Hai awak :)

Thursday, December 8, 2011

Artis Kini

hari ni, aku baca berita kat bharian.com...
tiba2 tgah check tajuk yang best2 tu, keluar tajuk ni...

....................................................................................................

KOTA BHARU: Pelakon, Maya Karin menafikan dakwaan beberapa blog yang mendakwa beliau mengucapkan perkataan syukur kerana berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz, dalam filem 'Ombak Rindu'.

"Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah)," katanya yang memberi penjelasan berhubung kontroversi terbaru berkenaan dan tidak menyangka pandangannya mengenai adegan itu diputar-belit wartawan yang menemuinya.

"Saya cuma cakap gementar... saya terkejut... yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap," jelasnya pendek ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Kenyataan Maya berhubung adegannya dalam filem terbaru arahan Osman Ali kini hangat diperkatakan, terutama laman sesawang hiburan apabila beliau dikatakan mengucapkan syukur selepas berjaya melakonkan adegan berkenaan.

Memetik sebuah laman sesawang hiburan, Maya didakwa berkata: "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Katanya, beliau turut memohon agar isu berkenaan tidak diperbesarkan bagi mengelak kontroversi berkenaan semakin berlarutan.

"Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)... dah disalah tulis... ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung," katanya.
Walaupun filem Ombak Rindu disulami pelbagai kontroversi berhubung adegan seks terbabit, namun ia berjaya membuat kutipan lebih RM4 juta pada empat hari pertama tayangannya.

.....................................................................................................

Nak cakaplah, aku tak berapa gemar artis yang cakap macam tu,
tengok kat tv bila ada artis cakap

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat atas nikmat kurniaan yang Allah bagi pada saya selama ini, akhirnya saya berjaya melancarkan album saya yang pertama hari ni. Saya rasa teruja sangat hari ni kerana Allah telah memberi rezeki yang halal buat saya cari sesuap nasi. Saya rasa bersyukur sangat hari ini."

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
apakah itu?? rezeki yang halal...??
what do you mean by that???
anda tak malu?? nak nak aku dengar artis perempuan yang cakap mcam tu.. kalau artis lelaki aku tak kisah sgt.. lantaklah kau nak melalak macam mana sekali pun....
tapi aku dengar dari perempuan, aku rasa malu, and terus terang...
aku terus tukar channel sbb aku tak nak dengar dah apa yang perempuan tu cakap,

Seminggu yang lalu, aku tgok HIP tv dekat tv9...
ada menyelitkan bahawa ****, seorang gadis yang mula terkenal dalam rancangan realiti, "Gadis Melayu"

#abah kata kalau gadis melayu, dia takkan tunjuk diri dia pada orang ramai.... maksud dia bukanlah tak boleh keluar depan org awam... tapi tunjuk diri dalam tv,

"kalau macam tu terperap lah aku dalam rumah sbb abah tak bagi tunjuk diri pada org ramai... (-____-")"

apa yang di jadikan topik hangat ketika itu ialah cara dia berpakaian,
berikut adalah temubual antara wartawan HIP tv dgn ****:

wartawan: dengar cerita sejak menjadi famous ni, **** dah kurang menjaga pemakaian ****, maksudnya kalau dulu **** pakai tudung, sekarang macam ada terbuka sikit, apa komen ****?
**** : yeke, takde kott, ni pon **** dah letak jarum bnyk2 dah, tak tercabut kott...
(korang jgn fikir sapa2 ea, x smesti org yg tengah bermain di kepala kau ni yang aku maksudkan, ramai lagi yang masuk gadis melayu...)

okay... aku tak nak kata apa dah...
aku harap, mereka yang menjadi artis ni, fikir dulu sebelum mereka melakukan sesuatu atau berkata sesuatu...
aku bukan nak marah artis,
mereka just perlu hindarkan diri mereka drpd digosip perkara2 yang boleh menjatuhkan imej mereka....
ada je artis yg aku suka...

what I wanna say is,
menjadi artis kena pandai jaga diri, jgn terlampau tersesat, pandai jaga percakapan, salah ckp sikit, hah! tu dia wartawan serbu....

okay, pada mana2 pihak, maaf kalau anda terasa, masih belum terlambat untuk anda berubah...

#poyo je nadiah ni nak nasihat2 org,

apa salahnya kita amar maaruf nahi munkar... x dapat dosa pon, pahala jatuh bertimbun...
aku jugak akan cuba berubah, dan aku jugak tak tolak mana2 pihak yang nak nasihat aku,
so, saya jugak perlukan nasihat dan bimbingan anda :]
Assalamualaikum..

ha! tu dia yang aku minat~ ^^

Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment