Hai awak :)

Thursday, December 27, 2012

The Raisin Nips :)


Yess!!
Tadi round2 Giant 13, beli kasut sekolah Hanani... kehkehkeh... Then masuk Giant... Aku pergi kat satu tempat ni, suka merayau2 sampai ma dgn abah hilang... *siapa yang hilang sebenarnya??* haha... Apa guna handphone di tangan, kalau hilang daripada pandangan....

"Hello abah, abah kat mana?? kakak cari tak jumpa ni... lain kali bagitahu kalau nak pergi mana2..."

Siapa yang perlu bagitahu siapa aku pun dah keliru...
Dan dalam perjalanan aku yang keseorangan ditemani troli yang dlamnya ada apa je, tak padan dgn ambil troli, aku terjumpa ini...


Budak2 aspurie tahulah aku selalu kehulur kehilir bawak benda alah ni, bila ada orang minta, aku bagi yang kacang je... haha... kesian pulak, semua berebut yang raisin punya. Sebab dah selalu makan aku dah tahu dah mana yang dalam dia raisin atau kacang. Bila dah rasa2 semua yang raisin punya dah masuk dalam perut...

"Nah korang, ambillah... dah tak nak dah..."

"Nadiah nak bagi kiteorg?? semua?"

"Haah.. ambillah..."

Aku ingat lagi muka Suhaila Pilus yang sungguh2 cari nips yang ada raisin bila aku dah ajar dia macam mana nak kenal nips kacang atau raisin.... XD

"Hampeh kau Nadiah~ kau habiskan semua raisin pastu kau bagi kiteorg yang tinggal kacang je..."

"hahahaha....!! rasa nak hantar surat kat office dialah suruh buat raisin nips pulak...."

Tgok muka ala2 mak tiri Syakila yang asyik gigit nips kacang pun dah kelakar... kononnya dah jumpa yang raisin punya, tp bila gigit keras... haha... aku dah pakar lah~~ XD

Bila aku nak ambil nips ni, tiba2 aku ternampak ada warna lain pulak... bukan nips ni ada dua warna je ke?? asal tersesat warna oren?? ke warna merah dia dah habis so dia guna warna oren?? tapi warna merah ada je....??

Rupa2nya impian aku dah tercapai....~~ Akhirnya orang nips ni buat jugak nips raisin... tak payahlah susah aku nak pilih2 nanti.... Dan tak payahlah aku berebut dgn abah cari nips yang ada raisin.. Mentang2 aku dah ajar mcam mana nak jumpa nips raisin, semua abah ambil.... :D


Terima Kasih orang Nips :)

p/s: Perlu ke aku buat surat penghargaan dan jutaan terima kasih kat syarikat Nips ni?? mana tahu tiba2 dapat jadi duta nips ke... haha...^^



Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment