Hai awak :)

Wednesday, December 19, 2012

Cantik :)


Cantik. Satu perkataan yang tak asing lagi di bibir manusia. Tak kiralah duduk kat mana2 pun. Kita tahu kan, semua manusia sukakan kecantikan. Aku tak pernah dgr lagi ada org ckp macam ni,

"Eh, aku suka benda ni, buruk sgt, membuatkan aku tertarik dgn benda ni,"

Aku rasa kalau korang dgr pun, mungkin korang akan,

"Apahal dowh mamat/minah ni..."

Lumrah manusia sukakan kecantikan bukan? Bagi aku, siapa yang tak suka cantik. Misalnya perempuan. Sehari tak berdiri depan cermin, mmg tak sah. Tak percaya lagi, tgok kalau ada perempuan yang pakai tudung tak tgok cermin. Mungkin kalau pakai tudung indon tak payah tgok cermin pun takpe. Tapi kalau pakai shawl, pashmina, tudung bawal, mesti tgok cermin kan. Malah tutorial dekat youtube pun dia tgok cermin nak betul2 kan shawl tu. Kadang ada yang pakai baju pun nak tgok cermin. Itu mmg lumrah perempuan. Tak pun, nampak je benda yang cantik atau cute, tak sah kalau tak memuja- muja kecantikan atau kecomelan sesuatu benda tu. Menjerit- jerit segala bagai, terus je rambang mata nak beli.

Begitu juga dgn lelaki, mungkin bukan semua tetapi sebilangan sahaja. Ada yang rasa dia tu dah handsome sgt selalu lah tgok cermin. Tak dinafikan perempuan pun macam tu. Bohonglah kalau lelaki pun tak nak macho. Jadi, kesimpulannya dua dua ingin cantik/handsome.

Tetapi, persoalan yang ingin aku ketengahkan ni, apa kelebihannya jadi cantik/handsome. Mungkin korang semua boleh kata,

"Jadi cantik nanti semua lelaki pandang,"

"Jadi handsome nanti perempuan lekat,"


"Senanglah orang nak kenal,"


"Boleh jadi model, dapat duit,"


"Boleh goda VIP, dapat duit,"


"Ouh, senang nak dapat kerja kalau manager berkenan,"


Okay sudah. Tapi ada je org yang cantik/handsome tak bahagia. Contohnya aku baru terbaca petikan iluvislam.com tadi, ada seorang wanita cantik, tetapi ditolak oleh ramai lelaki. Alasan si lelaki itu,

"Maaf. Awak terlalu cantik untuk saya. Saya rasa saya tak layak untuk awak."

Bagi aku, ada juga orang cantik/handsome tapi dia tak boleh buat pilihan sendiri. Maklumlah, cantik/handsome sgt sampai ramai yang terpaut. Orang yang terpaut tu pula, bukan calang2 org, semuanya yang cantik/handsome, berpelajaran, dan sebagainya. Jadi, susah juga dia ingin membuat keputusan.

Ada sebuah kisah yang baru sahaja aku baca di satu laman web ni, jadi aku ingin ulas atau menyatakan pendapat aku sendiri.

Ada seorang hamba Allah ini, M namanya. Wajahnya sederhana dan tidaklah terlalu hodoh. Boleh lagi orang lain pandang. Takdelah sampai berlari, menjerit bila tgok dia. Tetapi, si M ini sering mangatakan bahawa wajahnya tidak seperti idaman wanita2 di luar sana yg majoritinya mengikut perkembangan terkini, stylish, cantik, dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, si M ini terpaut pada seorang perempuan bernama S. Jika dibandingkan dgn wajah Heliza Helmi, S tidaklah secantiknya. Tetapi boleh dikatakan S ini juga mempunyai wajah yang dpt menarik sesetengah kaum lelaki. Dengan beraninya, si M ini pun berterus- terang kepada Si S mengenai perasaannya.

Sebaliknya, si M ini ditolak oleh si S. Ketika itu, mulalah si M ini berfikiran bahawa dirinya tidak sesuai untuk gadis itu. Manalah gadis yang cantik seperti itu menginginkan dia yang berwajah tidak sehebat Aaron Aziz. Si M mula merendah diri. Dan asyik membeza- bezakan wajahnya dgn lelaki2 yg jauh lebih hebat daripada dirinya.

Daripada apa yang aku baca dan apa yang aku simpulkan setelah sekian lama, *walaupun aku baru baca artikel ni*, aku berpendapat bahawa:

*kenapa perlu bandingkan wajah kita dgn org lain. Bukankah Allah sudah memberikan wajah yang terbaik buat kita. Bukankah ciptaan Allah itu indah. Walaupun tidak indah di mata kita, tetapi ianya indah di mataNya.

*Cuba kita tgok orang2 korea, mat saleh mat saleh kat luar sana tu, bukan kata handsome/cantik je, tapi superb handsome/cantik kan. Body2 pun, mantap2 je semua. Tapi sayang, semuanya kafir, berapa sahaja yang Islam?

*Tidak semestinya dgn mempunyai wajah yang indah2, manis2, molek2 itu orangnya baik. Yang cantik/kacak tak melambangkan budi pekerti yang mulia, sebaliknya hati yang suci itulah yang dapat menjadikan seseorang itu cantik atau tidak.

*Ada ke semua yang cantik/kacak, kehidupannya bahagia? Tak. Tgok sinetron2 kat tv tu, muka dah lawa, tp dendam, iri hati, gaduh. Muka lawa sgt pun org gaduh nak rebut, so tak bahagia pun. Ending je bahagia. Cuba tgok org2 yang biasa2 tu, goyang kaki je tgok org lain gaduh.

*Takut tak jumpa pasangan hidup?? Bukankah Allah sudah menjanjikan jodoh yang baik buat kita? Bukankah Allah sudah mengatakan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Allah telah menciptakan manusia dgn sebaik- baik ciptaan. Sejak azali lagi, Segalanya telah tertulis untuk kita. Siapa jodoh kita. Masih tak percaya janji Allah?? Kita hanya perlu berdoa sahaja jodoh yang terbaik untuk kita. Tak semestinya pasangan kita tu tak lawa/kacak, kehidupan kita tak bahagia. Segalanya bergantung pada diri kita sendirilah dalam membahagiakan rumahtangga kita.

*Malu pasangan kita lagi hebat daripada kita?? Come on lah, kalau macam ni sampai bila2 pun kau tak kahwin2. Nak fikir macam tu sgt. Jgn peduli apa org nak kata. Itu lah dalam Islam tak manggalakkan kita bersanding. Nanti boleh menimbulkan fitnah. Fitnahnya tak lain tak bukanlah org akan membanding- bandingkan kita dgn pasangan kita. Jangan fikir apa org kata. Just buktikan walaupun kita tak setanding, tapi kitalah yang akan berkekalan sehingga akhir hayat.

*Jangan ingat semua yang lawa2, kacak2 tu nak pasangan diaorg hebat mcm diaorg jugak. Cuba tgok contoh artis2 yg dah lama usia perkahwinan diaorg. Ada je sorang biasa2 je, sorang lagi mmg ramai peminat, tapi kekal je perkahwinan diaorg. Asal setia. Dan saling memahami, hindari salah faham.

*Rupa paras tak penting, asalkan jujur sahaja. Jgn memilih sgt rupa paras ni.

*Merendah diri. Nak merendah diri pun, ada batasnya juga. Samalah mcm malu. Kalau kita rendah diri sgt, sampai bila pun, kita akan rasa diri kita ni lemah. Kdg2, org akan rasa yakin dgn rupa paras mereka. Tapi, setiap org ada kelebihan. Jadi kita2 yang biasa2 ni, cuba hebatkan diri kita dgn kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Ada yang cantik tapi tidak tahu memasak, tetapi ada yang biasa sahaja, tapi pandai memasak. Jadi lelaki akan pilih yang mana? Tentulah yang pandai memasak. Tapi bukan bermakna yang tak pandai masak tu lelaki tak suka. Mungkin ada caranya.

Mak aku pernah cakap,

"Biasanya, pasangan yang muka lebih kurang sama ni kekal sehingga akhir hayat, tapi ni orang tua lah yang ckp,"

Aku hanya mengangguk. Tapi kita nak percaya orang tua atau tuhan kita, Allah SWT?? Anggaplah itu hanya kepercayaan orang dahulu kala sahaja. Letakkan kepercayaan kita kepada Allah sahaja.

Cakap pasal kahwin2 pulak ^^. Dalam mencari pasangan yang aku ulaskan tu, bukanlah bermakna berCOUPLE. Mencari pasangan yang halal maksudnya.

Dulu, aku tak tahu pun apa istilah bercouple. Bila aku ckp dkat org lain, aku pernah couple bnyk kali, semua terkejut. Nadiah couple?? haha... Paling lama pun usia couple kiteorg 2 tahun. Gila kan aku waktu sekolah rendah dulu. Seingat aku, 3 kali aku pernah couple waktu zaman jahiliyah dulu. Jgn aku sebut nama sudah~Nanti tercari- cari dkat facebook. Tapi, syukur Alhamdulillah. Bila masuk sekolah menengah, aku dididik oleh kakak2 senior apa erti sebenar couple. Then, aku mmg dah berazam, aku nak berubah. Aku dah jadi benci dgn couple. Bukanlah benci dgn org2 yg bercouple tu. Tapi benci dgn istilah couple sebelum akad. Bila dah azam mcm tu, tiba2 Allah bagi aku susah nak jatuh cinta. Kalau dulu lelaki confess je terus cair. Aku rasa aku macam orang bodoh je dulu. Sampai aku pernah rasa aku benci diri aku, rasa mcm tak suci bila aku sng2 je terima kehadiran lelaki tu dalam hidup aku.

Bila dah matang, dah pandai fikir, bukannya orang yang melakukan kesalahan tak boleh perbetulkan diri balik. Kita masih ada peluang untuk perbetulkan diri. Selagi masih hidup di bumi ini, selagi kiamat belum tiba,  kita masih diberi peluang untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi.

Tengok artis2 sekarang yang kebanyakannya sudah berubah. Yatt Hamzah, aku rasa dia macam idola aku pulak. Bila nampak dia keluar tv, mesti aku rasa bangga gila jadi seorang muslimah :)

Tuntasnya, wajah tak menentukan segalanya. Yang menentukan segalanya adalah Allah dan kita sendiri. Yakin pada diri sendiri. Aku juga sedang cuba memperbaiki keyakinan diri sendiri. Ha, satu lagi. Jangan tgok kawan2 kita semua dah couple, kita rasa kita ni ketinggalan zaman pulak. Teguh pada diri kita sendiri bahawa Allah akan memberikan orang yang lebih baik drpd couple kita. Ada je couple yg menjadi pasangan seseorang yang halal. Tapi cara kita dah salah dari segi hukum. Dosa tetap dosa. Aku pun harap bila masuk U nanti, aku tak jadi macam ni. Tu yang paling aku takut. Doa banyak ye :)


Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment