Hai awak :)

Sunday, December 23, 2012

Random


Assalamualaikum,
Alhamdulillah lagi sekali, aku masih diberi kesempatan untuk hidup,
agar dapat menambahkan pahala di dunya ini,
sebelum tidur, pasti aku terfikir,
macam mana kalau aku mati ketika tidur, memang orang kata mati syahid...
tapi bnyk lagi benda yang belum aku perbaiki lagi,
bagaimana ingin ke syurga fidausi kalau macam ni?
InshaAllah, sedikit demi sedikit akan aku perbaiki,

laman sosial dah semakin membosankan bagi aku,
tiada bahan menarik yang boleh dibaca,
teringin juga menonton drama korea yang di'suggest'kan oleh kawan2,
tp hati tak tergerak nak buka,
aku tahu, kalau sekali aku buka, memang rasa macam nak habiskan 16 episod satu hari tu jugak,
tak sabar nak tahu kesudahan,
jadi bila mcm tu, aku akan jadi marah bila ada org kacau aku,
solat pun ditunda- tunda, kurang khusyuk,
jadi aku terfikir, apa pentingnya benda2 macam tu, daripada solat aku,
kenapa aku tak boleh lawan sifat marah tu,
sedikit demi sedikit, aku cuba kawal, aku cuba tanam sabar tu,
Alhamdulillah semakin okay,
mmg hati sedang marah, tp bila sabar tu datang, secara tak langsung aku akan sabar jugak, walau hati tak rela,
orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi kita kena kenal2 dgn sabar dulu, baru kita akan jatuh cinta dgnnya,

tak silap aku, aku pernah dgr dulu, sabar adalah musuh ketat syaitan,
dulu, bila aku menguap tapi lupa nak tutup mulut, aku selalu tiup balik angin yang aku sedut tu,
kononnnya syaitan akan terkeluar baliklah XD
orang kata kan kalau menguap tak tutup mulut, nanti syaitan masuk,
haha, bukan nak kata dululah, tapi sampai sekarang aku mcm tu...
tak boleh pakai teori aku ni, :D
*sebenarnya takde kena mengena pun musuh ketat syaitan dgn menguap ni*

berbalik pada laman sosial,
baru tadi aku membuka dinding muka buku yang juga rakan baikku :)
tahun depan, dia akan ke plkn,
aku doakan semoga dia sihat sejahtera dan dapat mengikuti aktiviti yang telah diatur,
bukan apa, aku tahu dia ini lain sikit orangnya, bukanlah dia tak boleh mngikuti aktiviti disana,
malah aku rasa, lelaki2 disana juga akan ternganga melihat kebolehan dia,
nampak ayu, sopan, cantik, dan lembut,
tp jgn menilai orang yang begitu tidak boleh melakukan semua itu,
mungkin apa yang aku risaukan,
dia tidak selesa dgn cara berpakaian disana nanti, atau pergaulan di sana,
aku harap, dia mempunyai jalan penyelesaian untuk meneruskan tradisi muslimahnya itu :)
semoga berjaya di sana...

mungkin dah lama aku tak update blog ni, *yeke dah lama??*
bukanlah, biasanya ada saja yang ingin aku ulaskan,
tapi, mungkin aku perlu lebih matang,
perkara yang tak sepatutnya aku rasa tak payahlah aku ketengahkan

Alhamdulillah, tadi abah balik dari kerja dan bagi satu kertas kecil,
pada kertas itu tertera METRO DRIVING ACADEMIC,
wah, memang nak meloncat- loncat aku, tapi dpan family, cover sikit.. hihi^^ peluang yang selama ini aku tunggu akhirnya menjelma jua, *ayat~*
ingat lagi ayat ni waktu tinggal beberapa paper lagi...

"bah, kalau boleh, kakak nak jadi orang first sekali antara kawan2 kakak yang ada lesen..."

"hahahahaha!! dasyat azam kakak lepas SPM ni..."

tapi memang orang pertama lah kan...
aku pulak macam orang last.... -___-"
it's okay, asal dapat belajar,
KPP ingatkan nak hari jumaat, senang sikit, lelaki pergi solat jumaat...
tapi abah pulak suruh ambil hari sabtu,
kacau je mood nak keluar jalan2 dgn family,
okaylah abah, asal kakak dapat bawak kereta sudahlah....

"siapa nak bagi awak kereta ha kak~ ma tak nak bagi kereta ma..."

pulak dah -____-"
tak kisahlah, takkan nak minta kereta baru pulak...
tak layak~

doakan aku lah supaya cepat dapat L :)
and then dapat kerja :)


Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment