Assalamualaikum,
lama tak berblog, kerja exam attendant, menginap rumah salisa, thank you salisa,
nak ckplah kan, sepanjang aku kerja sebagai exam attendant kat UIAM, mcm2 aku rasa.
1) Bestnya UIAM ni, mesti UPU aku dpt UIAM
2) Cantiknya UIAM ni
3) Hebat2 students dia dpt masuk sini
4) Okehhh, aku nak tgkp org yg meniru exam ni
Hahaha... mmg tak leh bla lah feel aku yg ke empat tu. Neb pun nak tgkp org yg meniru jugak. Last2 aku jumpa jugak org yg meniru. Lelaki. Dia bawak masuk nota math. Mungkin dia ingt exam attendant ni akan kutip slip kehadiran diaorg dri depan. So dia boleh tgok kiteorg yg jaga periksa ni kutip slip kehadiran dari depan. Tp masa tu aku baru je balik dari tnds. So masuk ikut pintu belakang. Masuk2 dewan tgok exam attendant dah kutip slip kehadiran tu. Aku pun dari belakang kutip. Biasanya org akan kutip dari depan. Tapi mungkin org kata, Allah nak tunjuk pengajaran buat dia, tiba2 aku kutip dari belakang. Check jadual dia, belakang ada tulis formula math tu. Aku tak ckp apa2 lah. Nanti malu jugak dia kalau aku tny mcm2, org sebelah dgr. Takpe, tak payah aibkan dia. Aku terus blah kutip slip kehadiran org seterusnya. Then bgth madam kat situ, diaorg kata ni formula ni. Tak boleh ada. Hmm.. pernah je aku nampak jadual diaorg ada kesan conteng kira2. Tp kalau setakat nampak students ni conteng 350 + 272 = 622, hmmm... tk payahlah nak bgth madam. Then, lastly, madam tu pergi kat budak tu. Biasanya kalau kat uia ni, dpt kesan org meniru, madam akan rampas kertas yg dia dah buat tu, bg kertas exam yg baru, yang kosong lg. Then dia kena buat balik. Kalau meniru confirmlah dah tk ingt dah apa yg ditulis kat kertas yg dirampas tu kan. Tp sbb baru je mula exam, aku tak tahulah apa madam tu ckp kat budak tu. Mungkin dia check balik exam paper lelaki tu, yelah, kot kot dia sempat salin formula yg dia tulis tu kan paper dia.
Habis exam, madam td jumpa balik lelaki ni. Apa yg aku dgr, dia kata dia study last minit. Malam td baru study. Then aku dah tk dgr dah. Muka dia baik. Aku dpt rasakan dia tu baik orgnya. Mungkin ada sbb2nya, dia buat mcm tu. Dan mungkin dia study last minit brsbb... Masa tu aku rasa kesian pulak. Mcm2 aku fikir. Dia dpt kosong sbb aku lah. Paper dia tak diterimalah. Sbb aku yg rampas tunjuk kat madam. Tp dah tugas aku, kenalah jujur. Lega sikit. Lelaki tu pun jujur dgn madam ckp dia study last minit. Nmpk tng kat muka dia. Aku pun tng sbb dia jujur atas kesalahan dia sndri :) At least dia jujur dan tak bagi alasan lain mcm tak perasan ada formula tu ke apa ke. Aku rasa dia tk berniat nak buat mcm tu pun. Sbb dia jujur je bgth madam tu knp dia buat mcm tu. Biasanya org yg kuat meniru ni, dia bnyk alasan. Lgpun formlua yg dia tulis tu bkn bnyk pun. 4 formula pendek je.
Org kata math dkat U add math dkt sekolah. So aku kenalah study add math yg aku dpt C+ untuk gred SPM tu balik -_-
Paling menakutkan, time kat UIAM, petang tu lpas habis kerja, waktu senja tu, kiteorg naik lift dgn mak lisa. Total dlm lift 5 org lahkan. Tiba2 lift tersekat. Lampu terpadam. Tak bergerak. Kiteorg dah cuak. Aku yg berdiri betul2 dpn button lift tu tekanlah loceng kecemasan. Buka phone, hp cikai aku tu ada lampu suluh, hahaha, cari no telefon kat lift tu. Then aku tekan loceng lagi sekali. Lepas tu terus lampu terpasang balik. Seram doooww. Dah lah gelap. Senja pulak tu. Neb dah muka terkejut. Diam membatu dah. First time kot. Akulah penyelamat kottt. hahaha.... Nasib baik bukan aku sorg je yg dlm lift tu. Kalau aku sorg. Mmg pucat lesi muka aku. Boleh pengsan bila keluar balik. Oxygen tkde pulak tu. Dahlah aku suka naik lift sorg2 kalau pergi hotel mana2. Then bila cite kat abah, abah cite pasal lift dkat CIAST bila lpas pkul 12 tgh mlm pulak. Lagilah aku tkut nak naik lift sorg2 ni ~~~
Btw, aku dpt Matriks saja T.T Sedih tp Allah dah tentukan aku duduk kat sana. Kalau ada peluang, rayuan aku diterima, second intake punya kemasukan upu, insyaAllah aku masuk yg dpt tu. InsyaAllah. Tk berani ckp akan pindahlah, takut tiba2 dah terseronok kat KMS :) Atau dah berjinak- jinak dgn jadual dia. Mana tahu kan. Allah sentiasa merancang yg terbaik untuk hamba2nya. Bila dah tahu hala tuju ni, mcm2 blog, web aku cari pasal matrik ni, ni nak share, abag2, akak2 punya blog ni, saya nak minta izin share ya, Terima kasih :)
* http://cerita2slumber.blogspot.com/2012/04/why-u-should-choose-matriculation-kpm.html
*http://www.kmns.matrik.edu.my/makl_akademik.html
*http://everythingfarahshien.blogspot.com/2012/04/ape-itu-matrikulasi.html
*http://blurgurl-stories.blogspot.com/2012/05/pemandangan-sekitar-di-kolej.html
*http://fifah-myworld.blogspot.com/2013/02/kehidupan-di-matrikulasipengenalan.html
*http://peypeybeetlebug.blogspot.com/2012/09/cara-survive-di-matrikulasi.html
*http://nursyahminalya.blogspot.com/2012/05/cara-hidup-di-kolej-matrikulasi.html
*Actually, aku tgok mcm kita sekolah jgk. Tulah org kata kalau rasa mcm nak masuk sekolah balik, pergilah matriks. Hmmm, biasa ah tu. Aku tgok jadual dia better sikit drpd sekolah. At least ada sejam rehat kejap. Kalau sekolah berapa minit je kita rehat. Baru bersesak- sesak beratur beli makanan, dapat beli mknn, duduk, bukak mulut, dah bunyi 'krrriiiiinnnnnggggg' -_- Aku selalulah kena mcm tu. Nak2 org semua kebulur masa beratur tu, tolak sana, cilok mencilok sini -_- Not bad apa, kata rindu nak sekolah balik ~~~ :D
Sekarang ni aku berharap pada rayuan untuk ke UIAM lah :')
No comments:
Post a Comment