Hai awak :)

Thursday, January 26, 2012

Pandangan mengejut di Mydin, Melaka


ASSALAMUALAIKUM :)

apa khabar semua?? sihat?? harap semua sihat2 belaka... :)
Alhamdulillah... Allah memberi keizinan untuk aku hidup lagi di muka bumi ini...
dah dua hari aku outstation..

#ecehhh... terbajet dah kerja pulak..

taklah.. aku hanya ikut abah aku outstation, alang2 pergi bercuti sekali...

#tapi cuti2 pon dlm hotel je...

takpelah, sekurang kurangnya aku dpat rasa tidur dalam air-cond yg bagi aku sungguh jarang sekali untuk aku tidur bawah air-cond

#maaf, ayat terjunam dalam gaung sebentar...

Rabu petang, selepas aku balik dri library, membincangkan tugas yg perlu aku + classmate aku siapkan.. aku bertolak ke REMBAU, Negeri Sembilan... abah ada tugas kat sana.. oleh sbb Rembau tu kwsn perkampungan sikit, so hotel pun tak bnyk, yg ada hotel kecil2 tu jelah... so terpaksalah duduk dkat hotel cina yg baru didirikan.. cina2 pun modenlah jugk, lawalah jgk hotelnya...

#bau lagi cat dia...

esoknya, terpaksa bertolak ke Melaka pula... skarang ni aku tengah menaip kat Hotel MITC Permaisuri, Melaka.. semua dah tidur, aku sorg je celik lagi.. duduk sini, mmg hw tak boleh nak buat... ada je yg kacau aku nak buat kerja..

#siapa lagi kalau bukan si budak kecik tu... aku pun tak tahu kenapa dia minat sgt nak kacau aku.. lompat atas katillah, macam kat rumah takde katil je nak lompat2... nasib aku ni penyabar.. haha...

Apa aku nak cerita sekarang ni cerita lawak... aku je yg faham kot.. dgn budak2 5 Abu Bakar 2012...

ada satu hari dekat Melaka ni, aku dan family pergi Mydin, Melaka untuk belilah apa2 yg patut...
then, tiba2 nmpk ada 2 org lelaki bangla/ mamak, atau apa2lah yg sewaktu dgnnya... takkanlah aku nak tny dia warga keturunan apa... dah lah diaorg tgh pegang2 tangan...

WHAT!!!! pegang tgn...???!!

hahahaha.... masa tu aku pandang gila 2 makhluk ni, terkejut dan tergamam buat sementara waktu... last2 aku senyum sendiri... lpas senyum, aku gelak sorg2...
ada jugak yg perasan aku snyum kambing sorg2, pastu dia pndg je aku...
aku pun tmbh lagi dgn senyum kambing... XD

sbbnya aku snyum sorg2, aku teringat kata2 Cikgu Sany masa kelas Sivik..

"kalau kamu tgok perempuan jalan2 kat mall pegang2 tgn, kamu tak rasa apa2 pun kan... tp cuba kalau kamu bayangkan saya dgn pele pergi jln2 dkat mall pegang2 tgn.. tak ke kamu pandang mcm apa je kan... gila ke apa org ni kan..."(masa ni cikgu buat gaya lawak gila!)

#cikgu takdelah ckp sebijik mcm aku tulis ni, tp lebih kuranglah~

masa tu satu kelas gelak, sape tak gelak tu... mgkin dia tak bahagia kot duduk kelas tu.. hehe... time tu jugk, dgrlah suara2 permpuan yg ramai dkt kelas tu ckp "ewww... ewwww.... yyeeekkkksss..." hahaha....

mmg lelaki tu pegang2 tgn... jln2... org lain buat biasa je.. aku je yg pandang lebih2 mcm polis nmpk penjahat je... bukan apa.. sbb aku mmg teringat kata2 cikgu time tu jugak... masa tu, aku rasa nak pergi kat diaorg tarik je tgn diaorg.. tp diaorg tgh mesra sgtlah..~ dan aku tkot aku terlanggar org sbb asyik pndg diaorg je...

aku tak tahu nak anggap apa terhadap mereka berdua tu.. tp aku sangka baik jelah, mungkin kat tmpat dia benda tu biasa... sbb bukan berdosa pun... sesama mahram.. cuma mgkin org pndg pelik dan fikir mcm2 tu boleh menimbulkan fitnah...

Terima Kasih kepada Cikgu Sany, sbb kongsi kisah2 mcm ni,
sebenarnya masa tu, cikgu cerita pasal lesbian dgn gay.. tak silaplah...
ke pasal apa tah.. yg penting pasal perempuan lelakilah... pasal budak2 zaman sekarang... mcm tu kott...

sampai nak tidur ni ha.. aku ingt lagi cara diaorg pegang2 tu.. hadoiii... betul apa cikgu ckp... kalau tgok laki2 pegang tgn msti rasa geli or apa2lah... padahal biasa je.. cuma manusia yg fikir benda2 lain... bukan salah pun.. cuma...... hmmmm...
mungkin ada certain place yg tak fkir apa2 bila diaorg pgang2 tgn tu....
haish... aku dah fikir mcm2 dah...
out dulu...


Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment