Hai awak :)

Thursday, December 27, 2012

The Raisin Nips :)


Yess!!
Tadi round2 Giant 13, beli kasut sekolah Hanani... kehkehkeh... Then masuk Giant... Aku pergi kat satu tempat ni, suka merayau2 sampai ma dgn abah hilang... *siapa yang hilang sebenarnya??* haha... Apa guna handphone di tangan, kalau hilang daripada pandangan....

"Hello abah, abah kat mana?? kakak cari tak jumpa ni... lain kali bagitahu kalau nak pergi mana2..."

Siapa yang perlu bagitahu siapa aku pun dah keliru...
Dan dalam perjalanan aku yang keseorangan ditemani troli yang dlamnya ada apa je, tak padan dgn ambil troli, aku terjumpa ini...


Budak2 aspurie tahulah aku selalu kehulur kehilir bawak benda alah ni, bila ada orang minta, aku bagi yang kacang je... haha... kesian pulak, semua berebut yang raisin punya. Sebab dah selalu makan aku dah tahu dah mana yang dalam dia raisin atau kacang. Bila dah rasa2 semua yang raisin punya dah masuk dalam perut...

"Nah korang, ambillah... dah tak nak dah..."

"Nadiah nak bagi kiteorg?? semua?"

"Haah.. ambillah..."

Aku ingat lagi muka Suhaila Pilus yang sungguh2 cari nips yang ada raisin bila aku dah ajar dia macam mana nak kenal nips kacang atau raisin.... XD

"Hampeh kau Nadiah~ kau habiskan semua raisin pastu kau bagi kiteorg yang tinggal kacang je..."

"hahahaha....!! rasa nak hantar surat kat office dialah suruh buat raisin nips pulak...."

Tgok muka ala2 mak tiri Syakila yang asyik gigit nips kacang pun dah kelakar... kononnya dah jumpa yang raisin punya, tp bila gigit keras... haha... aku dah pakar lah~~ XD

Bila aku nak ambil nips ni, tiba2 aku ternampak ada warna lain pulak... bukan nips ni ada dua warna je ke?? asal tersesat warna oren?? ke warna merah dia dah habis so dia guna warna oren?? tapi warna merah ada je....??

Rupa2nya impian aku dah tercapai....~~ Akhirnya orang nips ni buat jugak nips raisin... tak payahlah susah aku nak pilih2 nanti.... Dan tak payahlah aku berebut dgn abah cari nips yang ada raisin.. Mentang2 aku dah ajar mcam mana nak jumpa nips raisin, semua abah ambil.... :D


Terima Kasih orang Nips :)

p/s: Perlu ke aku buat surat penghargaan dan jutaan terima kasih kat syarikat Nips ni?? mana tahu tiba2 dapat jadi duta nips ke... haha...^^



Sekian, terima kasih :)

Wednesday, December 26, 2012

Job~


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, harini aku seronok sangat..... Pukul 11 pagi aku bertolak dari rumah pergi PAS. Kak Ally ajak keluar, memang aku sorang jelah kan dan dia dgn 3 orang kawan dia dan kemudian bertukar 4 orang. Yeah, buah hati dia dari SAMTAJ datang time makan. Memang aku tergelak habis lah. Itu ke suprise yang dia kata tu. Muka cover je. Heleeeyyhhh~ macam first time je, walhal sebelum ni dah pernah jumpa dah. Aku sorang je, ajak kawan semua tak dapat ikut~

Datang2 terus main boling 2 games. Leceh betul lane dia. Rasa macam nak tolong baiki je. Dah lah main 2 games. Satu game satu jam. So 2 games dua jam. 4 org je main. Asyik rosak je. Nevermind. Benda dah lepas, dan dah habis main dah pun. Dah menang dah pun ^^ Then, pergi makan sbb aku dah lapar sangat, daripada pagi tak makan lagi. Okay, again, Kenny Rogers lagi. Jamuan dah makan ayam dah. Takpe, aku pilih spaghetti pulak. Tunggu punya tunggu datanglah buah hati kak Ally. Fuyyo~ Dah janji rupanya. Patutlah asyik sengih2 je kak ally. Gilak ah nampak macam betul2 budak SAMTAJ lah. Gaya kak ally cerita nampak macam ganas je. Tgok pendiam je. Tak tunjuk depan2 kot. Tak kisahlah. Semoga berkekalan. Aiceyyhhh~ Jgn buat benda tak sepatutnya sudahlah :)

3.30 balik. Abah tak datang lagi. Jadi aku merayau- rayau dulu dalam mall tu. Baru teringat time dekat surau tadi terjumpa Ain Mazlan. Dia kerja kat Canggih dgn Syifa and Nisa. Jadi aku pun terfikir nak buat kejutan kat diaorg. So aku pun pergilah Canggih, kononnya macam nak beli baju sekolah lah. Poyo~ Nak sekolah la katakan ^^ Masuk je kedai tu, Syifa tgh busy susun kertas. Memang ramailah customer. Terkejut beruk Syifa bila nampak aku. Aku tgok gaya dia dah macam buat drama korea yang 10 tahun tak berjumpa je. Tergelak aku tgok reaksi dia. Dah salam semua, 3 orang budak 18 yang kerja situ, then tiba2 Syifa tanya ;

"Nadiah nak kerja sini tak? Tgh tak cukup pekerja ni.."

"Ouh.. boleh ke??" *keling kan tanya macam tu, dah org tanya macam tu mestilah tgh cari pekerja*

"Mestilah boleh..."

"Okay, mestilah nak...!"

"Ha nah, ambil borang ni, isi sekarang jugak. Ain Shahidan pun nanti nak dtg mintak kerja sini"

"Huyyo.. isi sekarang ke??"

"Ha mestilah, lepas ni terus interview.."

Mak aih. Aku dah terus terpaku di celah2 ramai org tu. Ingatkan isi borang then nanti dia call. Aku dah terfikir dia interview gila2 macam Salisa kena interview tu. Sekali, hmmmpppphhhh... Macam tu je ke interviewnya. Pengurus dia just ckp bila boleh start kerja, waktu rehat, waktu kerja, gaji and others. Laaa...~ ingatkan macam manalah tadi. Ikutkan aku kena masuk kerja esok. Tapi, aku ada hal. So aku pilih the first day of 2013 :) Baru rasa macam nak masuk sekolah... haha... Bolehlah gajinya. Aku tak kisah pun gajinya. Asalkan aku ada pengalaman bekerja. Waktu pun okaylah jugak. 10 pagi until 9 malam. Jadi promoterlah nampak gayanya aku ni. Kerja jadi promoter tak pernah pun terdetik dalam sanubariku~ cehhh... haha... Aku ingatkan aku akan kerja kat tempat2 macam Tutti Fruity ke, Secret Recipe ke, Dunkin Donuts ke, kedai kek ke, sbb tu yang aku nak. Bolehlah dapat mkn mknn lebih lpas kerja. Manalah tahu^^ Tapi dapat jadi promoter pun dah bersyukurlah. Lebih2 lagi tmpatnya dalam mall, then majoriti family2 je yg pergi. Makan baju sekolah la aku nanti~ Ingatkan tak nak dah pandang baju sekolah ni~ Tapi kena pandang sekali lagi. Lantaklah~ Tapi paling bestnya, all girls yang duty kat situ :)

Aku minta sikit je, tapi Allah bagi lebih baik daripada yang aku inginkan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Takdelah, aku terfikir kalau aku kerja kat tempat2 yang aku nak tu mungkin ada org kacau ke. *haha.. macam ada yang nak kacau...* At least ada budak 18, rapat pulak tu baguslah jugak. Takdelah rasa janggal sgt nanti. Alhamdulillah... Alhamdulillah :)

Kesian akak jual handbag yang aku minta kerja first aku jejak kaki kat PAS tu. Act aku dah minta kerja dgn dia. Cuma dia akan call jadi ke tak. Tapi dia nak full time. Aku nak part time je. Kat Canggih tu boleh dapat cuti sehari dalam seminggu except weekend. Mana nak letak kursus kereta aku tu nanti. At least, kat Canggih tu manager dia kasi keluar untuk pergi kursus kereta tu then kena masuk kerja balik. Okaylah tu..

So, doakan aku dapat bekerja dgn baik~ Amin~
Aku tak bagitahu parents aku pun aku cari kerja. Masuk kereta je, bila bgth semua sengih je. Boleh lah tu. Abah pun gelak2 je :)

January 2013, aku datang :)






Sekian, terima kasih :)

Monday, December 24, 2012

Jamuan Awesome 2012 :)


Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, pada tarikh 20.12.2012, tarikh yang cantik kan??
5 Abu Bakar selamat menjalankan jamuan kelas di Berjaya Times Square.
Memang berjayalah jamuan kiteorg tu :)
Seronok sangat dapat buat semuanya sama2 last2 day kiteorg jumpa nih...
Bagi aku, ni lah kenangan yang paling indah sekali antara classmates kiteorg...
Semuanya berjalan dgn lancar,

Back to our first meeting...
Orang pertama aku jumpa adalah Syida Edora or you can call her Cida KTM--
rasa ukhuwah tu erat sangaaatttt.... :)---> Kak Timah...
panggilan ini direka org amilia bila syida menceritakan kisah ngeri dia yang pernah terjatuh dkt landasan tren masa kecik2 and that time, tren tgh lalu :O
Hidup lagi kawan aku ni ye~~
Syida tumpang aku, dan dialah org pertama yang aku jumpa....


Then, semua dah berkumpul di KTM Shah Alam,
aku tgok semua perempuan kelas aku je...
lelakinya baru raziq dgn faiz je ada... lagi 3 orgnya mana??? -___-"
bila sampai2 je, diaorg kata kiteorg paling lambat....
HELLOOOOO~ ada lagi ye yang lambat dri kiteorg....
tunggu punya tunggu agar semua dapat pergi sama2, akhirnya perancangan pukul 9 nak bertolak jadi pkul 11 baru bertolak...
O.O"
tunggu budak laki lah lama sgt!
makeup apa kat rumah....
perempuan2 semua dah berasap dah sbb diaorg tk boleh makeup lama2 kat rumah~ hahaha....

btw, act hadiah2 nak bagi teacher dgn tukar2 hadiah tertinggal kat dlm kereta...
ma sanggup pusing balik semata nak pass balik hadiah tu... hihi^^
cuai kan aku....~ ni semua salah kereta kat belakang tu lah pergi hon, aku dah opocot pocot terus keluar dari kereta.... -___-"
terima kasih ma :)

lambat sgt laki 3 org tu, kiteorg terus beli tiket masuk...
bila tren dtg baru nmpk bayang diaorg berlari2 taknak tinggal tren... padahal bukan naik tren tu punn...
boooo.... gelakkan diaorg, nasib baik sempat keluar dalam kesesakan org yg nak masuk tu...
kalau tak diaorg dah pergi mana pun tak tahu lah...

perempuan kiteorg masuk koc wanita... kosong...
mmg conquer satu tren tu lah... buat bising... main2.... berjalan sana sini...
rupa2nya penat jugak naik tren...





pkul 12 mcm tu, kiteorg sampai TS...
first time aku kat sana...
jujur ckp dah mcm syurga shooping, barang murah macam kat pasar tani...
tp lagi best la sbb ada aircond...
aku pun beli baju harga RM10, lawa pulak tu, beli sama dgn rafidah dan syafirah..
aku berani ckplah kalau pergi sana korang rasa nak beli je semua benda...
perempuanlah.. lelaki kurang sikit kot...

then decide mcm2, ada nak main dululah, ada nak makan dululah, ada yang nak solat dululah...
-__-"
kau nak solat apa pukul 12 weyh??
decide2 tgh jalan, so nak main dulu... okay, main dulu...
aku dah sedih dah sbb aku nk mkn dulu... hehe...
aku dan syasya pun pergi beli tiket nak masuk theme park tu, sambil2 beli tu nmpklah org menjerit main roler coaster, bergegar lantai, aku takut roboh je bgunan TS tu...~
kiteorglah paling lama beli.. sbb untuk 21 org..
dpatlah murah skit sbb melebihi 20 org...
tgok2 dah pukul 12.30,
semua nak mkn dulu pulak... yesssssSS!!

kiteorg naik lift...
dan lift tu sgt sesak dgn budak2 kelas kiteorg je!
tiba2 ada sorg mak cik ni masuk dgn kwn dia...
tp sbb lift tu padat sgt, so sorang makcik je boleh masuk lagi, then sorang lagi baru nak masuk tp tiba2 pintu lift dah tutup, so dia kenalah keluar balik kan...
makcik tu pun pergi marah kiteorg dlm lift tu...
aku ni pulak betul2 terpenyek kat tmpat button tekan2 lift tu...
makcik tu pergi salahkan aku pulak~
dah aku terpenyek kat situ.. beg aku kacau aku nak tkan, aku pegang banyak barang kot.. tolonglah faham makcik oiii....~
bukannya aku tak nak tekan tp aku dah cuba capai button tu tapi beg aku menghalang...
button tu pulak bawah sgt...
siapalah yang design lift tu ltak button bwh2...
aku pulak yang kena.... lek lah makcik...
bukannya budak kecik pun yang tertinggal tu.... nanti boleh jumpa balik kot...
nak marah2 pulak....
aku dah kaku dah time tu, drpd tgh gelak2 tu, semua snyp...
batu terus semua...
sampailah siapa tah ckp sorry...
baru aku berani minta maaf time tu jugak..
walaupun rasa terpenyek mcm ayam penyet...
haishhh... keluar je lift semua bengang...
sok sek sok sek plak depan kenny rogers tu...
aku rileks je~~ haha... bukan salah aku 100%... makcik tu dah tahu padat macam tin sardin nak pergi masuk lagi pahal?? salah dia jugak...
tapi paling lawak kan, kiteorg masuk2 kiteorg tak tekan pun floor apa kiteorg nak pergi... makcik tu yang tolong tekankan...hahah... kiteorg gelak dlm lift tu jugak...

Kenny Rogers kiteorg pilih...
duit kelas bnyk gatal nak mkn situ...
last2 sbnrnya duit tak ckup...
padan muka... nak sgt mkn situ...
RM500 lebih tu... tak ckup RM50 lagi...
Faiz pun dgn baik hatinya guna duit dia dulu, sbnrnya ada 3 org lagi tak byar duit theme park...
nasib baik ada lagi tak byar, so duit tu boleh bagi Faiz balik...



rasa menyesal pulak mknn tak habis, terliur pulak...








habis makan,tukar2 hadiah, bagi teacher hadiah and lastly tgkp gmbr sama2...
pekerja kat sana pun sporting jgk...
tlong2 snap pic... :)
thanks :)
aku mcm dah jadi part time kat situ pulak sbb tolong agih2kan makanan -__-"

then saat yg dinantikan... lpas solat kiteorg terus pergi main... perghhh...
masyuk gila.... seronok banget.... adalah yang aku tak main sbb takut sgt.... ^^
kiteorg main sama2... yang tak nak main... tunggu je org yg main... hallo hallo lambai2 tgn kat diaorg...^^


tgoklah tuuuu.....

jgn suruhlah aku naik benda ni, aku takkan....


yg ni pun aku takkan naik....


nampaklah macam tgh bergossip kan...~semua tgh bincang nak nyanyi lagu sekolah, tapi bila naik, lagu sekolah pun tak dgr, yg dgrnya lagu 'aaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!~'



cerita kena marah bukan itu sahaja...
masa naik monorail, kiteorg kena marah lagi dgn org cina sbb tak bagi peluang org lain nak keluar... pehh aku kata... dlm monorail tu lagi tin sardin drpd dlm lift tu...
mcm dah tak boleh bergerak langsung....
dah org dpan tak gerak macam mana nak bagi peluang org keluar...
sekali lagi kiteorg bengang...

Lastly,
pukul 6 mcm tu baru kiteorg kumpul2 balik untuk balik...
sampai KTM Shah Alam dalam pukul 7 mcm tu lah...
paling tak boleh lupalah...
tak pernah lagi aku pergi jamuan segempak macam ni...
naik roller coaster lah paling terbaik...
sekejap je pun... first timelah sepanjang aku naik mainan2 kat sana aku jerit...
kecut perut gila kot... :)

yang kanan tu termuntah ke?? haha... dah mcm org sakit tenat dah aku tgok dia.. baring di public...
time ni tgh tunggu orang2 yang tertinggal sbb monorail pnuh sgt... haha... kasihan...


bila dah sampai rumah,
penat lah, menggeletar lutut aku...
tapi, memang kenangan lah...
susah untuk aku lupa...
aku harap, kenangan ni dapat diulang semula...
semoga ukhuwah antara kita sentiasa berkekalan dan dirahmati Allah SWT :)
gambar lebih banyak di sini dan sini




Sekian, terima kasih :)

Sunday, December 23, 2012

Random


Assalamualaikum,
Alhamdulillah lagi sekali, aku masih diberi kesempatan untuk hidup,
agar dapat menambahkan pahala di dunya ini,
sebelum tidur, pasti aku terfikir,
macam mana kalau aku mati ketika tidur, memang orang kata mati syahid...
tapi bnyk lagi benda yang belum aku perbaiki lagi,
bagaimana ingin ke syurga fidausi kalau macam ni?
InshaAllah, sedikit demi sedikit akan aku perbaiki,

laman sosial dah semakin membosankan bagi aku,
tiada bahan menarik yang boleh dibaca,
teringin juga menonton drama korea yang di'suggest'kan oleh kawan2,
tp hati tak tergerak nak buka,
aku tahu, kalau sekali aku buka, memang rasa macam nak habiskan 16 episod satu hari tu jugak,
tak sabar nak tahu kesudahan,
jadi bila mcm tu, aku akan jadi marah bila ada org kacau aku,
solat pun ditunda- tunda, kurang khusyuk,
jadi aku terfikir, apa pentingnya benda2 macam tu, daripada solat aku,
kenapa aku tak boleh lawan sifat marah tu,
sedikit demi sedikit, aku cuba kawal, aku cuba tanam sabar tu,
Alhamdulillah semakin okay,
mmg hati sedang marah, tp bila sabar tu datang, secara tak langsung aku akan sabar jugak, walau hati tak rela,
orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi kita kena kenal2 dgn sabar dulu, baru kita akan jatuh cinta dgnnya,

tak silap aku, aku pernah dgr dulu, sabar adalah musuh ketat syaitan,
dulu, bila aku menguap tapi lupa nak tutup mulut, aku selalu tiup balik angin yang aku sedut tu,
kononnnya syaitan akan terkeluar baliklah XD
orang kata kan kalau menguap tak tutup mulut, nanti syaitan masuk,
haha, bukan nak kata dululah, tapi sampai sekarang aku mcm tu...
tak boleh pakai teori aku ni, :D
*sebenarnya takde kena mengena pun musuh ketat syaitan dgn menguap ni*

berbalik pada laman sosial,
baru tadi aku membuka dinding muka buku yang juga rakan baikku :)
tahun depan, dia akan ke plkn,
aku doakan semoga dia sihat sejahtera dan dapat mengikuti aktiviti yang telah diatur,
bukan apa, aku tahu dia ini lain sikit orangnya, bukanlah dia tak boleh mngikuti aktiviti disana,
malah aku rasa, lelaki2 disana juga akan ternganga melihat kebolehan dia,
nampak ayu, sopan, cantik, dan lembut,
tp jgn menilai orang yang begitu tidak boleh melakukan semua itu,
mungkin apa yang aku risaukan,
dia tidak selesa dgn cara berpakaian disana nanti, atau pergaulan di sana,
aku harap, dia mempunyai jalan penyelesaian untuk meneruskan tradisi muslimahnya itu :)
semoga berjaya di sana...

mungkin dah lama aku tak update blog ni, *yeke dah lama??*
bukanlah, biasanya ada saja yang ingin aku ulaskan,
tapi, mungkin aku perlu lebih matang,
perkara yang tak sepatutnya aku rasa tak payahlah aku ketengahkan

Alhamdulillah, tadi abah balik dari kerja dan bagi satu kertas kecil,
pada kertas itu tertera METRO DRIVING ACADEMIC,
wah, memang nak meloncat- loncat aku, tapi dpan family, cover sikit.. hihi^^ peluang yang selama ini aku tunggu akhirnya menjelma jua, *ayat~*
ingat lagi ayat ni waktu tinggal beberapa paper lagi...

"bah, kalau boleh, kakak nak jadi orang first sekali antara kawan2 kakak yang ada lesen..."

"hahahahaha!! dasyat azam kakak lepas SPM ni..."

tapi memang orang pertama lah kan...
aku pulak macam orang last.... -___-"
it's okay, asal dapat belajar,
KPP ingatkan nak hari jumaat, senang sikit, lelaki pergi solat jumaat...
tapi abah pulak suruh ambil hari sabtu,
kacau je mood nak keluar jalan2 dgn family,
okaylah abah, asal kakak dapat bawak kereta sudahlah....

"siapa nak bagi awak kereta ha kak~ ma tak nak bagi kereta ma..."

pulak dah -____-"
tak kisahlah, takkan nak minta kereta baru pulak...
tak layak~

doakan aku lah supaya cepat dapat L :)
and then dapat kerja :)


Sekian, terima kasih :)

Thursday, December 20, 2012

Kepulangan yang dinanti :)

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT..
Malam tadi abah pulang ke rumah dgn selamat...
mcam2 hadiah abah bawak balik...s
seronok betul...
act, that time tgh penat dan lenguh2...
baru balik jamuan...
tp tgok je abah bwak balik banyak barang terus segar je...
bnyyaaakkkk sgt sampai tak tahu nak pilih yang mana satu...
lepas tu apa lagi, ambil camera terus tgkp gmbr... :)

pink: hanani, putih & yg bulat: ma

black: abang, 



the green one: ma

bnyk kan abah beli


this one abang punya, lawa gila!


yg ni pula, ma punya... lawa sgt!








dia dah ada benda ni tak pandang benda lain dah~

Sekian, terima kasih :)

Wednesday, December 19, 2012

Cantik :)


Cantik. Satu perkataan yang tak asing lagi di bibir manusia. Tak kiralah duduk kat mana2 pun. Kita tahu kan, semua manusia sukakan kecantikan. Aku tak pernah dgr lagi ada org ckp macam ni,

"Eh, aku suka benda ni, buruk sgt, membuatkan aku tertarik dgn benda ni,"

Aku rasa kalau korang dgr pun, mungkin korang akan,

"Apahal dowh mamat/minah ni..."

Lumrah manusia sukakan kecantikan bukan? Bagi aku, siapa yang tak suka cantik. Misalnya perempuan. Sehari tak berdiri depan cermin, mmg tak sah. Tak percaya lagi, tgok kalau ada perempuan yang pakai tudung tak tgok cermin. Mungkin kalau pakai tudung indon tak payah tgok cermin pun takpe. Tapi kalau pakai shawl, pashmina, tudung bawal, mesti tgok cermin kan. Malah tutorial dekat youtube pun dia tgok cermin nak betul2 kan shawl tu. Kadang ada yang pakai baju pun nak tgok cermin. Itu mmg lumrah perempuan. Tak pun, nampak je benda yang cantik atau cute, tak sah kalau tak memuja- muja kecantikan atau kecomelan sesuatu benda tu. Menjerit- jerit segala bagai, terus je rambang mata nak beli.

Begitu juga dgn lelaki, mungkin bukan semua tetapi sebilangan sahaja. Ada yang rasa dia tu dah handsome sgt selalu lah tgok cermin. Tak dinafikan perempuan pun macam tu. Bohonglah kalau lelaki pun tak nak macho. Jadi, kesimpulannya dua dua ingin cantik/handsome.

Tetapi, persoalan yang ingin aku ketengahkan ni, apa kelebihannya jadi cantik/handsome. Mungkin korang semua boleh kata,

"Jadi cantik nanti semua lelaki pandang,"

"Jadi handsome nanti perempuan lekat,"


"Senanglah orang nak kenal,"


"Boleh jadi model, dapat duit,"


"Boleh goda VIP, dapat duit,"


"Ouh, senang nak dapat kerja kalau manager berkenan,"


Okay sudah. Tapi ada je org yang cantik/handsome tak bahagia. Contohnya aku baru terbaca petikan iluvislam.com tadi, ada seorang wanita cantik, tetapi ditolak oleh ramai lelaki. Alasan si lelaki itu,

"Maaf. Awak terlalu cantik untuk saya. Saya rasa saya tak layak untuk awak."

Bagi aku, ada juga orang cantik/handsome tapi dia tak boleh buat pilihan sendiri. Maklumlah, cantik/handsome sgt sampai ramai yang terpaut. Orang yang terpaut tu pula, bukan calang2 org, semuanya yang cantik/handsome, berpelajaran, dan sebagainya. Jadi, susah juga dia ingin membuat keputusan.

Ada sebuah kisah yang baru sahaja aku baca di satu laman web ni, jadi aku ingin ulas atau menyatakan pendapat aku sendiri.

Ada seorang hamba Allah ini, M namanya. Wajahnya sederhana dan tidaklah terlalu hodoh. Boleh lagi orang lain pandang. Takdelah sampai berlari, menjerit bila tgok dia. Tetapi, si M ini sering mangatakan bahawa wajahnya tidak seperti idaman wanita2 di luar sana yg majoritinya mengikut perkembangan terkini, stylish, cantik, dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, si M ini terpaut pada seorang perempuan bernama S. Jika dibandingkan dgn wajah Heliza Helmi, S tidaklah secantiknya. Tetapi boleh dikatakan S ini juga mempunyai wajah yang dpt menarik sesetengah kaum lelaki. Dengan beraninya, si M ini pun berterus- terang kepada Si S mengenai perasaannya.

Sebaliknya, si M ini ditolak oleh si S. Ketika itu, mulalah si M ini berfikiran bahawa dirinya tidak sesuai untuk gadis itu. Manalah gadis yang cantik seperti itu menginginkan dia yang berwajah tidak sehebat Aaron Aziz. Si M mula merendah diri. Dan asyik membeza- bezakan wajahnya dgn lelaki2 yg jauh lebih hebat daripada dirinya.

Daripada apa yang aku baca dan apa yang aku simpulkan setelah sekian lama, *walaupun aku baru baca artikel ni*, aku berpendapat bahawa:

*kenapa perlu bandingkan wajah kita dgn org lain. Bukankah Allah sudah memberikan wajah yang terbaik buat kita. Bukankah ciptaan Allah itu indah. Walaupun tidak indah di mata kita, tetapi ianya indah di mataNya.

*Cuba kita tgok orang2 korea, mat saleh mat saleh kat luar sana tu, bukan kata handsome/cantik je, tapi superb handsome/cantik kan. Body2 pun, mantap2 je semua. Tapi sayang, semuanya kafir, berapa sahaja yang Islam?

*Tidak semestinya dgn mempunyai wajah yang indah2, manis2, molek2 itu orangnya baik. Yang cantik/kacak tak melambangkan budi pekerti yang mulia, sebaliknya hati yang suci itulah yang dapat menjadikan seseorang itu cantik atau tidak.

*Ada ke semua yang cantik/kacak, kehidupannya bahagia? Tak. Tgok sinetron2 kat tv tu, muka dah lawa, tp dendam, iri hati, gaduh. Muka lawa sgt pun org gaduh nak rebut, so tak bahagia pun. Ending je bahagia. Cuba tgok org2 yang biasa2 tu, goyang kaki je tgok org lain gaduh.

*Takut tak jumpa pasangan hidup?? Bukankah Allah sudah menjanjikan jodoh yang baik buat kita? Bukankah Allah sudah mengatakan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Allah telah menciptakan manusia dgn sebaik- baik ciptaan. Sejak azali lagi, Segalanya telah tertulis untuk kita. Siapa jodoh kita. Masih tak percaya janji Allah?? Kita hanya perlu berdoa sahaja jodoh yang terbaik untuk kita. Tak semestinya pasangan kita tu tak lawa/kacak, kehidupan kita tak bahagia. Segalanya bergantung pada diri kita sendirilah dalam membahagiakan rumahtangga kita.

*Malu pasangan kita lagi hebat daripada kita?? Come on lah, kalau macam ni sampai bila2 pun kau tak kahwin2. Nak fikir macam tu sgt. Jgn peduli apa org nak kata. Itu lah dalam Islam tak manggalakkan kita bersanding. Nanti boleh menimbulkan fitnah. Fitnahnya tak lain tak bukanlah org akan membanding- bandingkan kita dgn pasangan kita. Jangan fikir apa org kata. Just buktikan walaupun kita tak setanding, tapi kitalah yang akan berkekalan sehingga akhir hayat.

*Jangan ingat semua yang lawa2, kacak2 tu nak pasangan diaorg hebat mcm diaorg jugak. Cuba tgok contoh artis2 yg dah lama usia perkahwinan diaorg. Ada je sorang biasa2 je, sorang lagi mmg ramai peminat, tapi kekal je perkahwinan diaorg. Asal setia. Dan saling memahami, hindari salah faham.

*Rupa paras tak penting, asalkan jujur sahaja. Jgn memilih sgt rupa paras ni.

*Merendah diri. Nak merendah diri pun, ada batasnya juga. Samalah mcm malu. Kalau kita rendah diri sgt, sampai bila pun, kita akan rasa diri kita ni lemah. Kdg2, org akan rasa yakin dgn rupa paras mereka. Tapi, setiap org ada kelebihan. Jadi kita2 yang biasa2 ni, cuba hebatkan diri kita dgn kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Ada yang cantik tapi tidak tahu memasak, tetapi ada yang biasa sahaja, tapi pandai memasak. Jadi lelaki akan pilih yang mana? Tentulah yang pandai memasak. Tapi bukan bermakna yang tak pandai masak tu lelaki tak suka. Mungkin ada caranya.

Mak aku pernah cakap,

"Biasanya, pasangan yang muka lebih kurang sama ni kekal sehingga akhir hayat, tapi ni orang tua lah yang ckp,"

Aku hanya mengangguk. Tapi kita nak percaya orang tua atau tuhan kita, Allah SWT?? Anggaplah itu hanya kepercayaan orang dahulu kala sahaja. Letakkan kepercayaan kita kepada Allah sahaja.

Cakap pasal kahwin2 pulak ^^. Dalam mencari pasangan yang aku ulaskan tu, bukanlah bermakna berCOUPLE. Mencari pasangan yang halal maksudnya.

Dulu, aku tak tahu pun apa istilah bercouple. Bila aku ckp dkat org lain, aku pernah couple bnyk kali, semua terkejut. Nadiah couple?? haha... Paling lama pun usia couple kiteorg 2 tahun. Gila kan aku waktu sekolah rendah dulu. Seingat aku, 3 kali aku pernah couple waktu zaman jahiliyah dulu. Jgn aku sebut nama sudah~Nanti tercari- cari dkat facebook. Tapi, syukur Alhamdulillah. Bila masuk sekolah menengah, aku dididik oleh kakak2 senior apa erti sebenar couple. Then, aku mmg dah berazam, aku nak berubah. Aku dah jadi benci dgn couple. Bukanlah benci dgn org2 yg bercouple tu. Tapi benci dgn istilah couple sebelum akad. Bila dah azam mcm tu, tiba2 Allah bagi aku susah nak jatuh cinta. Kalau dulu lelaki confess je terus cair. Aku rasa aku macam orang bodoh je dulu. Sampai aku pernah rasa aku benci diri aku, rasa mcm tak suci bila aku sng2 je terima kehadiran lelaki tu dalam hidup aku.

Bila dah matang, dah pandai fikir, bukannya orang yang melakukan kesalahan tak boleh perbetulkan diri balik. Kita masih ada peluang untuk perbetulkan diri. Selagi masih hidup di bumi ini, selagi kiamat belum tiba,  kita masih diberi peluang untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi.

Tengok artis2 sekarang yang kebanyakannya sudah berubah. Yatt Hamzah, aku rasa dia macam idola aku pulak. Bila nampak dia keluar tv, mesti aku rasa bangga gila jadi seorang muslimah :)

Tuntasnya, wajah tak menentukan segalanya. Yang menentukan segalanya adalah Allah dan kita sendiri. Yakin pada diri sendiri. Aku juga sedang cuba memperbaiki keyakinan diri sendiri. Ha, satu lagi. Jangan tgok kawan2 kita semua dah couple, kita rasa kita ni ketinggalan zaman pulak. Teguh pada diri kita sendiri bahawa Allah akan memberikan orang yang lebih baik drpd couple kita. Ada je couple yg menjadi pasangan seseorang yang halal. Tapi cara kita dah salah dari segi hukum. Dosa tetap dosa. Aku pun harap bila masuk U nanti, aku tak jadi macam ni. Tu yang paling aku takut. Doa banyak ye :)


Sekian, terima kasih :)

Cubaan ~


Assalamualaikum :)
Alhamdulillah... cuti 2 minggu diisikan dgn perkara yang ___________________ *sila sambung ayat anda*
^^
adalah yang aku rasa kadang2 aku ni mcam penganggur baru lepas kena pecat,
kdg2 aku rasa mcm hilang arah tujuan...
majalah2, buku2, semua bahan bacaan dkat rak ni dah habis baca...
kdg2 rasa mcm aku ni mcm kak ros dlm cerita upin ipin....
aku dapat rasakan jiran sebelah, kiri, kanan, belakang, dah geleng2 dah dgr kak ros membebel ^^
adik pulak dah mcm upin ipin...
gunung berapi kalau dah berasap meletup jugak...
dulu aku lah yang nak sgt ada adik....
sekarang bila dah dapat sorg, aku pergi usik2 dia pulak...
rasa freedom ouh usik dia... haha...

sekarang kena matang sikit... dah nak masuk 18 dah... sentaplah bila ma kata,

"Alah, dgn adik pun nak lawan/ merajuk..."

bila lagi nak kuatkan diri, kena belajar drpd skrglah... bukan salah dia pun... siapa suruh aku usik dia, bertempiklah dia... jadi mafia pulak dia ;D

smlm dkat rumah su, kiteorg buat kek lagi, kek biasa je, petik jari je, tp bawah dia hangus sikit sbb api kuat sgt... tp rasa mmg sdap, bau semerbak, satu rumah dia bau..

bila balik je rumah, sampai pukul 7.15, tgok2 air takde...
mulalah kecoh aku dgn ma...
nak pergi masjid negerilah, masjid dpan rumah lah, surau 13 lah...
dah fikir2 tgok2 dah pukul 8, hantar hanani mengaji, dia je paling rileks... org lain dah putus fius dah memikirkan macam mana nak ambil wudhu',

singgah stesen minyak, 8.15 baru solat maghrib...
nasib surau situ kosong...
tgok2 org lalu lalang, ramai jgklah baru nak solat maghrib, ada yg tk habis2 tgok phone, jam...
satu TTDI takde air... susahlah...

tapi terima kasih lori tangki syabas lah...
kalau takde diaorg, tkde airlah untuk esok pagi,
atau mungkin majoriti penduduk kena ambil air jauh2...
penat kot...
aku angkat pun macam nak terpisah tangan dgn bahu ni...
masa tu lah aku dpat tgok muka2 jiran aku.. *walaupun dlm gelap*
dah besar2 dah diaorg ni...
haih, semua jiran aku dah kerja2, sebaya pun, semua lelaki...
takkan nak main masak2 dgn diaorg...
mmg tkde langsung perempuan...
nampaknya kenalah main masak2 dgn hanani je~
jadi ku akhiri tulisanku ini dgn beberapa patah perkataan....

Setiap hambaNya tidak lari daripada ujianNya... Laluilah setiap dugaanNya dgn kalimah Alhamdulillah, kerana dlm kesabaran kita menempuh ujianNya dgn redha, Allah sdg memberi hadiah yg istimewa buat kita, bukan untuk kegunaan duniawi, tetapi kegunaan akhirat, iaitu pahala :)

#saya tidak pandai dalam memberi nasihat, tapi cukuplah anda semua memahami maksud yang hendak saya sampaikan :)
Sekian, terima kasih :)

Thursday, December 13, 2012

Marathon


hari tu jalan2 pergi beli barang dapur...
dah kosong dah peti...
aku teringin nak beli mee sedap goreng punya...
tp, tesco extra yg besar ni pun  takde jual...
habis stok kot.. tp aku tak nmpk mana2 ruang kosong pun...
ahh.. lantaklah...
then tiba2 nampaklah mi Ruski...
aku pun sempat bermonolog sendirian.. hihi...

"rasanya ni lah yang famous kat aspura tu... apa yang sdap sgt sampai diaorg melantak gila ha?? biasa je..."

aku pun tgok2lah pack dia.. baca2... nak jadi pakar pemakanan kan... poyo2 la sikit bajet terer bab2 ni...
dan aku pun sahut seruan nak cuba rasa... aku pilih tomyam...
huh... walaupun thailand dah kenakan malaysia gila ah sampai aku rasa nak tuntut keadilan... tp benda tu tetap tak boleh jadi penghalang antara aku dgn tomyam :)

okay cukup...
singgah Hero pulak...
ma... memang kalau nak beli apa2 sanggup pergi 5 buah tempat sekali gus semata- mata nak dpatkan harga murah... aku rasa aku pun macam bakal ikut jejak ma... -__-

sbnarnya bukan ini yg aku nak huraikan... :D
tp... apa yg aku nak huraikan ialah matlumat yg aku nmpk masa nak pergi beli pisang goreng...

yeah... aku nampak pertandingan marathon gitulah yg akan diadakan pada 28 Disember ni...
aku ada suarakan pada ma yg aku nak join benda alah tu...
sbb teringat kak cik yang dah bnyk mng pertandingan marathon...
teringin jugak nak sahut...
tp bila baca betul2 balik...
hadiah untuk 10 org je... -___-"
mmglah mcm aku ni pernah dpt top 10 kat sekolah kan~ (-___-)
nak dpt top 20 pun dah tercungap- cungap...
ma tak habis2 mengata...

"kedekutnya hadiah untuk 10 org je... yg masuk mestilah ramai..."

tp aku nak jgk buang lemak....
berbulan- bulan cuti ni...
makin banyak ternak lemak... ^^
aja aja fighting!! *mcm masuk~*

#pergghh... tomyam ruski mmg menyakitkan tekak aku... gila kau lah dia punya tomyam.. sampai pagi esok masih lagi terasa....



Sekian, terima kasih :)

Wednesday, December 12, 2012

cheese cake & biskut dahlia dari Bukit Lanchong :)


Assalamualaikum :)

this day pergi rumah su buat kek :)
main2 dgn tepung... hehe...
sebenarnya Nurhana(sepupu) yang ajak buat cheese cake....
ntah resepi internet mena dia ambil...
ikut suka je masuk2 bahan... campur2, gaul2....
jadilah yang macam kat bawah ni :)

rasanya org lain yang ajak buat cheese cake ni... tapi aku pulak yang menyalin???


Then, su suruh buat biskut dahlia pulak...
biskut ni pun ambil resepi dari dalam buku...
ma mengetuai sesi membuat biskut ni...
diikuti oleh org bawahannya hakim dan hanani -____-"
ntah apa rasa pun tak tahulah...
dgn hakimnya belum mandi....
haih... sabar jelah ada 2 org budak kecik ni....



mcm Mr. Bean kan muka dia.... perangai pun sebijik je... suara dia je riuh satu dapur... talkative gila... kalah makcik2 geng gossip tu...



habis budak2 ni hias... main letak ikut sedap hati.... last2 aku pun join memburukkan lagi biskut ni... :D


And endingnya.... biskut dahlia sedaplah jugak... cuma ada tebal, ada nipis....
tp kesudahannya cheese cake tu....
bagi penggemar cheese mcm aku ni, boleh tahanlah untuk cubaan pertama... cubaan pertama ye....
tp org yg nak main2 buat cake mcm Nurhana tu...
last2 dia ckp tak sdap...
padan muka! nak sgt buat cheese cake...
mulut kakak kata sdap...
tp cake yg dah ditapau tu tertinggal pulak~~
nak cepat sgt balik....
huhuhu....


Sekian, terima kasih :)