Hai awak :)

Wednesday, December 28, 2011

nothing...

aku...
kosong....
betapa beratnya hati ini aku rasakan...
bila aku terpaksa berkahwin dgn orang lain... tetapi cintakan orang lain...
kau fahamkan apa maksud di sebalik ini??
walaupun ayat ini baru aku dengar drpd sebuah cerita,
tapi, mampu membuatkan otak aku berhenti berfikir...

"hey cerita, kenapa kau boleh baca hati aku hari ni...??"

aku rasa aku tak mampu nak berikan yg terbaik untuk mereka,
mmg org boleh kata,

"kau boleh cuba nadiah..."

tapi..
macam mana aku nak cuba...
sedangkan...
apa yg aku cintai itu...
sudah tidak boleh berpatah balik...
dan melutut kepada aku??

---------------------------------------------------------------

"awak, saya cintakan awak, tolong jgn tinggalkan saya..."

"maaf, saya juga cintakan awak... tapi takdir telah menentukan segalanya.. saya terpaksa lakukan ini semua..."

"tapi, kita boleh CUBA untuk elakkan segalanya drpd terjadi, awak boleh USAHA yakinkan mak ayah awak agar perkahwinan ini dibatalkan.. dan kita dapat kembali bersama semula.."

"sia sia saja awak, walau sebanyak mana saya memujuk, walau mengalir air mata darah, walau gila sekalipun saya, mereka tetap dgn keputusan mereka.."

"saya yakin awak boleh, awak cuma perlu sedikit kesabaran dan kekuatan, dan kekuatan itu akan saya berikan kepada awak.."

"macam mana awak nak berikan kekuatan itu, sedangkan kekuatan saya hanya ada pada kedua orang tua saya, mereka telah berkorban nyawa untuk melahirkan saya, segala bil2 saya semasa kecil, semua telah dibayar dgn wang titik peluh mereka sndri... bagaimana kekuatan itu ada pada awak?? sdgkan kekuatan awak sekarang ini sedang lemah... dan awak hendak memberikan kekuatan awak yg lemah itu kepada saya?? habis, apa lagi yg awak ada untuk menempuh segalanya selepas saya tinggalkan awak, dan hidup dgn apa yg bukan menjadi pilihan saya??? jika awak sudah memberikan kekuatan awak kepada saya, dan saya gunakannya, kemudian apabila kekuatan itu sudah habis.. dari mana lagi saya mahu mencari kekuatan seperti itu... dari mana saya ingin mencari awak.. sdgkan saya sudah mempunyai kehidupan baru, kehidupan yang saya sendiri tidak mahu... dan bila saya ambil kekuatan awak.. bagaimana awak mahu mencari orang yg lebih layak drpd saya?? bagaimana awak mahu menempuh liku liku hidup awak sendiri, sdgkan kekuatan awk, sudah habis awk berikan kepada saya???"

"kekuatan saya tidak akan habis, selagi awak di sisi saya..."

"betul tu, tp siapa awak pada saya?? siapa?? awak hanya manusia, yg diciptakan Allah, untuk orang seperti saya mempunyai perasaan terhadap awk, tiada saya, tiada cinta kita, tiada saya di dunia ini, awk sndiri tidak akan ada di depan mata saya seperti sekarang ini, dan tiada saya di dunia ini, tiada timbulnya perasaan cinta dlm hati saya ini, adanya saya, kerana adanya org yg telah membentuk saya... itulah... ibubapa saya"

"jadi, awak nak tinggalkan saya begitu sahaja..?? tanpa usaha...??"

"awak, siang malam saya berusaha, awak sendiri tgokkan?? dan apa saya dapat?? tiada.... kosong...."

"baiklah, saya akan lupakan awak... saya akan tinggalkan awak, dan awak berbahagialah dgn org pilihan mak ayah awak itu, saya tidak akan kembali kepada awak lagi... sbb kegembiraan awk, adalah kegembiraan saya..."

"saya........... tak akan gembira tanpa awak..."

"Cubalah....... gembira tanpa saya..."

-----------------------------------------------------------------------------

Beratkan??
apa yg aku nak ckpkan bukanlah pasal kahwin...
tpi tntg kisah yg diubah sedikit, menjadi sama seperti aku...
dan hanya perasaan itu yg sama seperti aku...
tak mahu tetapi perlu....

aku tak sekuat mana...
kau jgn percaya muka aku...
walaupun aku kata aku kuat...
walaupun aku kata aku okay...
tapi tak semuanya...
ada drpdnya,
yang bohong semata...

aku sendiri tak tahu, samada aku sedar ataupun tak...
terhadap apa yg aku lakukan sekarang..
samada membuatkan aku sedih,
ataupun gembira...

tapi maaf...
aku tak tahu,
bahawa aku boleh melakukannya ataupun tidak...
sbb hati aku tak kuat,
untuk mempercayai diri aku sendiri...
aku tak boleh janji itu....
:'(
Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment