Hai awak :)

Saturday, May 9, 2015

Hippo Krik krik


Hipokrit.

Cakap depan lain. Bila duduk belakang cakap lain pulak.
Biasalah tu. Kita takkan dapat lari daripada manusia manusia yang hipokrit ni. Semua hipokrit. Once ada org pernah cakap aku hipokrit zaman dulu. Memang dia tak ckp depan depan. Tapi sakit lagi bila dapat tahu dari orang lain. Kadang apa yang kita buat tak dapat puaskan hati semua orang. Setiap orang perisa dia lain lain. Ada yang manis macam gula. Ada yang nampak cantik tapi bila dirasa masam seperti strawberry. Ada yang nampak kasar tapi isinya sedap macam durian. Kan? 

Satu je. Bila kita rasa kurang selesa dengan sesama manusia, mungkin kita perlu berhadapan secara realiti. Komunikasi sendiri dengan dia. Bukan bash terus terus di khalayak ramai. Allah kurniakan hati buat hambanya. Apa gunanya mulut kalau tak bertanya. Mungkin masalah yang menyelubungi. 

Titik.

Sekian, terima kasih :)

Tuesday, May 5, 2015

Jubah


Jubah.

Satu lambang kesopanan dan kemusliman seseorang dalam gaya pemakaian yang hampir dilupakan masa kini. Tak ramai anak muda kini yang rancang nak pergi mall pakai jubah. Baik lelaki mahupun perempuan. Jarang sekali kita nampak orang yang berjubah masuk wayang, buat perkara maksiat, dan sewaktu dengannya. Kerana pakaian lambang peribadi seseorang itu.

Jubah.

Tak semua yang berjubah itu baik. Dan tak semua yang tak berjubah itu jahat. Mentaliti masyarakat memandang mereka yang berjubah ini mempunyai pekerti yang baik kerana berusaha mnjaga auratnya daripada di'laser' badannya oleh mata2 yang perlukan eyemo segeleng.

Jubah.

Jubah hanya pakaian yang nampak simple tetapi amat selesa. Aneka corak bagi menambah perisa di mata begitu pelbagai masa kini sehingga mata2 terpaksa menundukkan pandangan atau mungkin menyarungkan kaca mata hitam mereka lebih2 lagi di bawah sinaran mentari yang begitu terik membuatkan ketiak segelintir masyarakat menangis. *tarik nafas* Okay. Lembut mata memandang apabila seseorang itu berjubah. Tapi, ramai yang mengaitkan bahawa jubah dengan masjid atau lebih mendalam lagi tentang agama.

"Tu berjubah lawo lawo tu nak pergi dengar usrah ke??"

"Baru balik dari masjid ke yam oii??"

Mentaliti masyarakat zaman kini. Sedangkan jubahlah paling banyak berjasa bagi mereka yang hampir 24 jam koma di atas katil.

Seperti saya. *usap dada*

"Nadddd! Cepatla org dah siap da ni... Kata nak turun makaaaaannnnn...."

Maaf ya. Ada perkara yang perlu diselesaikan.
*Sarung jubah*
Sekian, terima kasih :)

Saturday, May 2, 2015

Flash


Harini aku mandi, saat aku mula memicitkan sabun dlm bakul mandi ke atas tangan, tiba tiba jamban duduk tu mula mem'flash'kan dirinya... Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dan sangat ajaib sedang berlaku pada aku... Aku mula memberanikan diri mcm watak dlm cite Conjuring cucuh mancis tgok dlm gelap tu.. Orang kata apa gunanya engineer kalau tak tahu salasilah jamban.. Aku mula mempraktikkan segala ilmu2 engineering aku walaupun Miss Raz, Dr. Supri, Abah a.k.a Pm Ruzaidi, mahupun Dr. Nik tidak pernah mengorganisasikan kuliah tentang jamban di dalam kelas... Oleh sbb aku engineer yg bertauliah, hanya beberapa minit sahaja problem solve...



Rupanya aku dipermainkan oleh diri sendiri dgn meletakkan bakul sabun atas flash jamban.

Sekian, terima kasih :)


"Kenapa tak spend bnyk lagi duit kak... Abah tak sabar nak masukkan duit untuk kakak ni... Ehehe"

"Sebab guna duit abah banyak banyak dpt hilangkan rindu kakak tak dpt balik rumah.. Ehehee..."


Macam tu lah abah kau. Typical abah bergurau dgn anak dia... Kau kena sedar, dia ayah kau.. Dia susah payah cari duit untuk kau.. Kalau dia dah takde, siapa nak bagi kau duit makan minum, siapa nak bg kemahuan kau?? Selagi dia ada, jaga dan sayangilah dia, jangan nanti kau baru sibuk nak cari dia... Masa tu kalau kau dah gila sgt sampai perabis duit buat patung muka mcm ayah kau pun, hati tetap kata tak sama..

Sekian, terima kasih :)