Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, result SPM dah keluar. Bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun result tak gempak mana, 5A pun okaylah. Aku doa gila supaya aku redha dan tak nangis masa ambil result nanti. Mcm masa UPSR dgn PMR dulu, result okay pun nangis~ huhuhu.. Alhamdulillah menjadi kenyataan :) Siap boleh gelak2 lg tgok org nangis, haha, jahatnya..~ Mungkin takde rezeki kat SPM. InsyaAllah mungkin rezeki kat U. Rezeki tu ada kat mana2. Bila difikir balik, nak positifkan minda ni, berbaloilah jgk. Sebelum SPM, aku bnyk aktif dgn aktiviti2 sekolah. Masa dulu2 tkde plak, Form 4 pun tak sebusy form 5. Sukan, kawad, dgn jawatan yg disandang lg, mana nak fikir buat kerja untuk kelab, buat kerja untuk nama baik sekolah jgk, dgn waktu prepnya pun kdg2 terganggu, pntnya lg, selalu tertidur time buat homework, masuk keluar kelas time tgh belajar, terutama 3 subjek sains tu, waktu chemistrylah aku rasa aku paling baaanyak keluar masuk kelas. Asal ada apa2 je mesti ganggu waktu chemist. Dari form 4 kot. Waktu lain jarang plak nak ganggu. Waktu BM ke, AQS yg selalu terlentok tu ~.~ time tu lah rasa nak keluar kelas, tp tkde plak panggil untuk apa2.
Aku tulis ni bukan nak salahkan kokurikulum activity aku tu, mahupun menyalahi guru2, tidak sama sekali. Tapi nak buat mcm mana, aku pun terfikir, takde org lain ke selain aku? knp mesti aku? sampai aku sndri pernah bersedih dan face to face dgn seorg guru ni sampai menangis- nangis, air mata air hingus semua keluar, haha, kelakar plk bila teringat balik, ntah knp tiba2 waktu tu sebak sgt sampai air mata tak dpt dikawal, tension sgt, mengharapkan agar nama aku digugurkan drpd salah satu aktiviti tu. Pernah 2, 3 kali aku merayu. Tp, pujukan demi pujukan, nak tak nak, aku rasa aku kena jgk buat. Sbb aku rasa dihargai apabila ada org menghargai kehadiran aku.
Di samping aku melihat seorang classmate aku, Syasya, aku tgok, dia pun selalu keluar masuk kelas, pun aku perasan dia pernah bersedih dan kemungkinan stress apabila sering dipanggil guru2 untuk menguruskan sesuatu perkara semasa dlm proses pembelajaran. Ditambah lagi dgn jawatannya sbgai penolong ketua pengawas. Bakat berdebatnya lagi. Pun selalu mewakili sekolah. Aku rasa tabik dgn dia. Dan bila aku tgok ketabahan dia, aku rasa dia mcm idola aku. Dan aku pun terdetik nak jadi mcm dia. Mungkin keputusan aku taklah sebaik mana, dibandingkan dgn dia yg top student, and SPM dia straight 11A, tp aku terfikir jgk, suatu hari nanti, guru2 akan menghargai usaha kita selama ini dalam mengharumkan nama sekolah. Tak sampai peringkat kebangsaan pun, mungkin guru2 mahupun kwn2 kita akan merindui gelagat kita sewaktu kita bersama :') Ada hikmahnya. Aku masih lagi dalam proses belajar untuk mem
'balance'kan antara outdoor activity and indoor activity(studies). Kalau boleh, aku nak balance antara studies dan outdoor. Dalam proses belajar lagi.
23/3/2013
Ustaz Azhar Idrus dtg ke Selangor bertempat di Masjid Negeri, Shah Alam. Dengar cerita lpas pkul 10 dia pergi dataran Malawati pulak dgn mat motor. Tp aku tk pergilah. Aku pergi yg kat masjid je. Esok pagi nak bertolak ke Teluk Batik, Perak. Ma dgn abah ada kerja. Perjalanan nak pergi masjid tu, nampak bnyk gila pokok tumbang and patah. Banyak gila! Aku siap kira pulak. Masing2 dok ikut kira. Kira2 semuanya 26 pokok tumbang termasuk yg nmpk dalm masjid. Pehyaii~ Masuk pulak masjid, dah tak rasa mcm dgr ceramah pulak sbb speaker tak berapa jelas. Rasa mcm mengantuk dgn angin yg sejuk tu, ajak nani pergi gerai2 yg ada kat bawah. Mcm2 mknn beli. Jumpa Che Ku, Puan Siti Marwiyah, Puan Norisah, Haziq Sariff, Sofwa, Yanti, Tasya, Zafwan...
Paling tak tahan jumpa Zafwan bertentang haluan, pastu sengih2 plak, pastu tak perasan pulak dia ikut belakang, tiba2 terserempak pulak Puan Siti Marwiyah. Salam dia. Then dia nampak Zafwan kat belakang, dia terus buat muka, sambil menunjukkan isyarat tgn kpd aku dan dia (means dia ingt kiteorg dtg sama2). Aku pulak manalah perasan dia kat belakang pun mcm tertanya2lah. tiba2 dgr dia ckp,
"Eh, bukan bukan..."
Aku ni pun lembap sikit baru perasan apa maksud cikgu. Bila dgr dia ckp mcm tu baru aku faham.
"Eh! taklah cikgu, mana ada~"
Hailaaa~ cikgu cikgu~
Boleh pulak Zafwan tnya aku bwk anak ke adik... Hey hey, mestilah adik, kalau adik aku yg darjah satu tu anak aku, muda gila aku kahwin~
Then masa jumpa Puan Norisah waktu tersesat nak cari rak kasut nombor 7 -__- Cikgu yg perasan aku dulu.
"Eh cikgu!!"
"Nadiah apa kabo? Tak ingat dah awak ambil SPM tahun ni ke tahun lepas?"
"Tahun lpaslah cikgu, cikgu ajar saya BM waktu form 4"
"OOHhhhh.. so mcm mana result SPM? Okay??"
"Bolehlah cikgu, takdelah bnyk mane pun. Sama dgn result trial je. 5A je~"
"Alahh, okaylah tu kan~"
"Cikgu, BM saya je A+, yg lain A campur2, saya buat karangan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam yg soalan peribahasa tu, nombor 5 kot tak silap. Haha~"
"Lahh~ awak ke rupanya lagi sorg tu~ BM 2 org je dpt A+"
"Yeke??!! Siapa lagi sorg??"
"Syasyalah lagi sorg..."
"Eh, yeke?? tak percayanya saya.."
"Yelah, cikgu tgok pun kamu pandai buat karangan, pandai buat cerita,"
"Mak saya cikgu BM sekolah rendah cikgu~"
Harapnya aku tak salah dgrlah~ haha..Teringat masa form 4 dulu cikgu pernah suruh aku bagi karangan aku tu untuk dilmasukkan dlm slot cerpen untuk buku IMEJ. Tapi aku tak bagi pun. Masa ni, terasa bangga jadi anak ma~ harharhar!! Astaghfirullahalazim... Aku nak bergembira jugak dgn result aku, even 1A+ je pun. Mungkin ni cara aku nak appreciate result aku supaya tak menyesal dgn pemberian tuhan. Thanks Allah. Walaupun pelangi yang Kau berikan itu tak dpt mengubah result yg telah tertera pada slip ini, tapi aku tetap gembira bila Puan Norisah ckp mcm tu :')
Hahaha! Tiba2 rasa nak ambil pengajian bahasa pulak~ jadi cikgu mcm ma lah jugak nanti~~ buat novel ke~ Nanti tiba2 perasan nama aku kat novel pulak~ ^^ Aku pun nak buat name code mcm HLOVATE tu lah~ Tp tak fikir lagi~
*cehh, mcm nak buat je, bace novel pun jarang*
Sebagai penutup, laksa sedap ;)
*tgok gmbr pun terasa kuah laksa tu ada dalam mulut U.U
Sekian, terima kasih :)