Hai awak :)

Thursday, March 14, 2013

Usrah HELWANI


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tadi baru lepas usrah HELWANI, under PEPIAS jgk tp untuk muslimah sahaja. Aku mungkin dtg lambat. Sepatutnya kena ada pukul 6 ptg. Tp sbb abah dgn ma pun tak balik lagi. Aku bertolak pukul 8.15 mlm. Nasib usrahnya start pkul 9 mlm.

Mari saya perkenalkan ahli usrah saya :)
*Kak Izyan
*Kak Mirra Raihan
*Kak Naza
*Kak Aina
*Ain Shahidan
*Falihah

Tajuk Usrah: Kasih Antara Kita

Bnyk pengisian yang dapat. Ukhuwah pun. Kami kongsikan tentang apa matlamat usrah sebenarnya. Adab berusrah. Macam biasalah.

Apa yg dpt aku ulaskan td, Kita manusia zaman sekarang ni lain. Ada org yg pantang ditegur. Ada yg suka ditegur. Dan perangai manusia ni pun lain2. Ada yg suka ditegur dgn cara yg elok dan lembut, dan ada juga yg suka ditegur dgn cara2 yang biasa semasa kita dlm pergaulan bersama mereka. Ada juga yg kita tegur dlm keadaan kasar, kita akan dpt impaknya juga. Some person are like that. Try to adapt with their style. Jadi apabila kita ingin menegur tu, biarlah bersesuaian dgn gayanya ataupun rentak mereka.

Konsep 4T kena ingt,

*Taaruf
*Tafahum
*Ta'awun
*Takaful

1) Taaruf- Mengenali, bertaaruf. Contohnya mengenali mereka, mengetahui nama mereka, tempat tinggal, sekolah di mana dan sebagainya yg dpt merapatkan kita dgn seseorg itu.

2) Tafahum- Memahami. Memahami bagaimana cara dia, rentak dia. Dan dari situlah kita boleh lebih rapat dgn seseorg itu. Iyalah kan, bila kita dah lebih faham seseorg tu, automatik kita sudah boleh menerima tindak tanduknya, lebih mengenalinya.

3) Ta'awun- Menolong, membantu. Kita juga perlulah menolong sahabat2 kita. Menolong apa? Menolong sahabat2 kita ke arah yg lebih baik. Mungkin seseorg itu dapat menerima teguran kita itu. Tapi sendiri mahu ingtlah. Bukan semua org dapat berubah dlm sekelip mata sahaja. Ada peringkatnya. Takdenya org yg semalamnya seksi2, tak pakai tudung, esoknya terus berjubah bertudung labuh. Nanti org sekeliling pun shock. Tp tak salahkan kalau ada yg Allah beri hidayah sampai mcm tu sekali. Aku pun tak berubah mcm tu terus. Kena redah tangga jugaklah. Lift susah nak cari~

4) Takaful- Mesti semua ingt insurans tu kan. Haha. Tapi sbnrnya memang ada kena mengena dgn insurans pun. Maksudnya, melindungi. Yelahkan, insurans kan melindungi kita. Tapi ni kita plak yg melindungi kwn2 kita, sahabat2 dan umat Islam di muka bumi ini. Macam mana nak lindung? Lindungilah mereka daripada mendapat kemurkaan Allah. Ajarlah mereka sikit2 dalam menghayati Islam.

Itu sahaja yg dapat dikongsi. Aku bukanlah org yg pandai berkata. Tp aku adalah org yg berkata pada  hatiku sendiri. Tak faham? tkpe, fahamkanlah sendiri. Itulah yg bermaksud,

Aku adalah org yg berkata pada hatiku sendiri :)


Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment