Hai awak :)

Saturday, March 17, 2012

ikhlas itu lebih baik :)

Bismillah....
Assalamualaikum...


take a note,
tak salah merelakan sesuatu dgn yg ikhlas....

abah pernah motivate aku beberapa bulan yg lalu.. sewaktu pertemuan ibu bapa dan guru di dewan Al- Madani, oleh sebab anak dia ni mengadu pasal bnyk perkara,

  1. homework selalu tak siap, 
  2. cikgu selalu marah, 
  3. cikgu asyik marah form 5, 
  4. aktiviti koko ganggu waktu belajar,
  5. penat, 
  6. selalu tak mkn mlm kat dm, 
  7. beg berat, 
  8. kena panggil dgn pengetua beberapa kali...
see, aku rasa 2012 adalah thun paling banyk aku merungut dkt parents, kawan...


then, at canteen, di situ abah motivate aku..
abah mula menceritakan sebuah kisah benar kpd aku...

"kakak, kakak kena ikhlas lakukan sesuatu benda, kakak kata kakak penat, bnyk sgt aktiviti koko, sibuk dgn asrama... and so on.. tp cuba kakak ikhlaskan hati kakak lakukan semua tu.. insyaAllah, Allah akan tolong kakak, Allah akan balas balik keikhlasan kakak..."

"abah ambil satu cerita yg kak ngah pernah post dkat fb dia,"

"ada seorang lelaki ni, keesokannya dia terpaksa mengambil satu exam yg sgt besar bagi dirinya, tetapi beberapa minggu sebelum exam itu bakal dijalankan, ibunya sakit tenat, oleh kerana rasa sayangnya yg teramat terhadap ibunya, dia sanggup berkorban menjaga ibunya siang dan malam... walaupun hanya beberapa hari sahaja lagi dia bakal menduduki exam itu... dia tidak pernah menyentuh buku walau sedikitpun, dan baginya, kesihatan ibunya jauh lebih penting daripada segala- galanya... dalam hatinya berdoa, "Ya Allah, aku ikhlas membantu ibuku ini, kau berikanlah kesembuhan terhadapnya"."

"pada hari peperiksaan itu, dia pergi juga menduduki peperiksaan... peperiksaan berjalan selama 2 jam... pengawas peperiksaan melihat lelaki ini hanya diam membatu, tanpa menulis sesuatu di atas kertasnya, baginya, lelaki itu tidak dpat menjawab soalan2 itu... 1 jam yang pertama, lelaki itu membuka kertas peperiksaan, lelaki itu hanya melihat dan merenung kertas itu kerana tiada satu pun soalan yg dia tahu... ketika itu dia berdoa, "Ya Allah, kau bantulah aku sebagaimana aku telah membantu ibuku dgn ikhlas ya Allah...", slepas satu jam, pengawas peperiksaan itu melihat lelaki ini menulis dgn lajunya.... so pengawas tu fikir dia hentam, sbb masa dah nak habis... Seminggu slepas itu, result diumumkan, pengawas peperiksaan yg td menganggap bahawa lelaki itu mndpat keputusan yg kurang baik.. tetapi apabila result diumumkan... lelaki itu mndpt full marks.. kakak nak tahu kenapa??"


"kenapa bah??"

"bila pengawas itu mndgr keputusan diumumkan, dia terkejut dan pergi bertanya lelaki itu, lalu lelaki itu mnceritakan segala- galanya... "slpas saja encik melihat saya mengaminkan doa, bila saya lihat semula kertas saya, saya seolah- olah dpat melihat kesemua jawapan pada kertas saya lalu saya menulisnya, kerana ketika itu, saya sudah buntu kerana sedikit pun saya tidak menyentuh apalagi membaca buku sbelum peperiksaan, yang saya tahu, ibu saya sakit dan saya benar2 ikhlas mambantunya walaupun ibu menyuruh saya belajar", mcm tulah kak, sampai begitu sekali Allah nak balas kebaikan seorang anak yg sayang kpd ibunya... kan Allah kata, kalau kita buat baik sikit pun dgn ibu bapa kita, Allah akan balas dgn ganjaran yg besar nilainya.. cerita tadi tu ank dia dah buat kebaikan yg bnyk tu...."

bila aku dgr cerita tu drpd abah, tipulah aku tak rasa apa2, masa tu, aku tahan air mata je, dgn berpura2 membuli adik aku kat sebelah abah...

"kakak, kakak cuba ikhlaskan hati kakak buat semua kerja tu, tanamkan sifat suka terhadap benda yg kakak buat tu... insyaAllah, kalau tak sekarang, esok2 nanti Allah akan tolong kita balik"

#then aku cerita dkat kwan2 aku masa prep bila dgr diaorg merungut psal hw, semua f5 dgr cerita aku mcm dgr bedtime story, khusyuk gila... lpas je habis dgr, semua dgn azam baru..
"okaayyyhhh! jom buat hw dgn ikhlas.....!"
XD

...........................................................................................

satu lagi cerita yg nak dijadikan pengajaran.. yg aku sndri alaminya....

suatu hari aku ke library... dan abah memberikan RM8 untuk aku belanja lunch.. aku terus menerimanya tanpa sebarang soalan.. bagi aku... cukuplah duit ni.. kalau tak cukup aku boleh guna duit aku simpan sikit... oleh sbb aku tergesa2 menerima duit itu... aku hanya meletakkannya di dalam poket seluar.. tak sempat nak buka dompet time tu... dan aku terus masuk ke library... sudah memilih tempat.. aku teringt duit tadi.. lalu aku meletakkan saja duit itu bersama hp ke dalam beg selipar yg diberikan oleh library...

tiba waktu mkn... aku terus mengambil beg selipar itu dan keluar... selipar dan hp dikeluarkan.. dan duit tertinggal dalam beg tu... bila saja mahu bayar mknn yg sudah aku pilih, aku mengeluarkan dompet, dan ketiku itu, aku teringat duit aku tertinggal dalam beg selipar yg sudah aku letak ke dalam kotaknya td... ketika itu, mujur aku ada membawa sedikit wang ringgit... aku bayar dgn menggunakan duit aku... dan lepas sahaja selesai.. aku cpat2 pergi ke kotak yang dipenuhi dgn beg2 selipar itu dan cuba mencari wang kertas di dalam beg yg sama coraknya yg aku ambil td...

diri sudah penat mencari.. org ramai sudah melihat aku membuka satu2 beg dgn muka hairan... aku merelakan sahaja kehilangan RM8 itu...

"takpelah, aku relakanlah siapa yg ambil duit tu.. aku halalkan duit tu...."

pulang sahaja, abah menjemput aku, aku tidak menceritakan kpd abah... takut2 nanti kena marah pulak...
keesokan harinya, seluar jeans yg aku sangkut terjatuh dari penyangkutnya... lalu aku mengambil dan tak tahu kenapa, sebelum aku menyangkut kembali seluar tu, hati tergerak untuk menyeluk poket seluar tu.. tgn menyentuh sehelai kertas... lalu aku mengeluarkannya dgn penuh tanda tanya...

"kertas apa pulak ni...??"

dan disitulah aku tersenyum sendiri... sekeping not berwarna merah di tgn... aku baru teringat, mak cik aku ada memberi RM 10 sebelum dia pulang ke kampung sehari sebelum aku ke library...

RM 8 hilang.. dan kini Allah telah memberikan RM 10 jauh lebih bnyk drpd sebelumnya...
Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah...

#semoga anda mendapat pengajaran di sebalik kisah2 ini..
ikhlaskan hati anda dlm membantu org lain... :)
abah kata aktiviti koko tu tergolong dlm membantu org... 
sbb kalau kita dah menjayakan sesuatu aktiviti tu, bermakna kita telah mambantu satu sekolah berkongsi kegembiraan dan meraih kemenangan... :)
Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment