Hai awak :)

Monday, December 23, 2013

Selamat tinggal che...


10.45 p.m. - 19/12/2013 (khamis malam jumaat)

Seorang hamba Allah telah pergi mengahadap Ilahi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah sekali lagi. Buat pertama kalinya aku memberanikan diri melihat che dimandikan, di kafankan. Dan buat pertama kalinya, aku mengucup dahi che. Sejuk. Ada kelihatan peluh2 di dahinya. Alhamdulillah.

Ma cerita kat orang, cara pemergiannya baik sekali. Alhamdulillah. Semoga aku pergi dalam keadaan Islam yang baik nanti.

Jumaat, 20/12/2013. Jam 8.30 pagi. Abah menjemput aku di kolej. Suasana dalam kereta diam. Aku tak berani nak tanya apa2. Saat che hendak dimandikan. Aku berdiri di tepi sambil melihat. Keadaan aku tak berapa nak baik lagi. Selsema. Demam baru nak baik. Berdiri lama tgok che dimandikan, dikafankan. Bau kapur barus sangat kuat. Walaupun permpuan sama perempuan yang mandikan che, tetapi aurat tetap dijaga.

Aku hampir pengsan. Pening dengan bau yang kuat. Ada sorang sedara aku dah pengsan. Hmmm... Aku duduk dalam surau. Ma datang. Bagi air, bagi pisang. Ramai yang sponsor makanan. Alhamdulillah. Hari yang baik.

Masa dikebumikan, aku tak nampak jenazah che dimasukkan ke dalam liang lahad. Sampai2 je, diaorg dah timbus balik dengan tanah. Kami lambat. Jalan jem. Hujan renyai2. Nasib baik bawak balik payung kolej. Payung yang abah bawak cukup2 je. Kalau aku tak bawak, mandi hujan, lagi demam. Aku nak tabur bunga mawar atas kubur che. Tapi ma tak bagi, lecak. Tanah licin. Takut aku jatuh. Doa dibaca. Bersama iringan hujan. Jumaat. Hari yang penuh barakah. Hujan....

Semoga tenang di sana che. Selamat tinggal. Kekallah che di alam sana.
Al- Fatihah.




Sekian, terima kasih :)

Saturday, November 30, 2013


Seminggu masuk sem 2, hati masih lagi gentar menunggu keputusan sem 1. Sama ada lepas atau tak. Aku dah mula sayang kms. Hati aku dah kat sana. Walau baru beberapa bulan, tp aku rasa aku mcm dah lama kenal diaorg. Aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa tinggalkan tempat tu. Aku taknak rasa perpisahan lagi.

Cinta. Sahabatku, jangan mudah bermain dgn perasaan. Tetapkan hatimu. Jangan mudah membiarkan banyak kapal berlabuh di hatimu.
Sekian, terima kasih :)

Tuesday, November 12, 2013

AP1-T2-17


before

after

night before go back home, done packed and clean everything, after finished my chemist paper which means finished our sem 1, tak tahu boleh jumpa lagi ke tak tempat ni sampai bulan 4 nanti, btw, tertinggal buku muet tu ha TT.TT tersergam indah kat atas rak tu, sabtu lepas balik kms ada muet writting, baru smgt nak tgok buku apa semua U.U


tak tahu apa function sebenar kumpul tin2 ni, asya buat main boling, last2 buang jugak, 
#nescafe, milo, oligo



Sekian, terima kasih :)

Saturday, November 9, 2013

rant on lagu


Ramai orang tnya, kenapa aku suka dgr lagu korea, tehehehe... meh aku nak kabo,
bagi aku kan, lagu melayu ni bukan tak sedap, sedap tu ada je yg sedap, tp kadang2 aku rasa kelakar dgr seni kata dia yang kdg2 tu macam tah pape je, dan kelakar bagi aku sampai tergelak- gelak dgrnya, tp, kdg2 tu aq terenjoy plak dgr senikata yang lawak2 tu, bukan aku nak merendahkan martabat lagu melayu sekarang ni, nahh, lagu korea pun bila aku tgok senikata dia, kelakar jgk, lagi2 kalau kite translate ke dalam bahasa malaysia, lagi kelakar. Tapi, disebabkan tk paham bahasa dia time kite dgr lagu tu, aku tk fikir sgt dah lirik dia, aku just dgr melodi je, kadang2 tu, bila lagu melayu, kite faham maksud dia, kite ter'lagho' dgr senikata dia, lagi2 yg cinta2, jd untuk elakkan aku terjatuh dlm lagu2 tu, aku pilih lagu yg aku tk paham mksud dia, dan kdg2 tu, ada lirik yg aku rasa mcm tak sesuai dgn kita, remaja maksudnya, yg bukan halal lagi, ada je, yg dah melebih- lebih sgt tu, faham2lah, ya, aku pun dgr, sekadar dgr...

Tapikan, bagi akulah kan, lagu korea ni lebih bnyk ballad, atau bhasa melayunya balada.. haha, mentang2 rumah jalan balada, aku enjoy lagu ballad, lembut je melodi dia, tklah mcm huhahuha sgt. Admitlah, ada je lagu rancak2 yg aku minat, aku pun tk tahu knp, sbb sedaplah, tp tkdelah yang menyakitkan otak sgt bila dgr, sedang2 lah...

Lagi satu, bila aku dgr lagu, mesti aku khusyuk gila, contohnya, dalam kereta, sebabkan abah jarang bukak era, hot fm dan sebagainya, katanya lagu menyakitkan mental, dgn menjeritnya, gelenyanya, og ganu tahulah gelenya tu apa, baik bukak ikim.fm, jadi, kdg2 je bkk era, hot fm ni, aku mesti akan dgr senikata tu betul2, di samping dgr vocal dia, wahhh, gitu skali, mcm juri bintang kecil, akademi fantasia plk, dgr suara dia betul2, baru aku boleh cmmnt lagu tu bila dah habis, ingat matluthfi je ke boleh cmmnt lagu2 malaysia, aku pun boleh...

Dipetik daripada kata2 abah,

"Lagu sekarang ni mcm dah takde motif, lirik pelik2, tak mndlm, mcm tu abah pun boleh reka sesuka hati je, baik lagu klasik fm, dia unik skit, nampaklah seninya, "

-,-

okay ada yg aku menambah sendri, hahaha

tp mcm tu lah ckp abah, tu yg kdg2 aku boleh tahu lagu zaman berapa puluh an tu, sbb balik2 masuk kereta dgr lagu lama2, bak kata ma...

"kak, lagu nak tidur kak..."

hahaha, mmg pun, kdg2 aku dgr aku menguap, tp nak buat mcm mana, dah itu yg abah suka, trpksalah dgr je...

kdg2, org marah aku dgr lagu korea, kata aku fanatik korealah, haillaaa~ mai sini aku nak kabo lagi, dulu aku ni, boleh kata fanatik korealah, since form2, siapa tah perkenalkan kat aku kumpulan super junior tu, startnya kat asramalah, haha, tp makin lama, makin dewasa, aku dah kurang dah, dulu semua benda aku layan, makin lama aku just layan lagu je, ada masa layan drama, percaya tak percaya, aku baru tgok runningman sampai ep13 je, org yg tak berapa nak fan korea dah nak habis dah tgok, dah beratus-ratus dah... seee~~ wahahaha... okaylah, at least aku dah tak 24 jam tgok korea mcm dulu, nampak perubahan, walaupun sikit, sikit2 lama2 jadi bukit..

jadi, aku nak ckplah kan, lagu melayu ni, memang sgt kurang dlm mp3 aku, haha,

*act, bukan ni yang nak ckp -,-

bukanlah, mgkin salah satu faktornya, sbb aku jarang dgr radio, kalau dgr pagi2 atau mlm2, mesti tertidur, dan lagu yg diputarkan semua sama, kalau lagu bi, mmg aku dah tukar siaranlah, lagi2 lagu yang menjerit sana, melalak sini, mcm aku duduk jauh seribu batu je, lagu bi pun, certain je dgr, majornya lagu kumpulan blues, apa lagi ha, tk ingt, bruno, tp sejak aku tahu ada satu lagu dia yang mcm tah pape tu kan, yg kaitkn xde agama tu lah, terus dah stop dgr lagu dia, yg dah tersave tu biarkan je lah, lagu bi ni pun satu, buat aku takut nak dgr, kalau nak download, mesti tgok lirik dia kat youtube dulu, bukan lagu bi je, lagu korea pun adik2 sekalian, tgok dulu kat youtube, cari lirik dlm bi, tgok mksud dia, kalau okay, downloadlah, tehehehe... kdg2 malu nak bagi org dgr mp3 sbb majoriti lagu korea, nanti kalau ada org tknk dgr, rasa kechiwa plk, haha, takdalahh... mmg kalau org mntk nak dgr pun, akan warning dia awal2 yg bnyk lagu korea, haha, act, lagu diaorg bnyk yg sesuai dgn jhiwa, haha, lembut je, soft, tenang, melodi dia, sedap.. suara pun boleh tahan sedap, diaorg akan ajar penyanyi2 diaorg betul2, vocal, dan sebagainyalah, tp yg aku tahu, korea ni ada sekolah music dia sndri, kena ajar betul2 nak jadi pnyanyi, ada kelas dia,

*ni semua sbb tgok dream high, drama korea, pasal musical school, tehehe ^^

mmg pun, ada syarikat yg taja diaorg, biar bljar vocal tinggi2, music, tu yg diaorg sungguh2 nak jadi penyanyi tu, mcm tmpat kita, dia pilih2 je, sape sdap ambil, maaf kalau apa yang saya ckp ni salah, tp tu lah drpd pemerhatian aku, baru tgok bintang kecil td satu family, Ya Allah, ramainya ibubapa yg tk kisah anak2 gelenya atas pentas,

nak lagi bagus, nahh, ambil nasyid, zikir2, bacaan surah, lagi tenang ^^

satu fact pasal korea, plastic surgery murah dan berleluasa -,-
muka depa fake2 belaka, berapa ramai je artist yg pure punya cantik, hampir majoriti buat surgery, fake fake, haha, fake fake pun aku layan jgk, dah habis tgok barulah nak ckp,

"elehhh, fake je diaorg, nenek aku lagi cantiklah, tk payah bedah bedah punn, bedak sejuk je setiap mlm~~~ (~.~)"



Sekian, terima kasih :)

Friday, November 8, 2013


Cuti ni dah 2 kali mimpi result teruk...
All is well
^^

Sekian, terima kasih :)

Wednesday, November 6, 2013

:')


Aku terbuka satu blog ni, tak tahu kenapa tergerak hati nak bukak, yang dulunya hampir setiap hari aq baca, walaupun perkataan perkataan yang sama, yang langsung tak membuatkan aku bosan, yang dulunya aku terfikir mungkin penulisnya sudah tidak aktif lg, yg mungkin terlupa password atau sebagainya... hari ini, bnyak yg baru aku tahu... terima kasih...
Sekian, terima kasih :)

Sunday, November 3, 2013

Hari Ini....


pulang dari kem,
sesudah menjamu tetamu yang sudi membantu...
deras turun manik2 kecil...
hari ini...
bersaksikan ruang tamu yg indah...
egoku seperti tidak ternilai lagi...
dan membiarkan saja mereka melihat mutiara2 yang jatuh daripada sepasang mata...
akhirnya, segalanya telah kuluahkan,
dgn disaksikan oleh tiga pasang mata...
apa lagi yang boleh kulakukan...
perkara itu masih lagi dalam ingatan...
kesannya terlalu dalam...
hari ini...
perkara ini...
akhirnya aku kalah jua...
dalam menjaga perasaan sendiri...




Sekian, terima kasih :)

Thursday, October 31, 2013


semuanya hancur begitu saja...
worst...
apa yang aku belajar semua hilang mcm tu je dek tekanan yang sgt tinggi pagi tu...
hilang macam tu je...
knp mesti ada perasaan mcm tu...
sia- sia...



Sekian, terima kasih :)

Monday, October 14, 2013

Heart...


Assalamualaikum :)

Dah lama dah agknya tak bukak blog ni, nasib baik ingt password lagi, bolehlahh~
Bnyak sangat benda yang nak diluahkan..
Tapi entahlah, tak tahu kenapa tak terluah... Selalunya dulu2, luahkan je. Tapi sejak dua menjak ni aku bnyk pendam. Biarlah, masalah aku. Orang lain tak payah tahu... Aku dah besar.. Memang ada je yang kerap tanya. Just avoid it. Aku tak terasa nak cerita. Mungkin bila dah tak tahan sgt. Segala2nya keluar. Aku tak mcm ni. Aku tak pernah berahsia dgn family. Tapi, entah... Rasa pelik sikit tahun ni. Sbb dah besar kott, bnyak mendiamkan diri.

Keputusan mid sem. Tak seberapa bagus. Tak bagus pun sebenarnya. haha.. Tu yang malu nak cerita, even kat mak ayah sendiri pun, haha, mcm tak pernah belajar lgsg pun ada. Yelah, tk ulangkaji masa cuti raya tu. Mood memang tumpu perhatian pada raya je dulu. Hahah.. nah panahannya... tak tahu apa akan jadi pada aku sbnrnya. Kdg tu, bila susah, kita akan terus teringt org yg kita syg, dan dlm masa tu jugak, kita rasa nak sgt berhubung dgn dia. Tp nanti, ada org lain yg dtg. Kenapa org lain dtg? Masa tu lah, rasa rindu sgt. Walaupun mungkin dlm angan2 je. Bukan realiti pun. Masa tu, rasa tknk dgn org lain. Tapi.... Sedih tu, bukan sbb masalah lagi dah, tp sbb hajat tak kesampaian.... Btw, kena selalu senyum :)

Haritu, bantu classmate :) Rasa seronok dpt bantu org. Lagi2 mmg betul2 tgh susah tu. Rasa bersalah tu pun ada. Tapi alhamdulillah, Allah ni Maha Penyayang. Dia mmg akan bantu. Walaupun mungkin lambat. Sbb Allah nak uji dulu.

#Kadang2 tu, aku rasa aku dah give up sgt, tak boleh teruskan lagi, then aku terfikir, kenapa aku masih memijak realiti ini??

-NI-
Sekian, terima kasih :)

Sunday, August 11, 2013

Salam Lebaran :)


Selamat Hari Raya,
Mungkin sudah 4 hari raya berlalu,
Tapi masih belum terlambat kan?? :)
Raya tahun ni tak macam tahun tahun lepas...
Walaupun tahun lepas pun aku tetap berhadapan dgn SPM,
Still, aku boleh enjoy..
Ntah kenapa tahun ni rasa lain sikit, yeah, semua dah besar panjang, perangai dah matang, walaupun taklah mcm matang sangat XD Biasanya, akulah tukang pasang pelita, masukkan minyak tanah dalam pelita, nyalakan api, letak kat pagar pelita2 tu,  basuh tgn dgn mcm2 jenis sabun pun bau minyak tanah tetap tak hilang2... Main bunga api dgn budak2 tu sekali, tp tahun ni, malam raya tu je lah pasang pelita. Itupun disuruh.

Tahun ni, hmm.. tak malu untuk ckp yang first time aku pergi solat raya. Kalau sebelum2 ni, pagi2 raya, aku tolong masukkan kuih2 dalam bekas, tp tahun ni, langsung tak buat. Memang hasrat tahun ni nak solat raya. Nak rasa mcm mana solat raya. Dulu belajar kat sekolah agama solat sunat aidilfitri, tp bila dah besar ni dah lupa. Nasib baik tok imam tu bagi penerangan dulu sebelum solat tu.

Kelainan raya juga dirasai, bila first time aku pergi kubur Ayoh. Itu ayah kepada mak aku. Tak lama pun aku duduk dgn dia. Umur aku berapa tah, dia dah tinggalkan kami. Yang aku tahu tentang dia, wajahnya dan dia mengajar mengaji sahaja. Itu sahaja. Masa dia meninggal pun, ma tak kasi masuk bilik dia walaupun aku berkeras nak masuk tgok apa yg jadi. Apa yang aku ingat, ma menyorok di sebalik hujung rumah, menangis sambil melihat ayahnya dibawa pergi waktu jenazah ayoh dibawa ke kubur. Ma langsung tak pergi kubur ayoh. Yelah, tak elok nangis dpan kubur. Sengsara yg didalam tu. Dan tahun ni, memang aku berazam nak pergi kubur ayoh. Recite Yassin. That's the first time, aku baca yassin dpan kubur orang. Pagi raya tu, abah kata,

"Pergi kubur tu boleh mengingatkan kita kepada mati, dan sebijak- bijak manusia kat atas muka bumi ni adalah orang yang mengingati mati..."

Walaupun aku tak kenal sgt arwah ayoh, tapi dpan kubur dia, aku rasa nak menangis sbb aku tak dapat rasa betul2 adanya atuk ni. Arwah atuk belah abah pulak, meninggal masa aku form 2. Masa tu exam. Dan aku tak ambil exam math sbb panggilan kecemasan. Bila habis sekolah, call ma tnya berita tentang kibak. Oh, itu panggilan untuk atuk aku belah ayah. Terengganu kan. Variety sikit panggilan dia. Ma ckp kibak dah meninggal. Nanti ma akan dtg pick up aku. Naik2 dorm, aku sedih. Semua pandang. Tutup muka dgn bantal. Mereka dah terlalu tua. Masing2 diam saja bila aku balik kampung beraya pun. Takde apa yang nak diperkatakan. Mungkin tu sbb aku tak rasa. Tgok abah steady je. Setitik air mata pun tak mengalir. Aku pun nak jadi kuat mcm tu jgk. Time kita nak cuba hargai seseorang tu lah, org tu plak pergi...

Azam tahun ni nak full solat terawih. Tolaklah yang Allah tak bagi tu. Tp still tak boleh jgk. Solat terawih tinggal jgk 2 hari. Sbb letih baru sampai kampung, dgn berbuka rumah saudara. Memang rasa sedih jgklah. Tp takpe, panjang umur jumpa lagi ramadhan akan datang :)

Sekian, terima kasih :)

Thursday, July 25, 2013

Nut


Mereka panggil saya kacang sebab nama saya Nadiah...
Kalau nak buat rumus physics...

Nadiah = Nad
Nad = Nut
Nut = Kacang

Maka bila mereka ingin mengatakan bahawa topic yg kononnya senang tu~

"Nad je topic ni...~~"

Sekian, terima kasih :)

Saturday, July 6, 2013

Hai nasi goreng~


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih lagi hidup di muka bumi Allah ni, fuh fuh fuh~~ dan masih bernafas lagi di KMS ni :D
Hari hari yang dilalui nampaknya semakin menarik :) Semakin gembira, dan semakin UHU senyuman di wajah :) Dah kenal ramai orang melalui Assaf :) Masuk pulak Lajnah Ekonomi. Ingatkan kira2 duit je. Rupa2nya kena jual kerepek dri satu bilik ke satu bilik jugak~ hahaha...

Betullah, orang kata makin kita ke dunia luar, makin kita jumpa kerenah2, gelagat2 org dari pelusuk negeri.  Makin kenal adab2 org dri tempat lain. Baru tahu perangai macam tu pun ada jugak~ Ukhuwah dgn roomate and classmate pun dah bertambah rapat. Ada pulak yg dah dpt buah hati dah kat sini. Exspress kau jah~ Susah jugak nak nasihat orang ni. Diri sndiri pun tk betul lg. Bila ditanya pendapat mcm ni, tak tahu nk jwb apa. Kalimah "hati- hati dan jaga maruah sebagai perempuan" je hnya mampu dilafazkan. Bila ditanya,

"Nadiah takda boyfriend ka??"

Tu dia semburannnya. Sudah... 

Semalam baru je jamuan T2-17. Order Domino's Pizza. 1 set punya. Ada 3 kotak regular pizza. Tambah mknn2 yg lain lagi. Pergghhh! Gempak gila semalam. Roomate sanggup tunggu aku habis perjumpaan lajnah ekonomi lagi tu. Dapat pizza pkul 8 lebih. Then telefon dah bising dgn mcj2 baru, suruh lari sekejap drpd perjumpaan. Kebulur dah diaorg.  Suruh makan dulu tknk pulak, nak tunggulah, tk seronok Nadiah tkdelah, kekeke~ terharuu denn~ Bagilah alasan kwn panggil masuk bilik. Ada emergency kjap. Emergency sbb perut lapar. Kehkehkeh. Perut pulak mmg dah berbunyi. Lagi2 bila tgh bungkus kerepek time perjumpaan tu. Lagi tmbh lapar. Kecur air liur. Kalau boleh nak cilok satu dua kerepek time tgh bungkus tu. Tapi bila fikir ada kat dalam surau, terus tk jadi. Wakaka. So, siapa nak kerepek, order je, singgit satu. Mana2 yg duduk jauh tu nanti bank in singgit dlm akaun saya ya~ hahaha XD

Semalam aku beranikan diri, berjaga sepanjang malam. Tak tidur langsung. Lab report phy tak siap lagi. Pre lab physics. Assignment chemistry. Point Speaking for MUET. Semuanya kena hantar hari jumaat. Terima kasih banyak2 kepada Suhaila yg sanggup berjaga sehingga 2.30 pagi semata- mata nak tolong aku buat report phy. Dialah yang bnyk tolong ubah bacaan graph drpd buruk, jadi cantik. Then graph kedua pulak, kena tukar reading sbb bila sketch graph, bentuk mcm2 jd. Terpaksalah reka reading sendiri. Suka hati je tukar2. Terima kasih sangat. Nasib baik bilik atas ni je. Turun bilik tu, perasaan takut, gementar semua ada. Mujur tak lari2. Act, KMS ada kes org masuk. Kat sini tkde pagar2 kat tangga mcm kat 18 dulu.

Baru beberapa hari lepas, blok polaris kena. Dgr khabar, kena pukau. Ceritanya, beberapa hari lepas, dlm pukul 4.30-5 pagi, aras 1 blok polaris blackout. Masa tu pulak org tk bangun lagi. Nyenyak lagi. Dan masa blackout tulah, khabarnya ada org masuk or panjat masuk tingkap ke tak tahulah mcm mana. S3, S4, laptop semua barang2 berharga hilang walaupun letak bawah bantal, sebelah bantal, dalam loker. Org yg sensitif panas dan bunyi pun tk sedar ada org masuk. And ada jugak yg kena pukau time bukak pintu bila ada org ketuk malam2. Orang tu mintak barang, then dia bagi je. Risau jugak. Aku pulak jenis suka buat kerja sorg2 malam2. Bila dah berjaga malam tu, takut pulak. Baca al-mulk, ayat kursi. Baru tenang. Tak boleh bla bila masa tu lah dok teringat cerita hantu kat kms ni. Aduuiii, sabar je lah... Tulah, pencuri pun ikut inspirasi blackout yg femes tahun ni tu. Hahaha...

Balik drpd kelas jumaat tu, mkn tghri, naik bilik terus peluk katil. Kebaboom atas katil sampai pkul 5.30. Zohor lmbt, perhimpunan pelajar tk pergi. Roomate suruh sambung tidur. Tak pyah pergi perhimpunan pelajar. Hahaha, otai gila roomate aku. Kejut2 pkul 2, pesan jgn lupa solat zohor, then suruh sambung tidur,
Aku yg nk terkejut pun jadi tk terkejut sbb mamai sgt. Asalnya nak sgt pergi, nk tgok siapa menang pilihanraya tu. Campur takut nk tinggal kat bilik sorg2. Kan kena pukau ke apa ke. Tp bila dgr diaorg membebel kat aku panjang sgt, terus mata terlelap sndiri. wehehehe~

Malam kelmarin terdetik nak basuh baju malam. Selalunya basuh petang. Then tiba2 nampak charlie~~Takut gila sampai lari2 masuk bilik. Bunyi selipar bising gila sbb lari2. Malam tu saja dah nmpk 4 ekor charlie. Dalam bilik pun tiba2 ada. Eeeeiii... ~ takutnya. Tak boleh tahan bila time mndi pun nmpk dia landing cantik je kat dinding. Bahaya kalau charlie ni sengaat. Boleh jadi bintik2 berair mcm demam campak tu. Tp ni lg sakit.. Wuuuussshhhh~ Kat sini bnyk sgt charlie, lagi2 kalau time hujan atau sejuk2, T.T

Tadi ada pameran kerjaya dan kesihatan. Siapa pergi dpt markah koko. Nak sgt markah, pergi jelah walaupun bnyk assignment. Anjuran MSU. Teringat pulak kat abang. Apalah dia tgh buat skrg.........



UUuuUU... first time check darah~~ 

Perbentangan manifesto Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)


kalau tak bnyk charlie kat sini, bnyk benda ni ((~,~))


Roomate; Asya (Kuantan), Aqilah (Kedah), Mimi (Kelantan)
Haritu family Mimi sanggup dtg Selangor sbb nak tgok bola time Kelantan vs Johor tu. Bwk rombongan 4 buah kereta lg tu ~ Ore klate semangat~ :D

*tajuk tkde kena mengena pun dgn isi.. hehehe...*


Sekian, terima kasih :)

Saturday, June 29, 2013

Hey Izzati:)


The IZZATI CUBE of 156 :)
-Izzati Mardhiah-Farah Izzati-Nadiah Izzati-
-Kuantan-Kuala Terengganu-Selangor-
*jerebu~*


Sekian, terima kasih :)

Friday, June 21, 2013


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hampir sebulan dah duduk KMS. Tak tahulah dah sebulan ke belum. Duduk sini tak ingat hari, tarikh pun.

Macam biasalah. Pagi bangun, mandi, siap2. Still, aku org paling last dlm bilik yang akan keluar pergi kelas. Tapi tak bermaksud aku lambat. Sampai je 10 minit sebelum kelas mula. Kelas dah mula bising. Sikit sikit suara org tu org ni keluar. Mentor mentee td, bising jgk. Pun tak tahu kenapa aku pun boleh join angkatan2 yg gelak2 tnpa sbb td.

Baju asrama aku pakai tu. Haha, baju asrama yg ala2 warna bendera selangor tu, baju koko KMS pun warna sama. Merah kuning. Hampir sama. Kalau keluar KMS pakai baju tu pun agaknya pak guard tak sedar. Sepesen je.

Semalam dah melantak maggi secara berjemaah dgn roomate. Kumpul tgh2 bilik, makan. Borak2. Tu yang takde mood nak study tu. Dengan kak ally call lagi. Last2 terus tidur. Lab report pulak mcm buat susahkan hidup je. Sbb lab reportlah, masa yg sepatutnya org lain baca buku bio sbb ada kuiz, aku masih lagi terkulat- kulat tak tahu nak buat pre- lab and lab report bio. Call org tu, call org ni, lab report chemist, phy lg. 2 pg baru tidur. Esoknya time kuliah bio tk dgr lecture kat depan. Bukak buku bio, study. Tp study last minit mana nak masuk. Burn dah markah bio.

Done. Aku tak tahu nak cerita apa lagi dah. Bila cerita benda2 mcm ni. Ingatan kat 18 tu masih lagi kuat. Selalu jugak imbas balik gmbr2 kat 18 dulu. Masuk2 bilik, tgok katil, cadar pink 18. Tgok locker, tshirt 18 cantik digantung. Setiap hari aku akan berhadapan dgn tulisan 18. Lebih2 lagi bila pandang katil sendiri. Dari situ, aku mula bkk gmbr2 kngn kat 18. Rindu. Tipu tak rindu.

Betullah. Kadang2 tu rasa mcm taknak dewasa. Nak duduk sekolah menengah je. Taknak besar2. Mcm Farah ckp, ada betulnya jgk. Tp, siapalah kita nak tetapkan segalanya. Hanya manusia biasa.



Sekian, terima kasih :)

Friday, June 14, 2013

KMS :)


Assalamualaikum :)

Bersua lagi dengan dunia maya. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur.

3 minggu di KMS. Wahh.. 3 minggu rasa mcm baru seminggu orentasi tu je. Cepat betul masa berlalu. Teringat jugak line kena potong sbb call mcj orang bnyk sangat. Terutama call Neb 1 jam 15 minit guna hp. Drpd RM10 tinggal seringgit lebih je. Wah wah....~ dasyatnya kuasa rindu ni. Hak hak hak :D

Roomate alhamdulillah semuanya baik2. Empat2 org dalam bilik modul lain2. Dan semuanya dari negeri yg lain. Complete semua modul dalam bilik T2-17 tu. Dari modul 1 ,2, 3 termasuk akaun semua ada. So macam variety sikitlah. Balik2 bilik dgr budak akaun mengeluh pasal ekonomi. Pot pet sana sini. Then budak modul 2 pulak mengomen pasal physics. Pastu budak modul 3 pulak ckp pasal chemist. Tension sgt sampai menyanyi kuat2. Then disambung pulak oleh org2 yg tahu lagu apa yg dia nyanyi tu. Mmg gila tension kot diaorg. Aku je cool. Hahaha, tp urat saraf dalam kepala semua dah lintang pukang, ada urat yg salah masuk lorong. Ada yang dah terbelit- belit. Ada yang tak jumpa jalan yang benar?????? ?? Campur dengan loghat pekat kedahnya lagi. Dgn kelantannya lagi. Waduhhh, aku jugak yg nak try ikut ni jd huduh bunyinya. Sampai dilempar dgn kata2 yang amat menyayat hati.

"Awat hang cakap huduh sangat~~"

"Kau tak payah sebutlah Nadiah. Buruk beno..."

Haiillaaa~~ Nasib baik ada budak Pahang. Cara ckp ala2 Selangor lah sikit. Tapi ada juga bunyi2 t'ganu tu.

Life mcm biasa. Aku buat mcm kat 18 dulu. Nice. Tenang. Tp nak jadi tak tenang bila aku tgok roomate aku semua siap2 nak pergi class/ kuliah sejam sebelum start. Aku pun jadi kelam kabut tgok diaorg nak cepat2 sgt. Mcm nak nganga jugaklah tgok diaorg pkul 6.45 pg dah kelam kabut pakai baju, tudung semua. Dalam hati,

"Hmm.. diaorg tk pernah duduk asrama, kalau budak asrama, sejam sebelum masuk kelas adalah waktu yg kalau boleh masih lagi lena dalam mimpi"

Tadi baru je roomate tny,

"Nadiah, kelas start pkul berapa??"

"8 lah"

"La~~ awat tak siap lagi?? Awal lagi eh??"

"Haah.. 7.10 baru.."

"Tu dia, rileks gila dia, kalau aku dah tk boleh dah. Aku kena masuk kelas awal kot.."

Then kalau bukan aku yg bangun paling lewat dalam bilik T2-17 tu, siapa lagi yg nak bangun lambat, orentasi dulu aku admitlah, mmg bangun 3.00, 3.30 pg sbb kena kumpul pkul 4.30. Mandi lagi, kena beratur. Tp dah masuk minggu kuliah ni, depa bangun pkul 4, 4.30 pg, then kejut aku, kata nanti rmai, aku tak tahu nak bangun ke sambung tidur balik. Tgok sorang2 duk kejut aku. Sorang2 tgok muka tidur aku -__- Diaorg dah habis mandi, dah sambung tidur balik, aku baru nk bngun pergi tndas. Act, aku tk suka lepas mandi sambung tidur balik. Nanti bila bngun balik, rasa yg mngantuknya ya ampun. Rasa nak pergi mandi balik je.

Nak pergi kuliah, mmg akulah org paling last. Bukan dalam blok lah. Dalam bilik. Yalah, Class pkul 8 pg. 7.45 kena kosongkan blok dah. Minum2 air milo packet tu. 3 in 1. Biskut sikit. 7.30 bertolaklah. Sampai dlm 5-10 minit kalau jalan mcm pengantin. Okaylah. Takdelah pulak masuk kelas lepas lecturer masuk. Estimate masa betul2.

So far so good lah. Mmglah ada je yg tak faham. Laju. Lg2 org yg lambat mcm aku ni. Tp, standard matrikslah. Nak kejar. Setahun je. Tu yg kena study group. Positive je. Walaupun kadang2 aku negative jgk. Alhamdulillah. Ada kawan yg sanggup mgajar. Terima kasih tidak terhingga :) Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda :)

*Dear UIA, kalau aku tak dapat jumpa kau untuk tahun ni, harap kita akan dapat berjumpa tahun hadapan ataupun tahun2 yg akan dtg :) InsyaAllah, Aminn..

dalam ingatan :)

Teman semenangis, setension, segembira, serujukan :D

ini lagi rakan karib ni, setiap hari kena bawak..

Tak dilupakan, salah satu subjek sc yg paling tinggilah kononnya dlm sijil SPM aku -___- turut tidak dilupakan, lecturer kuliah yg suruh buat lagu kiyomi untuk sng hafal topic carbohydrate, yg cerita pasal anak dia tgok oh my english, buat big love untuk kiteorg dpn lecture, dan juga lecturer tutorial yg suka tgok kiteorg kena berdiri kalau tk dpt jwb soalan ataupun tk siap tuto ~ alahai comelnya lecturer2ku sekalian...




Sekian, terima kasih :)

Friday, May 31, 2013

Kolej Matrikulasi Selangor, KMS


Assalamualaikum :)

27 Mei haritu telah selamat mendaftar di Kolej Matrikulasi Selangor KMS :) Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Nampak tak awan mendung tu?? Ya, on the way ke sini, hujan renyai2, masa dalam kereta tu, mmg perasanlah ada certain kereta yg nmpk budak lelaki pakai kemeja lengkap, baju bergantung, perempuan pakai baju kurung. Dah dpt teka dah ni, mesti sama tmpat dia nak tuju ni.

Masa dalam kereta tu, tak tahulah apa perasaan masa tu. Bercampur baur. baru 8.30 pg, org dah rmai, sesak, berderet kereta beratur nak masuk KMS tu. Ramai sgt. Lebih kurang 2000 lebih lah. Nanti nak ambil ambilan kedua lagi. Cubalah bayangkan. Ada 5 blok. 3 blok perempuan (Mira, Polaris, Vega). 2 blok lelaki (Canapus, Capela). Tp ada satu blok tu kosong. Iaitu blok Capela. Kalau ada org pun, bukan semua bilik full. Satu bilik 4 org. Boleh tahanlah. Besar jugak. Cantik sbb bangunan baru. Kami adalah batch yg ke-4 dan dikenali sebagai batch Acik. Sebab datang awal, dapatlah dorm bwh2 sikit. Ada 4 tingkat tu. Aku tak tahulah mcm mana org dpt tingkat 4 tu harungi hari2 diaorg. Duduk 18 tingkat paling atas pun dah rasa mcm tk cukup oxygen.

KMS ni tak besar, takkan sesatlah. Tp besar. ??? Faham tak?? Dia besar, tp bentuk bulat. Tak susahlah nak cari tmpat2 lain, tp cuma luas, dan memenatkan untuk berjalan. Tambah2 cuaca panasnya lagi. Tu rasa penat nak berjalan pergi kelas. Alhamdulillah blok Mira duduk tgh2 antara blok asrama, tkdelah jauh sgt nak pergi semua tmpat banding blok2 lain. Satu blok pulak dlm 500 org boleh muat. Bilik pun boleh tahan besar. Kalau dpt yg memandang astaka tu, angin mmg masuk2lah. Kuat gila angin. Duduk kat sini, bermandi peluh adalah perkara biasa. Seminggu orentasi kat sini, dah biasa dah berpeluh. Sampaikan cuaca panas sgt pun, dah tk berpeluh sgt dah sbb dah terbiasa berpanas. Sampai mcm tu sekali effectnya.

Duduk sini, aku telah mengamalkan minum air kosong yg sgt ketara. Bila2 je mesti akan cari air kosong. Ya~~ betul. Patutlah sini bnyk watercooler and tempat isi air yg berbayar tu. Ingat lagi time taklimat kat Dewan Antares yg sgt panas tu, dan membuatkan beberapa org pengsan walaupun tgh duduk, fasi2 semua menawarkan perkhidmatan mengisi air untuk sesiapa yg bwk botol dan kehabisan air. Makin sihatlah aku minum bnyk air kosong nanti~~ :D


haaa, rasa tak panasnya tu?? tu tu tu blok aku, second bangunan dri kiri tu, hahaha, mcm tahu je, ni pemandangan dri kelas aku. SM1K5T6. Tu nama kelasnya. Panjang kan?? :) Ada maksud di sebalik nama tu. 

SM1= Sains Modul 1, which is kita akan belajar 4 subjek teras (Math, Chmst, Bio, Physics)
K5= Kumpulan 5
T6= tak tahulah benda apa, tapi aku anggapkan tu nombor kelas untuk kumpulan 5
* ada 10 kumpulan, dan dlm setiap kumpulan pulak, ada 10 kelas. Imaginelah betapa ramainya kiteorg. Lecturer pun ckp tahun ni paling rmai kat KMS. Sbb ada matriks tempat lain tk bkk sepenuhnya lagi, so mereka2 ni kena pindah ke sini buat sementara waktu, tu apa yg aku dgr drpd org belakang akulah masa dlm dewan, hehehe, curi2 dgr.

Dia ada 3 modul untuk science stream. Modul 1, 2 ,3. 

Modul 2 teras dia akan belajar = Math, Sains komputer, Chmst, Physics
Modul 3 pulak = Math, Sains komputer, Chmst, Biologi

Then subjek wajib belajar dia= Pendidikan Islam/ moral, Pendidikan Dinamika, BI, and Kokorikulum. Untuk KMS, kokorikulum untuk modul 1 dan 3 akn dijalankan pada semester 2. Akaun dan Modul 2 pulak semester 1 ni. Jadi, kalau tak silap, semester ni aku tak payah ambil koko lg, tp kena ambil 3 subjek wajib yg lain tu. Then semester 2 nanti, aku akan ambil koko. Dan 3 subjek wajib lain tu tak payah ambil dah semester 2 nanti. Kalau tak silaplah. And subjek wajib ni tak masuk pun dalam pointer PNGK kita nanti. Kecuali BI tu, kalau boleh time MUET nanti kena dpt band 3 ke atas lah kalau nak masuk IPTA. Pointer pun kena 3.5 ke atas untuk masuk IPTA. Dpt result bagus pun boleh fly.

Ingatkan nak tukar modul 3, tp rmai sgt dah mohon untuk tukar modul 3. Macam takde peluang. Jadi kena cuba dan kuatlah untuk hadapi 4 subjek tu. Even fasi and lecturer dia pun ckp subjek berat. Tp peluang cerah :) I'll try. Kena kembali ke zaman sekolah menengah. Bukak buku SPM balik nanyi :) Dah insaf :)

Dekat sini dkatlah jgk dgn tmpat beli belah. Ada Giant, The store, KFC, dan tmpat beli barang keperluan yg lain. Tp kena naik teksilah. Mana boleh jalan kaki. Teksi pulak time weekend mcm ni confirm2 akan tunggu dpn pintu KMS tu. Walaupun koperasi dia mcm dah cukup untuk barang keperluan, tp nak jugak rasa outing dgn kawan baru. Pantai. And kat sini jugak, bnyk sgt sekolah2, pusat belajar. Sgt bnyk.

*Walaupun matrik selangor, tp aku dah terpengaruh dgn roomate aku ckp loghat kedah. --' patutnya dia yg terpengaruh dgn akuu, duduk selangor kann..


Sekian, terima kasih :)

Friday, May 17, 2013

Halllo Hallloo :D


Assalamualaikum,
lama tak berblog, kerja exam attendant, menginap rumah salisa, thank you salisa,
nak ckplah kan, sepanjang aku kerja sebagai exam attendant kat UIAM, mcm2 aku rasa.

1) Bestnya UIAM ni, mesti UPU aku dpt UIAM
2) Cantiknya UIAM ni
3) Hebat2 students dia dpt masuk sini
4) Okehhh, aku nak tgkp org yg meniru exam ni

Hahaha... mmg tak leh bla lah feel aku yg ke empat tu. Neb pun nak tgkp org yg meniru jugak. Last2 aku jumpa jugak org yg meniru. Lelaki. Dia bawak masuk nota math. Mungkin dia ingt exam attendant ni akan kutip slip kehadiran diaorg dri depan. So dia boleh tgok kiteorg yg jaga periksa ni kutip slip kehadiran dari depan. Tp masa tu aku baru je balik dari tnds. So masuk ikut pintu belakang. Masuk2 dewan tgok exam attendant dah kutip slip kehadiran tu. Aku pun dari belakang kutip. Biasanya org akan kutip dari depan. Tapi mungkin org kata, Allah nak tunjuk pengajaran buat dia, tiba2 aku kutip dari belakang. Check jadual dia, belakang ada tulis formula math tu. Aku tak ckp apa2 lah. Nanti malu jugak dia kalau aku tny mcm2, org sebelah dgr. Takpe, tak payah aibkan dia. Aku terus blah kutip slip kehadiran org seterusnya. Then bgth madam kat situ, diaorg kata ni formula ni. Tak boleh ada. Hmm.. pernah je aku nampak jadual diaorg ada kesan conteng kira2. Tp kalau setakat nampak students ni conteng 350 + 272 = 622, hmmm... tk payahlah nak bgth madam. Then, lastly, madam tu pergi kat budak tu. Biasanya kalau kat uia ni, dpt kesan org meniru, madam akan rampas kertas yg dia dah buat tu, bg kertas exam yg baru, yang kosong lg. Then dia kena buat balik. Kalau meniru confirmlah dah tk ingt dah apa yg ditulis kat kertas yg dirampas tu kan. Tp sbb baru je mula exam, aku tak tahulah apa madam tu ckp kat budak tu. Mungkin dia check balik exam paper lelaki tu, yelah, kot kot dia sempat salin formula yg dia tulis tu kan paper dia.

Habis exam, madam td jumpa balik lelaki ni. Apa yg aku dgr, dia kata dia study last minit. Malam td baru study. Then aku dah tk dgr dah. Muka dia baik. Aku dpt rasakan dia tu baik orgnya. Mungkin ada sbb2nya,  dia buat mcm tu. Dan mungkin dia study last minit brsbb... Masa tu aku rasa kesian pulak. Mcm2 aku fikir. Dia dpt kosong sbb aku lah. Paper dia tak diterimalah. Sbb aku yg rampas tunjuk kat madam. Tp dah tugas aku, kenalah jujur. Lega sikit. Lelaki tu pun jujur dgn madam ckp dia study last minit. Nmpk tng kat muka dia. Aku pun tng sbb dia jujur atas kesalahan dia sndri :) At least dia jujur dan tak bagi alasan lain mcm tak perasan ada formula tu ke apa ke. Aku rasa dia tk berniat nak buat mcm tu pun. Sbb dia jujur je bgth madam tu knp dia buat mcm tu. Biasanya org yg kuat meniru ni, dia bnyk alasan. Lgpun formlua yg dia tulis tu bkn bnyk pun. 4 formula pendek je.

Org kata math dkat U add math dkt sekolah. So aku kenalah study add math yg aku dpt C+ untuk gred SPM tu balik -_-

Paling menakutkan, time kat UIAM, petang tu lpas habis kerja, waktu senja tu, kiteorg naik lift dgn mak lisa. Total dlm lift 5 org lahkan. Tiba2 lift tersekat. Lampu terpadam. Tak bergerak. Kiteorg dah cuak. Aku yg berdiri betul2 dpn button lift tu tekanlah loceng kecemasan. Buka phone, hp cikai aku tu ada lampu suluh, hahaha, cari no telefon kat lift tu. Then aku tekan loceng lagi sekali. Lepas tu terus lampu terpasang balik. Seram doooww. Dah lah gelap. Senja pulak tu. Neb dah muka terkejut. Diam membatu dah. First time kot. Akulah penyelamat kottt. hahaha.... Nasib baik bukan aku sorg je yg dlm lift tu. Kalau aku sorg. Mmg pucat lesi muka aku. Boleh pengsan bila keluar balik. Oxygen tkde pulak tu. Dahlah aku suka naik lift sorg2 kalau pergi hotel mana2. Then bila cite kat abah, abah cite pasal lift dkat CIAST bila lpas pkul 12 tgh mlm pulak. Lagilah aku tkut nak naik lift sorg2 ni ~~~

Btw, aku dpt Matriks saja T.T Sedih tp Allah dah tentukan aku duduk kat sana. Kalau ada peluang, rayuan aku diterima, second intake punya kemasukan upu, insyaAllah aku masuk yg dpt tu. InsyaAllah. Tk berani ckp akan pindahlah, takut tiba2 dah terseronok kat KMS :) Atau dah berjinak- jinak dgn jadual dia. Mana tahu kan. Allah sentiasa merancang yg terbaik untuk hamba2nya. Bila dah tahu hala tuju ni, mcm2 blog, web aku cari pasal matrik ni, ni nak share, abag2, akak2 punya blog ni, saya nak minta izin share ya, Terima kasih :)

http://cerita2slumber.blogspot.com/2012/04/why-u-should-choose-matriculation-kpm.html
*http://www.kmns.matrik.edu.my/makl_akademik.html
*http://everythingfarahshien.blogspot.com/2012/04/ape-itu-matrikulasi.html
*http://blurgurl-stories.blogspot.com/2012/05/pemandangan-sekitar-di-kolej.html
*http://fifah-myworld.blogspot.com/2013/02/kehidupan-di-matrikulasipengenalan.html
*http://peypeybeetlebug.blogspot.com/2012/09/cara-survive-di-matrikulasi.html
*http://nursyahminalya.blogspot.com/2012/05/cara-hidup-di-kolej-matrikulasi.html

*Actually, aku tgok mcm kita sekolah jgk. Tulah org kata kalau rasa mcm nak masuk sekolah balik, pergilah matriks. Hmmm, biasa ah tu. Aku tgok jadual dia better sikit drpd sekolah. At least ada sejam rehat kejap. Kalau sekolah berapa minit je kita rehat. Baru bersesak- sesak beratur beli makanan, dapat beli mknn, duduk, bukak mulut, dah bunyi 'krrriiiiinnnnnggggg' -_- Aku selalulah kena mcm tu. Nak2 org semua kebulur masa beratur tu, tolak sana, cilok mencilok sini -_- Not bad apa, kata rindu nak sekolah balik ~~~ :D
Sekarang ni aku berharap pada rayuan untuk ke UIAM lah :')
Sekian, terima kasih :)

Saturday, May 4, 2013

Takbir - AllahuAkbar !


Aku tak tahulah, tiba2 aku rasa emo sgt malam ni, 
Aku tak boleh tgok saudara seIslam aku kena mcm tu, 
Bnyk dah aku tgok video kat Syria, Palestine dan macam- macam lg, 
Jujurlah, siapa boleh tahan tgok vide2o tu, apatah lagi secara realitinya. 
Semoga negaraku Malaysia aman makmur selamanya, dijauhkan budaya2 yang tidak bermanfaat, dan dihidupkan dalam agama Islam yang masih lagi waras :'( 
Aku inginkan keadilan, tak kisah mana2 parti, Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik buat kami. Lembutkanlah hati para pemimpin yang masih lagi kabur menuju ke arah yang benar. 
Jika Islam itu sudah terlekat di hati mereka, maka Kau panjangkanlah umur mereka agar mereka dapat menunjukkan jalan kebenaran kepada generasi akan datang, dan seterusnya, lahirlah pula generasi yang menegakkan syiar Islam, 
Amin Ya Rab. 
Hati aku cukup bergetar bila ada yang menyebut, TAKBIR- Allahuakbar! 
Kerana aku merasakan seperti aku sedang menuju ke medan jihad. 
Cukup indah :')



Sekian, terima kasih :)

Friday, May 3, 2013

Salam 'Alaik :)


Assalamualaikum :)

Dah lama tak update blog, perabut- perabut pun dah berhabuk, fuh fuh~ *tiup2 habuk* bumbung dah bocor, air menitik- nitik, daun2 kering bnyk dah masuk ni, dinding kayu ni pun dah ada berlubang- lubang dimakan anai- anai *ketuk- ketuk paku kat papan*~
okay, bajet rumah papan je~

Alhamdulillah, masih lagi hidup di bumi Allah yg indah ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dhidupkan dalam nikmat Islam yang masih lagi waras *bajet nak ckp ala2 budak KISAS ckp tu tp dah lupa lirik..* Ada yang dah ternanti- nanti dah post yang seterusnya, yang minta di karang post2 hang out dengan kawan- kawan... rindu leww tuww :3 Ahakzz.. Tp sbb malas menguasai diri, malaslah nak fikir idea2 yg mencurah- curah dan tak tercurah pun kat sini.

Cerita pasal malas ni, den ada terbaca post seorang sahabat ana... ????? Jap eh den cari, tunggu jap tau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maaf lama tunggu.. ni dia ~


Hmmm... itulah, bila aku baca tweet dia ni, mulalah aku gelak besar kat dia, pastu fav. Punyalah kutuk2 dia, hahaha, kutuk2 mesra XD ~

"hahaha... apalah Anis ni! Rajin dalam bahasa inggeris pun tak tahu... hahaha!"

Hmmm... macam tu lah kata hati aku. Hakikatnya, aku pun mula kembang hidung. Last- last..

"haah lah, rajin dalam bahasa inggeris apa ye???? lupa plak... apa ye...???"

Dengan itu mulalah strategi Nadiah bukak google translate TT.TT

Duduk rumah jadi malas, ya... lazy T.T ma pun dok leteya' aku.. emm..... buruk jugak bahasa kedah aku ni... O.o Tapi leteya' dia lah buat aku semakin rajin sbb tknk dgr leteya' dah lepas tu :3 tak leh jadi menantu solehah ni. hahahaha.... XD okay, maaf..

Selama duduk rumah ni, macam2 benda aku dah buat yg dulunya aku dah listkan dalam kepala aku lpas SPM nak buat apa bila cuti lepas SPM. Sebenarnya bukan selepas SPM aku listkan apa aku nak buat masa cuti panjang yg selama 6 bulan ni. Masa dok tgh study2 before SPM lagi aku dah berangan nak tgok drama korealah, layan lagu2 diaorglah, tgok cita 'Vanila Coklat yg sampai sekarang tak pernah tgok pun, lesen, bergembira membawa kereta tanpa ada peneman di tepi, pusing2 satu selangor.. Hasilnya, ada yang tak buat pun, ada yang buat. Yg tak buat tu sbb pok tak bagi lah... 

Sbb dah lama sgt cuti ni, dan semua mcm dah khatam dah cerita2 online ni, walaupun tk khatam sepenuhnya lagi, aku sudah mula merasa bosan yang amat. Sampai benda yang aku tak pernah buat pun aku buat. Contohnya, menari- nari bagai nak rak dgn adik tersayang sambil ditonton oleh kedua ibu bapa yang tersayang... hmmm... ╮(╯_╰)╭"

Cakap pasal bosan pulak, aku teringat trick paling berani aku buat kat warden asrama o.0

Masa tu lepas PMR. Aku pulak tak mendaftarkan diri untuk join aktiviti2 kebajikan kat sekolah. Dah free kan. Kononnya nak buat aktiviti sendiri. Sekali semua buku dah habis baca, dah tak tahu nak buat apa. Tercongok je kat bilik prep, dorm, makan tidur makan tidur. Aku tak boleh biarkan perkara ini berterusan. Lalu aku pun jumpa ustazah Zubaidah. Masa tu aku block C.

"Ustazah, saya sakitlah ustazah.. " Muka penuh kelesuan... hahahaha!!

"Kamu sakit apa??"

"Sakit dada, bila nafas dia rasa sakit..."

Kemudiannya, dialog seterusnya dah tak ingat dah~~~ Tapi aku dapat balik haritu jugak dan menimbulkan rasa iri hati kawan2 ku. Bila balik je kenalah... 'Bertuah punya budak'. tehehehe... 
Akhirnya, perkara itu kadang2 betul2 terjadi la ni U.U
Bukan nak ckp tipu ke apa, tapi masa tu betul kot, cuma tak series je sampai org kena papah, tkdelah sampai sesak nafas ke apa ke, ngade je lebih nak balik online, wakakaka... Sorry ustazah~~ Boleh mengamuk masa tu sbb bosan sgt. Mata2 ni dah berair dah. Bila cerita kat kwn pernah hampir nangis sbb bosan, dapat gelak lah lepas tu ╮(╯_╰)╭”

Beralih kepada topik yg terhangat dan terbaru. Kebosanan aku akan berakhir pada 6 Mei 2013 ni.. hikhik :3 seronok pulak... Nanti neb nak dtg rumah, kalau diizinkan oleh pok boleh pergi jalan2 kat Space.. Malam hantar pergi rumah lisa pulok.. Esoknya dah nak start kerja. Ikut ibu dia kerja. Tiduq lah rmh dia selama 3 minggu. Macam duduk asrama. Ahad malam pergi, Jumaat petang balik rumah semula. Thanks to Salisa Sofya dan family yang membenarkan kami menginap di rumahnya. Semoga diberkati oleh Allah SWT :)
I'm done here. Nak makan.. Hanani suruh masak spaghetti. Tak makan dia siap! Sedap tak sedap sumbat jgk!
hehe, just nak ckp je, dah dua kali dah pergi Pesta Buku, hehe, saja je~ 


Sekian, terima kasih :)

Tuesday, April 30, 2013


"I'm not perfect enough..."
"So did I"
"I'm just adjusting the new me..."
"We will get it through together..."
"I'm just trying to be the good one..."
"Did I pretend to be that..."
"We've never had anythings to do each other before..."
"We'll do... Let's start it together..."


Sekian, terima kasih :)

Monday, April 29, 2013


For my future halal couple... Will always be with you :')



Sekian, terima kasih :)

Davichi




Sekian, terima kasih :)

Saturday, April 27, 2013

Love is Cinta



Sekian, terima kasih :)

Monday, April 15, 2013

Buat apa cuti ni?? :D


Assalamualaikum :)
kabare kawan kawan?~ mcm mana kalian memanfaatkan cuti kalian? haha, alhamdulillah, setelah lebih kurang 4 bulan aku cuti ni, dah terasa mcm cuti satu tahun. Akhirnya, aku berjayalah jugak memanfatkan cuti2 aku yg selama ini asyik terisi dgn fb, twitter, youtube, dan drama korea...



Taddaaa... janggg~ tak faham? sebenarnya cuti ni aku belajar menjahit dgn mak cik aku. Dia pun tukang jahit. Kat rumahh dia ni ada satu bilik khas menjahit. Ambil upah jahit baju org. So baju raya aku dulu dulu tu, su lah jahit. Termasuk baju kurung sekolah aku. Hee :) 

Emm, bolehlah. Baju ni siap satu hari. Kain belum lg. Sbb kain yg atas ni kain contoh je. Guna kain lebih je nak belajar permulaan ni. Tapi tgok2 menjadi plak, bolehlah pakai :D Tp malangnya kain nk buat kain baju kurung ni tak cukup. So kena beli kain lain nanti. Kesimpulannya kain tak siap lg. Dan tak belajar buat kain lg U.U

Lepas ni su suruh jahit baju lain pulak...huhuhu.. ingatkan dah boleh balik home sweet home dah harini. Tapi ada job lg. Cehhh~~ XD baju sendiri plak lpas ni... kain lain... Takut jugak kadang2 dgn mesin jahit tu. Teringat gmbr2 dan berita2 yg org terkena mesinlah, tangan termasuk mesinlah.. eeerrrrrgghhh.. kdg2 terfikir jgk. Geli geleman dibuatnya~ 

So lepas ni, fighting Nadiah ! :)


Sekian, terima kasih :)

Sunday, April 14, 2013

Yoeboseyo




Sekian, terima kasih :)

Sunday, April 7, 2013

Oh My Spaghetti !!


Assalamualaikum =)

Harini aku masak spaghetti... Spaghetti biasa je~ takdelah yg mcm mkn kat Resepi Rahsia haritu, bolognise lah, aglio oglio lah..

Hahaha, actually, aku tak pernah buat spaghetti sorang2.. haritu beli bahan2 pun sbb nak masak waktu weekend dgn family.. tak beranilah pulak nak masak sorang2. Tp sbb harini dah tak tahan lapar sgt, aku pun bertekadlah masak sorg2. Kalau aku masak sorang2, hmmm.. alamatnya jadi mcm dululah~ masak mee goreng, first try, tawar, takde rasa.. Takut nak masukkan ingredients lebih2. Nanti takde org nak makan. Second try, hmmm, ambik kau sbb first try tak rasa pape, second try punya mee goreng, nah, masukkan garam terlebih plak, masin sgt plak, bukan tak rasa masa masak, tapi masa masak tu rasa sikit je, belum sumbat mee goreng tu bnyk2 dlm mulut...

Then first try masak spaghetti~ hmmmmm... hailaaaa~ dulu waktu belajar masak spaghetti dgn su dulu ada org yg mengarah, so main campak2 je bahan2 dia tu, tp......... aku nak masak ni, ingredients dia pun tak cukup, biasanya nak masak spaghetti kena ada tomato purine, itu buat kuah spaghetti ni masam2 sikit. And tomato purine ni jugak sesetengah org buat jadi BBQ punya adunan sebelum dibakar ayam, daging or apa apa je. Tp sbb aku lupa nak beli, hmmm.... aku guna sos tomato tu je.... muahahaha~ perut lapar apa2 pun telan. Tp  kalau guna sos tomato, dia rasa pelik sikit lah.. erkk~

And dulu belajar dgn su ada masukkan daging cincang, tp daging cincang pun tak beli~ kehkehkeh, tak masukkan apa2lah, mushroom je ada, masukkan tu je lah... dan aku dah lah tak tahu menahu recipe ni... macam bisa aku tengok 5 rencah 5 rasa dimana Sherson Lian main campak2 je bahan2 dalam kuali, aku pun buat je lah macam tu.. Masukkan prego jgk... hailaaa~ aku tak tahu sbnrnya.. recipe su dulu pun dah lupa, dah lama jugak lah... belajar pun masa form 3 tak silap, tak selalu praktik, dan masa tu bnyk pulak bahan2nya.. dah terlupa dahh~~ hmmmm... fail ni fail... konon nak ambil kulinari dulu2... fail fail~~~

Thiss !

Nak tnya rasa?? jgn ckplah.. kdg2 gigit rasa masam, kadang2 gigit rasa manis, kadang2 gigit rasa pahit pun ada. Jadi lidah dah tak betul dan tak tahu nak ckp macam mana..... huahuahuahua!!

Betullah, untuk pandai dalam sesuatu perkara tu, kite kena belajar daripada yg mahir. Tak boleh sombong kononnya kita ni pandai sgtlah. Yakin sgt pun tak boleh jugak.Macam aku lah, yakin kononnya sedap kot aku masak, kononnya nak positifkan dirilah dgn diri sndri... Habis kuah yg lebih tu siapa yg nak mkn!! aku sorg je yg mkn spaghetti dlm rmh nii, abg jgn katalah, takde maknenya nak mkn adik sndri buat.. mcm tahu tahu je~ T.T yelaaahhh... nanti akak telanlah ye ma~~ mesti ma bebel lepas ni, huuuuuuuu T.T nasib baik kuah dalam tu tak bnyk sgt aku buat.. hmmmmmm....

hmm... sebagai penutup, saksikan video Suprise Birthday Nebb :) 7April 2013 :)



Sekian, terima kasih :)

Monday, April 1, 2013

Infinite




Sekian, terima kasih :)

Sunday, March 31, 2013

Keraguan mengisi UPU??


Akhirnya, siap jgk apply upu, Alhamdulillah, gembira dgn keputusan yg dibuat. Ma dgn abah pun mcm okay je, tkde yg tak sokong ataupun apa. Seronok sgt bila mak ayah dah approve apa yg kita bincang ^^

Aku terfikir, kadang kadang tu, mungkin kite tak boleh belajar terus bidang yg kita suka. Yang kita idam idamkan sgt. Sebabnya result SPM kita tak menepati bidang yg kita inginkan tu. Itu akulah tu. Nak yang mcm science2 punya. Tp result SPM yg science punya satu pun takde A. Berangan lebih je kan? hehe.. tp tkpelah, apa salahnya berangan lebih2, tp tk semua yg kita angankan tu akan terus dapat. Mungkin bnyk perjalanannya. Disebabkan kesalahan kita sendiri yg tak belajar betul2 time SPM dulu. Itulah balasannya yg setimpal.


Tp jgn risau :) Setiap masalah ada penyelesaiannya. Perlukan semangat, usaha yg berterusan tnpa putus asa, dan doa yg berpanjangan :) Bukankah itu cara Allah nak uji kita? Pernah dgr tak org kata, kalau kita suka sgt seseorg tu, perit, getir, susah, payah nak mati pun sanggup asalkan untuk org tersayang? Mestilah pernah kan? Samalah mcm kes ni. Mungkin aku tak dapat apa yg aku nakkan dgn segera. I mean bila apply upu ni, dapat je u nanti terus belajar bidang yg kita minat. Tak jgk. Samalah seperti yang aku ckp td. Untuk yg tersayang, sanggup lakukan apa sahaja, perlukan kesabaran. Begitu juga dgn bidang yg kita minat ni, kita kena lalui satu persatu cabaran. Allah nak uji kita sejauh mana kesetiaan dan kegigihan kita terhadap sesuatu perkara tu. InsyaAllah, Allah takkan menghampakan hambaNya yang bersungguh- sungguh :)

Mungkin sekarang, aku apply bidang yg kurang diminati. Means bukanlah tak minat lgsg, minatlah jgk, tp ada lg yg lebih aku minat. Kalau ckp tak minat pulak, aku takkan apply bidang tu, Then bila aku dah berjaya final exam nanti, dpt masuk degree pulak, result pulak yg mcm FUYYO!! gitu kan ^^ mgkin time tu aku boleh ambil bidang yg aku suka2 gila tuu ^^ Sama mcm abah, diploma, degree, master, phd semua lain2 bidang, so kiranya bnyk ilmulah yg boleh dapat... Tak gitu kan?? Adakah aku bakal ikut jejak abah yg ambil lain2 jurusan utk setiap peringkat?? Well, kalau boleh semua aku nk belajar. Selagi otak boleh berfikir lg. Hahaha :D Jadi, jgn cepat putus asa ^^ Mula2 aku dah putus asa dah. Selalu nangis2 bab ni. Hihi.. Malu nak ckp. Tp tkpelah...

Masa tu aku ego sgt nak course yg aku minat. Tp resultlah tk berapa nak okay bila check dkat IMASCU. Hmmm.. ego sgt2 dgn pendapat abah dan ma. Sgt ego. Bak kata apa yg abah dgn ma ckp semua salah. Aku je yg betul. Sampai fkir aku ni tak berguna pun ada sbb tk dpt course yg aku nak. Tp bila abah ckp dan nasihat mcm tu, baru rasa mgkin perjalanan aku masih panjang. Mungkin Allah nak bg aku pelbagai ilmu nanti. Jumpa mcm2 org. Mana tahu asasi or matriks ke aku belajar benda lain. Then degree aku ambil lg course lain. Nak nak yg berbeza dgn apa yg aku belajar time asasi/ matriks nanti, lagilah bnyk ilmu kan?? hmmm... bagus jgk kan ^^




Sekian, terima kasih :)

Saturday, March 23, 2013

SPM day~


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, result SPM dah keluar. Bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun result tak gempak mana, 5A pun okaylah. Aku doa gila supaya aku redha dan tak nangis masa ambil result nanti. Mcm masa UPSR dgn PMR dulu, result okay pun nangis~ huhuhu.. Alhamdulillah menjadi kenyataan :) Siap boleh gelak2 lg tgok org nangis, haha, jahatnya..~ Mungkin takde rezeki kat SPM. InsyaAllah mungkin rezeki kat U. Rezeki tu ada kat mana2. Bila difikir balik, nak positifkan minda ni, berbaloilah jgk. Sebelum SPM, aku bnyk aktif dgn aktiviti2 sekolah. Masa dulu2 tkde plak, Form 4 pun tak sebusy form 5. Sukan, kawad, dgn jawatan yg disandang lg, mana nak fikir buat kerja untuk kelab, buat kerja untuk nama baik sekolah jgk, dgn waktu prepnya pun kdg2 terganggu, pntnya lg, selalu tertidur time buat homework, masuk keluar kelas time tgh belajar, terutama 3 subjek sains tu, waktu chemistrylah aku rasa aku paling baaanyak keluar masuk kelas. Asal ada apa2 je mesti ganggu waktu chemist. Dari form 4 kot. Waktu lain jarang plak nak ganggu. Waktu BM ke, AQS yg selalu terlentok tu ~.~ time tu lah rasa nak keluar kelas, tp tkde plak panggil untuk apa2.

Aku tulis ni bukan nak salahkan kokurikulum activity aku tu, mahupun menyalahi guru2, tidak sama sekali. Tapi nak buat mcm mana, aku pun terfikir, takde org lain ke selain aku? knp mesti aku? sampai aku sndri pernah bersedih dan face to face dgn seorg guru ni sampai menangis- nangis, air mata air hingus semua keluar, haha, kelakar plk bila teringat balik, ntah knp tiba2 waktu tu sebak sgt sampai air mata tak dpt dikawal, tension sgt, mengharapkan agar nama aku digugurkan drpd salah satu aktiviti tu. Pernah 2, 3 kali aku merayu. Tp, pujukan demi pujukan, nak tak nak, aku rasa aku kena jgk buat. Sbb aku rasa dihargai apabila ada org menghargai kehadiran aku.

Di samping aku melihat seorang classmate aku, Syasya, aku tgok, dia pun selalu keluar masuk kelas, pun aku perasan dia pernah bersedih dan kemungkinan stress apabila sering dipanggil guru2 untuk menguruskan sesuatu perkara semasa dlm proses pembelajaran. Ditambah lagi dgn jawatannya sbgai penolong ketua pengawas. Bakat berdebatnya lagi. Pun selalu mewakili sekolah. Aku rasa tabik dgn dia. Dan bila aku tgok ketabahan dia, aku rasa dia mcm idola aku. Dan aku pun terdetik nak jadi mcm dia. Mungkin keputusan aku taklah sebaik mana, dibandingkan dgn dia yg top student, and SPM dia straight  11A, tp aku terfikir jgk, suatu hari nanti, guru2 akan menghargai usaha kita selama ini dalam mengharumkan nama sekolah. Tak sampai peringkat kebangsaan pun, mungkin guru2 mahupun kwn2 kita akan merindui gelagat kita sewaktu kita bersama :') Ada hikmahnya. Aku masih lagi dalam proses belajar untuk mem'balance'kan antara outdoor activity and indoor activity(studies). Kalau boleh, aku nak balance antara studies dan outdoor. Dalam proses belajar lagi.

23/3/2013
Ustaz Azhar Idrus dtg ke Selangor bertempat di Masjid Negeri, Shah Alam. Dengar cerita lpas pkul 10 dia pergi dataran Malawati pulak dgn mat motor. Tp aku tk pergilah. Aku pergi yg kat masjid je. Esok pagi nak bertolak ke Teluk Batik, Perak. Ma dgn abah ada kerja. Perjalanan nak pergi masjid tu, nampak bnyk gila pokok tumbang and patah. Banyak gila! Aku siap kira pulak. Masing2 dok ikut kira. Kira2 semuanya 26 pokok tumbang termasuk yg nmpk dalm masjid. Pehyaii~ Masuk pulak masjid, dah tak rasa mcm dgr ceramah pulak sbb speaker tak berapa jelas. Rasa mcm mengantuk dgn angin yg sejuk tu, ajak nani pergi gerai2 yg ada kat bawah. Mcm2 mknn beli. Jumpa Che Ku, Puan Siti Marwiyah, Puan Norisah, Haziq Sariff, Sofwa, Yanti, Tasya, Zafwan...

Paling tak tahan jumpa Zafwan bertentang haluan, pastu sengih2 plak, pastu tak perasan pulak dia ikut belakang, tiba2 terserempak pulak Puan Siti Marwiyah. Salam dia. Then dia nampak Zafwan kat belakang, dia terus buat muka, sambil menunjukkan isyarat tgn kpd aku dan dia (means dia ingt kiteorg dtg sama2). Aku pulak manalah perasan dia kat belakang pun mcm tertanya2lah. tiba2 dgr dia ckp,

"Eh, bukan bukan..."

Aku ni pun lembap sikit baru perasan apa maksud cikgu. Bila dgr dia ckp mcm tu baru aku faham.

"Eh! taklah cikgu, mana ada~"

Hailaaa~ cikgu cikgu~

Boleh pulak Zafwan tnya aku bwk anak ke adik... Hey hey, mestilah adik, kalau adik aku yg darjah satu tu anak aku, muda gila aku kahwin~

Then masa jumpa Puan Norisah waktu tersesat nak cari rak kasut nombor 7 -__- Cikgu yg perasan aku dulu.

"Eh cikgu!!"

"Nadiah apa kabo? Tak ingat dah awak ambil SPM tahun ni ke tahun lepas?"

"Tahun lpaslah cikgu, cikgu ajar saya BM waktu form 4"

"OOHhhhh.. so mcm mana result SPM? Okay??"

"Bolehlah cikgu, takdelah bnyk mane pun. Sama dgn result trial je. 5A je~"

"Alahh, okaylah tu kan~"

"Cikgu, BM saya je A+, yg lain A campur2, saya buat karangan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam yg soalan peribahasa tu, nombor 5 kot tak silap. Haha~"

"Lahh~ awak ke rupanya lagi sorg tu~ BM 2 org je dpt A+"

"Yeke??!! Siapa lagi sorg??"

"Syasyalah lagi sorg..."

"Eh, yeke?? tak percayanya saya.."

"Yelah, cikgu tgok pun kamu pandai buat karangan, pandai buat cerita,"

"Mak saya cikgu BM sekolah rendah cikgu~"

Harapnya aku tak salah dgrlah~ haha..Teringat masa form 4 dulu cikgu pernah suruh aku bagi karangan aku tu untuk dilmasukkan dlm slot cerpen untuk buku IMEJ. Tapi aku tak bagi pun. Masa ni, terasa bangga jadi anak ma~ harharhar!! Astaghfirullahalazim... Aku nak bergembira jugak dgn result aku, even 1A+ je pun. Mungkin ni cara aku nak appreciate result aku supaya tak menyesal dgn pemberian tuhan. Thanks Allah. Walaupun pelangi yang Kau berikan itu tak dpt mengubah result yg telah tertera pada slip ini, tapi aku tetap gembira bila Puan Norisah ckp mcm tu :')
Hahaha! Tiba2 rasa nak ambil pengajian bahasa pulak~ jadi cikgu mcm ma lah jugak nanti~~ buat novel ke~ Nanti tiba2 perasan nama aku kat novel pulak~ ^^ Aku pun nak buat name code mcm HLOVATE tu lah~ Tp tak fikir lagi~ *cehh, mcm nak buat je, bace novel pun jarang*

Sebagai penutup, laksa sedap ;)

*tgok gmbr pun terasa kuah laksa tu ada dalam mulut U.U



Sekian, terima kasih :)

Thursday, March 14, 2013

Usrah HELWANI


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tadi baru lepas usrah HELWANI, under PEPIAS jgk tp untuk muslimah sahaja. Aku mungkin dtg lambat. Sepatutnya kena ada pukul 6 ptg. Tp sbb abah dgn ma pun tak balik lagi. Aku bertolak pukul 8.15 mlm. Nasib usrahnya start pkul 9 mlm.

Mari saya perkenalkan ahli usrah saya :)
*Kak Izyan
*Kak Mirra Raihan
*Kak Naza
*Kak Aina
*Ain Shahidan
*Falihah

Tajuk Usrah: Kasih Antara Kita

Bnyk pengisian yang dapat. Ukhuwah pun. Kami kongsikan tentang apa matlamat usrah sebenarnya. Adab berusrah. Macam biasalah.

Apa yg dpt aku ulaskan td, Kita manusia zaman sekarang ni lain. Ada org yg pantang ditegur. Ada yg suka ditegur. Dan perangai manusia ni pun lain2. Ada yg suka ditegur dgn cara yg elok dan lembut, dan ada juga yg suka ditegur dgn cara2 yang biasa semasa kita dlm pergaulan bersama mereka. Ada juga yg kita tegur dlm keadaan kasar, kita akan dpt impaknya juga. Some person are like that. Try to adapt with their style. Jadi apabila kita ingin menegur tu, biarlah bersesuaian dgn gayanya ataupun rentak mereka.

Konsep 4T kena ingt,

*Taaruf
*Tafahum
*Ta'awun
*Takaful

1) Taaruf- Mengenali, bertaaruf. Contohnya mengenali mereka, mengetahui nama mereka, tempat tinggal, sekolah di mana dan sebagainya yg dpt merapatkan kita dgn seseorg itu.

2) Tafahum- Memahami. Memahami bagaimana cara dia, rentak dia. Dan dari situlah kita boleh lebih rapat dgn seseorg itu. Iyalah kan, bila kita dah lebih faham seseorg tu, automatik kita sudah boleh menerima tindak tanduknya, lebih mengenalinya.

3) Ta'awun- Menolong, membantu. Kita juga perlulah menolong sahabat2 kita. Menolong apa? Menolong sahabat2 kita ke arah yg lebih baik. Mungkin seseorg itu dapat menerima teguran kita itu. Tapi sendiri mahu ingtlah. Bukan semua org dapat berubah dlm sekelip mata sahaja. Ada peringkatnya. Takdenya org yg semalamnya seksi2, tak pakai tudung, esoknya terus berjubah bertudung labuh. Nanti org sekeliling pun shock. Tp tak salahkan kalau ada yg Allah beri hidayah sampai mcm tu sekali. Aku pun tak berubah mcm tu terus. Kena redah tangga jugaklah. Lift susah nak cari~

4) Takaful- Mesti semua ingt insurans tu kan. Haha. Tapi sbnrnya memang ada kena mengena dgn insurans pun. Maksudnya, melindungi. Yelahkan, insurans kan melindungi kita. Tapi ni kita plak yg melindungi kwn2 kita, sahabat2 dan umat Islam di muka bumi ini. Macam mana nak lindung? Lindungilah mereka daripada mendapat kemurkaan Allah. Ajarlah mereka sikit2 dalam menghayati Islam.

Itu sahaja yg dapat dikongsi. Aku bukanlah org yg pandai berkata. Tp aku adalah org yg berkata pada  hatiku sendiri. Tak faham? tkpe, fahamkanlah sendiri. Itulah yg bermaksud,

Aku adalah org yg berkata pada hatiku sendiri :)


Sekian, terima kasih :)

Monday, March 11, 2013

Sad


Assalamualaikum WBT

Haritu aku pergi TS dgn kawan2, kami memilih untuk tgok wayang, cerita Beautiful Creature. Demi Allah, aku menangis tgok cerita tu. Bukan disebabkan sedih atau terharu. Tapi kerana nilai agamanya. Krisitan, sungguh banyak unsur2 kristian. Aku sampaikan rasa nak keluar dari panggung. Tp aku hanya menahan. Duduk aku tak menentu. Sekejap bergerak sana, sekejap bergerak sini. Air mata mencurah.

Masa tu mcm2 aku fikir. Ma dgn abah tgh buat apa.. Hanani kat sekolah ke. Abang dkat mana pulak. Yg lain2 tu mcm mana. Sihat ke, selamat ke. Memang aku mengucap je masa. TS nak roboh ke ni.Aku nak kena culik ke lepas ni, Allahu. Macam2 aku fikir.

Lepas ni, aku akan lebih berhati- hati. Aku taknak rasa lagi perasaan yang bercampur baur ni.

Selamatkanlah hambaMu ini Ya Allah...
Sekian, terima kasih :)