Hai awak :)

Monday, January 23, 2012

:')


tak tahu kenapa...
tapi...
tiba tiba aku rasa...
aku tak nak tinggalkan alam persekolahan..
aku nak tetap menjadi seorang pelajar sekolah menengah...
dan yang paling penting...
aku tak nak tinggalkan SMKS18..
banyak sangat yang aku dah belajar kat sana...
dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5...
mungkin aku rasa bahagia.. dgn kehadiran pengetua baru, yang tidak jemu berkongsi ilmu duniawi, mahupun ilmu agama...
seperti timbul rasa bangga kerana mempunyai pengetua yang begitu baik...
belum pernah lagi aku mempunyai pengetua yang sgt aku segani...
yang ketika ucapannya, akan aku dengar dgn teliti.. seolah aku menghargai setiap butir perkataannya...
dan setiap kali perhimpunan di sekolah, aku sentiasa berharap bahawa beliau akan berucap sepatah dua kata yang dpt memberi semangat kepada aku untuk terus belajar...

kadang- kadang....
aku rasa aku macam takut untuk menempuhi perjalanan yang masih panjang..
yang banyak liku likunya...
entah sampai bila aku akan hidup..
aku hanya mampu berdoa semoga aku menjadi seorang muslimah yang patuh akan perintahNya...
dan mati dalam keadaan yang beriman...
dgn agama Islam yang selama ini memberi ketenangan buat aku...

aku harap...
aku akan sentiasa kuat untuk menempuh segala rintangan dalam kehidupan aku...
kita tak sama macam orang lain..
setiap orang ada ujian dan nikmat tersendiri yang Allah berikan...
Allah hendak menguji keimanan hambanya..
semoga aku tidak hanyut dalam hasutan syaitan..
dan berjaya mengawal kesabaran aku ketika aku sedang diuji..
Alhamdulillah..
memang benar...
Allah akan menguji hambanya dgn ujian yang mampu untuk kita hadapi...
betullah....

"Allah takkan uji kita kalau kita tak boleh menghadapi ujiannya... kalau kau tak boleh menghadapi ujianNya.. habis sekarang, kenapa kau tetap berdiri teguh... masih lagi celik.. berdiri dgn kaki kau sendiri.. kalau tak.. dah lama kau jadi bodoh dan bunuh diri sbb tak boleh menerima ujianNya... takpun.. kalau kau tak boleh terima ujian tu.. terus Allah matikan kau..."

tapi kau masih hidup lagi kan??
dan terus memohon, berdoa kpd Allah agar dikuatkan hati menerima segala ujianNya kan??

benarlah...
Islam itu indah...
Allah sentiasa Adil...
menguji hambanya dgn ujian yg mampu untuk kita hadapi..
aku yakin... akulah orang yg boleh menghadapinya...
InsyaAllah...

kita selalu dengar seseorang yang sedang dlm kesedihan berkata sebegini...:

"aku tak boleh.. aku tak boleh hadapinya... kenapa mesti aku yang perlu hadapi semua ini.. kenapa aku yang dapat semua ni... kenapa tak org lain... aku tak mampu lagi... aku dah tak larat dah..."

aku juga pernah mengalami situasi sebegini..
jujur.. sungguh pahit untuk aku telan...
tetapi, bila aku fikir semula.. kenapa perlu berkata begitu,
sedangkan ketika itu, kita masih lagi berdiri,
kita masih lagi menangis untuk meratapi...
kita masih lagi mampu untuk berkata..
dan kita masih lagi mampu bernafas......
dan menerimanya sebagai takdir dlm kehidupan kita...

aku tak pasti..
samada aku akan berkata begitu..
ataupun tidak..
jika aku ditimpa musibah lagi...

tapi, perjalanan aku sebagai seorang manusia harus juga aku tempuhi..
nak tak nak..
aku akan menjadi dewasa juga...
bekerja apabila sudah tamat pengajian...
seterusnya bakal menjadi milik golongan Adam...
yang aku sendiri tak tahu siapa yang akan berjaya mendapatkanku..
dan aku sendiri tak tahu, milik siapakah tulang rusuk di dalam diri aku ini...
InsyaAllah..
milik hambaMu yang soleh dan taat perintahMu...
dan kemudian,
bakal mempunyai anak..
lagi ujian yang Kau berikan...
tidak putus2... untuk menguji keimanan hambaMu...
dan seterusnnya,
menjadi seorang tua yang tidak mempunyai apa2 lagi,
melainkan doa anak2 yang soleh dan solehah..
serta iman di dalam hati...
ketika itu.. wang yang melimpah pun tiada gunanya lagi...
dan akhirnya..
sehinggalah ke alam terakhir...
alam kubur...
itupun jika umur aku panjang dan dapat melalui alam2 seperti itu...
semoga Allah sentiasa memelihara aku...
menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNya...
juga yang sentiasa diingatiNya...
dan menjadi seorang hamba yang mampu mengawal kesabarannya...
Amin....

biarlah aku kurang pandai di dunia...
tetapi lebih pandai di akhirat...

doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat...
dan doakan aku berjaya mengharungi liku liku kehidupan ini...
semoga kita hidup di dunia dalam keberkatan Allah SWT...

GO FOR IT NADIAH...
AND ALL OF YOU...

Sekian, terima kasih :)

4 comments: