Hai awak :)

Wednesday, December 7, 2011

Air mata...

aku tak tahu kenapa tengah tengah malam ni aku cari laptop aku, yee... selalu aku cari laptop bila nak bukak fb, maybe, but now, aku tak tahu kenapa... sejak kebelakangan ni, aku mengaku, kadang2 tu, aku cari laptop untuk hilangkan kebosanan aku yang dah meloncat- loncat ni *tingginya*

ntahla, sejak kebelakangan ni aku selalu sedih, don't know because of what... then kalau dengar lagu sedih je, cepat nangis, *ciwek gile* even melodi sedih pon, tiba tiba je pipi basah, apa dah jadi ni?? tapi kalau dalam kereta jgn haraplah~ *nak kena sound dgn abah and ma ke?? kene ejek dengan nani kot nnti.. mana boleh taiko buli adik kena ejek dgn adik sendiri...* nak kata aku ada penyakit air mata keluar tak de plak, takkan lah penyakit ni boleh jadi dgn tiba tiba time slow melodi keluar, *gile r penyakit aku ni, org spesial mcm aku je ada, jgn jeles*kalau dgr kat luar pon, buat muka poyo jelah, takkanlah dgr je lagu ombak rindu tu hah, nak nges satu baldi tgah2 org berpusu pusu tu, itu namanya nak buat drama yang takde orang nak taja tu...

cakap pasal air mata....

aku tak nafikan, semua orang pernah mengalirkan air mata, baik lelaki ataupun perempuan, even seego mana pon kau, kau mesti pernah nges kan? jgn katalah time kau kecik2, gangster dkat Mexico pon nges time kecik2 dulu,

"habis dalam novel Papa, akhirnya kau tewas jua tu apa??"
"kau jgn ganggu aku nak berkata kata boleh tak???"


aku.....
pon pernah nges, perempuan mmg senang nak menangis, walaupun perkara kecil, aku tak nafikan, aku adalah salah satu di antara perempuan tu,
aku???
yup, aku...
aku ego, mmg ada lelaki yang ckp mcm tu kat aku,
jujur, aku mmg ego,
seego mana pun aku, aku tetap ada perasaan, yg aku tak tunjukkan pada org lain, even kwn baik aku sendiri,
#kawan baik sekalian, I'm sorry, sbb ada story yg t
ak boleh diceritakan pada korg,

kau kenal aku, kau kenal perangai aku... tp kau tak kenal lagi perasaan aku,
maybe ada insan yang dapat baca,
thanks and tahniah,
kerana kau dah kenal perasaan aku, aku rasa, bila aku masuk sekolah menengah, aku baru kenal apa sebenrnya perasaan aku, sekolah rendah, x matang, aku bersyukur dpt sekolah 18, kalau tak dapat twrn, mungkin aku tak jadi mcam ni, mungkin aku still jadi taiko lagi kat skolah twrn yg prtama tu, mungkin aurat aku tak berapa terjaga, and mungkin aku x jumpa insan yg aq sayang sekarang, thanks FRIENDS,
aku ingt lagi first time aku dapat twrn sekolah 18 hebat tu..................
aku menangis........

"abah, kakak tak nak pergi sekolah ni, kakak nak dgn kwn2 kakak, abah tolonglah~"
"kakak, awak dah dapat sekolah ni, dpt twrn kelas aliran agama lagi, takkan awk nak sia2 kan je! penat2 ma minta sekolah agama, dah dapat x nak pergi pulak"
"tp kakak tak pernah mintak pon nak sekolah ni, kakak dah janji dgn kawan2 kakak, kakak nak sama2 dgn dieorg, x nak berpisah, abah tolonglah bah~"

"kakak, pergi je skolah ni, kawan boleh di cari, lagipon takkan kakak nak kwn dgn dieorg je, cubalah cari kwn baru!"
"abah jgn paksa kakak, kakak tak nak!"

dan di situ, ada unsur ugutan drpd aku....

"kalau abah suruh jugak kakak pergi sekolah tu!! kakak tak nak belajar!!!!"

akhirnya aku tewas....
bantal di bilik yg menjadi crying shoulder aku...

......................................................................................................
"tut tut.... tut tut... tut tut....."
"hello"
"hello, eh ******, awk dah dpt surt twrn skolah menengah dah??"

"dah, dpt smks9... awk??"

"dah, tp dpt 2 twrn, smks9, and smks18"

"so, awak pergi skolah mane??"
"ayah kite sruh pergi skolah 18, bye korg..."

"ye ke?? nnti x dptlah sama2 dah, sedihnya~"

"tahu, tp nak buat mcm mana...~"

.....................................................................................................

teringat waktu first time menjejakkan kaki ke sekolah, abah pulak sruh masuk asrama, dah dpt skolah 18, sruh msuk asrama pulak, kebetulan time masuk asrama, mereka dah ddk kat asrama 3 minggu dah, and luckily, aku masuk asrama masa seminggu lagi cuti balik rumah, ada jugak mata2 yg jeles sbb aku ddk skejap je, homesick lah katakan, hahaha...

malam khamis sebelum balik rumah.....

"hai nadiah, nak pindah terus ke pack semua barang tu??"
"haah, mmg, nak ckp kat abah yg x nak ddk asrama dah..."
lawakkan,:]

dan sekarang aku baru tahu, tindakan abah sruh msuk sekolah 18 and asrama mmg betul, dan membawa perubahan yang amat besar untuk aku, juga membawa 1001 kenangan indah...

disini kami bertemu.....
dan disini juga kami berpisah....
good luck for all ex-18,
miss you :'(

menangis lagi???
ya...
aku menangis kegembiraan, kerana diberi keizinan bertemu dgn anda anda semua dan merasai erti kehidupan,
dan aku menangis kesedihan, kerana kenapa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan???


Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment