Hai awak :)

Tuesday, August 21, 2012

kuikuikuikuikui ;D

Cerita 1

Pada suatu hari, seorang budak berusia 10 tahun dalam keadaan tergesa- gesa pergi ke sekolah agamanya yg bermula pada pukul 2.30 ptg... yelah, sekolah kebangsaan habis 1.30 tghri... tunggu2 mak nak balik pukul 2 barulah budak ni pulang ke rumah... tiba di rumah lebih kurang jam 2.15... maka budak ini pun bagai lipas kudung mandi dan menyalin pakaiannya... tanpa makan tghri dan dlm keadaan perut yg berkeroncong mendendangkan irama twist... budak ini pun dgn tergesa2 menyemak jadualnya dan menunggang basikalnya menuju ke sekolah agamanya yang tak sampai pun 1 kilometer....

Tiba di sekolah agamanya, kelas pendidikan akhlak dan feqah sdg berjalan kira2 15 minit yg lalu... nasib budak itu baik kerana sekolah agamanya sekolah swasta, takdelah pengawas nk tulis nama... dan kebetulan pada hari itu ustaz yang boleh dikira sporting dan lawaklah jugak sdg mngajar... lalu ustaz yg bernama Ustaz Badrul ini seperti sudah biasa dgn kelambatan *kelambatan???* budak ini yg sememangnya selalu dtg lambat kerana sekolah rendahnya yg jauh.... maka Ustaz Badrul pun meneruskan pengajarannya dan membiarkan budak ini tersengih macam kerang busuk mengambil tempatnya...

Oleh kerana keletihan dek pecutan untuk ke sekolah agama yang rasanya boleh mengalahkan Usain Bolt drpd Jamaica, maka budak ini pun dah mcm fening lalat laa mahu tidur masa ustaz itu mngjar akhlak walaupun ada unsur2 lawak jenakanya....

Lalu apabila Ustaz Badrul mnyedari yg budak ini sudah berada di planet pluto, ustaz ini pun berhenti mengajar dan bercerita tntang adab2.... spnjang penceritaannya, Ustaz Badrul ada mnyelitkn perkataan tidur yg di ulang dgn bnyk sekali shinggakan budak ini terasa mngntuk lebih2 lagi apabila ustaznya mnyebut perkataan 'tidur', yg baginya seakan- akan mendodoinya.... lalu, budak ini bertekad mahu ke tndas agar ustaznya tidak menyedari yg dia asyik tersengguk- sengguk dgn asyiknya... dgn itu, budak ini pun terus bangun dgn muka baru bngun tidurnya dan pergi kepada ustaznya ketika ustaznya sdg bercerita dan semua mata tertumpu kepadanya...

"Ustaz.... saya nak pergi tidur...."
"........??????"
"........................................."
"kamu nak pergi tidur??? ha boleh boleh... pergilah tidur kamu..." *sambil menunjuk ke arah tandas yg berdekatan...*
"eh!! bukan ustaz!! saya nak pergi tandas, nak pergi tandas ustaz!!"

org ramai yg sdg asyik mndgr cerita ustaz pun dah mcm.....
"hush.. berani gila kata nak tidur... dah lah dtg lambat...~ lpastu mintak tidur pulak tu..."
"kihkihkihkih.... kukukuhkuhkuh.... kahkahkah...."

Cerita dua

Aidilfitri sdg dirayakan oleh umat Islam di dunia... nak dijadikan cerita... seorg budak yg baru pulang beraya melihat sepasang kasut tumit tinggi(wedges tinggiiiiii) di rumahnya, melihat kasut yg cntik dan keinginannya untuk mencuba kasut itu, lebih2 lagi dia tidak pernah mempunyai kasut sebegitu... lalu budak ini pun mencuba kasut itu... dijalan- jalan dan jalan... budak ini pun dah syok sndri memakai kasut tumit tinggi itu.... dalam hatinya...

"takdelah susah sgt pakai kasut tinggi ni... tak jatuh pun.. mana ada terpeleot... ceh... tererlah aku... baru pakai dah star...."

tgh syok2 budak ini berjalan ala2 super model giittuuu.... tiba2....

"kepeeekkkk...."

................................................................................................

"eh, ada sape2 nampak ke ha??? adooiii.... nasib baik tkde yg nmpk.... haishh... malu pulak.... tulah, poyo je..... super model konon.... "*sambil menoleh kiri kanan depan belakang*

BUDAK = DIA = NADIAHIZZATI 
XD

Terima Kasih Daun Keladi,
Bila- Bila Masa Datang Lagi....



Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment