semalam aku pergi library lagi untuk ke berapa kali tah... buat add math, tapi aku rasa aku macam buat satu muka surat je, sebab aku mengantuk~ (-___-")
nak je letak kepala kat meja...
#buat macam kat kelas tu.... setiap hari kot buat macam tu.. mcam dah jadi wajib je letak kepala atas meja...
tapi aku sedar siapa aku, dan orang2 sekeliling aku bukanlah kawan2 aku kat kelas tu ha, diaorng tu 2 x 10 je mcam aku, wajib letak kepala atas meja...
then aku bangun, pusing je belakang....
"mak aiii~ ada lelaki ke kat meja belakang aku ni... punyalah aku buat macam2 aksi drpd tadi...~"
tapi, aku buat muka poyo je...
then aku berlagak macam orang dewasa, :) haha, x dalah.. sbb sakit sangat belakang asyik duduk je aku pergi lah cari apa2 jenis buku, dah penat perah otak walaupun aku rasa mcm baru 2 page aku buat, dan soalan yg senang sgt, otak fikir macam nak jadi hakim kat court je...
cari2 buku, then jumpalah buku yang sungguh menarik perhatian aku:
1) Various cakes
2) Rahsia lebah
buku pertama aku baca, memang menggelegaklah perut dan air liur aku... :)
dan tak tahan sangat aku tutup... baru je nak ambil resepi...
#macam buat je nadiah....
then buku ke-2 aku baca memang seronok, sampai tak pandang orang lain...
seperti yang aku dah cakap tadi tajuk buku tu: Rahsia Lebah, buku ini ditulis oleh Hj. Abdul Halim Bashah... (ni buku agama ye... bukan buku pasal lebah je...) then sebab aku rasa seronok baca buku ni, aku take note sikit sebab aku rasa berguna sangat... lagi lagi aku ni bermusuhan dgn lebah dan sedaranya, tebuan... bolehlah aku ambil lgkah supaya x lagi berlaku peperangan besar antara aku dan mereka....
bila aku baca, aku tersentuh, dan baru aku tahu,
Kenapa Allah muliakan lebah... ini antara note yang aku catat sikit2..
Lebah diangkat darjatnya kerana tawaduknya kepada Allah, aku x ingat sangat tapi apa yang aku ingat, Allah akan meletakkan ubat yang dapat memulihkan manusia dari segala jenis penyakit pada salah satu mulut serangga serangga mahupun burung2, ketika itu, lebah yang mendengar wahyu ini berkata,
"Siapalah aku ini sehingga Allah akan meletakkan ubat kegunaan manusia di mulutku."
sedangkan serangga2 dan burung2 yang lain sungguh yakin bahawa Allah akan memilih mereka untuk meletakkan ubat kegunaan manusia itu di mulut mereka, oleh kerana sikap rendah diri lebah, Allah telah memilih lebah untuk meletakkan ubat kegunaan manusia itu di mulutnya iaitu madu..
aku jugak pernah terbaca, antara ubat yang paling berkesan di dunia ini ialah
*Al- quran
*Madu
apa buktinya??
Seorang pemuda pernah datang kepada Rasulullah untuk meminta ubat agar saudaranya cepat sembuh daripada penyakit yang dihadapinya, lalu Nabi Muhammad menyuruh pemuda itu mencari madu dan diberikan kepada saudaranya yang sakit itu, apabila sudah 3 hari diberi makan madu itu, maka sembuhlah saudaranya itu seperti biasa. Selepas 3 hari, pemuda itu datang lagi kepada Nabi Muhammad dan berkata bahawa saudaranya itu masih lagi tidak sembuh, sebaliknya bertambah teruk penyakitnya, lalu Rasulullah bersabda "Bahawa sesungguhnya Allah itu benar (yakni madu itu adalah penawar yang sebenarnya) perut saudaramu itulah yang tidak betul. minumlah madu lebah itu lagi nescaya dia akan sembuh." dan pada hari keempat itu, saudara pemuda itu telah sembuh dari penyakitnya...
kalau korang nak tahu, Nabi Muhammad suka pada makanan manis manis dan madu, itulah sebabnya Nabi Muhammad sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Nabi Muhammad pernah bersabda, "Barangsiapa yang menelan (meminum sedikit) madu 3 kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk"
#sampai macam tu sekalikan madu ni...
baginda juga suka meminum madu yang dicampur dgn air sejuk, baginda minum sebelum makan pg dan air yang hendak dicampur dgn madu itu hendaklah disimpan semalaman dalam bekas, kemudian membaca selawat sbnyk 3 kali..
nak tahu betapa hebatnya madu lebah ni, Rasulullah pernah bersabda, "nikmat pertama tama kali akan diangkat dari bumi ialah madu"
dan apa yang membuatkan mata aku semakin terbeliak ialah bila aku baca satu statement ni...
"Semua serangga dalam api neraka dijadikan Allah S.W.T sebagai azab bagi penghuni neraka KECUALI lebah"
(' 0')..........
Ali k.w pernah meriwayatkan, "............., dan semulia- mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah..."
kepada sahabat sahabat yang dah nak ambil PMR, SPM dan lain2 lagi tu, korang mesti nak kuat daya ingatan kan, bukan SPM je, org nak ambil phd pon kena daya ingatan kuat..
ibnu sina: "Sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.."
#sapa yang nak muda tu minum bnyk2 madu ni, asalkan asli, and sape yang gagap2 tu, minum madu.. InsyaAllah, lancar terus ckp....
untuk pengetahuan korang jugak, lebah ni ada satu amalan terpuji, lebah2 ini akan menyuap madu kpd lebah2 yg lain. Amalan ni dpt menyemaikan kasih sayang dan hormat menghormati antara lebah2 yg lain...
#jgn korang ingt lebah ni berebut nak letak madu yg diaorg dah ambil.. nmpak mcm main tolak2 je kan.. tapi diaorg ni romantik, siap suap2 lagi tu...
Perumpamaan yang dibuat Rasulullah:
bunyi tasbih, tahmid, tahlil menyerupai bunyi lebah...
dan bila aku berfikir sejenak, mmg betul, ada bunyi mcam lebah...
#kalau aku dengar dah buka langkah seribu dah...
Dan satu tajuk yang aku baca dalam buku ni yang lagi menarik perhatian aku...
KEADAAN YANG MENJADIKAN LEBAH GARANG DAN MENYENGAT MANGSANYA
1) sewaktu lebah terasa keselamatannya terancam di waktu koloninya di ganggu mangsa.. #okay, aku x pernah ganggu pon
2) sewaktu hari mendung dan hawa lembap
3) sewaktu angin kencang
4) ketika hendak hujan dan kilat sabung menyabung
5)Awal pagi benar kerana lebah pekerja dewasa belum keluar mencari makanan
6) ketika komnya (sarangnya) banyak dipenuhi dgn madu
7) apabila ada bau bauan kuat seperti minyak wangi dan bau busuk #maknanya kalau korang kena sengat lebah tu korang busuklah...~
8)Elakkan pakaian gelap dan berbulu. pakaian berwarna putih dan cerah paling sesuai
9) hati2 ketika berjalan atau melakukan pergerakan yg pantas ketika di sarangnya
10) jika ada racun serangga/ semburan racun rumput rumpai
CARA UNTUK MENGETAHUI KUALITI MADU
Madu yang berkualiti berwarna jernih atau cerah.. bukanlah colourless mcam air paip tu...~ maksudnya nampak bersih saja... dan madu yang lebih berkualiti adalah madu yang diambil sewaktu musim bunga. Manakala madu yang kurang kualitinya adalah madu yang diambil pada musim panas kerana ketika itu, kebiasaannya lebah lebih cepat letih
#macam kitalah, bila panas nak air... then letih.. tapi kalau sejuk jadi malas pulak... asyik nak selubung selimut je... macam akulah tu... nasib baik dkat rumah takde air-cond, kalau tak, tak terbasuh lah pinggan mangkuk kat dapur tuh... (eceh~)
BAGAIMANA UNTUK MEMBEZAKAN MADU ASLI DAN MADU TIRUAN
1) Madu asli lebih tumpat daripada air
2) Madu asli tidak mudah beku apabila diletakkan di dalam peti sejuk
3) Ianya memakan masa untuk meleleh
4) Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.. (aku pun tak tahu macis tu apa... samada mancis, tpi tersalah taip ataupun benda lain..)
alright then... kalau nak beli madu, carilah yang mahal2.. hee :D.. bukanlah... sbb sekarang ni banyak sangat dah madu tiruan.. dia masukkan sikit madu then campur bende lain untuk cpat untung... aku nak try jugak... sbb bgus untuk minda... tpi aku satu sudu madu pun dah buat muka... manisnya... tapi aku tahu manis madu beza drpd manis benda lain... and aku boleh mkn madu yg mahal saja.. haha.. bgos kan aku... kalau telan madu murah nnti aku minum air mengalahkan org cina... nasib baik aku ada citarasa mcam ni... kehkehkeh.... :)
No comments:
Post a Comment