Hai awak :)

Tuesday, December 20, 2011

3 peristiwa dalam ingatan...

Setiap manusia, ketika hidupnya mempunyai peristiwa2 yang tak dapat dilupakan...
baik peristiwa sedih :'(. mahupun peristiwa gembira XD, ataupun peristiwa menakutkan o_o
aku percaya, semua orang ada peristiwa yang memang tak boleh hilang drpd ingatan mereka...
even satu pun, mesti ingat punya... dan seorang insan yang diberi nama Nur Nadiah 'Izzati jugak mempunyai peristiwa peristiwa yang paling berharga dan susah untuk hilang walaupun telah diclorox menggunakan 3 botol clorox :)

TOP 3

26/2/2006- tarikh bermakna,
aku menyambut 2 peristiwa dalam satu hari...
*Hari Sukan Tahunan di stadium

dan peristiwa yg membuat aku tak boleh menyambut hari di atas..
more information
lebat betul hujan turun, sampai aku sendiri tak sedar, rupa- rupanya drpda semalam hinggalah harini hujan tak berhenti lagi...
Allah Maha Besar

pagi2 lagi aku dah bangun, mandi, dan terus solat, tanpa aku mempedulikan keadaan lain,
yang penting, aku tak sabar nak pergi bertanding dgan org lain, dan meraih johan berturut- turut di sana...
terus aku sarung t-shirt rumah sukan biru yang selama ini menjadi kebanggaan aku,
dan yang sentiasa menjadi saksi kemenangan aku..

langkah tiba tiba terhenti apabila aku tiba di pintu..
terasa badan lemah longlai saja, dugaan apa yang menimpa diri aku ni,
abah baru pulang daripada meletakkan keretanya di tempat yg selamat drpd banjir,
air sudah naik masuk ke halaman rumah, syukur rumah aku sudah di renovate menjadi tinggi,
air tidak naik lagi berbanding rumah jiran aku yang ada diantaranya sudah masuk ke dalam rumah..
lama kelamaan, air ttp masuk juga,

pagi itu hujan rintik rintik...
aku merenung bah yang menenggelamkan jalan raya dan rumah2 yg lain,
titisan hujan seperti memujukku untuk masuk ke dalam rumah,
baju juga basah terkena pujukan hujan, seperti merasai kesedihan aku,
that day...
4 acara yang aku masuk, di ganti dgan org lain, org yg aku sndri tak tahu siapa...

dan hari tu jugak, partner aku dalam acara yg aku masuk, patah kaki kanannya apabila terjatuh semasa mendapatkan tmpat pertama di garisan penamat,

hari tu, aku dapat merasakan, bagaimana kehidupan org miskin apabila ketiadaan lampu dan kipas,
walaupun sehari, ckup menyeksakan, dgan kilat yg sabung menyabung, tambah guruh lagi,
makanan takde,terpaksa ambil di masjid atas bantuan org ramai...
yang pelik tapi benar, abah kata masjid tak banjir, padahal masjid 50 langkah dari rumah aku je,
Maha Suci Allah,
Allah lebih mengetahui segalanya...
Utusan Malaysia


TOP 2

Bukan mudah untuk aku melupakan peristiwa ini, 2 tahun berturut turut aku terpaksa menghadapinya, dan titik noktahnya... belum aku tahu..
aku bukanlah doraemon yang boleh mengeluarkan mesin masa hadapan untuk tahu bila peristiwa ini akan tamat, sampai sekarang, belum ada tanda2nya lagi untuk ianya tamat...
aku sendiri dah tak tahu nak jujur ataupun tak, drpd tahun 2010-2011...
aku perlukan masa untuk fikir macam2.. dan kadang2 aku rasa memang perlu aku bersendirian, untuk merenung kembali detik2 itu, dan bermuhasabah diri,
samada apa yg aku buat ni, betul atau tak,
tapi realitinya, aku dah mengecewakan hatinya, I'M SORRY...
bukan niat aku, mungkin ini yang terbaik untuk aku dan kau.. dan segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT..

4/7/2011- tarikh bermakna,
seperti aku memalukan diri kau di khalayak ramai,
tanpa mereka mengetahui apa maksud di sebalik kata2 yg aku ucapkan...
mungkin kau saja yg memahami,
sekali lagi aku minta maaf, aku tak bermaksud begitu, aku hanya ingin menenangkan hati aku yang sedikit kacau ini, bukan niat aku untuk diluahkan sehingga kau sendiri terasa, marah, mahupun kecewa...


TOP 1

ingat peristiwa ni balik, aku rasa macam nak menangis,
kalau aku mati masa ni...
takdenya aku tulis blog..
takdenya aku sekolah 18,
takdenya aku bersuka ria dgn kwn2 aku,
takdenya aku knal kwan2 kat 18 tu,
takdenya aku dilanda ribut,
dan takdenya aku jatuh cinta pada hamba Allah,

2008- aku tak ingat sambut apa, tapi waktu mlam di sekolah rendah aku,

Alhamdulillah, selesai melakukan tugas2...
setelah penat lelah aku dan ma melengkapkan malam itu...
tibalah masa untuk pulang, siapa tak penat, aku sendiri terasa sgt penat mlam tu,
telefon bimbit ma berbunyi, abah pesan tolong belikan makanan, maklum saja, abah sdg menjaga hanani yg baru saja berusia lebih kurang 2 thun lebih...
waktu kecil2 dulu, aku mmg selalu sgt tertidur dlam kereta kalau keluar malam2..
lebih2 lagi, aku tgh penat waktu tu, mana tak nya, aku tidur lah,
tiba di restoran, ma mengejut aku supaya mengunci pintu sementara dia membeli makanan...
aku sekadar mengiyakan saja dlm keadaanku masih lagi mamai..
air-cond dipasang kuat...
dan aku telah syahid di alamku sndiri...

sedar2 saja, aku melihat tingkap di sebelah tmpat duduk ma, di mana tmpat aku duduk telah terbuka...dan...
kenapa abah yang ada?? dgan baju ala2 singlet dan berkain pelikat??? kenapa abah menepuk pipi dan menggoncang badan aku??
dan... kenapa ramai org di sekeliling kereta?? apa yg mereka tgok??
ma?? kenapa macam menangis?? kenapa abah cemas?? kenapa org yg dri dlam restoran keluar dan melihat aku?? kenapa mereka cemas??

dan aku terus menekan suis kunci, lalu pintu kereta dibuka dan ma meneruskan memandu kereta,
sampai di rumah, abah marah marah...
apa salah aku...
bukan niat aku untuk tidak sedarkan diri dlm beberapa minit....
dan akhirnya, tahulah aku cerita yg sbnrnya...

lepas ma beli mknn tu, ma nak masuk kereta, tp aku tidur, ma dah ketuk tingkap, bnyk kali dah, tpi aku tak bangun jugak, ma ada call jgk, tp aku tak jwb, mak ketuk lagi... lama dah ma ketuk aku ttp tak bgun2 jugak, hati ibu mana tak sedih kalau anaknya tak bangun walaupun bnyk kali dah dipanggil, aku dpt bygkan,

aku dpat bygkan ma kejut aku terlampau kuat, sampai org dlm restoran keluar tgok apa yg berlaku,

ma pun mintak tolong org tu goyangkan kereta, mungkin bising sgt, makin ramai yg keluar, masih tiada respon drpd aku, dan akhirnya ma menelefon abah... then, a super hero is coming...:) aku tak tahu mcam mana abah boleh bkk tingkap tu tanpa memecahkannya... dan menepuk pipi aku, sehingga aku bgun.. aku pun tak tahu kali ke berapa abah buat mcam tu... tp, aku rasa, mungkin aku tak dpt hirup oksigen dgn baik...

mgkin sbb terlampau penat sehinggakan aku sndri tak dpat nak gunakan oksigen dgn baik..
dan faktor utama: air-cond, oksigen kurang (abah kata)

abah kata.. lain kali kena bkk tingkap sikit biar udara masuk..
dan hari tu jgk.. abah marah sgt kat aku,
sampai satu hari aku menangis,
aku terfikir, mungkin aku dah mati dah..
dan diberi peluang ke-2,
demi Allah, aku tak terasa macam dikejut langsung...
walaupun kereta telah digoyangkan...
Allah boleh buat apa saja untuk menguji umatnya,
mungkin belum masanya lagi,
Alhamdulillah, mungkin Allah nak suruh aku berubah,
dan memantapkan lagi iman, aqidah, dan akhlak aku,
dan selepas peristiwa itu, aku berubah sedikit demi sedikit...
Alhamdulillah...

#pepatah Ashraff Omar a.k.a AO (novel VERSUS)
"bukan senang untuk berubah menjadi baik,"
better aku berubah sedikit demi sedikit, daripada tak berubah langsung, sbb..
aku ada usaha...
dan Allah melihat usaha, bukan kejayaan...

*ketahuilah... hati aku masih lagi tetap... dan tidak berubah.. Insya-Allah...*

Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment