Hai awak :)

Saturday, January 5, 2013

Kemarahan!


Assalamualaikum :)

hallu hallu :)
Alhamdulillah, kadang2 bahagia kadang2 tak bahagia... Hidup, mcm nilah, bila pulak Allah nak datangkan dugaan buat kita. Penat kerja? of course. Ni pun aku tgh tahan mata lagi ni. Esok ada jamuan besar- besaran canggih dari seluruh cawangan dkat Concorde. Start lebih kurang pkul 6 ptg. Oh myyyy~ aku baru je masuk kot. Dah ada jamuan segala bagai.

Alhamdulillah. Kerja promoter. Ada pahit, ada manisnya. Hidup. Macam ni lah. Nak tak nak kena hadapi jugak. Orang yang tak tahan terus lari drpd masalah. Orang yang boleh tahan, terus hadapinya. Adalah dah kamcing dgn certain staff walaupun baru. Ada jugak kalau jumpa pun masih bersengih2. Dgn budak2 18, hmmm, tak payah ckp lah, memang dah kamcing dah pun. Siap keluar waktu rehat pergi beli baju tema merah hitam lagi untuk syifa dan ain. Semangat tak depa? Aku guna jelah baju lama kat rumah tu. Kan beli baru penuh pulak almari aku ni. Dgn baju hananinya, baju ma nya, semua sumbat almari aku ni.

Aku admitlah. Kerja sampai malam ni memang meletihkan. Aku rasa amalan aku berkurang bila kerja setiap hari. Takde cuti pulak tu~ Adapun 4 kali sebulan. Then gaji of courselah tak masuk.... Kalau boleh aku nak je minta half day. Tapi bila abah dah kata abang dah dapat kerja depan rumah yang tak sampai lima minit berjalan pun, dah takde peluanglah nak minta half day kat canggih.

Bayangkanlah, Start 10 pagi, balik 9 mlm. Kadang2 abah pick pun lepas tu pergi restoran makan. Bila perut dah penuh, hasil daripada menahan lapar satu hari tu, dgn OT(OverTime) nya lagi. Perut penuh mestilah mengantukkan. Dah ngantuk balik terus keboom atas katillah kan, mana isyaknya? set jam pkul 3 pagi, itu pun kdg bgun, kdg terlepas, bila subuh baru nak cuak. Mcm mana nak buat amalan kalau mcm ni. Ni pun tgh tahan mata semata- mata taknak miss solat dah, taknak dah mcm tu, solat tetap solat, tidur tu, mati nanti pun boleh, solat isyak mana boleh buat masa mati. customer pun melimpah walaupun sekolah dah pun start. Jgn malulah nak ckp, cakap siapa tak pernah tertinggal solat? bila ckp mcm ni akan jadi pengajaran untuk aku. nafsu tidur tak boleh dimanjakan.

Penat dowh~ Ada satu customer ni, paling buat aku tahan je marah ni. hari ni pulak tu. Punyalah macam2 dia suruh anak dia test size, then nampak kotor seciput memang bila tgok dekat baru nampak, siap main tukar2 size, tgok baju tu bak dari rambut sampai ke kakilah, jahitan okay ke tak, mcm2lah, dah ambil dah pun, aku punyalah kena lipat banyak baju2, kain2 yang dia test tu, last2... hampeh...

"dik dik... takpelah.. tak jadilah, material kain dia tak samalah macam canggih punya jenama (kain yg dia test tu jenama RA, Region Apparel)"

aku dah kalau boleh nak nganga besar2 depan dia jugak. Punyalah banyak songeh, kotorlah, saiz kecik nak besar sikit, dah bagi besar nak kecik pulak. Siap konfem ckp,

 "akak ambil ni lah dik.."

last2, belinya satu je, itu pun benda lain... dah kalau mulut aku ni kurang hajar, *hajar? siti hajar?* aku lepas je,

"makcik, saya dah kata dah ni jenama lain, makcik nak jugak try2, kata nak kena pakai dah bukak sekolah ni, beli je lah even material lain pun, kalau saya saya beli je sebab dah terdesak, beli jelah satu dulu, then nanti2 baru cari balik, nak yang berkualiti sgt buatlah sendiri mcm baju sekolah saya dulu2 tu, sampai sekarang okay lagi.... "

kan bankrup pulak canggih tu sebab aku. lastly aku dah jadi tukang lipat baju dah. Kalah cerewet aku ni. Aku pun takdelah sampai nak belek2 kain tu lama2. Dari jauh aku tgok je. apalah yang makcik tu tenungkan baju tu. Minta maaflah makcik, mood saya tak okay sgt hari ni. Memanglah, tgok kawan sndri kena marah dgn customer. Then nangis2 kat peha aku. Siapa tak marah. Nak beli barang koko awal2 mcm ni, Masalahnya tgh kira stok pulak. Bila takde nak marah2, Bila org tak tahu pakaian lengkap seragam tu nak marah2 pulak. Kiteorg bukan KADET POLIS  yeeeehhh.. Musuh pulak dgn polis time kawad sekolah. *sekolah je lah, kalau lawan luar kiteorg sorak2 jugak~*Kiteorg PPIM yang hanya beli tshirt dia sahaja, dan uniformnya hanya sewa kat persatuan bila lawan kawad sahaja. Not everytime. Maaflah kalau makcik tu ada terbaca. Mana tahu kan. Tgh mood marah sikit, campur tacinglah, sedihlah. Kau nak marah kawan aku. Tolonglah respect sikit walaupun kiteorg ni pekerja yang mcm kuli je kena patuh arahan. Bila disuruh itu, kita buat. Dah kalau kiteorg tak tahu, nak buat mcm mana. Stok takde perlu ke marah?? kan bagi salah lagi mengamuk pulak...

dahlah... tu je. mata pun dah longgar ni... hope jamuan esok berjalan dgn lancar. Siapa nak jumpa jom pergi concorde.. haha.. tgoklah muka2 kiteorg yang penat bekerja, kira stok,angkat benda2 berat, layan customer yang mcm2 pe'el, semakin berkedut ke, semakin tegang.. haha XD

p/s: isnin dgn selasa ambil cuti atau half day semata2 nk baca buku lesen dgn pergi komputer test dkt metro kmpg melayu subang..kikiki^^
Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment