Assalamualaikum :)
27 Mei haritu telah selamat mendaftar di Kolej Matrikulasi Selangor KMS :) Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Nampak tak awan mendung tu?? Ya, on the way ke sini, hujan renyai2, masa dalam kereta tu, mmg perasanlah ada certain kereta yg nmpk budak lelaki pakai kemeja lengkap, baju bergantung, perempuan pakai baju kurung. Dah dpt teka dah ni, mesti sama tmpat dia nak tuju ni.
Masa dalam kereta tu, tak tahulah apa perasaan masa tu. Bercampur baur. baru 8.30 pg, org dah rmai, sesak, berderet kereta beratur nak masuk KMS tu. Ramai sgt. Lebih kurang 2000 lebih lah. Nanti nak ambil ambilan kedua lagi. Cubalah bayangkan. Ada 5 blok. 3 blok perempuan (Mira, Polaris, Vega). 2 blok lelaki (Canapus, Capela). Tp ada satu blok tu kosong. Iaitu blok Capela. Kalau ada org pun, bukan semua bilik full. Satu bilik 4 org. Boleh tahanlah. Besar jugak. Cantik sbb bangunan baru. Kami adalah batch yg ke-4 dan dikenali sebagai batch Acik. Sebab datang awal, dapatlah dorm bwh2 sikit. Ada 4 tingkat tu. Aku tak tahulah mcm mana org dpt tingkat 4 tu harungi hari2 diaorg. Duduk 18 tingkat paling atas pun dah rasa mcm tk cukup oxygen.
KMS ni tak besar, takkan sesatlah. Tp besar. ??? Faham tak?? Dia besar, tp bentuk bulat. Tak susahlah nak cari tmpat2 lain, tp cuma luas, dan memenatkan untuk berjalan. Tambah2 cuaca panasnya lagi. Tu rasa penat nak berjalan pergi kelas. Alhamdulillah blok Mira duduk tgh2 antara blok asrama, tkdelah jauh sgt nak pergi semua tmpat banding blok2 lain. Satu blok pulak dlm 500 org boleh muat. Bilik pun boleh tahan besar. Kalau dpt yg memandang astaka tu, angin mmg masuk2lah. Kuat gila angin. Duduk kat sini, bermandi peluh adalah perkara biasa. Seminggu orentasi kat sini, dah biasa dah berpeluh. Sampaikan cuaca panas sgt pun, dah tk berpeluh sgt dah sbb dah terbiasa berpanas. Sampai mcm tu sekali effectnya.
Duduk sini, aku telah mengamalkan minum air kosong yg sgt ketara. Bila2 je mesti akan cari air kosong. Ya~~ betul. Patutlah sini bnyk watercooler and tempat isi air yg berbayar tu. Ingat lagi time taklimat kat Dewan Antares yg sgt panas tu, dan membuatkan beberapa org pengsan walaupun tgh duduk, fasi2 semua menawarkan perkhidmatan mengisi air untuk sesiapa yg bwk botol dan kehabisan air. Makin sihatlah aku minum bnyk air kosong nanti~~ :D
haaa, rasa tak panasnya tu?? tu tu tu blok aku, second bangunan dri kiri tu, hahaha, mcm tahu je, ni pemandangan dri kelas aku. SM1K5T6. Tu nama kelasnya. Panjang kan?? :) Ada maksud di sebalik nama tu.
SM1= Sains Modul 1, which is kita akan belajar 4 subjek teras (Math, Chmst, Bio, Physics)
K5= Kumpulan 5
T6= tak tahulah benda apa, tapi aku anggapkan tu nombor kelas untuk kumpulan 5
* ada 10 kumpulan, dan dlm setiap kumpulan pulak, ada 10 kelas. Imaginelah betapa ramainya kiteorg. Lecturer pun ckp tahun ni paling rmai kat KMS. Sbb ada matriks tempat lain tk bkk sepenuhnya lagi, so mereka2 ni kena pindah ke sini buat sementara waktu, tu apa yg aku dgr drpd org belakang akulah masa dlm dewan, hehehe, curi2 dgr.
Dia ada 3 modul untuk science stream. Modul 1, 2 ,3.
Modul 2 teras dia akan belajar = Math, Sains komputer, Chmst, Physics
Modul 3 pulak = Math, Sains komputer, Chmst, Biologi
Then subjek wajib belajar dia= Pendidikan Islam/ moral, Pendidikan Dinamika, BI, and Kokorikulum. Untuk KMS, kokorikulum untuk modul 1 dan 3 akn dijalankan pada semester 2. Akaun dan Modul 2 pulak semester 1 ni. Jadi, kalau tak silap, semester ni aku tak payah ambil koko lg, tp kena ambil 3 subjek wajib yg lain tu. Then semester 2 nanti, aku akan ambil koko. Dan 3 subjek wajib lain tu tak payah ambil dah semester 2 nanti. Kalau tak silaplah. And subjek wajib ni tak masuk pun dalam pointer PNGK kita nanti. Kecuali BI tu, kalau boleh time MUET nanti kena dpt band 3 ke atas lah kalau nak masuk IPTA. Pointer pun kena 3.5 ke atas untuk masuk IPTA. Dpt result bagus pun boleh fly.
Ingatkan nak tukar modul 3, tp rmai sgt dah mohon untuk tukar modul 3. Macam takde peluang. Jadi kena cuba dan kuatlah untuk hadapi 4 subjek tu. Even fasi and lecturer dia pun ckp subjek berat. Tp peluang cerah :) I'll try. Kena kembali ke zaman sekolah menengah. Bukak buku SPM balik nanyi :) Dah insaf :)
Dekat sini dkatlah jgk dgn tmpat beli belah. Ada Giant, The store, KFC, dan tmpat beli barang keperluan yg lain. Tp kena naik teksilah. Mana boleh jalan kaki. Teksi pulak time weekend mcm ni confirm2 akan tunggu dpn pintu KMS tu. Walaupun koperasi dia mcm dah cukup untuk barang keperluan, tp nak jugak rasa outing dgn kawan baru. Pantai. And kat sini jugak, bnyk sgt sekolah2, pusat belajar. Sgt bnyk.
*Walaupun matrik selangor, tp aku dah terpengaruh dgn roomate aku ckp loghat kedah. --' patutnya dia yg terpengaruh dgn akuu, duduk selangor kann..