Jubah.
Satu lambang kesopanan dan kemusliman seseorang dalam gaya pemakaian yang hampir dilupakan masa kini. Tak ramai anak muda kini yang rancang nak pergi mall pakai jubah. Baik lelaki mahupun perempuan. Jarang sekali kita nampak orang yang berjubah masuk wayang, buat perkara maksiat, dan sewaktu dengannya. Kerana pakaian lambang peribadi seseorang itu.
Jubah.
Tak semua yang berjubah itu baik. Dan tak semua yang tak berjubah itu jahat. Mentaliti masyarakat memandang mereka yang berjubah ini mempunyai pekerti yang baik kerana berusaha mnjaga auratnya daripada di'laser' badannya oleh mata2 yang perlukan eyemo segeleng.
Jubah.
Jubah hanya pakaian yang nampak simple tetapi amat selesa. Aneka corak bagi menambah perisa di mata begitu pelbagai masa kini sehingga mata2 terpaksa menundukkan pandangan atau mungkin menyarungkan kaca mata hitam mereka lebih2 lagi di bawah sinaran mentari yang begitu terik membuatkan ketiak segelintir masyarakat menangis. *tarik nafas* Okay. Lembut mata memandang apabila seseorang itu berjubah. Tapi, ramai yang mengaitkan bahawa jubah dengan masjid atau lebih mendalam lagi tentang agama.
"Tu berjubah lawo lawo tu nak pergi dengar usrah ke??"
"Baru balik dari masjid ke yam oii??"
Mentaliti masyarakat zaman kini. Sedangkan jubahlah paling banyak berjasa bagi mereka yang hampir 24 jam koma di atas katil.
Seperti saya. *usap dada*
"Nadddd! Cepatla org dah siap da ni... Kata nak turun makaaaaannnnn...."
Maaf ya. Ada perkara yang perlu diselesaikan.
*Sarung jubah*
No comments:
Post a Comment