Hai awak :)

Saturday, March 24, 2012

aku hanya mampu pendam...
apa yang aku rasa sekarang ini...
terima kasih...
dan terima kasih sekali lagi...
semoga kau sentiasa bahagia di sana...
dan semoga hajat kau dpat dicapai suatu hari nanti...
aku disini...
sentiasa mendoakan kau...

Sekian, terima kasih :)

merdunya~



Sekian, terima kasih :)

Friday, March 23, 2012

nothing important than parent...

pesanan ustaz ayob,

berjaya atau tidak seseorang itu,
kita boleh lihat apabila dia besar,
sama ada dia meninggalkan kedua ibu bapanya kerana kerjayanya,
atau dia meninggalkan kerjayanya kerana kedua ibu bapanya,
kerana orang yang benar- benar berjaya adalah orang yang sentiasa taat dan kasih kepada kedua ibu bapanya dan sanggup meninggalkan wang berjuta- juta kerana ibu bapanya...

...........................................................................

seorang anak yang sentiasa cemerlang dlm pelajaran, disayangi, dimanja, disanjung oleh kedua ibu bapanya...

seorang anak yang bodoh, lemah dlm pelajaran, keputusan peperiksaan yg rendah, dan sentiasa disindir oleh kedua ibu bapanya...

dan pada akhirnya, si anak yang lemah dan bodoh itulah yg menjaga ibu bapanya dgn penuh kasih sayang semasa mereka sakit... di mana anak yang berjaya dan sering disanjung itu??? meneruskan kerjayanya??

adakah itu yang layak dipanggil berjaya???

tepuk dada, tanya iman....


Sebesar mana pun tugas kita, ingatlah bahawa ibu bapa lebih penting drpd segala- galanya... tanpa kedua ibu bapa kita, kita tidak akan menerima tugas yang besar itu... berilah kasih sayang yg terbaik kepada mereka... sebelum mereka menutup mata... bila- bila masa saja Allah nak tarik, semuanya pasti akan berlaku...

semoga kita semua dapat berkhidmat dgn baik kpd mereka...


Sekian, terima kasih :)

Saturday, March 17, 2012

ikhlas itu lebih baik :)

Bismillah....
Assalamualaikum...


take a note,
tak salah merelakan sesuatu dgn yg ikhlas....

abah pernah motivate aku beberapa bulan yg lalu.. sewaktu pertemuan ibu bapa dan guru di dewan Al- Madani, oleh sebab anak dia ni mengadu pasal bnyk perkara,

  1. homework selalu tak siap, 
  2. cikgu selalu marah, 
  3. cikgu asyik marah form 5, 
  4. aktiviti koko ganggu waktu belajar,
  5. penat, 
  6. selalu tak mkn mlm kat dm, 
  7. beg berat, 
  8. kena panggil dgn pengetua beberapa kali...
see, aku rasa 2012 adalah thun paling banyk aku merungut dkt parents, kawan...


then, at canteen, di situ abah motivate aku..
abah mula menceritakan sebuah kisah benar kpd aku...

"kakak, kakak kena ikhlas lakukan sesuatu benda, kakak kata kakak penat, bnyk sgt aktiviti koko, sibuk dgn asrama... and so on.. tp cuba kakak ikhlaskan hati kakak lakukan semua tu.. insyaAllah, Allah akan tolong kakak, Allah akan balas balik keikhlasan kakak..."

"abah ambil satu cerita yg kak ngah pernah post dkat fb dia,"

"ada seorang lelaki ni, keesokannya dia terpaksa mengambil satu exam yg sgt besar bagi dirinya, tetapi beberapa minggu sebelum exam itu bakal dijalankan, ibunya sakit tenat, oleh kerana rasa sayangnya yg teramat terhadap ibunya, dia sanggup berkorban menjaga ibunya siang dan malam... walaupun hanya beberapa hari sahaja lagi dia bakal menduduki exam itu... dia tidak pernah menyentuh buku walau sedikitpun, dan baginya, kesihatan ibunya jauh lebih penting daripada segala- galanya... dalam hatinya berdoa, "Ya Allah, aku ikhlas membantu ibuku ini, kau berikanlah kesembuhan terhadapnya"."

"pada hari peperiksaan itu, dia pergi juga menduduki peperiksaan... peperiksaan berjalan selama 2 jam... pengawas peperiksaan melihat lelaki ini hanya diam membatu, tanpa menulis sesuatu di atas kertasnya, baginya, lelaki itu tidak dpat menjawab soalan2 itu... 1 jam yang pertama, lelaki itu membuka kertas peperiksaan, lelaki itu hanya melihat dan merenung kertas itu kerana tiada satu pun soalan yg dia tahu... ketika itu dia berdoa, "Ya Allah, kau bantulah aku sebagaimana aku telah membantu ibuku dgn ikhlas ya Allah...", slepas satu jam, pengawas peperiksaan itu melihat lelaki ini menulis dgn lajunya.... so pengawas tu fikir dia hentam, sbb masa dah nak habis... Seminggu slepas itu, result diumumkan, pengawas peperiksaan yg td menganggap bahawa lelaki itu mndpat keputusan yg kurang baik.. tetapi apabila result diumumkan... lelaki itu mndpt full marks.. kakak nak tahu kenapa??"


"kenapa bah??"

"bila pengawas itu mndgr keputusan diumumkan, dia terkejut dan pergi bertanya lelaki itu, lalu lelaki itu mnceritakan segala- galanya... "slpas saja encik melihat saya mengaminkan doa, bila saya lihat semula kertas saya, saya seolah- olah dpat melihat kesemua jawapan pada kertas saya lalu saya menulisnya, kerana ketika itu, saya sudah buntu kerana sedikit pun saya tidak menyentuh apalagi membaca buku sbelum peperiksaan, yang saya tahu, ibu saya sakit dan saya benar2 ikhlas mambantunya walaupun ibu menyuruh saya belajar", mcm tulah kak, sampai begitu sekali Allah nak balas kebaikan seorang anak yg sayang kpd ibunya... kan Allah kata, kalau kita buat baik sikit pun dgn ibu bapa kita, Allah akan balas dgn ganjaran yg besar nilainya.. cerita tadi tu ank dia dah buat kebaikan yg bnyk tu...."

bila aku dgr cerita tu drpd abah, tipulah aku tak rasa apa2, masa tu, aku tahan air mata je, dgn berpura2 membuli adik aku kat sebelah abah...

"kakak, kakak cuba ikhlaskan hati kakak buat semua kerja tu, tanamkan sifat suka terhadap benda yg kakak buat tu... insyaAllah, kalau tak sekarang, esok2 nanti Allah akan tolong kita balik"

#then aku cerita dkat kwan2 aku masa prep bila dgr diaorg merungut psal hw, semua f5 dgr cerita aku mcm dgr bedtime story, khusyuk gila... lpas je habis dgr, semua dgn azam baru..
"okaayyyhhh! jom buat hw dgn ikhlas.....!"
XD

...........................................................................................

satu lagi cerita yg nak dijadikan pengajaran.. yg aku sndri alaminya....

suatu hari aku ke library... dan abah memberikan RM8 untuk aku belanja lunch.. aku terus menerimanya tanpa sebarang soalan.. bagi aku... cukuplah duit ni.. kalau tak cukup aku boleh guna duit aku simpan sikit... oleh sbb aku tergesa2 menerima duit itu... aku hanya meletakkannya di dalam poket seluar.. tak sempat nak buka dompet time tu... dan aku terus masuk ke library... sudah memilih tempat.. aku teringt duit tadi.. lalu aku meletakkan saja duit itu bersama hp ke dalam beg selipar yg diberikan oleh library...

tiba waktu mkn... aku terus mengambil beg selipar itu dan keluar... selipar dan hp dikeluarkan.. dan duit tertinggal dalam beg tu... bila saja mahu bayar mknn yg sudah aku pilih, aku mengeluarkan dompet, dan ketiku itu, aku teringat duit aku tertinggal dalam beg selipar yg sudah aku letak ke dalam kotaknya td... ketika itu, mujur aku ada membawa sedikit wang ringgit... aku bayar dgn menggunakan duit aku... dan lepas sahaja selesai.. aku cpat2 pergi ke kotak yang dipenuhi dgn beg2 selipar itu dan cuba mencari wang kertas di dalam beg yg sama coraknya yg aku ambil td...

diri sudah penat mencari.. org ramai sudah melihat aku membuka satu2 beg dgn muka hairan... aku merelakan sahaja kehilangan RM8 itu...

"takpelah, aku relakanlah siapa yg ambil duit tu.. aku halalkan duit tu...."

pulang sahaja, abah menjemput aku, aku tidak menceritakan kpd abah... takut2 nanti kena marah pulak...
keesokan harinya, seluar jeans yg aku sangkut terjatuh dari penyangkutnya... lalu aku mengambil dan tak tahu kenapa, sebelum aku menyangkut kembali seluar tu, hati tergerak untuk menyeluk poket seluar tu.. tgn menyentuh sehelai kertas... lalu aku mengeluarkannya dgn penuh tanda tanya...

"kertas apa pulak ni...??"

dan disitulah aku tersenyum sendiri... sekeping not berwarna merah di tgn... aku baru teringat, mak cik aku ada memberi RM 10 sebelum dia pulang ke kampung sehari sebelum aku ke library...

RM 8 hilang.. dan kini Allah telah memberikan RM 10 jauh lebih bnyk drpd sebelumnya...
Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah...

#semoga anda mendapat pengajaran di sebalik kisah2 ini..
ikhlaskan hati anda dlm membantu org lain... :)
abah kata aktiviti koko tu tergolong dlm membantu org... 
sbb kalau kita dah menjayakan sesuatu aktiviti tu, bermakna kita telah mambantu satu sekolah berkongsi kegembiraan dan meraih kemenangan... :)
Sekian, terima kasih :)

Mereka Terhebat 4

ASSALAMUALAIKUM ;)

hari ni nak sambung mereka terhebat yang dah lama terbengkalai episodnya...
yelah.. hari ni nak balik asrama dah... sbnrnya dah lama aku tulis2 psal ni tp tk publish je lagi... :)
sampai dah ada org tertanya2 cerita pasal diri dia ada tak kat blog aku..
haha...

MEREKA ni semua satu bilik prep dgn aku... mmg porak perandalah kan... mcm ni budak SPM...?? budak2 PMR jauh lebih serius drpd kitaorg kat belakang tu...

Ini   NOR SUHAILA MOHD PILUS... okay, seperti yang sudah   berada dalam fikiran anda semua sebaik sahaja melihat gambar dia... Beliau ni seorang yang happy go lucky.. berani menegakkan kebenaran.. Beliau ni tak berapa suka orang panggil dia  dgn panggilan yang dia tak suka, kadang2 tak suka org panggil dia Sue lah, aila lah... nanti dgrlah dia berleter... kalah persatuan mak mak sedunia kalau dgr dia berleter... dgr ada org pot pet pot pet tu dialah tu.. suara dia je org dah kenal... nasib baik tak boleh lawan orang DM berleter memekak menyanyi tu...  

dalam bilik prep aku duduk sebelah dia, memey selalu bertikam mulutlah dgn dia... *bertikam mulut?? or bertikam lidah??* kalau tak berperang dgn dia sehari memang tak sah... dua dua keras kepala nak menang... tapi aku takdelah sampai bergomol- gomol dgn dia... tu dah teruk sgt tu...

btw, even dia ni berani.. dia ada sensitifnya jugak.. kalau tgok dia muncung mengalahkan woody woodpacker tu... ada masalah lah tu.. tak puas hati ke...  asyik membebel pasal kebersihan je... telinga aku yang kecik boleh jadi besar dgn dia pot pet pot pet... XD kdg2 blurr dia boleh sama tahap dgn aku.. haha.. aku suka org yg sama spesis dgn aku ni... takdelah kena aku sorang je ;D 





Ini NUR ADLINA ABU BAKAR
beliau ini digelar galah, papan kering, skeleton dan sebagainya... ;) tak payah exercise pun takpe budak ni... terkena siku sikit orang akan merintih kesakitan.. bagai ditusuk oleh skeleton hidup... dia ni pelik sikit... sebenarnya tak pelik pun... saje je.. hehe... comel dan lawalah dia ni... ramai peminatlah... termasuk junior2 dia... XD haha... takdelah takde... joke~ hmmm.. tak tahu nak tafsir mcm mana... tp dia satu kepala je dgn suhaila tu.. perangai nak pelik2 je... then kalau org tny siapa buat dia nak bagi kepala org tu ligat fikir baru dia ngaku... hahah... nasib aku terhibur dgn perangai diaorg.. kalau tak dah lama aku rebus dia.. buat sup tulang pun best jugak ni.. haha... 

#kalau dia cerita, mangat betul... haila~ kawan2 aku semua mangat2.... macam makcik pun ada.. apalah kawan2 aku semua macam mak cik ni???

oit oit... dia dah ada org yg dia suka.. ;)




Ini pulak ALIA ATHIRA TARMUJI... Big boss aspurie... :) suka buat orang tergelak tiba2.. orang tgh mengantuk pun boleh jadi hyper balik.. kami boleh dikatakan satu geng lah jugak... boleh lah...~ 
tapi kami agak janggal untuk bercakap.. pelik?? tak payah pelik.. dulu sbnrnya okay je dgn dia.. start anis selalu gossipkan aku dgn dia, 
"alia malulah nak ckp dgn nadiah~"
-________-
apedaaaa~ anis anis... bila dia ckp mcm tu aku yg rasa bersalah.. apa aku dah buat sampai dia malu nak ckp dgn aku... boleh kata setiap hari dia ckp mcm tu thun lpas, asal nmpk aku ckp dgn alia je mesti pandang mcam harimau jumpa mangsa...
tp itu semua hanyalah gurauan anis semata...
sebenarnya okay je.. dalam bilik prep siap duduk depan belakang lagi... boleh je ckp2 gelak2..
netball sama2 okay je...
anis punya words je buatkan aku fikir mcm2...
samua SALAH ANIS...!
wahahahahaha! (evil laugh XD)
#masa f4 dulu kalau Anis call je aku dari KISAS tu, mesti dia akan tanya,
"Nadiah dah jadi kawan baik dah dgn alia??"
sungguh anis buat aku nak tergelak... :')


 

Ini FATIHAH ROSLAN... kadang2 aku panggil dia teha, te ah, dan tak kurang juga, air teh ;D, satu dorm dgn aku.. tdur sebelah2... mksudnya katil, jgn pk lain.. aku tak faham betul dia, tdur bawah kipas pun tak payah selimut.. ilmu apa dia ada aku pun tak tahu.. selain neb, aku paling suka buli dia.. rasa mcm best je buli dia, dia pun ikut je... haha... *evil laugh* kalau aku tdur lewat, kdg2 dia akan tunggu aku tdur dulu...
#haha... agak lah tu... tp sometime mcm tu lah...
bantal burger dia aku tak boleh lupa, dah berkulat dalam loker dia simpan ntah berapa tahun.. malam2 nak peluk2 pulak.. aku pun kdg2 TERpeluk burger berkulat dia tu... haha...
aku suka bagi dia cuak, sbb gaya dia, buat aku kdg2 tertanya- tanya apa yg sdg beliau lakukan, kdg2 tergelak sakan dgn diaorg sampai ustazah tegur gara2 bising... bayangkan, pagi2 buta lagi kiteorg dah ddk bergelak ketawa dlm dorm bersama adik2 f4... sampai dorm sebelah tny budak f4,
"dorm apa yg pagi2 dah gelak- gelak tu???"
oleh sbb kiteorg berdua selalu jadi org last yg akan panjat katil dan terbaring di atasnya, kitaorg selalulah nmpk dan dgr org mengigau... ada jugak tgh baring tu dgr org ngigau, terus tersentak, bukannya nak terus selubung ke apa, lagi tgok siapa yang mengigau dan mndgr dgn teliti apa yg manusia itu ckp, pastu mulalah terkekeh- kekeh atas katil smpai bergegar katil tu... hahaha...



 


Ini NURUL HIDAYAH NIZAM.... dia ni tempat aku berleter... dan dibalas balik dgn leterannya yang agak santai itu... dia digelar Drama Queen... sbb kata2 dia yg mcm drama... drama yang tak payah ada skrip.. sari kata dalam kepala dia je... dia pun selalu bertikam lidah dgn alia iaitu jirannya di bilik prep, roomate dia, dan classmate dia.. (0.o) bukan setakat bertikam lidah, bertikam hidung, mulut, mata semua ada... kdg2 sbb diaorglah semua f5 akan tergelak tiba2 dlm bilik prep... dan tiba2 dgr 
"Sssssshhhhhhhhhhhh...." XD
kejadian paling aku tak boleh lupa dgn dia, masa solat isya' yang mana imamnya kami tak dgr suara... masa tu, aku, adlina, dan dia terpaksa imam masbuk gara2 dia nak buat cara menepuk tgn kalau tak dgr suara imam... dahlah imam masbuk... pastu saf terakhir pulak tu... hujung2 saf dah khusyuk solat, kiteorg terkekeh2 lagi... nasib lepas tu boleh solat.. kalau tak sampai habis solat jemaah tu lah kiteorg gelak...








Sekian, terima kasih :)

Don't judge a book by it's cover

Suatu hari di Plaza Alam Sentral...

Aku tgh turun eskalator (macam ni ye eja... takpela ^^)
tiba2, aku ternampak seorang lelaki yg boleh dikatan sebaya... lebih kuranglah...
pakaiannya kemas, pakai beg... khusyuk memilih lolipop di gerai buah- buahan bawah eskalator tu... tp nmpk tergesa- gesa....
dalam hati aku...

"pakaian kemas, style r... hmmm... beli dua lolipop, bentuk love pulak satu... bagi awek lah tu... yg lagi satu pulak untuk dia... "

dunia sekarang, bercinta bagi teddy bear, lolipop, chocolate, benda yg aku sendiri rasa tak tahu nak buat apa... at least chocolate dgn lolipop tu boleh mknlah... lolipop bukan lolipop kecil yg bulat tu.. ni bapak lolipop yang mcam pinggan tu... aku mkn adik aku punya pun tak muat mulut... teddy bear, aku takut bergerak je mlam2... tdur pun bukak lampu, ni kan pulak ada teddy bear sebelah... tp setiap org lain2... aku lain, kau lain, depa lain, mereka lain... lain apa???






lain ejaan... haha.. XD

then aku pun meneruskan perjalanan, dan hanya melihat dia tergesa- gesa bersama bapak lolipop tu... ;D
slepas beli popcorn untuk hanani, dan aku pun tolong dia habiskan... ;) aku dan adik aku disuruh tunggu di sebalik tiang dkat situ... tunggu punya tunggu sambil mkn popcorn... tiba2, lelaki yang tergesa- gesa beli lolipop td tu muncul kembali dari jauh dgn menolak kerusi roda kanak2.. amenda sebutannya aku lupalah...

"eh, budak ni dah kahwin ke..?? mudanya...."

dan akhirnya, dia berhenti betul2 sebelah aku... dan di dalam kerusi roda kanak2 tu... aku nampak seorg budak sedang menjilat bapak lolipop tu dgn gembiranya... kemudian, dtg lagi seorang kanak2 yang sdg menjilat bapak lolipop tu jugak yang berbentuk love tu... dan akhirnya, muncullah mak dan ayah kepada lelaki yang membeli lolipop itu td...


"Ya Allah, aku dah bersangka buruk terhadapnya..."

aku terkejutlah, tp aku buat cool je... XD tulah... punyalah ingt untuk awek, rupa2nya untuk adik... guna duit sendiri pulak tu... bagus punya abg, bertuah budak tu dpt abg mcm tu...

dan masa tu jugak, aku yg berimaginasi tinggi ni terfikir...


"mesti dalam beg dia tu ada lampin, pampers, botol susu, baju.. haha..."

#kesimpulannya, tak semestinya org yg nmpk bergaya tu nak pergi date..
dan jgn suka2 hati nak tafsir org tu mcm mana, kalau kita tak kenal betul2 dgn org tu...





Sekian, terima kasih :)

Friday, March 16, 2012

"There are things that we don't want to happen but have to accept it,
  things that we don't want to know but have to learn it,
  and people we can't live without but have to let go"
-NadiahIzzati-

Sekian, terima kasih :)

okay...
harap maaf atas post saya yang begitu sensored sikit videonya ^^y
sbnrnya main tekan je video tu...
tak tgok sampai habis pun terus post...
laptop tersekat- sekat...
asyik terkelip kelip je...
last2 aku terus publish...
so sorry... aku bagi the latest yang aku dah tgok sampai habis dah...
nah...

#jgn salah faham...
motif aku selalu dgr lagu ni even dlm phone sekalipun sbb aku suka dgr bunyi piano dia...
just enjoy the melody... :)
Sekian, terima kasih :)

Wednesday, March 14, 2012



Sekian, terima kasih :)

Hari Ini...

Assalamualaikum...
rasanya dah lama aku tak mulakan dgn memberi salam...
so jawablah kerana memberi salam adalah sunnah,
tetapi menjawab salam adalah wajib...

MENANGIS

tadi, adik saudara aku menangis,
aku kat rumah saudara, tumpang untuk 3 hari 2 malam sbb ma, abah dan hanani pergi Melaka...
aku tak ikut, nanti hw aku tak siap...
balik kepada adik saudara aku...
dia menangis, aku yang dlm bilik tgh buat hw ditemani mak cik dan kakak saudara aku terkejut dgr tangisan dia yg....
aduhai.. memanglah kuat...
mak cik aku yg sdg membaca al- quran tadi tergopoh gapah keluar bilik tgok apa terjadi...
nak tahu kenapa dia nangis???

sbb dia tgok iklan halaqah...
tajuknya tentang kiamat...
budak darjah 4, lelaki menangis tgok iklan kiamat...
then mak cik aku tenangkan dia...
nasihat dia suruh solat.. buat kebaikan... dia terus lagi menangis...
aku hanya tersenyum... kesian tgk dia menangis...
aku diam je.. disebalik senyuman, aku sendiri berasa takut... lagi2 bila kakak saudara aku cerita pasal kiamat... yelah.. nak cerita dekat mak cik aku, tp aku pun dgr...
tiba2, tgn aku berhenti menulis...
adik saudara aku pulak dah bagi amaran jgn cerita pasal kiamat dah...

aku terfikir.. kalau kiamat tiba, apa aku akan masuk syurga atau neraka....
adakah aku tergolong dalam golongan mereka yg beriman...
sekarang ni, cuma amalan sahaja yg akan menjadi peneman hidup semasa di akhirat nanti...
yang akan menjadi penentuan kedudukan aku di akhirat nanti... semoga kita sama2 menjadi tetamu khas di syurga nanti...
Amin....

MIMPI

Sejak kebelakangan ni, aku sering didatangi mimpi yang pelik2...
aku rasa mungkin sbb aku terlalu letih, bnyk fikir... atau mungkin jugak sbb hari tu aku baca tafsiran mimpi mengikut Islam...
mimpi ptg tadi mmg aku rasa pelik...
mungkin sbb aku tdur ptg, mimpi pelik2...
sakit perut, so aku tdurlah.. XD
habis komot2 kertas hw aku...

#macam tak bagi buat je... ;D

at the same time, aku jadi takut... bila aku buat something.. aku asyik teringat je mimpi2 aku yg pelik2...
mimpi yg pelik2 dtg tiba2.. bukannya mimpi yg best2... hehe... sebelum ni, adalah aku kira2... sebulan lebih aku tak pernah mimpi apa2 kat asrama... mungkin ada cuma aku tak sedar...
aku harap... ini cuma gangguan drpd syaitan..
InsyaAllah...


Sekian, terima kasih :)

Monday, March 12, 2012

sometime aku rasa aku ni macam angin je...
wujud tp tak boleh dilihat...
cuma rasa kehadirannya saja...

#aku ni manusia, punya perasaan, aku tanya tolong bagi respon,
jgn diam membatu je,
jgn biarkan aku menunggu dgn penuh harapan...

takpelah, mungkin aku selalu fikir negatif,
mungkin kau ada problem or anything...
just think positive...




Sekian, terima kasih :)

Sunday, March 11, 2012

pictures are memories

gambar adalah kenangan....
kenangan yang akan membuat kita tersenyum suatu masa nanti...
sesiapa yang kurang gambarnya dalam kehidupannya...
maka kuranglah memori dalam kehidupannya...
tak percaya???
percayalah :)




















haha XD aku suka gambar ni... aina aina...
btw, gud luck aina for your leg surgery...
tobat fadi tak sruh aina lompat time pjk dah... haha...
aina...! be tough okay :)
jgn nangis pulak.. haha...
We, 5 Abu Bakar 2012 always pray for you...

#ikutkan nak je letak gambar2 lawak... XD
tpi nanti bakal mendengar bebelan2 mereka di sana sini... ;)



Sekian, terima kasih :)

Read this if you're truly my friends :')


#so that I wanted you to know...


Sekian, terima kasih :)

Saturday, March 10, 2012

Miracle :)


abah kata dah survey dslr :)
abah bgth pulak masa aku baru bgun dri tdur...
mood senyum nak memanjang :)
secondhand pun secondhand lah...
third, fourth hand pun boleh :)
tiba2 buat lawak nak beli laptop baru pulak tu :)
kenapa balik ni mcm dpat miracle je... :D
even hanya keluar dari mulut...
aku yakin walaupun hanya ucapan biasa...
suatu hari nanti abah nak jugak tgok anak dia happy...



#harap2 dapatlah...
tunggu 2 thun pun takpe...
tp aku tak terlalu mengharap, bnyk lagi benda nak pakai duit,
duit penat lelah abah dgn ma jugak,


Sekian, terima kasih :)

Friday, March 9, 2012

Trivia 2012

March 2012

Saban hari, tahun ini, permulaan ini..
pening aku semakin aktif..
boleh kata setiap hari dtg jenguk aku..
aku pun dah bosan..
baru awal tahun Nadiah...

Saban hari, tahun ini, permulaan ini...
terasa pikul beg macam bawak anak gajah,
tambah lagi beg dekat tgn kanan,
dan tambah lagi buku pada tgn kiri,
lama2 aku boleh jadi pendek bila beban buku tindih aku,
pernah sampai satu masa, kulit jari menggelupas membawa beg yg amat berat untuk ditampung,
dan sampai satu tahap, Nurul terpaksa urut belakang aku bila aku sakit belakang malam2..
*ohh.. adakah aku sudah tua~*

antara rumah dan asrama, aku rasa barang aku kat asrama lagi bnyk drpd kat rumah...
buku2...
Masya-Allah...
bertimbun kat loker prep, dah bagi 2 loker pun still tak ckup sampai kena bawak separuhnya lagi letak dekat loker beg dorm,
bila bukak sekolah je nak bawak balik semua barang,
mesti abah akan ckp..

"kakak ni nak lari dari rumah ke?? barang mengalahkan org yg nak pindah pergi luar negara je"

aku haraplah aku tak kena x-ray bahu pulak lepas ni mcam abang,
tp abang tu dah kes lain,
kerana sebiji bola yg kecil, habis tulang belulangmu XD

Alhamdulillah, tahun ni nasyid perempuan peringkat sekolah kumpulan aku dpt nombor 3,
berlatih punya berlatih sampai terbeliak bijik mata aku...
siap tukar2 position lagi dgn Dayot...
semua puji pemain yenki tuuu....
siapalah budak tu.. 
hahaha.... XD

*bawak bertenang semua, bawak bertenang... XD*

2.50 ptg- tamat sekolah kemudian terkedek2 balik asrama dgn lemah longlainya, makan dan solat~
3.30 ptg- latihan netball, aku suka jadi referee, ~ *dgn latihan rumah sukan lagi, belum tmbah kawadnya lagi, aku nak berhenti, jujur aku nak berhenti, nnti aku jadi mcm kuih yg digoreng hangus pulak~ tp ada je masalah timbul.... *
5.45 ptg- mandi, solat, rehat (ckp jelah tdur.. haih...)
6.45 ptg- MAKAN.. :) kdg2 tak makan pun, makan air liur je dalam tdur tuuuu... sedap apa :D
8.00 mlm- tusyen, cikgu azlin pernah berkata *eceyyhh* 
"kalau kamu mengantuk masa kelas saya, tidur je, sbb kalau kamu tahan pun apa kamu dpt.. baik kamu tidur je.. sbb saya sndri pernah rasa apa yang kamu rasa dulu2..."
lantas lepas je cikgu ckp mcm tu, aku pun terus melakukan arahan cikgu itu.. hehehe...


start tahun ni semakin sibuk,
pengetua baru, semua dah berubah,
tusyen f3, f5 setiap sabtu dan ahad,
tusyen asrama dari pukul 8 mlm- 10 mlm...
dan kdg2 tu homework bila nak siap...
balik2 terus mata nampak meja kat prep tu macam tilam yang empuk..
kalaulah ustazah tak selalu lalu lalang kat luar tu.. 
dah lama dah aku bawak turun bantal aku kat bilik prep,
sekurang- kurangnya takdelah kepala aku sakit2 tidur atas meja tu..
tp kata pun mengantuk, keras tak keras tidur tetap tidur...
habis prep nmpk katil, ______________________
*sila sambungkan mengikut apa yg anda rasa apabila berada di tempat saya*

kesibukan di tambah dgn kerja2 asrama, kerja2 persatuan yg perlu dilakukan...
maklumat2 kelab, maklumat2 disiplin asrama, kehadiran pelajar, keceriaan..
Allah....
tuhan saja yg tahu...
bilalah ajk baru nak ambil alih tugas...
masa tu aku nak raikan dgn belon2 yg berwarna- warni, tangisan2 kegembiraan, kerana aku merdeka drpd tugas aku... hahaha...

belum campur beban, masalah yg terpaksa difikirkan... kdg2 aku nak sgt jga perasaan org,
sampai perasaan aku sendiri pergi entah kemana...
dan perkara mcm tu lah yang buat aku rasa aku ni dalam kesempitan,
sampai aku dah tak nak hiraukan diri aku lagi... tak terurus dah aku..
orang lain, tak nak bantu perasaan aku, kdg2 aku tak nak mintak tlong org, sbb aku tak nak diaorg tolong aku tanpa keikhlasan, biarlah aku yg buat sorg2 drpd tidak menerima keikhlasan drpd tuan empunya badan...

aku perasan, dulu, aku selalu call rumah bila aku sedih, kecewa dgn result, tension, happy, rindu...
tp skarang, masa tidak mengizinkan, kdg2 tu, sejam bila aku nak balik rumah baru aku telefon abah sruh ambil, kdg2 abah pun terkejut knp baru bgth...
nak buat mcm mana bah, bukan tak nak bgth, nak sgt, tp kalau dah org bergayut panjang berjela dgn balak dia,
senyum sengih bergelak ketawa... 
siapa tak geram, org lain ada bnda lgi pnting nk ckp dkt parents, beratur pnjg lgi tunggu turn,
tmbh penat lagi... 

maaflah, kakak penat bah, ma...
rasa mcm nk angkat gagang telefon pun tak larat...
nak borak2 dgn abah time abah ambil tu pun rasa mcm tak larat...
pernah...
masa abah tgh ckp dgn aku dlm kereta wktu baru ambil aku pulang...
aku tertidur.. dah tak larat nak bukak mata... telinga je dgr abah mendengus..

"laa... tdur pulak budak ni... balik2 je mesti tdur... asyik tdur je..."

aku selalu berdoa, 

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..."

Amin...

#sejak kebelakangan ni, aku tahu aku selalu luahkan perasaan aku kat ruangnadiah ni...
itu je yang dpt bantu aku melepaskan segala dalam hati...
aku lebih syang ruangnadiah drpd fb aku walaupun fb lebih lama dgn aku...
sbb aku rasa ruangnadiah ni mcm teman aku ketika suka dan duka...
fb hanya akan membuatkn kita mengenali gelagat2 manusia di dunia..
kalau dulu perkara first yg aku sign in adalah fb, tp sekarang ruangnadiah yg aku cari dulu...
aku tak kisah kalau ada org ckp belakang psal post2 aku... dah itu yg aku rasa...
aku pun tak kisah kalau org tak baca post aku... 
sbb aku suka type pnjg2...
aku tak kisah, 
sekadar meluahkan apa yang aku rasa... tak salahkan...?? better drpd aku pendam dan akhirnya boleh membawa penyakit mental kepada aku... kesian pulak abah ma nak jaga aku nanti...


Sekian, terima kasih :)

Friday, March 2, 2012

Puteriku Sayang


Pertama sekali aku mendengar lagu ini didendangkan tahun lepas semasa Program Cergas Cerdas dalam slot "Busana Muslimah" di dewan makan aspurie,
pertama sekali Alhamdulillah,
aku sendiri tak sangka... :)

#lagu ini dijadikan lagu tema untuk program itu,
dan InsyaAllah lagu ini akan didendangkan pada radio asrama :)
Sekian, terima kasih :)