Assalamualaikum :)
Hey hui hai :)
Alhamdulillah, lama tak hapdate~ Rasa mcm busy sgt je, haha,
Alhamdulillah, 1 & 2 Mac haritu selamat ke ABIM > Broga Hills > Excel Training, mmg penat tapi sgt best^^ muka pun dah gelap.
Mula2 sebelum pergi sana, aku terfikir jugak, berjayakah aku menawan Bukit Broga tu. Mcm2 terfikir, kaki terseliuhlah, tergelincirlah. Alhamdulillah, semua yg trfikir tu, tak terjadi. Bende negatif je nak fikir. Positif takde lgsg~ Paling tak boleh bla, aku dgn diana hampir dikejar oleh anjing yg menyalak kat kiteorg. Nasib baik pakcik bas tu tenangkan kiteorg supaya jgn lari. Watlek je. Aku pun watlek lah~ Time tu teringat plak video matluthfi yg listen tu. Anjing kalau tak menggonggong siapa yg nak menggonggong tu... hahaha! tak tahulah betul ke tak~
Bermula dgn perjalanan yg agak lama dari ktm shah alam ke ktm ukm, mmg lama, hampir 2 jam kot. Fiuhhh~ *sambil mengelap peluh di dahi* penat baaaa.... drpd pkul 4 lah lebih kurang, then sampai tepat 6 ptg, singgah kl central solat asar jap. Together with falihah and kak khaulah :)
Then tunggu untuk org pick up kiteorg, dah nak dekat maghrib sampailah kat ABIM. Angkatan Belia Islam Malaysia. Tido sana. Best gila sekolah diaorg ada aircond kat kelas. Tido dlm kesejukan kiteorg kat kelas tu dgn totonya. Malamnya, ada aktiviti. Nyanyi2 lagu tema. Grouping. Cheers. Mcm biasalah. Saya group Rafflesia :) Best best. Daebak!!
Pastu kiteorg kena bangun pkul 3 pg untuk bersiap ke Bukit Broga. Pkul 2 tido, pkul 2.30 aku terjaga sbb sejuk. then tido balik pastu terjaga pkul 3, hehe, aku dgn diana bangun paling awal time tu sbb nak mandi. haha.. takut ramai plak nnti. Tp masa tu jgk ada yg baru nak tidur. haha, kelakar kelakar. Siap ckp,
"Korang nak pergi mandi ke??"
"haah, nak pergi mandi,"
"okay, shift kiteorg plak nak tido"
hahaha... okay, then mendaki pkul 5.30 pagi. bayangkanlah. Dahlah gelap. Tak nmpk apa2 pun. Hanya berpandukan cahaya lampu org yg bwk lampu suluh. Then diana ingtkan yg hp aku ada torchlight. hewhew, baru teringat, bukaklah, untung hp cikai ni~
6.15 pagi. Kami tiba dan solat subuh atas bukit tu, letih, rasa nak termuntah pun ada. Pening. then payahnya nak ambil wudhu'. Nasib dah dipesan bwk air utk berwuduk. Masa nak sujud tu. Rasa macam nak tergolek je badan ni. Tak stabil lgsg.
Nak turun plk, satu masalah, takdelah bape penat mcm naik. Tp takut terjunam ke bwh. Tergelincir pun ada. nasib tak jatuh. seluar dah kotor dah. Sampai je tmpat parking kat bwh tu, dgr ada motor peserta hilang, kawasaki kot, baru dua bulan. sedihnya :( semoga cpt jumpa ya... masa nilah aku dgn diana kena salakan anjing tu... haih... sabar je lah... tak kacau pun, anjing tu nak ngorat kot~ XD
then, kami bertolak ke Excel Training. Dekat situ main mcm ala2 sukanekalah. Berendam dlm pool. Bestlah. Siap kiteorg diberi masa untuk tidur sementara tunggu mknn tghari sampai dan tunggu bbq siap dibakar. Nikmat je tidur time tu. Ada aircond lagi tu.
Upacara penutup, kiteorg main tukar2 hadiah. Aku dapat teddy bear. Tak tahu drpd siapa sebenarnya. Masih lagi ragu2. Tp apa2 pun thanks yaa :) Comel teddynya. Tp bila balik rumah mata adik lebih cekap melihat teddy tu. Lalu diambilnya buat harta sendiri~
Masa nak balik tu, siapa naik ktm, bas disediakan untuk ke ktm kajang. Dalam bas tu,memang tersengguklah kan, mata bukak tutup bukak tutup. Tgok2 dah sampai ktm. Dalam 6.30 ptg kot smpai kajang. Beli tiket. Pkul 10 barulah sampai rumah~ jauh perjalanan luas pemandangan ^^
Terbaiklah alumni PMG Bangi a.k.a PELANGI :) Sangat seronok :)
No comments:
Post a Comment