Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....
يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ
..................................................................................................
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْ
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب
Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب
Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب
Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن
Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam
يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك
Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
...................................................................................................
Seperti yang korang tahu, aku telah jatuh cinta dgn lagu ni... first aku dgr dkat rancgan televisyen Al-Hijrah.. itu pun aku dgr sikit je.. tp full versionnya aku dgr dlm radio IKIM.fm... sedap lagunya, cuma aku tak tahu maksudnya.. sampailah suatu hari terdetik untuk melihat maksudnya di youtube... dan bila aku dgr, mmg sedih...
lagu ini bukan sekadar lagu.. tp telah menjadi OST untuk rancangan yg juga diberi nama sama dgn tajuk lagu ini, iaitu 'Lau Kaana Bainana Al Habib' di tv Al- Hijrah..
SINOPSIS
Memang menarik dan kreatif... aku tak pernah tgok cerita ni, tp alang2 aku bukak youtube aku tgoklah,
cerita ini mengisahkan tentang kejujuran, keprihatinan, dan simpati yang ditunjukkan oleh orang2 arab...
Program Lau Kana Bainana Habib di Tv Al-Hijrah ni kiranya rancangan yang menguji umat-umat Islam sekarang. Samada kita ni amalkan cara rasulullah S.A.W ke tidak dalam kehidupan kita hari ini. Kita boleh tengok “perangai sebenar” seseorang tu bila sedang diuji dengan benda simple je pun.
Contoh, untuk program Lau Kana Bainana Habib hari ini. Pengacara program cuma letakkan sebiji buah epal di lantai sebuah supermarket (umpama buah itu terjatuh) Dengan harapan, akan ada orang yang lalu lalang berhenti dan meletakkan buah itu ke tempat asalnya seperti yang Nabi Muhammad S.A.W lakukan. Tapi, malangnya RAMAI sangat yang hanya lalu sahaja tanpa mempedulikan buah itu. Ada juga yang hanya melihat tetapi tiada tindakan yang dilakukan...
Kiranya umat Islam dekat situ (Jeddah) tidak amalkan suruhan Nabi Muhammad S.A.W. Hehehehe. Cuma, ada beberapa org yg behati mulia telah mengangkat dan meletakkan buah itu ke tempat asal...
*maaf, tiada translation, tp aku boleh faham sikit2.. mgkin anda juga fham wlaupun sedikit...
*even org kristian pun boleh angkat dan letak di tempatnya balik, semoga org kristian itu di beri hidayah oleh-Nya...
No comments:
Post a Comment