Assalamualaikum semua~ :)
Alhamdulillah,
8-11 Fabruari 2013 sudah berlalu :)
Hmmm... tak tahulah nak mulakan mcm mana. Sebab aku rasa dgn hanya cerita sahaja, tak memuaskan diri aku yg tgh gembira skrg ni. Tak sampai apa aku nak katakan. Kena pergi sendiri baru faham apa yang aku nak sampaikan :)
Dimulakan dgn 8 Februari, jam 3.30 gitulah~
Perjalanan berjalan lancar. Neb dan jirannya, Jannah tumpang di rumah untuk ke UPM, Serdang. Sampai2 di sana, tiba2 tersesat pulak. Ingatkan abah tahu. Rupa2nya buat2 lolok tahu je.. haha... lalu abah pun berhenti di perhentian bas di mana seorang makcik sedang duduk di situ,
"Assalamualaikum cik, Kolej 17 UPM dekat mana??"
"Cik pergi depan sikit tu, lepas tu, cik tanya org kat sana~"
-_________________-"
Kami pun pergilah mengikut arahan yang diberikan oleh makcik tadi. Dalam kereta, kami semua ketawa terbahak- bahak. Siapa tak ketawa, semua dok tiru balik aksi makcik tu. Abah pun pergi tnya makcik yg dah tua sgt. Manalah dia tahu~ It's okay. Terima kasih makcik :) Kami hargai. Sbb bila kami tnya guard kat depan sikit yg makcik tu suruh, mmg kiteorg dah salah jalan. Dah terlampau ke depan, walhal kami dah terlepas dah kolej 17 tu. Bila nak patah balik tu.. of coz lah terserempak balik dgn makcik tadi kann... semua pakat lambai makcik tu sambil mengucapkan terima kasih... macam makcik tu dgr... padahal makcik tu tak sedar pun kiteorg patah balik XD
Sampainya di sana, macam biasalah, daftar, check in dan mcm2lah. Banyak benda yg kiteorg belajar kat sana. Sekarang ni pun dah start rindu kwn2, kakak2, abg2 fasi kat sana. Terkesan jgklah program tu. Hahhhh~ sekarang ni tak tahu nak cerita mcm mana. Kalaulah ada blog yg boleh rakam suara, dah lama aku rakam suara, then cerita mcm tu je. Tapi nanti satu hari satu mlm pun tak habis. Korang pun dah boleh buat mp3 mcm dgr lagu dah...
Sekarang, saya serahkan microphone ini kepada gambar2 dan video2 pulak....~~ :)
bersama Diana Amir dan Heliza Helmi di slot Ca-Ca-Ca
jgn terkejut... Diana Amir dgn Heliza Helmi pun ada tau~~ jgn jeleessss.... ^^
kami memulakan makan kami dgn bacaan doa dan menyuap org di sebelah kanan dan kiri... org depan pon :)
pelajar 18 :)
Lagu tema PMG 13... fasi2 kata lagu ni berhantu~~~ memang punnn....
abang2 fasi kita buat persembahan lah~ ada bakat~
haaaa... yang ni saja2 nak santai2 main game, tapi lelaki je lah...
Act, ada rakam video Ustaz Mohamad Abdullah ni, pasal sejarah Islam yg sebenar tu... yg video dia tunjuk org2 Russia tu.. tp 30 minit youtube taknak terima plak... dia blh yg 15 minit je.. jeles betul youtube ni... tkpelah.. yg ni je boleh masuk youtube.. Dah upload untuk blog pun.. blog tak nak terima jugak... jeles lew tuww... ada masa eden cut video tu kepada part 1and part 2 punya... :)
haaaaaa~ ni pulak ahli kumpulan saya :) Al-Azhar... fasi Kak Khaulah... masa ni tgh explorace... menurut kak Marwah, kiteorg group pertama yg sampai dgn kelapan- lapan puzzle walaupun kiteorg kumpulan keempat sampai... tp kumpulan lain yg sampai dulu tak ckup puzzle... itu yg kami dgrlah... *nampak tak muka happy kiteorg tu~* dari kiri: Luqmanul Hakim, Azmi, Luqman Hakim, Ayuni, Pazilah, Nana, Sabrina, Ana, Syida, Nadiah, yg tgh duduk tu sambil pegang beg tu Syafiqah :)
haaaa.... ni cheerrrrsss kiteorg~
perbincangan kumpulan... nak masak apa ye hari ni???
suap menyuap... kan comel tu...^^ percentage ukhuwah sdg menaik sedikit demi sedikit tu...
supper... sambil mendengar bicara kak Khaulah...
haaa.... tu si tudung biru tu kak Khaulah kite yg the best... semangat orgnya ni.. seronok dgr apa yg dia ckp.. mcm tulah rasa nak ckp kat adik2 18...
sebelum bersurai.. buat ucapan duluuuu ~~
Al-Azhar... mlm sebelum hari berpisah :')
okay.... sebelum bersurai mlm ni... kita ambil no telefon, fb, twitter, blog dulu.... :)
tangga ada... satu tingkat je pun nak turun.. XD tp kiteorg nak naik lift sama2 jgk :) dlm lift pun sempat lagi snap gmbr walaupun pada mulanya camera tk boleh snap pic ni.. mcm2 si Luqman Hakim ni buat tp tak dapat2 nak snap gmbr ni... last2 pintu lift dah nak terbukak dah baru boleh... ni semua candid nii....
nak balik bilik pun sempat lagi snap pic walaupun masa ni dah pkul 1 pagi lebih... kiteorg paling lambat fasi2 lain nak tunggu kottt~ :D
perbincangan dalam kumpulan untuk aktiviti2 selepas ini (medan dakwah)
bersungguh betul salisa.. sampai ke mulut2.. hahaha XD
dah nak habis dah perbincangan.. nak masuk dewan..
yang ni pulak sebelum tamat program ni, kiteorg di bahagikan kepada PEPIAS cawangan masing2.. kami adalah PEPISHAH... ade je budak 18 yg duk cawangan lain join kiteorg... wah wah!! ni semua sbb semangat 18 drpd shah alam ni.. mana taknya, pengarah dia ex-18 kan.. and major budak 18 kat cawangan ni.. next ramai adalah SAMTAJ...
yg ni pulak adalah ex-18 :) ramaikan~~ bangga pulak...^^ kekeke... ada ramai lagi sbnrnya.. tp tak dapat hadir... dan tgh busy uruskan hal2 kat situ..
inilah kami :)
Sebelum balik... kami disajikan dgn video Matluthfi ni... kat sini pun dia boleh popular~~ nak tgok full punya video dia tekan sini :)
Nasyid oleh abang2 fasi kita... bakat terpendam eh... sedap suaranya :)
Lastly... video hasil penat lelah abg2 dan kakak2 fasi rakam... akhirnya tersimpullah kisah kami dlm video ini :')
Abg2 dan kakak2 PMG sebelum ni :') See that... Abang Paan dan Abang Umar semangat part 'Haaaaaa~~~~'
Mungkin apa yang disampaikan tak berapa bnyak dlm post ni. Tapi dalam minda dah tercatat satu program yang sangat menarik dan memberi manfaat kepada aku. Mungkin ada org yang fikir,
"Alah, mesti bosan program2 mcm ni... Bukan under sekolah... nanti takde kawan... nmpk mcm skema je pergi program2 masuk U ni..."
Tapi, org kata 'Tak kenal maka Tak cinta,' tak pun, 'Tak kenal maka Ta'aruf ' :) Belum pergi mana nak tahu best ke tak. Selalu pergi kem yang lasak2, kem yang under sekolah yg kita dah pun kenal org2 sekeliling. Itu dah biasa dah~
Cuba kita pergi satu program tu dalam keadaan kita tak ditemani org yg kita kenali. Yelah~ Walaupun ada kwn daripada sekolah sendiri kan~ Tapi bila dah bahagikan group, tetap sorg2 jgk.. Takde kawan... Mcm tu lah belajar berkawan. Dan mcm tu jugaklah kita masuk Uni nanti. Sorang2 je. Lambat laun baru kita kenal roomate kita, kawan satu fakulti, and others lah.
Banyak benda belajar kat sini. Susahlah nak diterangkan dgn kata2. Walaupun sekarang diriku ini sdg menaip2 huruf2 di atas laptop ni. Kalau ada Doraemon yang boleh keluarkan mesin rakaman masa lalu. Hah... aku rakam daripada awal PMG sampailah tamat PMG then bagi korang tgok 4 hari 3 malam.. kekeke XD tak lawak pun sebenarnya~
Kepada para peserta PMG, ambil manfaat drpd program ini... Dan jgn lupa ukhuwah kita yg selama 4 hari 3 mlm tu... Walaupun sekejap, tapi kalau kita selalu keep in touch, InsyaAllah, ukhuwah kekal selama- lamanya :) Mana tahu ada yg dpt jodoh melalui program ni... hahaha... tgok2 bila dah kahwin......
"ehhh... dinda pun pergilah PMG 13 dulu tu... haha... kita samalah kanda! kita sama!~"
dah dah~ melebih dah ni~ dinda kanda pulak tu... (-___-")
Ucapan utk semua yg terlibat dalam PMG 13 ni,
"Ehem ehem... testing 1, 2, 3... Assalamualaikum semua :) Pada yang mengenali saya, mahupun pernah ternampak atau pernah terlihat, jika ada perilaku saya yg menyakitkan hati anda, harap dimaafi. Tegur2lah saya jika saya ada melakukan sesuatu yg pelik.... ????? "
Saya suka dgr nasihat org. Sampaikan ciri2 lelaki yg saya suka adalah suka menasihati perkara yg postif... ececeyhhh... haha :D tkdelah.. main2 je... formal sgt pun tk best... saya tak berapa suka formal2 sbnrnya... nmpk je muka formal.. *ececeyhh* tp di sebalik tabir~ hanya org yg mengenali sahaja yg tahu...
InsyaAllah, nasihat yg diterima tu, tak boleh berubah dgn cpat, berubah sikit2... usaha nak berubah tu, Allah nampak... mungkin kita menasihati sekarang, tp impaknya, 2-3 tahun baru kita tersedar.. itu kuasa Allah nak beri hidayah kepada kita... Dan kepada mereka yang tak join PEPIAS lagi tu... jomlah join! tak rugi pun.. Tak dpt gaji pun join PEPIAS.. Tapi dapat pahala buat amal kebajikan secara sukarela...
Bukan dipaksa pun, tp kalau ada masa tu, tak salah isi masa lapang dgn perkara2 mcm ni... sekurang- kurangnya takdelah kita buat benda2 tak berfaedah... Jutaan terima kasih jugak kepada fasi2 dan kawan2 yg bnyk membantu... Tolong org yg hampir nak pitam ke XD Syukran Kak Khaulah dan Kak Fariha sbb tolong... K... *bukan Abg K* dah lah tu.. terasa panjang pulak... Sekian, Terima kasih..."
#Pesanan ini dibawakan oleh NADIAHIZZATI Sdn. Bhd dan pesanan ini juga adalah untuk diri sendiri
Comel entri ni ! Hana sukaaaaaa sangat <3 Teringat gilaa semua mase PMG :')
ReplyDeleteterima kasih hana :) kan kan... buat benda ni teringat balik~ entri hana pun best... nak follow :)
ReplyDelete