Hai awak :)

Wednesday, December 19, 2012

Cubaan ~


Assalamualaikum :)
Alhamdulillah... cuti 2 minggu diisikan dgn perkara yang ___________________ *sila sambung ayat anda*
^^
adalah yang aku rasa kadang2 aku ni mcam penganggur baru lepas kena pecat,
kdg2 aku rasa mcm hilang arah tujuan...
majalah2, buku2, semua bahan bacaan dkat rak ni dah habis baca...
kdg2 rasa mcm aku ni mcm kak ros dlm cerita upin ipin....
aku dapat rasakan jiran sebelah, kiri, kanan, belakang, dah geleng2 dah dgr kak ros membebel ^^
adik pulak dah mcm upin ipin...
gunung berapi kalau dah berasap meletup jugak...
dulu aku lah yang nak sgt ada adik....
sekarang bila dah dapat sorg, aku pergi usik2 dia pulak...
rasa freedom ouh usik dia... haha...

sekarang kena matang sikit... dah nak masuk 18 dah... sentaplah bila ma kata,

"Alah, dgn adik pun nak lawan/ merajuk..."

bila lagi nak kuatkan diri, kena belajar drpd skrglah... bukan salah dia pun... siapa suruh aku usik dia, bertempiklah dia... jadi mafia pulak dia ;D

smlm dkat rumah su, kiteorg buat kek lagi, kek biasa je, petik jari je, tp bawah dia hangus sikit sbb api kuat sgt... tp rasa mmg sdap, bau semerbak, satu rumah dia bau..

bila balik je rumah, sampai pukul 7.15, tgok2 air takde...
mulalah kecoh aku dgn ma...
nak pergi masjid negerilah, masjid dpan rumah lah, surau 13 lah...
dah fikir2 tgok2 dah pukul 8, hantar hanani mengaji, dia je paling rileks... org lain dah putus fius dah memikirkan macam mana nak ambil wudhu',

singgah stesen minyak, 8.15 baru solat maghrib...
nasib surau situ kosong...
tgok2 org lalu lalang, ramai jgklah baru nak solat maghrib, ada yg tk habis2 tgok phone, jam...
satu TTDI takde air... susahlah...

tapi terima kasih lori tangki syabas lah...
kalau takde diaorg, tkde airlah untuk esok pagi,
atau mungkin majoriti penduduk kena ambil air jauh2...
penat kot...
aku angkat pun macam nak terpisah tangan dgn bahu ni...
masa tu lah aku dpat tgok muka2 jiran aku.. *walaupun dlm gelap*
dah besar2 dah diaorg ni...
haih, semua jiran aku dah kerja2, sebaya pun, semua lelaki...
takkan nak main masak2 dgn diaorg...
mmg tkde langsung perempuan...
nampaknya kenalah main masak2 dgn hanani je~
jadi ku akhiri tulisanku ini dgn beberapa patah perkataan....

Setiap hambaNya tidak lari daripada ujianNya... Laluilah setiap dugaanNya dgn kalimah Alhamdulillah, kerana dlm kesabaran kita menempuh ujianNya dgn redha, Allah sdg memberi hadiah yg istimewa buat kita, bukan untuk kegunaan duniawi, tetapi kegunaan akhirat, iaitu pahala :)

#saya tidak pandai dalam memberi nasihat, tapi cukuplah anda semua memahami maksud yang hendak saya sampaikan :)
Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment