Sebelum masuk UniMAP haritu adalah buat kaji selidik sikit. Ada terbaca satu blog ni, dia kata student2 UniMAP tak bnyk tulis blog. Mgkin kot sbb nak cari blogger student unimap yg cerita sndri pglman diaorg pun susah nak jumpa. Tak taulah kalau ter'miss' ke apa. Mgkin semua sibuk belajar. Ni sementara ada masa sebelum tak busy belajar je ni. Tu sbb boleh tulis.
So far.. Alhamdulillah, dah selesai seminggu
Majlis Suai Kenal 14/15 di UniMAP. So basically, Alhamdulillah orientasinya tak
seteruk yang disangkakan mcm sebelum ni. Macam kat KMS dulu, bngun pkul 3, 4
pagi. Lambat turun kena marah bla bla bla. Tak seragam kena marah. Terhegeh
hegeh kena marah. Mgkin orientasi di UniMap ni berkonsepkan cool je kot. Hee..
Bngun pun tkdalah awal sgt tkdalah lewat sgt. Asalkan berkumpul dlm pkul 6.30-
7.00 pg tu okay lagilah. Sbb nak kena tunggu bas dtg ambil untuk ke Dewan 2020
di Kangar. So kiteorg orientasi kat situlah dri pagi sampai malam. Dan tk boleh
balik. Jauh nun nak balik. Dlm 35 minit jgk lah prjlnn. Tp sbb dah terbiasa
rasa mcm kjap je.
Jadi, Alhamdulillah again. Dapat
Kolej UniCITY Alam di Sg. Chuchuh, Padang Besar. Mcm best je kan dgr Padang
Besar tu :3 Seperti yg sedia maklum, rasanya sesiapa yg dpt UniMAP ni akan buat
siasatan dulu pasal U ni kan? So, UniMAP ni berkonsepkan kolej dan kampus yg
berterabur. Bermakna kat sini kena betul2 pandai berdikari, kena pandai urus
masa utk ke kelas. Ada kelas yg jauh dri kolej. Ada yg tk payah naik bas sbb
dkat je dgn kolej. Based on kita pnya kos lah. Kalau mcm aku fakulti teknologi
kejuruteraan (FTK), kiteorg semua menetap kat UniCITY. Cuma ada certain je kos2
lain kat sini. Kiranya UniCITY ni mcm kolej induk untuk FTK lah. So budak2 FTK
semua kat sini.
KEDIAMAN DI UNICITY ALAM
Kami batch kedua yg menetap kat sini.
Kolej ni baru je dua tahun dibuka. Baru lagilah. Tahun 2013 dibuka. Masa
kiteorg masuk pun habuk2 lagi. Bau cat, simen lagi. Tilam pun berplastik lg
masa tu. Ada yg tak fully siap lg. Contohnya sinki dapur. Esok lusa tu dia
pasanglah gamaknya tu. Ada bangunan yg 6 tingkat ada yg 7 tingkat. Jgn risau,
ada lift setiap blok. Kalau tak jenuh nak naik tangga sampai tingkat 5 tu
ha.. Haritu pun naik tangga angkut barang sampai tingkat 5 dah rasa mcm nak
tercabut jantung ni.. Lift jgn katalah, mmglah pnuh kan masa hari pndftaran.
Melimpah beratur sampai ke luar.
UniCITY Alam ni ada 3 blok. 2 blok ada
7 tingkat. 2 blok ada 6 tingkat. Kalau mcm aku, aku dpt blok A4 iaitu blok yg 6
tingkat tu. Dan setiap blok kat sini berkonsepkan rumah. 3 bilik dan 2 toilet.
Ada 2 bilik yg memuatkan 3 org pelajar. Dan 1 bilik yg memuatkan 2 org pelajar.
So yg satu bilik 2 org tu nampak besar sikitlah. Sbb ukuran bilik dia lebih
kurang sama je. Nak cop bilik sendiri pun tk boleh sbb masa dftar kolej tu, kat
kunci dia dah bagi nombor bilik. Untuk kiteorg yg tk tahu apa2 ni mmglah tk
boleh mntk nak bilik yg mana. Mgkin second sem nnti bolehlah kot pilih bilik.
Tp masa dftr tu bolehla pilih nak duduk dgn siapa. Sbb cara dia pilih bilik
ikut susunan yg beratur tu. Siapa beratur depan or belakang korg, ha... Yg tu
lah kebarangkalian housemate korang. Katil tu, pilih je lah yang mana2 pun.
Asalkan kita duduk dlm bilik mngikut kunci yg diberi. Tp kalau nak tukar bilik
sesame sndri pun boleh je. Siapa yg dpt bilik menghadap s
awah/ladang2 tu
bestlah. Nanti pagi2 dah Nampak hijau. Angin pun kuat je. Nyaman je. Berapa
kali dah rasa nak trtdur sbb angin2 ni. Kena kuat iman. Haha.. Kdg tu rasa mcm
aircond masuk je.
Ruang tamu ada, tp dia letak meja
belajar. Siapa yg duduk asrama tu dia nampak mcm prep lah. Tak mcm kbnyakan
kolej yg katil, almari, meja belajar satu tmpat tu. Kalau nak letak meja
belajar dlm bilik pun tk boleh sbb tk muat. Lagipun meja tu dah di paku kat
dinding. Jadi bilik khas utk tdur. Dan ruang tamu khas untuk belajar. Dapur pun
ada. Kecik je. Besar2 nak buat apa. Setakat nak basuh pinggan mangkuk. Buat air
tu. Tk payah lah besar2. Sebelah dapur ada pintu keluar untuk sidap baju. Ada
ampaianlah disediakan. Kecik je luar tu nak sidai baju. Muat satu ampaian je.
Tp untuk mnampung 8 org punya baju yg berhelai- helai tu. Of course tk muat
dehhh.. Sorg pulak bukan 2,3 baju je. Berhelai- helai. So lepas ni kami nak
beli ampaian.. Muehehe.. Then ltak kat ampaian tu kat dapur sbb kat dapur ada
lubang air keluar. Nasib baik ada.
TRANSPORTATION
Sbbkan sini kena pandai berdikari,
bas UniMAP disediakan kat sini. Banyak sgt. Kena ikut jadual bas lah. Selalunya
first year student kan tak boleh bawak kete motor sndri kan? Hehehe. Sini lain.
Arahan baru dikeluarkan, first year student sini da boleh bawak kenderaan
sndri. Tp kena beli sticker dia. Sbbkan arahan tu baru diberitahu. So
melepaslah org2 yg berhajat nak bwk motor kereta tu.. Haha.. balik cuti sem
nnti msti bnyk bwk motor nnti. Tp kalau pergi kuliah pun nak naik kete mcm
pelik je... Dkat je pun.. Mcm pemalas gile je kalau naik kete motor tu -_-
BILIK KULIAH/ KEMUDAHAN AWAM
Untuk UniCITY Alam ni, kampus kita
dkat je. Tak sampai 5 minit pun dah boleh sampai. Kita punya tmpat belajar ni tk
mcm U lain. Umpama mcm kita pergi tusyen je sbb bilik belajar dia mcm rumah
kedai tu. Kalau pergi tusyen kan kita naik tangga kat rumah kedai tu then masuk
bilik2 bilik kan. Ha mcm tu lah.. Haha.. Okay mula2 tu aku ingtkan kedai2 yg
bnyk tak bkk lagi kat sini tu untuk org sewa. Rupa2nya tu lah pejabat, tu lah
dipanggil bilik kuliah, tu lah bilik praktikal
kita dan tu lah kedai utk org sewa. Bilik praktikal masih lagi under
construction skrg ni. Jadi, ada beberapa praktikal kita kena naik bas pergi ke
kampus induk iaitu di Pauh. Kat situ mcm main UniMap lah. Bila lab UniCITY dah
siap baru tk pyah susah2 naik bus 40 minit pg Pauh. Jauh tu wehh.. At least
bagi perempuan, kalau kelas pukul 8 pg, pukul 7 dah kena tunggu bas dah. Nak
pakai tudung dlm bas pun boleh. Of course dah pakai tudung cantik2, dlm bas
kalau mngantuk, sengguk2, terlentok sana sini, tudung pun rosak balik XD
Setakat ni dah ada 2 kedai borong,
dlm 3, 4 restoran, hmmm.. apa lagi ya.. Gym bakal di buka nanti.. Dia tulis
opening soon tp tk tau bila. Kedai jual tudung2/ perhiasan wanita pun ada.. Nak
jahit/tempah baju pun boleh.. Ada satu lorong2 kedai tu rapat tau, so nampak
mcm Wangsa Walk pun ada :3 Kalau dia hias2 letak lampu2 ke, payung2 tergantung
kat atas tu rasanya dah cool dah tu.. haha..
Air pancut pun ada kat sini. Boleh
lepak2 kat bawah ni sbb line internet CELCOM sgt laju ya disini...Bila naik
bilik dia slow. Kdg2 je laju. Mgkin sbb bilik aku tingkat 5 kot. Guna broadband
pun tk dpt sgt. Siapa nak tgok drama2 tu trunlah bawah, download awal2,
download dr rmh ke kan.. haha.. ajar bnda tk patut plak kan.. X) Selain tu, ada taman permainan. Nak rasa mcm budak2 sikit tu boleh lah main. Kita pun nak
hilangkan stress jugok kan~~~ Jd buat2 je muka tak malu main boyan jongkang
jongkit gelongsor tu semua. Padang bola pun ada. Bknlah besar mcm kat stadium
tu. Biasa2 je size dia. Cuma mgkin org blm main lg kot kat situ. Siapa duduk
blok yg dekat dgn pdg tu msti usha2 kan.. Heleyyhh.... Bukannya boleh percaya
sgt korg ni kan~~~~ Apa lagi pun tak tau.. Hmmm..
Pak guard tu kira kemudahan awam lah
jugak kan?? Haha.. Sini tkde pagar.. Tp ada pak guard kat tmpat masuk tu.. Jadi
bahaya sikit.. Tp sekeliling dia sawah2 padi ladang2 je pun.. Tak takut sgt..
UniCITY ni pun dkt je dgn bandar2 tmpat makan. Makanan pun murah je. Kalau
bosan makan kat restoran dlm kolej, pergilah jalan kaki mkn luar tu.. Jalan
kaki jauh sikitlah. Naik moto dkt je..
Yang tkde transport sndr tu kalau
nak jln2 pergi kolej kwn kat Pauh ke, Wang Ulu ke, nak pergi Padang Besar yg
tmpt tk sah kalau tak shopping tu ke, boleh je naik bas. Kena tahu jadual bas bergerak..
KAMPUS INDUK
Kampus induk kita kat Pauh tau. Maksudnya
main Kampus kita kat situ. Library, lab, dewan kuliah yg btol2 punya dewan mmg
kat situ. Library dia aku boleh bagi 5 bintanglah. Canggih. Aku rasa kalah kot
library kat Shah Alam tu. Ada 2 tingkat. Aras bawah bertemakan laut. Aras 1
bertemakan hutan. Dan aras 2 bertemakan awan. First time Mini Tour masuk library dia, kalau boleh
nak menganga mmg menganga yg beberapa ekor lalat boleh masuklah. Mmg
meremanglah bulu roma tgok kecanggihan dan kecantikan library dia. Rasa jeles
pun ada kat budak2 yg duduk Pauh tu. Bila2 suka boleh pergi library dia. Nak
cita apa yg canggih pun tk tahulah. Boleh pinjam sidi. Pulangkan buku pun tk
payah prgi kat kaunter pun tkpe. Just pulangkan kat mesin yg mcm kat airport
punya slide yg letak bagasi tu. Pinjam buku pun yg guna scan tu. Sbnrnya baru
first time tgok teknologi mcm tu, tu yg nampak mcm smgt je nk cite kan walaupun
tahu U lain pun mgkin ada sbnrnya.. Nak main ps2 pun boleh kat zon bising.
Tmpat ni bolehlah nak gelak mcm baru dinobatkan jadi jutawan ke, nak jerit
putus cinta ke, boleh bleh tkda masalah.
Bilik perbincangan pun ada. Kalau
nak guna slide nak bentangkan something ada biliknya. Yg ni paling smgt lah
kiteorg tgok masa dia tunjukkan haritu. Ada desktop besar mcm satu set
projector tu, then kita boleh touch screen dia punya desktop tu.. Ala.. tak
tahulah istilah computernya panggil menatang tu apa.. Kemudahan computer pun
ada.. Surau laki perempuan. Ada jual mknn skit.. Kalau dahaga tp tkde duit pun
boleh mnum air kosong yg disediakan dpan surau.. Nmpk majulah.. Terharu mak
jemah gituww ~~
Overall, nak kata cantik, tklah
cantik mcm UIAM, USIM, KUIS dan lain2 U yg dah berpuluh tahun tu.. Ni baru 8
tahun UniMAP ni. Tapi boleh ckp tmpat2 dia selesa lah. Cantik mata melihat..
Suasana indah sbb ada kolej yg berhampiran sawah mcm UniCITY. Kat Wang Ulu
pulak kolej dia dkt dgn sawah dan dkt dgn bukit. Siapa yg cintakan alam sekitar
tu sukalah tu. Kolej kat Pauh pun cantik jgk. Paling dkat dgn segala kemudahan.
Library, tasik tmpat nak berkayak. Sbb majority yg tinggal kat Pauh tu budak2
mekatronik, elektrik, and so on.. Dan satu kos diaorg ada yg melebihi 100 org
pelajar. Tu sbb diaorg ditempatkan di Pauh. Ada dewan kuliah besar sikit nak
muatkan pelajar. Paham tak ni?? Tp tk semewah U yg kat atas tu lah.. Cuma aku boleh
ckp tmpt ni selsa, dan indah nyaman.
Okay.. Setakat ni je lah yg dpt tulis baru seminggu kat sini sebagai pelajar baru. Gambar nak snap hritu. Tp memory full plak.. Usb hp tertinggal kat rumah. Ada usb power bank je. Usb tu pun mcm nak rosak da so tk boleh nak transfer gmbr masuk laptop. Kalau ada apa2 next post ya :)
Bgs sgt2 entry akak ni. Thank a lot info tu. Syukur sgt blh thu psl life kt unimap. jenuh sy cari. Akak sy dpt Kos teknologi kejuruteraan mekanikal(sistem pertanian) kt unimap. Kos ni ok x?ad x kwn akak yg dpt Kos ni. Sy rsau sgt ni. Sbjek ap ya yg diorng bljr? MOHON sgt bntuan akak. Sy tgh kira2 skrng Nk buat kptsan T_T.
ReplyDeleteOMG lamanya comment awak ni akak tk perasan! Rasa bersalah plk baru perasan skrg sbb akak ada je kwn kos ni satu rmh. Maaf sgt2.
DeleteHi blogger...thanks a lot for cik punya info..entry ni tahun 2014 kan? rasanya sekarang mesti facilities pun dah ok..saya pun tengah tercari-cari info pasal,mmg betul x byk blogger dri unimap,this is first one i stumbled upon,saya minat nak tahu pasal course ftk kat unimap ni,sebab saya baru habis dip tahun lepas,memang ada niat nak further kat sini course FTK..this helps a bit..cuma yang masa hari pendaftaran, proses dia macam mana ya? yang masa kita nak pergi ke kediaman ikut kampus masing2. Ada bas disediakan ke untuk bergerak ke sana?
ReplyDeleteHi Anuar :) Yep unimap mmg sediakan bas.. Ada jadual yg disediakan jd ikut jadual tu je.. And skrg perlis ada mybas kalau rasa tknk naik bas unimap boleh naik mybus murah je
Deleteassalam akak, nak tanya pasal cara berpakaian bagi perempuan macam mana ye ? boleh tak cerita detail kalau boleh, huhu. contoh macam baju apa yang kena pakai & tudung , thankyouuu
ReplyDeletePakaian yang kemas dan sopan. Bila masuk lab pakaila seluar dan jaket 😂
Delete