So minggu kedua ni bermulalah minggu pembelajaran bagi kos RY58- Pemprosesan Bahan. Sampai sekarang aku tak tahulah apa yang akan aku belajar dalam kos ni. Iyalahh.. kos ni tak pernah terdetik pun dalam hati utk aku ambil. Engeneering mmg tak terlintas lgsg masa isi upu. Memang nak avoid betul2. Dah berazam nnti tknk ambil Physics dah.. Lastly, subjek ni ada 2 subjek kena bljr physics. Trauma dgn kos ni pun ada. Iyalah.. ada orang kata aku patut bersyukur dapat tawaran yang boleh dikatakan hebatlah.. Engeneering.. Org bangga bila dgr engeneering.. Tapi bagi aku, hmm.. ntahlah.. nak ckp mcm mana pun tak tau.. Aku cuma taknak pisang berbuah dua kali.. Sama seperti kes aku dulu..
"Why not kita cuba dulu.."
Ayat ni since aku form four bila ditawarkan kelas science.. Dan bila aku telah katakan pada diri aku yang aku tak boleh.. Still ayat yang sama keluar masa form 5..
"Why not kita cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki.."
Dan bila aku jatuh, bila aku dah tak kuat lagi, ma abah tak putus asa suruh aku cuba lagi.. And again, ayat yang sama berulang lagi..
"Tkpe.. why not aku cuba lagi untuk matrik ni, mungkin boleh.."
Dan sehingga kini, aku masih merelakan diri lagi walaupun aku tahu aku akan jatuh untuk kali yg seterusnya.. Ada orang kata..
"Nadiah, kau terlalu memendamlah Nadiah, cuba kau bgth cerita satu satu.."
Tu lah aku ckp.. kdg2 takde org boleh faham perasaan aku.. Aku bukanlah jenis nak cerita semua masalah aku kat org.. Lg2 dgn family.. Bila aku cerita masalah dkt ma abah, mesti rasa sedih, malu bila ma abah tgok anak dia menangis. Tknk tgok ma abah sedih jgk. Tp bila org tnya tu.. kdg2 kita pun nak luahkan jugak.. Walaupun terasa sebak didada.. Mgkin sebab sebak tu lah aku luahkan. Tp, aku pun nak tgok ma abah bahagia dgn aku.. Gembira tgok aku belajar.. Rasa mcm sanggup berkorban walaupun tak suka demi ma abah. Alah.. kenapa rasa sebak plak ni bila ckp pasal ma abah ni..
Matrik dulu, mmg aku belajar dlm keadaan trpaksa, tak rela. Modul 1 pulak tu.. Aku lagi rela dpt diploma masa tu drpd pergi matrik. Tp, dip pun tk dpt, macam mana nak pergi. Hasilnya, mcm tu lah, result sem 2 pun makin merudum drpd sem 1. Hasrat nak dpt pointer lebih tinggi utk sem 2 tinggal mcm tu je. Math dgn bio pun makin merosot. Subjek yg paling digemari. Aku tak tahu apa aku fkir masa tu. Mungkin sbb masalah yg menimpa masa exam math tu, dan meleret ke subjek2 seterusnya.. Hmm.. mungkin hati tak ikhlas kerana Allah lagi ni.. Mcm mana nak berjaya..
Apa2 pun, aku cuba usahakn yang terbaik. Harapan yang dipendam selama ini, semoga dimakbulkan.. Amin..
No comments:
Post a Comment