Hai awak :)

Saturday, January 28, 2012

suatu hari di perpustakaan...


Hello there :)

Assalamualaikum W.B.T

post ni credit to RAFIDAH :)
sebab rancang nak pergi perpustakaan.. tpi dia yg tak dtg... btw, ada hikmah apa dia tak dtg, sbb selesai hw aku untuk semua subjek,

#walaupun baru 3/4 baru siap... kira ok lah tu drpd tak siap langsung...

hikmah hikmah pun ada juga incident tak diduga berlaku,

....................................................................................................

aku pilih tmpat yg tersorok sikit, yg dkat dgn tnds tu... sbb aku dah nmpk muka2 budk2 lelaki yg aku knal, so kasi nyorok sikit...
sedang aku membuat karangan.....

#ecehh ayat..... XD

seorang lelaki berumur lebih kurang 20an lah jugak... agaknyalah... lalu lalu dkat situ... aku pun pndg lah, sbb jln gila lembab... kalau jalan laju2 tu mmg ramai yg lalu kat situ jalan laju2... mksudnya jln biasa2lah.. act, dia nak cari tmpat duduk... tp dia tgok tmpat semua dah full...

so back to the story, lpas dia dah jalan membelakangi aku, aku pun sambung buat kerja balik...
tiba2 dia patah balik....

teka apa....

sambil dia jalan dia mcm tunduk2lah tgk aku...

#mestilah tunduk, tinggi mcm KLCC.. aku yg duduk ni pandg dia pun mcm nak tercabut kepala dongak...

nak tahu muka jahat ke muka baik.. ahahaha... mestilah aku muka baik... haha...

"dik, kerusi ni ada org tak??"
"emmm... takde takde..."
"boleh duduk sini tak???'
"....................................... emm... haaaa... boleh boleh...."

-_________-

aku punyalah fikir dia nak ambil kerusi tu, tu aku tak kisahlah.. rupa2nya dia nak duduk situ... aku tak tahu kenapa aku bagi... mungkin sbb dia nmpk mcm sedih takde tmpat duduk, dan mcm berharap sgt.. jalan pun lenggang2 mcm dah pnat sgt cari tmpat duduk...  nmpk mcm putus cinta pun ada... haha... lagipun nmpk muka dia mcm berpendidikan..  dan nmpk baik... muka mcm hindustan pun ada... hahaha....

cukup2, tp aku bersyukur jugak dia tak duduk depan2 aku... kalau tak mmg aku sanggup cari tmpat lainlah.. terjumpa budak 18 tu pun tkpelah...

takdelah kaku sgt nak buat hw lpas dia ddk tu... org tu baca buku je.. adalah usha jugak buku apa dia baca... nmpk mcm buku BI, huyyyooo... tp tiba2 terlentok plak... haha.. aku gelak dlm hati jelah... sbb aku pun pernah rasa mcm dia rasa...

masa tu jugak mcj abah sruh ambil awal... huhu... mmg rasa nak jeritlah...

"Pida!!!!!!!!!!! dimanakah anda...!!!"

pernah jugak terfikir, ntah2 nak balik nnti kot baru jumpa pida...
padahal pida tak dtg pun...

btw, lain kali kalau aku sorg2 je, aku nak letak buku kat setiap sudut, baru org tahu semua tmpat tu mcm ada org, haha.. bijakkan... XD


Sekian, terima kasih :)

Friday, January 27, 2012

A journey to remember


Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah, harini aku selamat sampai ke rumah... baru balik dri Negeri Sembilan :) dan Melaka...
ikut abah outstation, nak jumpa kawan abah pun malu... walaupun perempuan.. last2 abah sendiri tegur sruh salam... -____-

Semalam aku selamat sampai ke Melaka... bandaraya bersejarah.. kelmarin, aku dekat Negeri Sembilan...
aku rasa Negeri Sembilan dgn Melaka dah macam kampung kedua dan ketiga aku dah... kdg2 aku rasa mcm aku paling bnyk pergi kat dua tmpat tu drpd kampung aku sndri... yalah.. kampung aku tu jauh...

Aku rasa aku macam dah suka pulak dgn Melaka tu.. tenang je... tak tahu lah kalau ada tmpat yg sibuk.. tp bagi aku sibuk mana pun tmpat tu, ttp tng... samalah dgn Negeri Sembilan... aku suka suasana kampung yg aku pergi hari tu..

#tp satu je masalah, tmpat aku pergi tu tak bnyk sgt kedai makan, agaknya abah dah pusing 3, 4 kali tmpat yg sama untuk cari kedai makan yg bersih dan meriah sikit...

jalan2 dekat Melaka pulak, pun rasa suka suasana kampungnya... aman je... nmpk org jual rambutan, terbaik dari ladanglah... punyalah ma terliur nk beli rmbutan, tgok2 bila nak beli dah terlepas gerai yg paling last sekali... sabar je lah...

then, oleh sbb Melaka dkat dgn Negeri Sembilan, abah lalu jelah jalan yg menuju ke sana.. lalu highway Negeri Sembilan... jalan2 jalan2 jalan2... nmpk pelbagai bangunan kat tepi highway tu.. kiteorg dlm kereta pun mcam jakun pun ada.. walaupun aku rasa dah bnyk kalilah jugak kiteorg pernah lalu situ...

#saja nak meriahkan suasana... :)

sampailah tiba2 abah sebut satu bgunan ni, dan disambung oleh ma pulak...

terkedu...
tergamam....
tersentak....
terpaku...
terdiam...
terpana...

#tambah sendirilah kalau ada lagi ye....

aku tak tahu nak ckp apa... antara nak pusing kepala atau tak nak...
aku pusing jugak, walaupun rasa mcm ada org pusing balik kepala aku...
dari hulu sampai hilir bangunan tu aku pandang...
tapi, aku berjaya juga memalingkan pandangan...
:)
first time of my life...
sebelum aku pergi sana pada 25 Januari hari tu, aku berharap sgt...
Alhamdulillah, permintaan aku dikabulkan Allah...
hati ni, takdelah mengharap sgt, dan tak rasa pun permintaan itu akan dikabulkan.. tp itu yg Allah kabulkan...
walaupun sekejap, ttp memberi 1001 kenangan yg tak mungkin aku lupakan...

Terima Kasih Ya Allah...
dan terima kasih kepada ma dan abah kerana menjerit bgth..
hahaha... buat terkejut org je dlm kereta tadi...ingtkan ada apa,
berdebar tak terkatalah dalam kereta tu, tp buat muka cool je...

*bgunan apa?? adalah... :)


Sekian, terima kasih :)

Thursday, January 26, 2012

Pandangan mengejut di Mydin, Melaka


ASSALAMUALAIKUM :)

apa khabar semua?? sihat?? harap semua sihat2 belaka... :)
Alhamdulillah... Allah memberi keizinan untuk aku hidup lagi di muka bumi ini...
dah dua hari aku outstation..

#ecehhh... terbajet dah kerja pulak..

taklah.. aku hanya ikut abah aku outstation, alang2 pergi bercuti sekali...

#tapi cuti2 pon dlm hotel je...

takpelah, sekurang kurangnya aku dpat rasa tidur dalam air-cond yg bagi aku sungguh jarang sekali untuk aku tidur bawah air-cond

#maaf, ayat terjunam dalam gaung sebentar...

Rabu petang, selepas aku balik dri library, membincangkan tugas yg perlu aku + classmate aku siapkan.. aku bertolak ke REMBAU, Negeri Sembilan... abah ada tugas kat sana.. oleh sbb Rembau tu kwsn perkampungan sikit, so hotel pun tak bnyk, yg ada hotel kecil2 tu jelah... so terpaksalah duduk dkat hotel cina yg baru didirikan.. cina2 pun modenlah jugk, lawalah jgk hotelnya...

#bau lagi cat dia...

esoknya, terpaksa bertolak ke Melaka pula... skarang ni aku tengah menaip kat Hotel MITC Permaisuri, Melaka.. semua dah tidur, aku sorg je celik lagi.. duduk sini, mmg hw tak boleh nak buat... ada je yg kacau aku nak buat kerja..

#siapa lagi kalau bukan si budak kecik tu... aku pun tak tahu kenapa dia minat sgt nak kacau aku.. lompat atas katillah, macam kat rumah takde katil je nak lompat2... nasib aku ni penyabar.. haha...

Apa aku nak cerita sekarang ni cerita lawak... aku je yg faham kot.. dgn budak2 5 Abu Bakar 2012...

ada satu hari dekat Melaka ni, aku dan family pergi Mydin, Melaka untuk belilah apa2 yg patut...
then, tiba2 nmpk ada 2 org lelaki bangla/ mamak, atau apa2lah yg sewaktu dgnnya... takkanlah aku nak tny dia warga keturunan apa... dah lah diaorg tgh pegang2 tangan...

WHAT!!!! pegang tgn...???!!

hahahaha.... masa tu aku pandang gila 2 makhluk ni, terkejut dan tergamam buat sementara waktu... last2 aku senyum sendiri... lpas senyum, aku gelak sorg2...
ada jugak yg perasan aku snyum kambing sorg2, pastu dia pndg je aku...
aku pun tmbh lagi dgn senyum kambing... XD

sbbnya aku snyum sorg2, aku teringat kata2 Cikgu Sany masa kelas Sivik..

"kalau kamu tgok perempuan jalan2 kat mall pegang2 tgn, kamu tak rasa apa2 pun kan... tp cuba kalau kamu bayangkan saya dgn pele pergi jln2 dkat mall pegang2 tgn.. tak ke kamu pandang mcm apa je kan... gila ke apa org ni kan..."(masa ni cikgu buat gaya lawak gila!)

#cikgu takdelah ckp sebijik mcm aku tulis ni, tp lebih kuranglah~

masa tu satu kelas gelak, sape tak gelak tu... mgkin dia tak bahagia kot duduk kelas tu.. hehe... time tu jugk, dgrlah suara2 permpuan yg ramai dkt kelas tu ckp "ewww... ewwww.... yyeeekkkksss..." hahaha....

mmg lelaki tu pegang2 tgn... jln2... org lain buat biasa je.. aku je yg pandang lebih2 mcm polis nmpk penjahat je... bukan apa.. sbb aku mmg teringat kata2 cikgu time tu jugak... masa tu, aku rasa nak pergi kat diaorg tarik je tgn diaorg.. tp diaorg tgh mesra sgtlah..~ dan aku tkot aku terlanggar org sbb asyik pndg diaorg je...

aku tak tahu nak anggap apa terhadap mereka berdua tu.. tp aku sangka baik jelah, mungkin kat tmpat dia benda tu biasa... sbb bukan berdosa pun... sesama mahram.. cuma mgkin org pndg pelik dan fikir mcm2 tu boleh menimbulkan fitnah...

Terima Kasih kepada Cikgu Sany, sbb kongsi kisah2 mcm ni,
sebenarnya masa tu, cikgu cerita pasal lesbian dgn gay.. tak silaplah...
ke pasal apa tah.. yg penting pasal perempuan lelakilah... pasal budak2 zaman sekarang... mcm tu kott...

sampai nak tidur ni ha.. aku ingt lagi cara diaorg pegang2 tu.. hadoiii... betul apa cikgu ckp... kalau tgok laki2 pegang tgn msti rasa geli or apa2lah... padahal biasa je.. cuma manusia yg fikir benda2 lain... bukan salah pun.. cuma...... hmmmm...
mungkin ada certain place yg tak fkir apa2 bila diaorg pgang2 tgn tu....
haish... aku dah fikir mcm2 dah...
out dulu...


Sekian, terima kasih :)

Tuesday, January 24, 2012

Mereka Terhebat episod 3 (Special)


Assalamualaikum :)

I just wanna say THANK YOU to this person cause make my day special....

NOOR FAZLINA MOHD ZOHDI
(nama sepanjang ni aku letak sbgai contact number dia.. huahuahua...)

#tahulah muka mcm kanak2 sikit... but comel apa....~ hahaha... gmbr lama... since form 2 kot... so.. don't judge a book by its cover okay...

"apa kena mengena??? -____-"

btw,
Thanks sis... :)

SEKALUNG SIJIL PENGHARGAAN XD :


  • tahniah kerana menjadi KETUA PLATUN TERBAIK 2 kali berturut- turut (kot.. hehe) *garang nihhh!!*  #garang2 pun kalau nmpk lipas... rebah jugak... haha... ;)
  • Penolong Ketua Asrama 2011  #hushhh.. semua takut.. haha.. 
  • guru BI terbaik... 
#siapa nak belajar BI lepas ni, tusyen je dgn cikgu ni~ ingt.. english penting.. XD

Sekian, terima kasih :)

Monday, January 23, 2012

:')


tak tahu kenapa...
tapi...
tiba tiba aku rasa...
aku tak nak tinggalkan alam persekolahan..
aku nak tetap menjadi seorang pelajar sekolah menengah...
dan yang paling penting...
aku tak nak tinggalkan SMKS18..
banyak sangat yang aku dah belajar kat sana...
dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5...
mungkin aku rasa bahagia.. dgn kehadiran pengetua baru, yang tidak jemu berkongsi ilmu duniawi, mahupun ilmu agama...
seperti timbul rasa bangga kerana mempunyai pengetua yang begitu baik...
belum pernah lagi aku mempunyai pengetua yang sgt aku segani...
yang ketika ucapannya, akan aku dengar dgn teliti.. seolah aku menghargai setiap butir perkataannya...
dan setiap kali perhimpunan di sekolah, aku sentiasa berharap bahawa beliau akan berucap sepatah dua kata yang dpt memberi semangat kepada aku untuk terus belajar...

kadang- kadang....
aku rasa aku macam takut untuk menempuhi perjalanan yang masih panjang..
yang banyak liku likunya...
entah sampai bila aku akan hidup..
aku hanya mampu berdoa semoga aku menjadi seorang muslimah yang patuh akan perintahNya...
dan mati dalam keadaan yang beriman...
dgn agama Islam yang selama ini memberi ketenangan buat aku...

aku harap...
aku akan sentiasa kuat untuk menempuh segala rintangan dalam kehidupan aku...
kita tak sama macam orang lain..
setiap orang ada ujian dan nikmat tersendiri yang Allah berikan...
Allah hendak menguji keimanan hambanya..
semoga aku tidak hanyut dalam hasutan syaitan..
dan berjaya mengawal kesabaran aku ketika aku sedang diuji..
Alhamdulillah..
memang benar...
Allah akan menguji hambanya dgn ujian yang mampu untuk kita hadapi...
betullah....

"Allah takkan uji kita kalau kita tak boleh menghadapi ujiannya... kalau kau tak boleh menghadapi ujianNya.. habis sekarang, kenapa kau tetap berdiri teguh... masih lagi celik.. berdiri dgn kaki kau sendiri.. kalau tak.. dah lama kau jadi bodoh dan bunuh diri sbb tak boleh menerima ujianNya... takpun.. kalau kau tak boleh terima ujian tu.. terus Allah matikan kau..."

tapi kau masih hidup lagi kan??
dan terus memohon, berdoa kpd Allah agar dikuatkan hati menerima segala ujianNya kan??

benarlah...
Islam itu indah...
Allah sentiasa Adil...
menguji hambanya dgn ujian yg mampu untuk kita hadapi..
aku yakin... akulah orang yg boleh menghadapinya...
InsyaAllah...

kita selalu dengar seseorang yang sedang dlm kesedihan berkata sebegini...:

"aku tak boleh.. aku tak boleh hadapinya... kenapa mesti aku yang perlu hadapi semua ini.. kenapa aku yang dapat semua ni... kenapa tak org lain... aku tak mampu lagi... aku dah tak larat dah..."

aku juga pernah mengalami situasi sebegini..
jujur.. sungguh pahit untuk aku telan...
tetapi, bila aku fikir semula.. kenapa perlu berkata begitu,
sedangkan ketika itu, kita masih lagi berdiri,
kita masih lagi menangis untuk meratapi...
kita masih lagi mampu untuk berkata..
dan kita masih lagi mampu bernafas......
dan menerimanya sebagai takdir dlm kehidupan kita...

aku tak pasti..
samada aku akan berkata begitu..
ataupun tidak..
jika aku ditimpa musibah lagi...

tapi, perjalanan aku sebagai seorang manusia harus juga aku tempuhi..
nak tak nak..
aku akan menjadi dewasa juga...
bekerja apabila sudah tamat pengajian...
seterusnya bakal menjadi milik golongan Adam...
yang aku sendiri tak tahu siapa yang akan berjaya mendapatkanku..
dan aku sendiri tak tahu, milik siapakah tulang rusuk di dalam diri aku ini...
InsyaAllah..
milik hambaMu yang soleh dan taat perintahMu...
dan kemudian,
bakal mempunyai anak..
lagi ujian yang Kau berikan...
tidak putus2... untuk menguji keimanan hambaMu...
dan seterusnnya,
menjadi seorang tua yang tidak mempunyai apa2 lagi,
melainkan doa anak2 yang soleh dan solehah..
serta iman di dalam hati...
ketika itu.. wang yang melimpah pun tiada gunanya lagi...
dan akhirnya..
sehinggalah ke alam terakhir...
alam kubur...
itupun jika umur aku panjang dan dapat melalui alam2 seperti itu...
semoga Allah sentiasa memelihara aku...
menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNya...
juga yang sentiasa diingatiNya...
dan menjadi seorang hamba yang mampu mengawal kesabarannya...
Amin....

biarlah aku kurang pandai di dunia...
tetapi lebih pandai di akhirat...

doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat...
dan doakan aku berjaya mengharungi liku liku kehidupan ini...
semoga kita hidup di dunia dalam keberkatan Allah SWT...

GO FOR IT NADIAH...
AND ALL OF YOU...

Sekian, terima kasih :)

Saturday, January 21, 2012

SWEET SOUR :)

Assalamualaikum...
again pada malam ini...

aku nak share satu cerita...
iaitu pasal tidur dalam kelas...

CARA AKU NAK ELAKKAN:

beli gula2 SWEET SOUR...
then mkn...
setiap minggu balik aku beli satu dua pack SWEET SOUR tu...
bila ngantuk je dlm kelas.. aku mkn lah..
dah boleh kata setiap hari aku mkn gula2 dlm kelas...
aina (si penjual gula2) tu pun dah jual gula2 sweet sour bila aku sarankan sruh dia jual gula2 tu...
mulanya, dia jual 10 sen je...
tpi bila aku tegur... dia jual 20 sen...
mana boleh jual 10 sen je...
dah lah gula2 tu mahal... sikit pulak tu dlm satu pack..

dan trend budak perempuan abu bakar....
dari thun lpas sampailah thun ni...
mkn dlm kelas time cikgu ajar...

#mcm tak ckup mkn je kan...

tp budak2 duduk blakang je lah.. and second dri belakang...
galak gile mkn...
mcm mkn nasi je... hahaha... takdelah smpai mcm tu...
hilangkan mengantuk je...
mmg hilang...
tp tak sampai 10 minit, ngantuk balik...
mkn balik...
ish ish...
minum air pun mcm xde guna dah...
pernah sbb ngantuk sgt.. mnum bnyk2...
keluar kelas pergi tnds dah dkat 4 kali dah...
budak kelas lain dah boleh hafal dah muka aku time tu...
rafidah pun pernah.. hahaha..
tak boleh tahan...

aku dah bnyk jugak kena tegur..
tkut lidah rosak mkn benda msam2 selalu...
takut tu ada...
tpi nak buat mcm mana...
bagi aku fokus dlm kelas sgt penting...
that's why, aku mcm tk kisah sgt...
lagi2 tahun ni SPM..
doa2kanlah aku sihat ye... :)
Sekian, terima kasih :)

that day... 16 january 2012...

Assalamualaikum....

16 January sudah pun berlalu.. :)
aku tak tahu nak rasa sedih ke gembira..
maybe both....
dan aku still menunggu....

terima kasih kepada yang telah wish saya... :)
tersgtlah happy.. hanya tuhan saja yg tahu perasaan aku pada malam 16 january tu....
dan aku tak tahu nak taruk kat mana muka aku ni masa dia org baling bedak kat aku...

malam 16 january...
sperti biasa, aku mengharapkan bahawa the best best bestfriend aku ada bersama aku pada malam itu,
tp, nak buat macam mana...
bila takdir dah menetapkan bahawa aku jauh drpd mereka yg berada di blok C sana tu...
aku je sesat kat blok D...
dan kdang2 aku perasan, aku ni dah kesunyian je jadinya, aku lebih bnyk mendiamkan diri drpd berckp...
tak sama mcam thun2 lalu...

balik kepada cerita tadi...
aku rasa lain bila org yg x berapa nak rapat yg sambut birthday aku...
my dormate yg sambut...

lpas je habis cuci muka kat tandas.. dan gosok2 baju...
aku masuklah dorm...
pelik kenapa ramai tk tdo lagi...
bukan budak dorm aku ni slalu tdo awal ke...
tk syak pape pun... mgkin sbb baru lpas balik dri rumah, semua nak cerita mcam2...
then aku pergi kat loker, lampu dipasang macam romantik je kan..
muka di lap dgn tuala... menuju ke loker...

then dgr suara..
"1,2,3"
"Allah selamatkan kamu....."
buat tak tahu je, tkot terperasan kan???
dgr lah suara nurul semakin dkat,
aku pun pusinglah,

++"

what??  bedak dia baling???
oh my... wangi aku malam tu.. dan dah jadi mcm nenek tua dah aku mlam tu.. hbis rambut...
nasib neb x tgok.. kalau tak lagi neneklah dia panggil aku...

dan dah mcm roadrun, aku kejar nurul satu dorm... aku yg tgh cool je td dah mcm kena baling air dah...
nasib aku mcm berkuasa sikit kan...
aku rmpas bedak dia n tuang balik kat rambut dia..
hambekk kawww..... ;)
kau pulak jdi nenek tua.. tulah padahnya gelakkan aku...
adik dorm lain tgok je... ade yg gelak2 jgk...

btw, thanks... sbb wish...
mlam tu aku tdur dlm kewangian... dah lah tdo btol2 bwah kipas.. memang bau aku tersebar lah kan...

.................................................................................

next...
isnin pagi, diaorg semua mcm buat cool je,mcm x tahu apa2.. aku biar je, taknak promote birthday, kalau boleh biarlah diaorg ingt sndri... itulah yg slalu aku fikir, aku lebih suka diaorg ingt sndri drpd aku yg bgth... aku x kisah pasal hadiah, asal dieorg ingt dan wish...

masa roll call...
syifa bgth satu aspurie...
"harini ade birthday kwn kiteorg... and 2 org lagi junior.... nadiahizzati, anna maisarah dgn nazura... nama2 yg disebut ni keluar ke depan skrg..."
bagaikan terkeluar biji mata aku...

#dahlah org tkot tgok mata aku.... hehe...

then aku pun mndgr lah suara2 org menyanyi choir pagi2 buta tu...
malu pun ada....

kat skolah dgr lagi org nyanyi...
kat bilik pai, ambil kesempatan ustaz ayob tak masuk lagi, dieorg nak nyanyi2 pulakk...
kacau daun je.. aku nak pergi tnds, nurul tarik2 tgn aku sruh pergi kejap lagi, rupa2nya sbb dieorg nak nyanyi....
terduduk aku balik... tak tahu nak letak muka kat mana...

friends...
thanks a lot...
aku tak pernah lagi di wish besar- besaran macam tu...
sbb majoriti org tk ingt birthday aku..
mgkin awal sgt...
aku dah faham dah org yg birthday awal2 ni...
org yg lahir bulan january je yg faham...

org first bgi aku hadiah.. kak ally...
seminggu sebelum birthday aku dia dah dtg asrama bgi hadiah...
aku tak bkk smpailah tiba birthday aku...
dia tipu ckp tu tabung.. padahal benda lain...

then... salisa cari aku pagi2 lagi untuk bagi cadbury gold...
sbelum roll call lagi dah cari aku...
bertuah punya budak...

ainul bagi keychain domo yg boleh ltak dkt phone...
nurul kata dia dah letak bawah laci aku pagi2 lagi...
tp dah nak habis sekolah baru aku perasan...
thanks ainul buat kejutan yg mengejutkan...
time tu jgk aku jerit ckp trima kasih... cikgu takde.. takpe...

rafidah, bagi aku cawan warna purple, slepas habis roll call masa nak amik barang keceriaan...
"nadiah, happy birthday, sorri x balut..."
hahahaha....
lawak lawak...

zulaikha... bagi keychain angrybird warna kuning...
thanks... :)
comel...

yus.. bagi bunga buatan tgn sendiri...
haha...
romantiknya.. tak pernah aku dpt bunga...
yee... bunga palsu pun jadilah... haha...

ainaaffina...
budak penjual gula2 dlm kelas yg ddk sbelah aku..
major, akulah yg beli bila ngantuk.. lagi2 kismis yg dia jual tu, boleh kata setiap hari duit aku habis beli kismis dia tahun lepas...
dia bagi buku.. mcm sketch book...
even lambat pun... aku kisah apa, dah org bagi, terima jelah...
tp cara dia bagi lain skit tau, dan aku tak syak apa2 langsung...
antara 3 buku.. dia sruh aku pilih corak yg aku suka... aku pilih 2..
tp dia sruh aku pilih satu je... aku mmg dah set dlm kepala, mesti dia sruh aku pilih sbb dia nak guna yg tu...
then dia sruh aku tulis apa yg dia sbut...
aku ingt dia sruh tulis nama dia.. sbb dia kata tulisan dia tak cntik...
then aku bersedia...

"nak tulis apa ni.."
"tulis S"
"then??"
"tulislah dulu..."
sampailah ayat terakhir...
rupanya buku tu untuk aku...
"Slamat bday nadiah"
bagus punya aina... nak main2 dgn aku pulak

then, hadiah lagi mengejut drpd raudhah thazali...
balik2 je skolah tgok ada hadiah siap berbalut and berkad (ada gmbr dia lagi tu)
ape lagi.. snyum smpai ke telingalah.. tak sangka pulak budak kecik tu nak bgi hadiah kan...
ingtkan tak tahu....

paling tak boleh lupa..
kit kat dan sos cili bawah meja...
ntah sape bgi aku...
terima kasihlah...
aku tak makan lagi smpailah org tu bgth...
sos cili??? knapelah org tu nak bgi aku.. nak sruh aku "siapa yg makan cili, dia yg rasa pedasnya ke apa"

btw, terima kasih bnyk2 kepada mereka...
tak tahu nak ckp apa...
salisa dah bgi hadiah, siap belanja mkn kat kantin lagi..
trimas...
jasamu tkkan ku lupa...
thanks everyone,,
:)
Sekian, terima kasih :)

Saturday, January 14, 2012

SMKS 18- 2012 (first & second week)


Assalamualaikum...

minggu ni alhamdulillah aku balik,
guest apa aku nak cerita...
FIRST DAY IN SMKS 18-2012
dimana saya telah menjadi 17 tahun...

#dalam masa sehari lagi... ;)

17 tahun??!!!!
bermakna aku dah f5..
senior yg paling senior di asrama, dan di sekolah...

#di sekolah????
tak, ada lagi tua kat kelas aku tu...
dan di kelas2 lain.. 

so aku x delah tua sgt kan.... hehe....
first day mula sekolah hari Rabu...

apa aku rasa...

1) kenapa tulisan dah tak mcam slalu ni.. buruk gila... siapa ajar kau buat tulisan mcm ni nadiah?? kat tusyen bolehlah, sbb mmg aku buat tulisan buruk... tkde org check...

2) alamak aiiii.. ada lencana asrama pulak... knape tak buat dulu2 je....
 #aku kot yg jahit lencana asrama dan pakai ke sekolah dulu... the first person kottt.. sbb semua tegur... bangga dgn asrama 18 tu...

3) eh, knape kain sekolah ade yg ketat, ade yg longgar ni???

4) org DM yg baru tu gaduh ouh... sbb ponteng kerja pergi isap rokok, kena tegur sikit dgn org lain, dah baling2 sudu garfu dlm dapur dia... smpai ke pisau2... aku takut terus keluar, walaupun baru je nak ratah ayam dia yg sdap tu... nasib pengurus dia baik, bekas guru besar yg dah pencen tu....

5) dorm atas rumah ustazah pulak... susahlah nak bising2.... hehe....

6) kenapalah budak dorm aku tidur awal2 sgt, sape nk teman aku study and basuh baju nnti... kalau dulu ade lisa... :'( skarang dia kat seberang dah.. semua dah tggalkan aku pergi blok C...

7) adek2 dorm baik2 dan sporting2.. yeayyyy! :)

8) ahaha... cawan 'Nestle Bliss' same dgn nadzmi, neb yang perasan... usha je neb tu.. mata, kalah mata aku yg lagi bnyk dri dia...

9) budak baru yg menmbhkan bilangan lelaki mnjdi 5... dua dua bukan lahir thun 1995.. sorg 18 thun, sorg lagi 19 tahun... bangga kan dpt budk umur 19 thun yg jarang ada kat skolah...
#budak?????? bukan dia lagi tua dari kau ke?? tkpe....

10) whhoooaaa!!! student baru tu, dtg2 skolah terus jadi ketua kelas 5 ABK dan Pengerusi rumah Bendahara... dasyat gilaa! mmg rezeki kau kat 18 HEBAT ni lah... umur pun 18... ada ong ke apa dgn nombor tu???

11) stakat ni tak pernah miss ma'thurat pagi lagi... memanglah.. kalau dah dorm bawah... tmbh loceng asrama yg mnyakitkan telinga tu, di tmbh lagi dgn jam loceng angry bird yg nurul suhaila bgi kat aku masa tukar2 hadiah 4 abk dulu, mmg sakit telingalah... angry bird tu pun marah kat aku kalau tak bgun tdur lagi.. hhhmmmm...

12) masa kena dtg asrama pagi selasa tu, nak tolong budak form 1 baru tunjuk dorm, ada jugak mak mak yg ckp mcm ni kat aku..
"adik dah lama ke tinggal kat asrama ni..."
"haah.. dah lamalah jugak"
"tingkatan berapa ni..??"
"tingkatan 5..." *sambil senyum plastik kerana aku sndri tk percaya aku dah form 5...*
"hah??! form 5??? keciknnnyyeee..."
-_____________________-"
masa aku form 2 form 3 dulu... punyalah kwn2 mak aku ckp
"eh, dah besar dah nadiah ni ha... lagi besar dari mak dia dah..."

tahun ni lah first time aku dgr org ckp aku kecik...
apa aku ni makin dah nak tua makin kecil ke????????
masa muda2 dulu besar????
sampai 2, 3 org mak ckp aku mcm tu... aku pun gelak2 je... betul ke tu??
siap tny member lagi...
"lisa, muka kita tak matang ke smpai ada parents ckp mcm tu...."
"eh, matang je..."
ada jugak kwn aku yg terkejut...
"ha??? ade parents ckp nadiah ni kecik?? kalau nadiah diaorg dah ckp mcm tu, apa lagi kiteorg..."
-___________________-"

13) pengetua yg best- Tuan Haji Ghazali...
16 januari ni perhimpunan akan diadakan di Dewan Al Madani...
mcm nak meraikan hari yg bahagia je.. hahaha... XD

14) menu DM yg bnyk perubhan, ada yg sampai mkn nasi briyani.. minum ptg mkn burger.. tp aku tak dpt sbb tdur, xde org kejut...

15) basuh baju sorg2 dlm tnds... huhu.. salisa!!! tp nurul dgn tan-sue mcm bakal mengikut jejak aku je.. hehehe...

16) kalau ada aku, selipar kena susun lawa2... kalau tak, bgun pergi susun... buruklah kalau x susun selipar masuk surau... atau dorm, kalau skejap tkpelah... tgok KISAS.. susun selipar lawa gila, kiteorg tgkp gmbr selipar tu mcm jakun x pernah tgok selipar je...

17) tugas check blog C hari jumaat dgn Aina'a time roll- call pagi.. better kot dari jd MC mcm thun lpas... x larat nak ckp kuat2...

18) asyik pergi blok C panggil dieorg turun mkn.. dah mcm mak panggil anak mkn je gaya... kena aku panggil sruh cpat jgk baru dieorg turun...

19) kelas dkat kelas 4 umar thun lpas... kiteorg mcm main tukar2 kelas pulak dgn klas dieorg...

20) mcm biasa, kepala aku dah set tidur skejap masa prep, kalau takut tidur terlajak, aku tdur 10/15 minit sblum hbis prep, kalau tdur sbelum masa tu, konfem aku ssh bgun wlaupun ada org kejut, pnat tuh... kecuali kalau mmg hw berlmbak... kalau aku bgun pun, mgkin aku buat kerja sekolah dlm keadaan mamai, ntah apa aku tulis nnti aku tak tahu... aku tknak lah tdur lpas asar, kalau boleh sebelum asar lah... tp pernah je, tertdur slepas asar... itu kategori tak tdur masa prep, tak pun... tertdur masa baca buku smbil baring... mmg aku lemah tu.. bukan aku baca buku nnti, buku yg baca aku...

21) semakin bising dlm kelas... duduk sbelah aina... mcm mana aku x bising, kat depan tu rafidah lagi, sape tk bising... aku tringin jgk nak ddk dpan, tp kedudukan meja ubah2.. then dieorg dpt tmpat dulu, takkan nak halau... tp tkpe.. aku dah semakin berani bertanya kalau aku tak pham, stakat ni tkdelah aku tny lagi, sbb aina kat sebelah ni yg akan jwb pertanyaan aku... kalau aku tny cikgu pun of course aina akan tolong aku jgk... TERIMA KASIH AINAAFFINA... terima kasih kerana sudi membantu dan mengajar... bnyk pahala tu.. lagi2 aku ni yg kena tunggu org tu terangkan bnyk kali.. baru boleh faham... jasamu dihargailah... juga IZZAH MARDHIAH.. terima kasih kerana bnyk mmbantu... cium sikit :*... hahahaha!!

22) jadi bendahari, setiap hari kalau dgr suara aku tu... aku mntak hutanglah tu.. kali ni duit kelas up 2 kali ganda jadi RM 4... hehehe... korg yg setuju kan... tkut tk ckup mcm thun lpas... hohoho... korg tunggulah ALONG korg mntak duit kat korg... hahaha.... korg kena hormat org yg tua.. maksudnya.. perempuan yg paling tua dlm kelas tu... ;)

ada lagi.. tp tak pyahlah bgth...
okay.. dah pnat..
ada pendahuluan.. takde penutup...
bye!!!!
Sekian, terima kasih :)

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012

Assalamualaikum... :)

selama lebih kurang 3 hari aku x menyentuh laptop...
tak update blog tersayang ;)
Alhamdulillah.. sembuh jugak aku...
selama 2 hari, rasa mcam tk ckup nafas...
dan asyik terjaga pagi2 buta... panggil ma pun tkde suara yg menyahut...
rasa mcam mati keseorgan je... *hehe*

#agak2 lah tu...

dan selama tu jugaklah sedara2 dok perli aku...
"haih kakak... nak mula sekolah baru nak sakit... nmpk gaya mcam tk nak skolah je..."
-________________-
nak buat mcm mana.. bukan aku yg mntk pun... biarlah... tahun 2011 aku tk sakit lagi yg teruk2.. yg biasa2 pernahlah.. haha.. 

Alhamdulillah lagi sekali...
*nak katalah.. tk pyah mkn ubat pun boleh sembuh.. doa bnyk2 je mintak cpat sembuh... :)*
takbir!
Allahuakbar!

#hehe... pengaruh pergi ceramah ustaz Azhar... ;)

kerana ubat itu hanya membantu menyembuhkan penyakit kita, tetapi Allah yg menyembuhkan...
dgn izinNyalah kita boleh sembuh..

#aku bukan nk ckp pasal ni sbnrnya....

mula dari awal balik....

.....................................................................................................

Nadiah 'Izzati ingin mengucapkan...

SELAMAT TAHUN BARU 2012...!!!

#eerrmmm... tak terlambat lagi kan.....???

Semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih pandai, lebih bergaya, lebih cool, lebih baik, dan lebih meningkatkan iman kita untuk kembali ke jalan Allah... InsyaAllah...

So.. BYE BYE 2011... :'(
nmpk tak SAYONARA yg aku tulis tu??? lupa nak guna pen... ;)

tahun yg paling sejarah dalam hidup aku...
semua tahun sejarah kott...
2011.... bnyk kenangan yg aku lalui, samada seorg mahupun bersama yg lain...
sukaduka, bnyk aku lalui...
tk lupa juga, debaran2 yg aku lalui... ;)


2012...
first time aku sambut tahun baru kat luar...
Alhamdulillah lagi... :)
sebab permulaan dlm hidup aku sambut tahun baru kat luar dgn sambutan yg penuh dgn barakah...
dalam keadaan tak menentu aku tu...
aku kuatkan diri pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan...
ada Zizan sekali... memang aku yg dah lemah longlai, tunggu masa nak gedebuk tgah jalan tu terus segar bugar bagai sayur sawi yg baru di petik dari ladang... dari ladang???? apa2 lah... ^^

there,
aku jumpa ramai yg aku kenal...
Ustaz Noordin-18, budak aspura form2 (aku lupa nama)-18, Ummi-18, Basyeer- budak tusyen dan hantu yg pernah menghantui aku dulu*nasib dia x nmpk aku.. dia tak tahunya aku cerita pasal dia, dia mana ada blog.. ;B*, ex-18 yg umurnya dah berapa tak tahu, lagi.. tu je kot... mgkin ramai lagi yg bakal aku jumpa, tp kalau dah 80,000 org dtg mana lah aku nak cam...

aku ada rakam jugak babak2 yg lawak2 antara zizan dan Ustaz Idrus, tp aku xnklah masukkan yg ori punya aku rakam, sbb ada suara aku dah gelak2, aku pulak tergelak2 dgr aku gelak yg mcam tk ckup nafas tu...

sbnrnya, bukanlah ceramah yg biasa korg dgr kat masjid tu, tp ceramah santai, Ustaz Azhar tu akan jawab soalan2 yg tertera pada kertas yg mana zizan yg akan membacakan soalan itu...
santai~

nah, tgoklah lwak mereka dlm video youtube nih,
yg buat aku segar bugar bak sayur sawi tu.. XD
mereka serasi bersama....

okay...  permulaan pun dah lawak... ^^

hukum main alat muzik

hukum langgar lampu merah

betul ke perempuan tak wajib pakai tudung???

bnyk lagilah.. takkanlah semua aku nak letak semua kat sini... dan semua soalan yg diajukan semua lawak2... kalau nak korang tgoklah kat youtube sendiri...

tp paling aku gelak sambil tepuk tepuk tgn...


itu saje yg aku nak post,
esok nak pergi asrama dah...
ni pun dah lama aku save post ni jadi draft, tak sempat nak publish...
okay...
bye bye :'(

Sekian, terima kasih :)