Hai awak :)

Sunday, December 18, 2011

3 in 1

pernah dengar lagu tiga kata by KRU??
pernah?? okay.. tapi bukan itu yang aku nak cerita...
tapi pasal tiga peristiwa....

1) SELENDANG


semalam aku tengok cerekarama, lupalah apa tajuknya, tapi ada Fida berlakonlah...
paling lawak ada satu babak ni, dia pakai selendang sama macam aku punya, time tu jugak aku teringat masa pergi OU hari tu, neb kata ada org pakai selendang sama mcam aku jugak...

-___-"

sedih tak??

#nampaklah aku punya selendang dah old- fashion... tak pun citarasa aku sama macam artis... eceh~

2) DOMPET

hari ni pergi pasar tani pukul 12 tengahari... mmg jaranglah pergi sana tengahari... semata mata nak beli dompet.. bila dah belek2 dompet mana yang nak dkat satu kedai ni, then tak tahu nak pilih yang mana satu, semua lawa... dan aku ni ada masalah was was skit, aku sruhlah mak aku pilihkan...

"ma.. mana satu lawa...?? pilihkan...."
"ambillah mana2 pun, sama je..."


"yang ni baru sampai, corak baru dik, akak tgok yang ni lawa, comel skit...."


#sambil menunjuk ke arah dompet itu

"ouh.. okay... ma, warna purple ni okay tak??"
"baik ambil warna hitam, senang sikit"
"(alah~ mana satu nak pilih ni??)"
"ambil jelah yang ni, kak, ambil yang ni"
"okay..."

..............................................................................................

bila dah beli, terus masuk kereta, abah dgn hanani tunggu dlm kereta je...

"kakak beli apa?? meh abah nak tgok..."
"nah....."
"Allah.. kenapa kakak beli dompet mcam org kena penyakit kulit je ni, mcam org kena kurap je..."
"thhheee~ yeke?? jom lah pusing balik.. kita tukar"
"tak payahlah kak, redha je lah.. ni mesti ma pilih ni..."
"kakak lah yang pilih, tak tahu nak pilih mana, sruh ma tlong ma kata ambil je lah mana2...."

#sampai sekarang kalau aku masuk bilik aku akan tatap dompet aku je... rasa geli pulak bila abah kata macam tu... takk pe.. kalau dompet geli2 org x nak curi... hehe... aku gelarkan dompet aku DOMPET BEEPOP.. biar buruk luar, dalam bnyk duit... haha.. dan biar org geli sket.... nnti baru takde org nak sentuh... XD

-___-

3) GONG

tdi baru tgok pesona 3 kat tv3, cerita Gong, bila tgok gong and others traditional instruments dlm cerita tu, rasa rindu pulak kat cak lempong, kelab kebudayaan yang aku join masa sekolah rndah dulu... tak sangka dah 4 tahun aku tinggalkan kelab tu.. dulu kelab tu lah yang buat fail sijil aku tebal... bnyk kot syarikat kalau nak lancarkan apa2 panggil kiteorg buat persembahan.. aku rindu saat2 tu, saat2 aku mengalunkan alunan cak lempong.. saat aku memainkan musik traditional itu.. merdu sekali iramanya... kalau diberi keizinan lagi, nak sangat aku ketuk2 cak lempong tu... siapa tak rindu...

aku jugak pernah main gong, haha.. xdelah gong dlam cerita GONG ni, yg tu lawa sgat, gong aku main lawalah jgk, tp x selawa gong dlam cerita tu,

teringat kisah hantu yang org lain cerita kat aku pasal bilik muzik sekolah lama, kononnya terdengar alunan muzik cak lempong, tapi masa tu, bilik muzik berkunci, dan tiada kelas latihan cak lempong pada hari tu, dan aku sndri mmg pernah dgr, tpi samar2, biasalah, kecik2 dulu terpengaruh dgn macam2 adegan, dan mudah percaya bnda2 macam ni, tpi aku fikir balik, mngkin ni khayalan je, biar jelah, benda dah lama...

kompang pun pernah main, kerincing, shaker, gendang, tu semua pernah main...

#nmpaklah aku ni traditional kan.... ^^

piano ada kat bilik muzik tu, tapi aku main tekan je, mmglah hasrat aku nak sgt belajar main piano, plus violin, tapi aku lupakan jelah, aku tahu benda tu takkan jadi... aku redha.. mungkin ada hikmah di sebaliknya... mungkin aku lagi cenderung pada benda lain... :)


Sekian, terima kasih :)

2 comments: