, 2014

Some info in UniMAP

Sebelum masuk UniMAP haritu adalah buat kaji selidik sikit. Ada terbaca satu blog ni, dia kata student2 UniMAP tak bnyk tulis blog. Mgkin kot sbb nak cari blogger student unimap yg cerita sndri pglman diaorg pun susah nak jumpa. Tak taulah kalau ter'miss' ke apa. Mgkin semua sibuk belajar. Ni sementara ada masa sebelum tak busy belajar je ni. Tu sbb boleh tulis. 

So far.. Alhamdulillah, dah selesai seminggu Majlis Suai Kenal 14/15 di UniMAP. So basically, Alhamdulillah orientasinya tak seteruk yang disangkakan mcm sebelum ni. Macam kat KMS dulu, bngun pkul 3, 4 pagi. Lambat turun kena marah bla bla bla. Tak seragam kena marah. Terhegeh hegeh kena marah. Mgkin orientasi di UniMap ni berkonsepkan cool je kot. Hee.. Bngun pun tkdalah awal sgt tkdalah lewat sgt. Asalkan berkumpul dlm pkul 6.30- 7.00 pg tu okay lagilah. Sbb nak kena tunggu bas dtg ambil untuk ke Dewan 2020 di Kangar. So kiteorg orientasi kat situlah dri pagi sampai malam. Dan tk boleh balik. Jauh nun nak balik. Dlm 35 minit jgk lah prjlnn. Tp sbb dah terbiasa rasa mcm kjap je.
Jadi, Alhamdulillah again. Dapat Kolej UniCITY Alam di Sg. Chuchuh, Padang Besar. Mcm best je kan dgr Padang Besar tu :3 Seperti yg sedia maklum, rasanya sesiapa yg dpt UniMAP ni akan buat siasatan dulu pasal U ni kan? So, UniMAP ni berkonsepkan kolej dan kampus yg berterabur. Bermakna kat sini kena betul2 pandai berdikari, kena pandai urus masa utk ke kelas. Ada kelas yg jauh dri kolej. Ada yg tk payah naik bas sbb dkat je dgn kolej. Based on kita pnya kos lah. Kalau mcm aku fakulti teknologi kejuruteraan (FTK), kiteorg semua menetap kat UniCITY. Cuma ada certain je kos2 lain kat sini. Kiranya UniCITY ni mcm kolej induk untuk FTK lah. So budak2 FTK semua kat sini.


KEDIAMAN DI UNICITY ALAM

Kami batch kedua yg menetap kat sini. Kolej ni baru je dua tahun dibuka. Baru lagilah. Tahun 2013 dibuka. Masa kiteorg masuk pun habuk2 lagi. Bau cat, simen lagi. Tilam pun berplastik lg masa tu. Ada yg tak fully siap lg. Contohnya sinki dapur. Esok lusa tu dia pasanglah gamaknya tu. Ada bangunan yg 6 tingkat ada yg 7 tingkat. Jgn risau, ada lift setiap blok. Kalau tak jenuh nak naik tangga sampai tingkat 5 tu ha.. Haritu pun naik tangga angkut barang sampai tingkat 5 dah rasa mcm nak tercabut jantung ni.. Lift jgn katalah, mmglah pnuh kan masa hari pndftaran. Melimpah beratur sampai ke luar.
UniCITY Alam ni ada 3 blok. 2 blok ada 7 tingkat. 2 blok ada 6 tingkat. Kalau mcm aku, aku dpt blok A4 iaitu blok yg 6 tingkat tu. Dan setiap blok kat sini berkonsepkan rumah. 3 bilik dan 2 toilet. Ada 2 bilik yg memuatkan 3 org pelajar. Dan 1 bilik yg memuatkan 2 org pelajar. So yg satu bilik 2 org tu nampak besar sikitlah. Sbb ukuran bilik dia lebih kurang sama je. Nak cop bilik sendiri pun tk boleh sbb masa dftar kolej tu, kat kunci dia dah bagi nombor bilik. Untuk kiteorg yg tk tahu apa2 ni mmglah tk boleh mntk nak bilik yg mana. Mgkin second sem nnti bolehlah kot pilih bilik. Tp masa dftr tu bolehla pilih nak duduk dgn siapa. Sbb cara dia pilih bilik ikut susunan yg beratur tu. Siapa beratur depan or belakang korg, ha... Yg tu lah kebarangkalian housemate korang. Katil tu, pilih je lah yang mana2 pun. Asalkan kita duduk dlm bilik mngikut kunci yg diberi. Tp kalau nak tukar bilik sesame sndri pun boleh je. Siapa yg dpt bilik menghadap s
awah/ladang2 tu bestlah. Nanti pagi2 dah Nampak hijau. Angin pun kuat je. Nyaman je. Berapa kali dah rasa nak trtdur sbb angin2 ni. Kena kuat iman. Haha.. Kdg tu rasa mcm aircond masuk je.

Ruang tamu ada, tp dia letak meja belajar. Siapa yg duduk asrama tu dia nampak mcm prep lah. Tak mcm kbnyakan kolej yg katil, almari, meja belajar satu tmpat tu. Kalau nak letak meja belajar dlm bilik pun tk boleh sbb tk muat. Lagipun meja tu dah di paku kat dinding. Jadi bilik khas utk tdur. Dan ruang tamu khas untuk belajar. Dapur pun ada. Kecik je. Besar2 nak buat apa. Setakat nak basuh pinggan mangkuk. Buat air tu. Tk payah lah besar2. Sebelah dapur ada pintu keluar untuk sidap baju. Ada ampaianlah disediakan. Kecik je luar tu nak sidai baju. Muat satu ampaian je. Tp untuk mnampung 8 org punya baju yg berhelai- helai tu. Of course tk muat dehhh.. Sorg pulak bukan 2,3 baju je. Berhelai- helai. So lepas ni kami nak beli ampaian.. Muehehe.. Then ltak kat ampaian tu kat dapur sbb kat dapur ada lubang air keluar. Nasib baik ada.


TRANSPORTATION

Sbbkan sini kena pandai berdikari, bas UniMAP disediakan kat sini. Banyak sgt. Kena ikut jadual bas lah. Selalunya first year student kan tak boleh bawak kete motor sndri kan? Hehehe. Sini lain. Arahan baru dikeluarkan, first year student sini da boleh bawak kenderaan sndri. Tp kena beli sticker dia. Sbbkan arahan tu baru diberitahu. So melepaslah org2 yg berhajat nak bwk motor kereta tu.. Haha.. balik cuti sem nnti msti bnyk bwk motor nnti. Tp kalau pergi kuliah pun nak naik kete mcm pelik je... Dkat je pun.. Mcm pemalas gile je kalau naik kete motor tu -_-


BILIK KULIAH/ KEMUDAHAN AWAM

Untuk UniCITY Alam ni, kampus kita dkat je. Tak sampai 5 minit pun dah boleh sampai. Kita punya tmpat belajar ni tk mcm U lain. Umpama mcm kita pergi tusyen je sbb bilik belajar dia mcm rumah kedai tu. Kalau pergi tusyen kan kita naik tangga kat rumah kedai tu then masuk bilik2 bilik kan. Ha mcm tu lah.. Haha.. Okay mula2 tu aku ingtkan kedai2 yg bnyk tak bkk lagi kat sini tu untuk org sewa. Rupa2nya tu lah pejabat, tu lah dipanggil bilik kuliah, tu lah bilik praktikal kita dan tu lah kedai utk org sewa. Bilik praktikal masih lagi under construction skrg ni. Jadi, ada beberapa praktikal kita kena naik bas pergi ke kampus induk iaitu di Pauh. Kat situ mcm main UniMap lah. Bila lab UniCITY dah siap baru tk pyah susah2 naik bus 40 minit pg Pauh. Jauh tu wehh.. At least bagi perempuan, kalau kelas pukul 8 pg, pukul 7 dah kena tunggu bas dah. Nak pakai tudung dlm bas pun boleh. Of course dah pakai tudung cantik2, dlm bas kalau mngantuk, sengguk2, terlentok sana sini, tudung pun rosak balik XD

Setakat ni dah ada 2 kedai borong, dlm 3, 4 restoran, hmmm.. apa lagi ya.. Gym bakal di buka nanti.. Dia tulis opening soon tp tk tau bila. Kedai jual tudung2/ perhiasan wanita pun ada.. Nak jahit/tempah baju pun boleh.. Ada satu lorong2 kedai tu rapat tau, so nampak mcm Wangsa Walk pun ada :3 Kalau dia hias2 letak lampu2 ke, payung2 tergantung kat atas tu rasanya dah cool dah tu.. haha..
Air pancut pun ada kat sini. Boleh lepak2 kat bawah ni sbb line internet CELCOM sgt laju ya disini...Bila naik bilik dia slow. Kdg2 je laju. Mgkin sbb bilik aku tingkat 5 kot. Guna broadband pun tk dpt sgt. Siapa nak tgok drama2 tu trunlah bawah, download awal2, download dr rmh ke kan.. haha.. ajar bnda tk patut plak kan.. X) Selain tu, ada taman permainan. Nak rasa mcm budak2 sikit tu boleh lah main. Kita pun nak hilangkan stress jugok kan~~~ Jd buat2 je muka tak malu main boyan jongkang jongkit gelongsor tu semua. Padang bola pun ada. Bknlah besar mcm kat stadium tu. Biasa2 je size dia. Cuma mgkin org blm main lg kot kat situ. Siapa duduk blok yg dekat dgn pdg tu msti usha2 kan.. Heleyyhh.... Bukannya boleh percaya sgt korg ni kan~~~~ Apa lagi pun tak tau.. Hmmm..

Pak guard tu kira kemudahan awam lah jugak kan?? Haha.. Sini tkde pagar.. Tp ada pak guard kat tmpat masuk tu.. Jadi bahaya sikit.. Tp sekeliling dia sawah2 padi ladang2 je pun.. Tak takut sgt.. UniCITY ni pun dkt je dgn bandar2 tmpat makan. Makanan pun murah je. Kalau bosan makan kat restoran dlm kolej, pergilah jalan kaki mkn luar tu.. Jalan kaki jauh sikitlah. Naik moto dkt je..
Yang tkde transport sndr tu kalau nak jln2 pergi kolej kwn kat Pauh ke, Wang Ulu ke, nak pergi Padang Besar yg tmpt tk sah kalau tak shopping tu ke, boleh je naik bas. Kena tahu jadual bas bergerak..


KAMPUS INDUK

Kampus induk kita kat Pauh tau. Maksudnya main Kampus kita kat situ. Library, lab, dewan kuliah yg btol2 punya dewan mmg kat situ. Library dia aku boleh bagi 5 bintanglah. Canggih. Aku rasa kalah kot library kat Shah Alam tu. Ada 2 tingkat. Aras bawah bertemakan laut. Aras 1 bertemakan hutan. Dan aras 2 bertemakan awan. First  time Mini Tour masuk library dia, kalau boleh nak menganga mmg menganga yg beberapa ekor lalat boleh masuklah. Mmg meremanglah bulu roma tgok kecanggihan dan kecantikan library dia. Rasa jeles pun ada kat budak2 yg duduk Pauh tu. Bila2 suka boleh pergi library dia. Nak cita apa yg canggih pun tk tahulah. Boleh pinjam sidi. Pulangkan buku pun tk payah prgi kat kaunter pun tkpe. Just pulangkan kat mesin yg mcm kat airport punya slide yg letak bagasi tu. Pinjam buku pun yg guna scan tu. Sbnrnya baru first time tgok teknologi mcm tu, tu yg nampak mcm smgt je nk cite kan walaupun tahu U lain pun mgkin ada sbnrnya.. Nak main ps2 pun boleh kat zon bising. Tmpat ni bolehlah nak gelak mcm baru dinobatkan jadi jutawan ke, nak jerit putus cinta ke, boleh bleh tkda masalah.
Bilik perbincangan pun ada. Kalau nak guna slide nak bentangkan something ada biliknya. Yg ni paling smgt lah kiteorg tgok masa dia tunjukkan haritu. Ada desktop besar mcm satu set projector tu, then kita boleh touch screen dia punya desktop tu.. Ala.. tak tahulah istilah computernya panggil menatang tu apa.. Kemudahan computer pun ada.. Surau laki perempuan. Ada jual mknn skit.. Kalau dahaga tp tkde duit pun boleh mnum air kosong yg disediakan dpan surau.. Nmpk majulah.. Terharu mak jemah gituww ~~

Overall, nak kata cantik, tklah cantik mcm UIAM, USIM, KUIS dan lain2 U yg dah berpuluh tahun tu.. Ni baru 8 tahun UniMAP ni. Tapi boleh ckp tmpat2 dia selesa lah. Cantik mata melihat.. Suasana indah sbb ada kolej yg berhampiran sawah mcm UniCITY. Kat Wang Ulu pulak kolej dia dkt dgn sawah dan dkt dgn bukit. Siapa yg cintakan alam sekitar tu sukalah tu. Kolej kat Pauh pun cantik jgk. Paling dkat dgn segala kemudahan. Library, tasik tmpat nak berkayak. Sbb majority yg tinggal kat Pauh tu budak2 mekatronik, elektrik, and so on.. Dan satu kos diaorg ada yg melebihi 100 org pelajar. Tu sbb diaorg ditempatkan di Pauh. Ada dewan kuliah besar sikit nak muatkan pelajar. Paham tak ni?? Tp tk semewah U yg kat atas tu lah.. Cuma aku boleh ckp tmpt ni selsa, dan indah nyaman.

Okay.. Setakat ni je lah yg dpt tulis baru seminggu kat sini sebagai pelajar baru. Gambar nak snap hritu. Tp memory full plak.. Usb hp tertinggal kat rumah. Ada usb power bank je. Usb tu pun mcm nak rosak da so tk boleh nak transfer gmbr masuk laptop. Kalau ada apa2 next post ya :) 



Sekian, terima kasih :)