Hai awak :)

Tuesday, January 29, 2013

Air Jambu


Masa mula- mula jambu dijual di gerai kecil beratapkan payung di tepi- tepi jalan dulu, aku selalu beli buah jambu yang kadang2 dua plastik sekaligus aku baham.

When one day, my auntie came to my house with two glass of air jambu. It seems that I am not prefer the water without adding some serbuk asam. Jadi aku pun menambah sedikit serbuk asam ke dalam air jambu itu. And thats it. I drank the water until I finished it :)

Satu hari, semasa dlm perjalanan ke satu tmpat, aku ternampak gerai jambu dan teringin membeli jambu. Tetapi tidak mendapat kebenaran oleh Big Boss. So, I started to create lots of excuse, so my father will change his mind.

'Okaylah, kakak nak beli air jambu lah...'

'Tak payahlah, mahal tu, lagi mahal daripada jambu tu..'

'Manade mahal, kan dia ambil air yg dia rendam jambu tu, tapi kakak pelik lah, kenapa air tu tak hijau mcm yang su beli dulu ha???'

1 saat selepas itu, bermulalah satu gelak besar dari tempat kejadian hingga ke destinasi yang ditujui. Lebih mengharukan, gelakan itu tidak terhenti sampai di situ saja, tetapi akan mula tercetus apabila kami melalui gerai2 jambu di tepi jalan.

'Ha, tu dia air jambu yang kakak nak sgt kan?? Pergi je ambil, tak payah byar, Confirm2 dia kasi free je....'

-THE END-




Sekian, terima kasih :)

Monday, January 28, 2013

Cita- cita


Assalamualikum :)
Lama dah tak berblog :) Bukan coolblog tau -,- Tak paham betullah junior2 aku tu~ nasib baik kecik lagi, ye ah, sekolah lagi en, kecik lagi lah tu :B

Sebenarnya tak tahu pun nak post apa ni, rasa mcm nak type2 something, tp tulis je lah apa2.

Okaylah, semalam aku tiba2 terdetik nak tgok tutorial tudung, shawl, pashmina dan yg sama waktu dgnnyalah. Sekali tgok views dia, mak aihhh! dah sampai 200, 300 ribu lebih dah views dia. Nampaklah ramai yg tak tahu pakai pashmina.. kihkihkih XD Sebenarnya, dulu2 pun aku dah tgok bnyk kali lah jugak. Alih2 style yg sama jugak aku buat... Aku tak tgok tuto dkat youtube pun. Tgok org pakai je kat asrama masa nak jamuan, suruhlah diaorg ajar sikit2. Then dah ahh.. XD takde mood ahh nak buat2 style pelik2, beralun sana, beralun sini, cucuk sana cucuk sini. Terbukak sana sini. Susah nak siap lepas sembahyang kalau hang out dgn kawan2. Mcm biasa je dah lah. Hmm... bolehlah terima kalau nak pergi org kahwin ke, dinner ke yang waktu solat dia mungkin lambat lagi, dan kita sempat balik solat di rumah. Ha, masa tu korang cucuklah mana2 korg nak. Tapi bukan akulah. Muka aku bkn yg lawa2 mcm dlm tutorial tu. Muka runcing je.. Putih2 plk tu.

Bila aku tgok tuto tu, ada yang mmg kedai tu jual tudung yang dia tuto kan tu. Siap suruh singgah kedai dia lagi :D Then mula lah terfikir, mcm best je berniaga tudung ni. Ada butik comel2 ^^ Then mulalah terfikir nak bukak butik muslimah. Yang tak jarang2 tudungnya tapi selesa. Sediakan tips2 menutup aurat walaupun dlm berfesyen. Decorate kedai lawa2. Macam best plk. And that time, rasa nak bkk butik sndiri~

Then, bila dah pergi jalan2, singgahlah King's Bakery. Belilah roti2 yg di admired setelah sekian lama ^^ Bila dah excited masuk situ, terasa nak bkk kedai kek plk dah.. haiiihh... mcm2... jalan2 lagi, nmpk kedai tutti fruity plk, rasa mcm nak bkk kedai tu plk... hari tu abah ada cerita pasal syarikat NAZA.. Tutti Fruity tu sbnrnya NAZA pnya.. yg jual2 kereta, rumah tu... Ni satu family diaorglah. Kaya doh diaorg. Rumah buat, kereta jual. Yang tu abg2 dlm adik beradik tu. Yang si adik ni, perempuanlah, dia bkk Tutti Fruity plk. Kaya tuuu... Berapa bnyk dah korang tgok kedai ni kat merata- rata tempat. Sekarang ni mana aku pergi semua ada Tutti Fruity.

Then, dkat sebelah tmpt futsal seksyen 13 tu, masjid yg dari NAZA pnya syarikat bakal didirikan. Alhamdulliah. Sejuk perut mak mengandung.. haha... baguslah.. asyik rumah je bangun, sekarang bangunkanlah masjid plk.

Tak kisahlah apa2 pun. Yang penting, semangat dan usaha tu mesti ada. Bangkitlah kalian untuk cita2 mu :)


Sekian, terima kasih :)

Monday, January 14, 2013

BigFood


Assalamualaikum :)

12 Januari lepas, aku dah tunaikan hajat abah suruh belanja bila dapat gaji first. Alhamdulillah, janji ditepati XD

At first, I don't know where is the best place to eat with my family, like jalan2 cari makan, aku tak survey pulak jalan2 cari mkn punya place. Confirm bila tgok jalan2 cari mkn mesti aku terus tukar channel lain kalau nafsu tu dah cecah 100 degree celcius.

Mula2, abah ajak pergi Mr. Steak kat Seksyen 13, abah suka sangat restoran tu. Tak faham betul. Padahal makanan dia mcm sama je. Tapi sedaplah jugak. Cuma pekerja dia ramai sgt lelaki. Aku nak masuk tandas dia pun tak jadi. Keluar balik sbb takut ada org usha. Haha.

Hasrat tak dapat dicapai bila pergi2 je, ramai nok mapuh kat situ. Tahulah pernah masuk jalan2 cari mkn. Dah femes dah. Berbaloi lah mkn western food situ. Sedap dan murah. Tu abah suka. Bila dah ramai, patah balik. Aku dah kebingungan dah tak tahu nak pergi mana bila abah tanya. Nak nak bila ma telefon abg tny dia nak mkn mana. Whatttt??! siapa yang nak belanja ni?? kenapa tanya abg pulak nak mkn mana. Ouh, lupa nak ckp, act, abg ikut jugak, tp dia naik kereta dia sndri. Aku dah merajuk sorg2 kat tepi pintu tu. Kenapa tnya abg pulak nak mkn kat mana. Aku yg nak belanja. Makan kat Pak Lah pulak tu. Restoran Pak Lah tu sbnrnya panggilan family kiteorg je sbb owner dia nama Abdullah. Act nama restoran tu Restoran TTDI Jaya. Dekat je dgn rumah.

Aku dah mencebik buat muka -,-

"Tak nak kat situ, dah selalu makan situ, tmpat lainlah pulak~"

"Okaylah, kite mkn BigFood"

Hahaha, nak tunjuk merajuk lagi, padahal dah suka abah ajak makan situ. Muka je lebih. Tp hati seronok. Hehe. Dah sampai, order mknn. Hanani pulak tidur, tak dapatlah hang nak merasa mknn yg kakak belanja. Last2 makan kat TTDI jugak, punyalah hasrat nak mkn jauh2, tp sbb dah nak mlm sgt mkn je kat situ...







this is my choice, dah nak order chicken2 punya, abah dgn abg dah pilih lagi awal, tkkan nak order yg sama, tak berbaloilah, nak pilih nama2 yang pelik2, takut tak termakan pulak nanti, siap berebut dgn abg nak pilih menu yg sama, tgok2 menu dia tkdelah sdap sgt, wahahahaha!! tulah, nak jeling2 lagi bila dapat cop menu tu dulu ~~ Pasta Chicken picatta ni pun ada ayamlah, siap salut dgn telur lagi, leleh dah ni~~

Grilled Chicken abah dan ma, mereka kongsi sbb ma dah kenyang, aku pon join sekaki, sdap pulak kuah dia... tahu tak, dia sorok mashed potato dia bawah ayam, dah nak habis baru nak perasan -,-

Dari kiri: Air ma, saya^^, abah, abang.. I choose the cheapest air, takut duit tak cukup-,- lagi mahal drpd MR. Steak, tp lagi sdaplah...

*makanan abg tak sempat nak tgkp gmbr sbb aku dah kebulur mkn Chicken Picattaku, sodap haih, bila mknn abg dah nak habis baru aku teringt belum tgkp gmbr mknn abg lagi -,-*

Bila nak bayar, abah kata biar abahlah yang bayar. Apaa???! Lagi sekali muka ketat. Airmata dah bergenang dah ni. 

"Nanti org kata abah apa pulak mintak duit anak..."

"Alllaaa, kan kakak dah janji nak belanja."

"takpelah, biar abah yang bayar.."

Silent. Pura2 makan. Tahan je air mata.

"Ke, kakak nak bayar jugak??"

"yelah, kakak dah janji kan.."

Last2, abah terima jugak bila tgok aku diam je. Besar2 pun nak merajuk lagi. Hehehe^^ Abang dah menjeling- menjeling ku bertentang dah -,- Lepas abah pergi bayar terus abang ambil resit. Pastu nak tunjuk2 pulak. 

"Fuhhh, nasib baik tak sampai 100 hengget"

nak tahu kenapa add black paper sause?? hahaha, ni aku nak tergelak, sbb menu yg abg order tu ayam dia goreng punya, tkde kuah pulak tu, cicah dgn mayonis je, pastu abg minta black paper cause tmbhn untuk cicah, hahahaha!



-THE END :)-


Sekian, terima kasih :)

Friday, January 11, 2013

Lunafly



Dah lama dah nak cari kumpulan korea yang reti nyanyi lagu English. Tp tak jumpa2. Majoriti pure korean tak pandai kecek English. Hehe.

Kiri: Yun, birthday dia 14 January 1994, huehuehue :p
Tengah: Teo, 7 Disember 1993, mcm perempuan kan dia?? tp paling tinggi dlm group ni, mata terbeliak tgok 185cm...
Kanan: Sam Carter, 14 Oktober 1987, leader, Campuran British dan Korea. First impression, "aikkk... apsal mcm ala- ala Twilight je dia ni??"





Sekian, terima kasih :)

PMG 2013


Assalamualaikum Dato/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik/ Atuk/ Nenek/ Anak/ Cucu/ Cicit sekalian :)

Hari tu aku dapat IM chat drpd seseorang,





Hahaha, actually Hamba Allah tu pengarah program untuk 'Program Menara Gading 2013'. Sebenarnya Haizan pernah suruh aku join kem2 yang PEPIAS Selangor anjurkan. Tapi aku buat dekk je. Macam2 alasan aku bagi kat dia.

"Tgok dululah, kite sibuklah. Kerja lagi."
"Tak tahu lagilah. Kena tanya abah dgn ma."

Abah pun sebenarnya memang suruh aku join group2 NGO lepas SPM ni. Kalau nak kerja pun tak kisahlah. Aku pun terdetik nak sertai group2 NGO ni. Tapi tak tahu macam mana dan takde kwn nak join. Terlupa pulak aku antara ahli yang tak berapa nak aktiflah untuk PEPIAS. Aku pun tak tahu apa nama panjang dia. Har har har XD Jadi aku pun mulalah baca sikit2 wall post untuk group tu bila haizan galakkan sgt join aktiviti PEPIAS.

Jadi, bila org kuat dia sendiri dah tegur dan ajak, siap mention haizan yang suruh. Aku dah tergelak dah. Budak duk Mesir pun still boleh lagi main org tgh. Terus cerita kat abah dgn ma. Tp tu lah, kerja~ Hope dpt pergilahh...

Jadi kepada sesiapa yang terbaca post ni, pergilah program ni. Bagus untuk korang. Tapi dgn syarat korang adalah pelajar2 yang tertera seperti gambar di bawah. Hamba Allah ni suruh aku ajak ramai2. Dia nak ramai budak2 18 yang pergi sbb dia ex-18 :) Lupakanlah sekejap aktiviti korang cuti ni. Benda ni 4 hari 3 mlm je. Bayaran RM 50 je. Dia kata selalu RM80. Untuk masa hadapan anda kat u jugak nanti *Cara aku ckp ni mcm aku pergi je~ Doa2 lah aku boleh pergi~* Bolehlah ajak ramai2, nak lebih maklumat, klik sini :) jgn lupa sign in fb dulu...





Sekian, terima kasih :)

Saturday, January 5, 2013

Kemarahan!


Assalamualaikum :)

hallu hallu :)
Alhamdulillah, kadang2 bahagia kadang2 tak bahagia... Hidup, mcm nilah, bila pulak Allah nak datangkan dugaan buat kita. Penat kerja? of course. Ni pun aku tgh tahan mata lagi ni. Esok ada jamuan besar- besaran canggih dari seluruh cawangan dkat Concorde. Start lebih kurang pkul 6 ptg. Oh myyyy~ aku baru je masuk kot. Dah ada jamuan segala bagai.

Alhamdulillah. Kerja promoter. Ada pahit, ada manisnya. Hidup. Macam ni lah. Nak tak nak kena hadapi jugak. Orang yang tak tahan terus lari drpd masalah. Orang yang boleh tahan, terus hadapinya. Adalah dah kamcing dgn certain staff walaupun baru. Ada jugak kalau jumpa pun masih bersengih2. Dgn budak2 18, hmmm, tak payah ckp lah, memang dah kamcing dah pun. Siap keluar waktu rehat pergi beli baju tema merah hitam lagi untuk syifa dan ain. Semangat tak depa? Aku guna jelah baju lama kat rumah tu. Kan beli baru penuh pulak almari aku ni. Dgn baju hananinya, baju ma nya, semua sumbat almari aku ni.

Aku admitlah. Kerja sampai malam ni memang meletihkan. Aku rasa amalan aku berkurang bila kerja setiap hari. Takde cuti pulak tu~ Adapun 4 kali sebulan. Then gaji of courselah tak masuk.... Kalau boleh aku nak je minta half day. Tapi bila abah dah kata abang dah dapat kerja depan rumah yang tak sampai lima minit berjalan pun, dah takde peluanglah nak minta half day kat canggih.

Bayangkanlah, Start 10 pagi, balik 9 mlm. Kadang2 abah pick pun lepas tu pergi restoran makan. Bila perut dah penuh, hasil daripada menahan lapar satu hari tu, dgn OT(OverTime) nya lagi. Perut penuh mestilah mengantukkan. Dah ngantuk balik terus keboom atas katillah kan, mana isyaknya? set jam pkul 3 pagi, itu pun kdg bgun, kdg terlepas, bila subuh baru nak cuak. Mcm mana nak buat amalan kalau mcm ni. Ni pun tgh tahan mata semata- mata taknak miss solat dah, taknak dah mcm tu, solat tetap solat, tidur tu, mati nanti pun boleh, solat isyak mana boleh buat masa mati. customer pun melimpah walaupun sekolah dah pun start. Jgn malulah nak ckp, cakap siapa tak pernah tertinggal solat? bila ckp mcm ni akan jadi pengajaran untuk aku. nafsu tidur tak boleh dimanjakan.

Penat dowh~ Ada satu customer ni, paling buat aku tahan je marah ni. hari ni pulak tu. Punyalah macam2 dia suruh anak dia test size, then nampak kotor seciput memang bila tgok dekat baru nampak, siap main tukar2 size, tgok baju tu bak dari rambut sampai ke kakilah, jahitan okay ke tak, mcm2lah, dah ambil dah pun, aku punyalah kena lipat banyak baju2, kain2 yang dia test tu, last2... hampeh...

"dik dik... takpelah.. tak jadilah, material kain dia tak samalah macam canggih punya jenama (kain yg dia test tu jenama RA, Region Apparel)"

aku dah kalau boleh nak nganga besar2 depan dia jugak. Punyalah banyak songeh, kotorlah, saiz kecik nak besar sikit, dah bagi besar nak kecik pulak. Siap konfem ckp,

 "akak ambil ni lah dik.."

last2, belinya satu je, itu pun benda lain... dah kalau mulut aku ni kurang hajar, *hajar? siti hajar?* aku lepas je,

"makcik, saya dah kata dah ni jenama lain, makcik nak jugak try2, kata nak kena pakai dah bukak sekolah ni, beli je lah even material lain pun, kalau saya saya beli je sebab dah terdesak, beli jelah satu dulu, then nanti2 baru cari balik, nak yang berkualiti sgt buatlah sendiri mcm baju sekolah saya dulu2 tu, sampai sekarang okay lagi.... "

kan bankrup pulak canggih tu sebab aku. lastly aku dah jadi tukang lipat baju dah. Kalah cerewet aku ni. Aku pun takdelah sampai nak belek2 kain tu lama2. Dari jauh aku tgok je. apalah yang makcik tu tenungkan baju tu. Minta maaflah makcik, mood saya tak okay sgt hari ni. Memanglah, tgok kawan sndri kena marah dgn customer. Then nangis2 kat peha aku. Siapa tak marah. Nak beli barang koko awal2 mcm ni, Masalahnya tgh kira stok pulak. Bila takde nak marah2, Bila org tak tahu pakaian lengkap seragam tu nak marah2 pulak. Kiteorg bukan KADET POLIS  yeeeehhh.. Musuh pulak dgn polis time kawad sekolah. *sekolah je lah, kalau lawan luar kiteorg sorak2 jugak~*Kiteorg PPIM yang hanya beli tshirt dia sahaja, dan uniformnya hanya sewa kat persatuan bila lawan kawad sahaja. Not everytime. Maaflah kalau makcik tu ada terbaca. Mana tahu kan. Tgh mood marah sikit, campur tacinglah, sedihlah. Kau nak marah kawan aku. Tolonglah respect sikit walaupun kiteorg ni pekerja yang mcm kuli je kena patuh arahan. Bila disuruh itu, kita buat. Dah kalau kiteorg tak tahu, nak buat mcm mana. Stok takde perlu ke marah?? kan bagi salah lagi mengamuk pulak...

dahlah... tu je. mata pun dah longgar ni... hope jamuan esok berjalan dgn lancar. Siapa nak jumpa jom pergi concorde.. haha.. tgoklah muka2 kiteorg yang penat bekerja, kira stok,angkat benda2 berat, layan customer yang mcm2 pe'el, semakin berkedut ke, semakin tegang.. haha XD

p/s: isnin dgn selasa ambil cuti atau half day semata2 nk baca buku lesen dgn pergi komputer test dkt metro kmpg melayu subang..kikiki^^
Sekian, terima kasih :)

Wednesday, January 2, 2013

Tak tahu nak buat tajuk post apa~


Assalamualaikum :)

Baru 2 hari aku kerja aku dah rasa penat dah... Mengantuk gila~ Aku cubalah jugak nak mesra2 dgn mereka2 di kedai itu walaupun kadang2 aku ni macam mengantuk gila... Semalam dapat arahan kena lead stationary and sports wear dekat canggih. My partner is Kak Azlin yang comel~ Still trying to be good to her. Doakan aku :)

Baru harini abah kerja. Semalam first nani pergi sekolah abah ambil cuti. Jadi senanglah abah nak hantar aku. Sekarang ni aku berada di surau CIAST. Bergolek- golek aku dalam surau ni. Tidurlah. Dah boleh buat filem hindustan dah. Kalau duduk rumah confirmlah susahkan abah nak kena pusing rumah balik ambil aku, then hantar aku balik. Bila aku tgok ma dgn abah macam rushing je pagi2, aku kesian pulak tgok. Nampak gayanya sampai bulan depanlah aku kena duduk surau CIAST ni sebelum start kerja~

Teringat pulak apa yang abah ckp masa ambil aku pulang dari kerja tu,

"kak, semalam abah bgth abang kakak kerja dkat PAS. Lepas tu abang tnya kenapa tak bgth dia dulu. Kalau tak dia boleh tolong uruskan kerja dkat Seven Eleven depan rumah tu,"

Aku rasa, mungkin dalam bulan 2 nanti, aku berhenti kerja kat Canggih tu kot. Dan mula kerja dekat Seven Eleven dpan rumah aku tu je. Senang sikit. Naik basikal, jalan kaki pun boleh. Dah dekat sangat dah tu. Aku dah bagitahu abah da tadi waktu makan pagi. Abah kata nnti abah bgth abang balik. Harap2 tu menjadilah. Aku taknaklah susahkan ma dgn abah.

p/s: Ujian berkomputer tak tahu nak ambil bila. Sejak kerja ni macam takde masa je nak baca buku panduan dia tu :(
Sekian, terima kasih :)

Tuesday, January 1, 2013

Pagi yang hening


Assalamualaikum,

It's already 4.30 a.m.. Dan aku bukannya tak tidur lagi, tapi aku terjaga daripada tidur, pelik jugak, tak pernah pernah aku terjaga drpd tidur tanpa sebarang loceng or alarm. Mungkin panas kot. Sebelum tidur, aku rasa sejuk gila sampai aku terpaksa tidur tutup kipas and selubung dgn selimut macam temperature bilik tu -16 degree. Then, aku rasa tgn aku panas sgt, badan aku panas sgt, kaki aku panas, but apa yang peliknya aku sejuk sampai menggigil. Penat sgt kot seharian kerja.

3.30 a.m. aku terjaga. Sebab panas, aku dahaga sgt. Air botol dalam bilik dah habis. Terpaksalah turun bawah yang gelap tu dgn beraninya. Heyy, aku memang berani eh. Nak pergi kat tandas sorg2 tgh2 malam dkt asrama pun aku berani ea, *poyopoyo* tpsampailah ustazah cerita benda yang menakutkan, bukan H***U lah, tp kes pasal ada lelaki pernah tunggu aweks dia iaitu budak aspurie kat tandas,aku dah takut. Sebab ustazah sebut penunggu. Haha :D Well, abah pernah ckp kat aku dulu,

"Hantu takut, manusia tak takut pulak, patutnya adik kena takut manusia kat luar sana, hantu kalau kita baca ayat al-quran larilah dia, tapi kalau manusia kita baca ayat al-quran, hmmm...tunggu saat je lah, terus kena tampo sebab nak tunjuk bijaklah kononnya"

at that time, abah nasihat aku sbb aku asyik nak keluar rmh je nak main2 dgn kwn2. Masa tu pun hanani tak lahir lagi sbb tulah panggil adik. Haha. Aku dgn hanani beza 11 tahun, dgn abang beza 6 tahun. Aku baru nak masuk darjah satu, dia dah tinggalkan aku masuk tingkatan satu -.- and abang dgn hanani beza 17 tahun! macam bapak dgn anak dah aku tgok -.- Then, lama aku berjinak-jinak dgn apa yang abah ckp tu, lama2 inshaAllah, boleh kot, kikiki,

Lepas je aku minum air satu gelas penuh, oh my, aku rasa perut aku dah kembung. Minum gelojoh pulak tu. Hai anak dara~ Mak mertua nampak mesti kena rijek. Haha. Tapi, tkdelah teruk sampai tumpah2 pun... cuma TERhembus nafaslah masa minum seteguk air tanpa henti tu. Kan tak elok, sunnah nabi SAW minum air tak hembus nafas masa tgh minum tu.

Then, tak tahu nak buat apa. Aku rasa lain macam sikit. Actually, apa yang aku rasa ni? Aku gelisah. Aku termenung lama kat dapur tu. Aku teringat apa yang aku teringat. Macam2 aku fikir. Otak dah serabut, try to forget everything. Nampak kismis, apricot, and kurma kecil dalam satu plastik ni. Mesti ada org baru balik umrah kasi ni. Aku kisah apa, tetibe lapar pulak, makan ah. btw, asal apricot dia potong kecil2 ha? kedekut gila, lekat celah gigi je kot, dahlah apricot sedap, kacau mood aku je -.-

Solat hajat didirikan. Berzikir pada yang Maha Esa. Minta diringankan beban. Minta perkara yang baik akan datang. Dan segalanya. At that time, aku teringat Izian. Apa salahnya kalau aku terjaga dan buat benda yang baik daripada makan kurma, minum air, dan sambung tidur balik. Dan aku tak rasa aku mengantuk lagi. Walhal aku penat kerja semalam. Rasa nak tercabut kepala lutut. Apa2 pun, aku doakan yang terbaik untuk korang. Aku harap perkara yang baik datang pada korang. Dan juga pada diri aku sendiri. Buat yang terbaik dalam kehidupan kau :')

p/s: Sabtu, 29 disember haritu, aku pergi KPP, nampak wan amna, zuhair and kak aina muttaza. tp buat tak tahu je sbb masing2 saling sibuk antara satu sama lain -.- ayat pagi2 buta~ and you know what, Cikgu Rafi yang ambil and hantar aku tu kan, asyik suruh aku jadi ustazah je, aku dah tak tahu nak ckp apa lagi dah, padahal dah ckp dah aku nak ambil kos lain, than ulang2 je benda sama. Mentang2lah aku ckp aku student arab, setakat bahasa arab komunikasi je aku okay, tapi arab tinggi hancuss, aaaaa~ cikgu ni buat aku sedih jelah mengenangkan arab tinggi aku tu~ u.u
Sekian, terima kasih :)

first day of january :)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... harini first time kerja...
Penatlah jugak, org semua nak beli baju last2 minutes...
Not bad..
aku yang tak pandai bersosial sgt ni, kira okaylah banding dgn dulu2,
baru kenal pun dah boleh borak2, sportinglah jugak akak2 kat sana... :)
tp yang paling buat aku ternganga, oku fikir takde lelaki tau kerja situ...
rupa2nya diaorg half day je~~~
patutlah...

First day penatlah, aku tak biasa lagi.. aku pening mula2 tu, sbb ramai sgt customer, tu sbb aku tknk kerja restoran... tak boleh tahan~
akak2 sana ckp, biasanya time2 nak bukak sekolah la ramai customer, esok lusa org dah sekolah dah boleh borak2 tgh2 kedai dah.. haha...
tp bila boss dtg semua kelam kabut kononnya kira stoklah... itulah, inilah, haha, tu paling lawak aku tgok diaorg semua lari2 bila boss dtg, drpd tgh gelak2 terus bisu, itu aku rasa paling aku nak gelak tp tak boleh.. hahaha...
aku rasa untung jugaklah aku ditawarkan disitu,
ukhuwah diaorg, dah mcm family dah...
okaylah tu, untuk permulaan ni,


Sekian, terima kasih :)