Hai awak :)

Saturday, February 18, 2012

Long Distance- Bruno Mars

Malam dah semakin tua...
mahu menggantikan pagi...
hanya beberapa jam lagi..
tapi aku tak lelap2 lagi...
ntah dah berapa post dah ni...
diri pun dah semakin letih... 
baru awal tahun aku dah rasa mcm ni,
rasa nak stop je...


Sekian, terima kasih :)

Management & Science University- MSU

Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah, harini dapat sedikit sebanyak *dah sedikit, lepas tu sebanyak* ilmu yg aku sendiri tak tahu langsung.. yang penting, hati aku terhibur, dan membuatkan aku nak belajar lagi baik punya...


Lawatan ke MSU under PRS mmg buat aku nganga...
kau bayangkanlah, PRS dan Kelab ERT bergabung panjat MSU

#act, naik lift...-___-

dari tingkat 16 sampailah ke bawah..
ada je tingkat yg tak pergi, tak ckup masa...
sebelum bergerak melihat persekitaran tu, adalah dia bgth course2 yg ada kat MSU ni..
course yg ada kat sini antaranya:
  • Faculty of Health & Life Science Programmes
  • Faculty of Business Management Professional Studies
  • Faculty of Information Sciences & Engineering
Bila pergi sana, tiba2 terminat Health and Science Programmes pulak...
sebab masuk bilik mayat...
mulanya, aku ingatkan mayat betul yg nampak rupa lagi, ada darah2 lagi, 

#gila kau, aku fkir macam rumah mayat betul2 yg kena masuk bilik sejuk then kena tarik pintu peti tu mcm kat hospital... pastu nampak lagi darah2 mayat tu... sampai mcm tu sekali aku fkir...

rupanya dah tinggal muscle2 je... organ2 dlman.. kena hati2lah, sbb chemical yg digunakan utk awet mayat tu kalau korang pergi dkat2 dgn tank mayat yg dah di awet tu, boleh pedih mata korang macam kupas kulit bawang tu, macam tu lah rasanya tadi, mostly mayat yang ada tdi from India, sbb mayat dari sana murah.. teacher kata sbb kat India ramai org mati, and family diaorg tk kisah kalau nak ambil mayat anak2 diaorg sbb terdesak nakkan duit... mcm tdi, abg yang tunjukkan kat kiteorg tu kata, mayat tu kena tembak, ada kesan peluru/ hole dkat tengkorak dia. and for sure, organ yang real tak boleh tangkap gambar sesuka hati je, ada aku tgok org ambil gmbar real pnya organ, tak tahu nak tgur ke tak, sbb teacher ckp kat segelintir org je jgn ambil gmbr yg real...

teacher bgth pulak time aku dah ambil gambar otak real dkt anatomy museum, terus aku delete gmbr tu, cuak jugak tuuuhhh... tgn real pun aku tgok, muka real, kaki real yg dah di awet.. sungguh, aku dahlah suka buat kerja sorang2, masuk2 je terkejut tgok ada tgn tiba2 atas rak... nasib ada org kat belakang,

then, pergi optometry pulak,


#sbnrnya pergi optometry dulu baru bilik mayat, exited lebih nak cerita yg aku dah tgok mayat.. hihi...

kat situ macam biasalah, aku jumpa benda yg aku dah pernah test dulu2...
nak check power, lens, pasal mata2 ni lah, rasa untung pulak sbb pakai spek, so dah pernah try alat2 ni, so aku pun mlaslah nak try bnda2 ni, sbb dah pernah try, aku bnyk tumpukan pada machine2 dia, paling best, dkat bilik contact lens, org tu kata nak pakai contact lens bukan suka2 je... kena check cornea, untuk tahu size yg sesuai... baru tahu, mcm best pulak belajar mata2 ni, sbb dia dia fokus pasal mata je, takdelah serabut sgt mcm kat sekolah...

#yeke??? we'll wait and see apa perasaan Nadiah bila masuk U...

betullah apa org kata, orang paling pandang tinggi student2 yg belajar science,for example, medic, perubatan, and others,
betulah tu, aku pandang students yg ada kelas kat bilik mayat tadi macam ada bintang2 je kat atas kepala diaorg.. XD


paling best dan membuatkan aku berlari2 arnab kat sana bila aku nampak HOT KITCHEN...
mata aku dah bersinar- sinar, aku tak tahu berapa lama aku duduk kat situ tgok bakal2 chef masak, stail gila..! sampai teacher kena panggil aku sruh pergi ke destinasi seterusnya, tgok2 sekeliling baru sedar yg tinggal aku sorang je yg masih lagi bersinar- sinar, jgn main2, org yg ajar student2 tu dri luar negara.. 


tiba2 dgr kecoh2, rupa2nya baru tahu apa yg kecohnya,
ada Chef Joe yg terkenal dlm Masterchef Malaysia tu... aku manalah kenal, takde astro.. kalau ada astro agaknya aku sruh abah record Masterchef setiap minggu...


tingkat paling atas ada swimming pool, untuk students yg belajar health & life science, ada spa, dan lagi2..

gym pun ada... paling tak boleh bla, mana2 pergi mesti ada org buat poco2 lah, menari mcm tari tirana lah, 
dtg2 je MSU, first thing kiteorg kena buat, ikot akak2 tu menari, bersenamlah... aku.. mana nak buat... ada yg siap menari korea lagi lagu Roly Poly... hadeeiihhh... aku tak boleh bayangkan kalau abang aku buat mcm tu nanti... mcm manalah agaknya dia hidup kat sana.. nasib harini dia takde kelas...

Course pilihan:
  • Faculty of Business Managment Professional Studies
bahagian dia banyak:

*Law in Commerce
*CULINARY ARTS
*Outdoor, Leisure & Adventure Management
*Early Chilhood Education
*International Business
*Decision Science
*Hospitality & Tourism Management
*Accountancy
*Industrial Management
*Investment Management
*Education
*Event Management
*Human Capital Management
*Retail Management
*Management (public relations & entertaiment)
*Psychology with Marketing
*Management

aku lebih cenderung bahagian makanan... kdg2 aku terfikir, apa yg betul2 aku minat sekarang ni, nmpk yg tu best nak minat yg tu, tak boleh jugak, kalau tak sampai bila2 tak jadi... mungkin aku nak belajar banyak benda.. InsyaAllah, dgn keizinanNya.. aku nak kaitkan Science dgn mknn... Food Technology eh?? dlm masa yg sama, aku nak jdi chef dan buka kedai aku sendiri, kedai keklah kan, kalau boleh, kedai mknn lain pun apa salahnya, pelbagaikan juadah yg berkhasiat, aku nak kedai aku menghasilkan mknn yg berkhasiat, yg boleh mengurangkan penyakit2 yg menyebabkan ramai orang Malaysia mati akibat makanan... biarlah kalau ada org sakit doktor sarankan mkan makanan kat kedai aku.. hahaha... perasan lebih... itu pentingnya, kena ambil food tech jugk kan... tiba2 kepala aku ligat berpusing sampai masuk tv pulak kedai aku nnti... haha.. bnyklah kerja aku... takpe, InsyaAllah aku boleh kalau ada usaha dan doa...

for form 5 students, rasanya anda semua dah perlu fikirkan apa yg terbaik untuk future anda nnti, bukan form 5 je, form lain pun.. cuma masa untuk students form 5 semakin tiba, aku teringat pesanan seseorg, cikgu Sam rasanya, buat benda yg kita minat, ambil bidang yang kita minat, jgn nanti dah belajar susah2 baru menyesal sbb kite tak minat kerjaya tu... ada org yg terpaksa ambil bidang itu sbb kuota bidang yg dipilih tu dah cukup, tu sbb kena study hard, then terpaksa pilih bidang yg lain, mungkin pada mulanya dia tak minat benda tu, tp bila dah belajar, dia rasa bersyukur sgt sbb dia  belajar benda tu.. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu hikmah di sebaliknya.. ilmu Allah ni luas, bukan kecil.. tu sbb setiap benda ada pecahan2 nya... 

-KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA-


Sekian, terima kasih :)

Some words for them :)

For all of you [if you think that these words are for you :)]

sudah2lah minta maaf,
past is past,
bukan boleh tarik balik,
lainlah kalau ada mesin Doraemon boleh patah balik benda yg dah lepas,
akak bace blog korang pagi2 buta semua org dah di alam fantasi *ada juga di alam misteri* ni rasa mcm perasaan tu...
ntahlah, tak tahu nak tafsirkan mcm mana...
dah dah, sama2 je kite doa,
semoga takde apa2 yg berlaku,
see, act, benda mcm nilah yg boleh rapatkan ukhuwah kite...
kan kan ^^
see, akak boleh je gelak2 dgn korang lagi haritu,
siap nasihat dan ceritakan pasal diri akak lagi kat bdk2 Thuwaibah hari tu kan...
itu adalah benar dan bukan rekaan,
korang akan merasainya sendiri kalau korang pilih jalan/ cara yg betul...
senyap2 je tau budak2 Thuwaibah yg dgr cerita tu...
sekeh kepala korang mcm mak shin chan kalau tiba2 benda ni heboh..
itu sebahagian drpd teguran dan contoh yg baik buat korang...
ecceeeyyyhhhhh....
:)
lepas ni kita sama2 berubah,
amalkan amar ma'ruf nahi munkar...

#sejak bila pakai akak2 dgn korang ni... hahaha :D tkpe lah, dah mengaku tua dah kat asrama tu...
InsyaAllah, I'll try my best to change myself,
change our life as a muslimah,
and I'll try to forget the past, 

#I appreciate your words.... :)
It's changed me...


Sekian, terima kasih :)

Friday, February 17, 2012

Some memories here :')

Drama of The Night

Air mata insan yang terpaksa di bawa pergi








am I???
Explorace :)





Pelbagai LDK







kesian, kena denda buat persembahan time penutup XD

inilah barisan kita... kenyang perut hati pun senang ;D

Penutup 

sempat lagi lah haiii.....

Last but not least... kumpulan NARUTO =)
The Best Group for this camp :]
haha... group yg aku rasa sopan santunnya... ~ alahai...~

berguna jugak pembaris yg aku bawak tu, boleh acukan dkat phantom yg nak koyakkan bendera... ;)

okay okay, ada ahli POKEMON menyibuk -___-"


Fasi2 kumpulan KAMI :)
Kak Tasnim :)

Kak Yong :)

Abang Hasif :)

cayalah, fasi kumpulan NARUTO jadi pengacara untuk majlis penutup...

sekian saja untuk menghiburkan hati yang resah gelisah ini...
for more photos...
or HERE

#dah penat curi gambar orang...



Sekian, terima kasih :)

Be strong

pause lagu dibawah,
mood untuk entry kali ni tak sesuai untuk lagu yang didendangkan sekarang,

.............................................................................................................

Saat aku membaca post beberapa org sahabat aku,
hati aku sebak,
terguris, dan sedikit pedih terasa luka di hati ini,
tapi aku tak mampu untuk mengeluarkan air mata lagi,
rasanya seperti sudah tiada lagi air mata ni,
dgn keadaan mata aku yg seperti ini,
mungkin akan memburukkan lagi keadaan...
percayalah....

AKU SAYANG ASRAMA 18...

disitu tempat aku berubah...
menjadi yang lebih baik...
dan disitu juga,
aku mengenal erti persahabatan...
mana mungkin aku dapat menerima keputusan sebegini,
tapi, seperti yg pernah aku post suatu ketika dahulu...

ALLAH TAKKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN UJIAN YANG TAK MAMPU UNTUK KITA TEMPUHI...

semua ujian dan dugaan yang Allah beri kepada kita,
semuanya dapat kita lalui dgn baik,
dan sekarang aku percaya, aku adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima dugaan seperti ini,
Allah lebih mengetahui setiap umatnya sama ada dia boleh berhadapan dgnnya ataupun tidak,
dan kini aku telah mengetahui jawapannya,
aku adalah insan yang boleh berhadapan dgn dugaan seperti ini..
aku percaya padaMu Ya Allah...

Ya Allah....
kau berilah kekuatan dan semangat kepadaku, Ya Rabbi...

Neb, Dayot, kita akan tempuhi segalanya bersama...
susah senang sama2 kita tempuhi...
jangan mudah mengalah,
juga kepada 16 orang lagi sahabat di sana,
semoga kita dilindungi,
perbanyakkan doa..
semoga perkara ini menjadikan kita seorang yang lebih berhati- hati lagi di masa yang akan datang...
dan semoga perkara ini merapatkan lagi ukhuwah kita bersama...
kan kita baru belajar erti sebenar persahabatan kat INTEC haritu kan,
susah senang sama2 kita hadapi,
and try to protect each other,
barulah itu dinamakan sahabat sejati selamanya... :')
korang boleh,
nak peluk korang ketat ketat.. :')

terima kasih kerana memberikan kata2 yang menyentuh hati aku...
and thanks for trying to protect me,
thanks for the comfort...




Sekian, terima kasih :)

Thursday, February 16, 2012

Tuhan, tolong aku....


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

peristiwa yg langsung aku tak boleh lupa,
sepanjang 2 minggu di asrama kali ni,
sungguh,
baru saja balik dari camp,
dan baru saja air mata keluar mencurah- curah dgn bnyak semasa camp...
kini, air mata keluar lagi mencurah- curah tanpa henti...
aku tak boleh lupa langsung :'(
sumpah... macam mana aku nak lupa nasib yg aku terima sekarang ni...
aku hanya mampu bersabar dan berdoa,
dan terus bersabar sehingga keputusan betul2 dibuat 18 feb ini...
doakan aku...
bukan aku, tetapi KAMI...
aku memerlukan doa korang sekarang,
benda ni menentukan kehidupan kami samada berakhir sampai disini,
ataupun kami dapat meneruskan perjuangan ini,
tolong,
bantu aku,
dan doakan aku...
aku perlukan semua itu sekarang ni..
aku perlukan kekuatan untuk bantu diri aku kembali tersenyum...
aku perlukan teman yang dapat menenangkan hati aku...
tolonglah, 
bebaskan kesedihan dalam diri aku sekarang ni....


yang berharap...
dan terus berdoa....
masih lagi menunggu kata putus...


Sekian, terima kasih :)

The day at INTEC, Seksyen 18

Bismillah....

INTEC...
mesti ramai nak pergi sana kan??
aku tahu, aku dan kawan2 seperjuangan aku dah pergi dah...
batch 95 dan 97 bergabung ke sana beramai- ramai...
macam buat rombongan org kahwin je, jalan kaki ramai2 pergi sana,
mmg aku tak boleh lupa :)
aku rasa itulah antara camp yg best untuk motivate students...
aku tak nafikan,
aku betul2 tersentuh dgn camp tu..
mungkin sbb fasilitatornya hnya beza 2 thun saja dgn kami batch 95,
dan kesemuanya adalah bekas pelajar2 cemerlang drpd sekolah2 dan asrama2 yg top2...
ada yg dri KISAS, MCKK, bnyk lagi...
mungkin sbb mereka juga ada pengalaman duduk di asrama,
dan wlaupun mereka baru sahaja 19 thun..
mereka seolah2 mengerti akan kami...
aku doakan semoga impian mereka untuk fly ke nagara org akan tercapai,
dan semoga mereka selamat tiba dan pulang menjadi seorg yang berguna kepada negara...

The Drama of the Night...

itu panggilan yg mereka gelar untuk malam 1000 kenangan...
dan malam di mana semua mencurahkan kesedihan mereka di khalayak org ramai tanpa rasa malu...
malam yang membuatkan org yg baik pun berubah menjadi sebaliknya... melawan yg tua, menjerit pada yang tua, merayu kpada mereka, dan tak lupa, melutut pada mereka...
dan malam yang aku lihat, hati seseorg yg tidak pernah mengalirkan air mata, tumpas jua pada malam itu...
malam yg aku lihat, berpuluh puluh lelaki gagah,
tumpas jua akhirnya, kalah dgn perasaan dan air mata yg kita sendiri tidak nampak..
kerana seorg teman...
malam yg penuh dgn kesedihan...
malam 12 februari...

apa perasaan kalau kawan sndri terpaksa meninggalkan camp itu,
kerana terpaksa menjaga amanah seseorg...
dan apabila kertas amanah itu di buka di khalayak org ramai...
kertas itu tertulis

DADAH 
10 kg

dan seorg lagi membuka kertas itu...

DADAH
20 kg

itu baru tulisan di sehelai kertas...
alhamdulillah mereka berdua tidak menerima amanah yg merupakan dadah yg sebenar...

dan kedua- duanya drpd mereka terpaksa dihukum, dihantar pulang ke rumah padahal bukan mereka yg mahukan semua itu...
niat di hati mereka hanya mahu menjaga amanah yg diberi oleh fasi...
bersalahkah mereka...
kenapa mereka yg perlu menerima hukuman ini...

semua terdiam...
masih lagi runsing...
adakah lakonan semata ataupun kebenaran..
keadaan menjadi sunyi...
masih lagi berfikir...
beg baju mereka telahpun dikemas, dan seorg seorg drpd mereka masuk ke dewan dgn beg pakaian mereka...
sunyi lagi... tiada siapa yg bersuara...
aku memandang seorg insan ini, berharap agar dia menuntut bela ats pemergian mereka dripada camp ini...
mungkin dia tidak memahami...
tetapi akhirnya, insan ini mengambil tindakan di luar jangkaan,
bangun dan bersuara...
untuk cuba mendapatkn kawan2 kami semula...
mereka yg terpaksa dihantar pulang, kedua2nya daripada kelas 5 abu bakar...
dan org yg menuntut bela ke atas mereka itu juga, merupakan dari kelas kami...
kami sehati sejiwa kan??
:')
aku hanya mencari kawan2 aku seboleh yg mampu,
suasana gelap, lampu ditutup..
muhasabah diri dijalankan pada malam itu...
aku terus mencuba mencari siapa2 yg berani untuk bangun bersama melindungi sahabat kami...
tapi, usaha aku mencari sia2 saja,
aku tidak mempunyai keberanian untuk melindungi sahabat aku sndri,
kerana tidak siapa yg memandang, kesemuanya tunduk meratapi kesedihan...
dalam kegelapan...

aku menahan mata yang hangat ini..
tinggal untuk mengalir saja...
kenapa tiada yg berani bangun??
kenapa aku tidak berani untuk bangun walaupun berseorangan...
semuanya bermain dalam kepala...
tp cepat2 aku dongakkan kepala memandang syiling..
walaupun aku tahu itu hanya sia2,
tp akhirnya tewas juga,
mengalir juga akhirnya...

atas keberanian seorg lelaki,
telah mengubah suasana...
menjadikan semua semakin berani, dan bersatu...
walaupun ada yg mengeluarkan perasaan marah...
ada yg semakin berani membantah...
ada yg melawan...
aku tak suka suasana seperti itu...

tinggal sedikit sahaja masa untuk mereka meninggalkan camp,
dgn keberanian yg aku dah kumpulkan daripada tadi...
aku telah melakukan tindakan diluar jangkaan aku...
aku sendiri tak percaya...
dan aku telah ditengking, di marah dihadapan org ramai...
apa aku balas...
air mata....
kerana kata2, tidak dapat dikeluarkan...
syukur, ada yg turut membantu aku...
mereka juga sahabat sekelas...
kukuhnya persahabatan kami....
terima kasih kerana membantu...
kalau tak, beg pakaian yg aku rampas tu akan mempercapatkan pemergian dia,
terima kasih kerana bersama- sama melindungi beg itu,

tapi, dugaan datang bukan sekali...
mana mungkin seorg dua permpuan melawan seorg lelaki berbadan besar untuk mengembalikan beg itu...
aku tak mampu bila dia mengeluarkan kata2 itu pada aku...

"kau tak lepas aku sepak kau, lepas sekarang!"
"tolonglah bang, akak, saya merayu jgn ambil kawan saya"
"ouh, baru sekarang kau merayu, tadi taknak merayu pulak, bila dah pergi baru nak merayu, kawan apa mcm ni, dahlah, dah terlambat dah.. lepas jelah"
"akak, tolonglah kak, saya merayu"
"aku kata lepas, kalau tak sorang2 aku sepak nanti!"

aku tak berdaya, bila aku terpaksa melepaskan beg itu, dan ditenangkan oleh sahabat2 aku yg lain...
mujur waktu tu semua membuat karenah sndri, dan suasana menjadi hingar bingar... 
kau sendiri boleh fikirkan apa perasaan kiteorg...

dan ketika itu, pertama kali aku melihat lelaki2 disekeliling menangis semahu mahunya,
sehingga membuatkan ada fasi2 yg turut mengalirkan air mata...
walaupun projek pertama mereka menguruskan camp ini,
tetapi lakonan mereka sangat berhasil...

apabila ada yg berjaya mencari jalan keluar dari dewan itu, 
semuanya mencari sahabat2 kami yg tlah di bawa pergi...
walaupun sia2 sahaja kami berlari2 dgn baju kurung kami, dan menjerit- jerit memanggil nama mereka di merata tempat... memanjat anak tangga ke setiap blok...

NO RESPON...

mereka telah di bawa pergi...
apabila hampir beberapa minit kami semua mencari, 
ternampak sekujur badan diserbu oleh beberapa org...
berpelukan menangis...
itu dia org yg aku cari...
sehingga kasut yg aku pakai ini terkoyak dek berlari2 mencarinya...
kata2 maaf diucapkan...
melihat dia menangis...
hati semakin terguris...
semakin ramai yg berkumpul mendekatinya... memeluknya...
aku ditolak ketepi...
takpe... aku faham.. aku tak kisah...
semua sdg sedih dan ingin memohon maaf kepadanya....

dan malam itu,
kami sedar...
erti sebuah persahabatan...
yg dilakonkan oleh abang2 dan kakak2 INTEC...
tahniah, kerana berjaya menjayakan malam itu...
:')

#Tahniah kepada kumpulan NARUTO :)
mendapat KUMPULAH TERBAIK pada sesi penutupan Camp Brother & Sister Hood...
kumpulan NARUTO yg sopan dan tak pernah lawan fasi....^^ bendera tak rosak beb...;)

#kenangan jugak bila kiteorg terpaksa duduk 8 org dlm satu blok kosong yg sudah lama ditinggalkan... 1 bilik 4 org... 2 bilik saja yg dibuka untuk blok itu.. blok lain semua penuh dgn org.. dan kiteorg tlah menjadikan 2 bilik yg diberi menjadi 1 blik sahaja, lagi 4 org tu dah sumbat bilik kiteorg sbb takut XD, seram sgt bilik tu... 

#lagi kenangan bila kiteorg terpaksa pergi blok lain untuk mandi sbb dua2 tndas setiap bilik kiteorg tersumbat.. air bertakung dlm tndas... cobaan... pagi2 buta bangun nak pergi mandi kat tndas dieorg...

semuanya memang aku tak boleh lupa untuk tahun ni...
tahun depan dah takde dah benda2 mcm ni...
baik aku nikmati dulu saat2 aku kat sekolah akhir tahun ni.. :')

beliau inilah yang aku jerit2 panggil nama dia, naik satu dua blok dgn baju kurung, sampai tepi kasut crocs aku tercabut.... pastu aku nak buanglah line tepi kasut aku yg cabut tu dlam tong sampah kan, pastu ada fasi lelaki ni nampak aku bukak tong sampah tu, then dia ckp 

"haha, cari kawan dlam tong sampah ke? lawak gila..."

gila apa aku nak cari Syida dlam tong sampah... bnyk2 tmpat dlm tong sampah jugak ke kena cari.. aku pun waras lagilah, takdelah sedih sgt sampai nak cari Syida dlm tong sampah.. rasa nak melalak je dpan muka org yg ckp mcm tu...

time tu hati je boleh balas apa yg dia ckp,
"kau fikir aku ni bodoh sgt ke nak cari kwan aku dlm tu, aku nak buang sampahlah!"

tapi tahan jelah... 
nasib tak nampak fasi mana yg ckp mcm tu sbb aku dah pergi lari awal2 lepas tutup tong sampah yg kononnya menjadi tempat persembunyian Syida tu... haha...
Syida pun taknaklah nyorok dlam tu, better dia pergi balik rumah drpd nyorok dlm tong sampah yg harum semerbak tu...


beliau ini pula telah bersubahat dgn aku nyorokkan beg Syida celah2 org ramai, haha... padahal kena tarik jugak oleh si abg berbadan besar itu.... sape tak cuak tuuu... beliau ini juga telah tersalah masuk bilik semasa semua sibuk mencari teman yang hilang, dia pergi masuk bilik tv buat apa... bukak2 je bilik tu terus jerit nama Syida, bayangkan apa reaksi lelaki2 INTEC yg tgh syok tgok MU lawan Liverpool *rasanya..* terkejut beruk mereka.. baru nak jerit GOL dulu dah ada org jerit SYIDA... agaknya Rafidah nak jerit gol, tp terjerit nama Syida... hahaah... habis Syida masuk gol.. hahaha.... Rafidah rafidah...
-___-

lastly for this long long long long long long post :)

-HARGAILAH RAKAN ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA-
janganlah bila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menghargai setiap apa yang mereka telah lakukan untuk kita
:)

Sekian, terima kasih :)

Monday, February 6, 2012



"Jujur aku ckap,
aku rindu kawan2 aku, 
agaknya bilalah kita boleh jumpa lagi??"



Sekian, terima kasih :)

jemputan perkahwinan

Assalamualaikum :)

title...
hmmm, masalah aku dlm karangan paling susah nak buat tajuk, dan pendahuluan...

tadi pergi org kahwin kat bangi...
pergi org kahwin ea, bukan pergi kahwin ;)

maklumlah, baru je belajar PSI tajuk PERKAHWINAN... semua senyum2 je time belajar, ustazah mcm faham je.... terbaiklah Ustazah Sa'adiah, sayang ustazah... haha.. aku pulak asyik nak gelak je tgok diaorg dlm keadaan serius tak serius, senyum tak senyum tp nk cover... buat muka cool mcm tkde benda pun ada, yg ngantuk pun ada, tak lain tak bukan Izzah, mcm manalah dia boleh mengantuk,
bukan dia ke yg suka sgt, haha... XD

PSI paling aku suka, tp than jelah rasa kecewa sbb nak dpt A- lagi 2, 3 mrkh je, dpt A- pun kira ok lah...
doakan aku...

pergi org kahwin td, ada budak sekolah menengah main kompang,
aku fikir, kalau dia jemput budak skolah aku lagi gempak kot,
aku main pun boleh,,
dah belajar dah dgn diaorg main kompang hari tu..
terima kasih ye budak kompang...
padahal tak jadi pun buat persembahan guna kompang.. sia sia je...

#ceng ceng ^^


dunia ni tak sangka pulak kecil,
boleh pulak jumpa Hanis- 5 Umar tu,
well you know me, aku pura2 tak nmpk je,
tak kan nak tegur tnya dia skolah mana pulak,
kalau power spek aku tak bertambah maknanyalah betullah tu dia...
takut pelanduk dua serupa pulak,

*doakan apa yg aku nak jadi suatu hari nanti akan menjadi kenyataan...
kalau permintaan aku dikabulkan, aku belanja semua kawan yg jumpa aku dewasa kelak ;)
yg cari aku jelah...
Sekian, terima kasih :)

Saturday, February 4, 2012

Westlife


dari kecil lagi dah dgr lagu ni,
dan dari kecil lagi aku main taram je sebut perkataan2 dia...
Example:
lagu 'If I Let You Go'

perhatikan liriknya...

"but if I let you go...."

tapi dulu2 aku sebut...
"balek balek to go"

(-__________-")
??????????

nak balik pergi mana pun aku tak tahu...




aku rasa lagu2 Westlife ni dah mcm makin pupus,
lagu Barat sekarang...
bukan boleh percaya sgt,
ntah apa maksud di sebaliknya,
sampai kena tgok lirik dulu sebelum nyanyi lagu tu...
Westlife jugak yg tenang sikit...
sekarang ni One Direction pulak famous,
mcm adik beradik Westlife lah ni...



Sekian, terima kasih :)

cerita kahwin punya pasal, muka tahan malu...

Assalamualaikum...

well HELLO there...

apa korang rasa kalau masa tu korang tgh story cerita lawak dgn seorg sahabat korang tu...
then korang pun try buat gaya sekali sbb maklumlah, benda tu lawak sgt...
then, dah penat korang gelak sampai dah mcm badan kena kejutan elektrik tiba2 korang pusing belakang,
org yg korang respect sgt2 kat asrama tu dah perhatikan korang dri awal...

this thing happened to me...
and RAFIDAH...

kami sdang bergelak ketawa di dewan aspura sementara menunggu kehadiran Tuan Haji memberi taklimat asrama, gara- gara cerita saudara Rafidah menggeletar tgn nak sarungkan cincin kpd isterinya dan berpeluh- peluh akibat tidak pernah bersentuhan dgn perempuan...

try to imagine.... XD

and try to act like her cousin...
funny right??

dan kami pun mcm org gila tukar2 turn jadi pengantin perempuan dan pengantin lelaki...
sarung2 cincin to each other...
dgn berpura2 mengelap peluh lelaki itu...

dan bila Rafidah memusingkan kepalanya ke belakang semasa sedang mengadakan parti gelak ketawa yg dihadiri oleh dua org sahaja,


bagaikan tidak percaya,
Ustazah Khadijah sudah memerhatikan kami....
-_________________-"


bagai terjojol biji mata....

respon apa yg korang nak tunjukkan??
adakah membuat (^^y) kepada ustazah..
atau sambung bergelak ketawa agar ustazah pun turut ketawa....
atau membuat muka sedih tanda korang bersedih dgn lakonan yg baru saja korang lakonkan td,

Ya Allah, masa tu hanya tuhan saja yg tahu perasaan kami berdua....
siapa tak malu...
dah lah muda lagi...

#ecececehhh....

lepastu berlakon gaya nak sarung cincin pulak tu,
mestilah ustazah fikir

"apalah anak2 aku ni gatal sgt nak kahwin"

dan selepas itu, kami bermain pukul2 pulak sbb nak cover rasa malu....

#nak cover rasa malu??? macam itu ka??

dan mulalah tergelak2 sendirian...
sambil berbalas-balas pandangan...
semuanya Rafidah punya salah....
siapa sruh dia cerita benda2 lawak masa waktu mcm tu,
hahaha...
pida pida....
dah mcm mesin geli hati je.... :D


:)


Sekian, terima kasih :)

Thank You :)

TERIMA KASIH daun keladi kepada :


Kak Long saya dan Abang Long saya kerana dah belanja 2 tshirt canteeekkkkk punya semalam...
hadiah birthday ke Kak Long??
#)
punyalah susah saya nak cari 1 tshirt terbaik + murah,
kak long suruh cari lagi sehelai....
takpe takpe, nanti saya pulak belanja kak long dgn abang long...
belanja makan kat kenduri kahwin saya nanti yeh.... ;)
hahaha....

#semoga berbahagia hingga akhir hayat :)



Sekian, terima kasih :)

Friday, February 3, 2012

I'm back :)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat sampai rumah pkul 6.15 ptg,
punyalah ingtkan tak balik, boleh study2 sikit kat asrama tu,

#ecececehhh....

rupanya aku lupa org india nak sambut thaipusam,
#)

hey, Maulidur Rasul aku ingt lah :)
cuma ingtkan cuti kat asrama saja...
baru je dpt cuti seminggu, dah dpt cuti lagi, mengeluh org DM masa mkn tghari tdi :)
maklumlah, diaorg suka bagi kiteorg makan....
tulah dah naik berapa kilo dah ni,
pipi ni dah boleh dilapah bagai kulit lembu masa hari raya aldiladha dah...
tambah muka yg semakin hari semakin PUTIH ni walaupun dalam masa satu hari je dkat tmpat lapang tanpa bumbung belakang blok D aspuri tu...
semakin lama disana semakin putih lah aku disini....
semua pakat jelous nak tegur2...
tu belum tambah mengejar2 pingat di tepi jalan raya lagi...
ntah boleh kejar ke tak tahun ni tak tahulah...
jgn terkejut kalau muka aku macam tepung gomak nnti,
pengsan pulak kawan2 aku yg dah berhijrah ke tmpat lain tu bila tgok aku,
dahlah pressure belajar, tambah bila tgok aku, mcm tgok hantu, trus trauma tak boleh SPM..
XD

itulah, kalau dah kulit sensitif...
mmg cepat merajuk...
susah pulak tu nak pujuk balik...
kena tunggu dia redalah...

doakanlah agar aku dapat melalui liku2 kehidupan untuk tahun ni yang agaknya dah semakin meningkat peratus kesibukannya...
tak tahulah meningkat berapa peratus...
unknown%

masa pun mcm makin lama makin pendek bagi aku tahun ni,
pukul 1.00 pagi rasa mcm baru lagi untuk aku tidur....
baru dpt rasa apa yg senior rasa, mmg patut diaorg marah2 kiteorg dulu2, aku faham perasaan dieorg...


Sekian, terima kasih :)